Wednesday, June 29, 2011

Segalanya Sulaiman

Beberapa amalan yang dikaitkan dengan nama Nabi Sulaiman ASW.

1. Ayat Khatam Sulaiman:

إِنَّهُ مِنْ سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣٠) سورة النمل

Ertinya: Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Mentera Khatam Sulaiman:

وخاتم سليمان على لساني فمن تكلمت إليه قضى حاجتي

Ertinya: Cop mohor Sulaiman atas lidahku maka sesiapa yang aku bercakap dengannya dia akan turuti kata-kataku.

3. Rajah Khatam Sulaiman:


Yang berbintang dipanggil Bintang Daud atau bahasa matsalehnya Star David. Rajah Khatam Sulaiman ini juga disebut Bintang Tujuh dan ramai orang buat sebagai azimat samada tulis pada kertas atau diukir pada cincin, tongkat dan sebagainya. Satu lagi dirajah dengan isyarat tangan sahaja. Ikut atas sanad ilmu masing-masing.

Setengah orang mengatakan syirik lebih-lebih lagi rajah bintang tersebut adalah lambang negara Israel. Sebenarnya perkara sebegitu tidaklah pelik kerana Nabi Daud berasal dari Bani Israel. Sudah tentu semangat kebangsaan 1 Israel tetap ada. Kajian terkini oleh pakar sejarah arab menemukan bahawa ia adalah lambang kebesaran kerajaan Nabi Daud dan Nabi Sulaiman dan bukannya lambang penyeruan jin dan sebagainya. Tapi jikalau salah guna, belajar tanpa berguru rajahan ini umpama menyeru jin.

4. Salam Nabi Sulaiman:

سلام على سليمان في العالمين

5. Doa Nabi Sulaiman, yang ini banyak versi:

اَللَّهُمَّ أَدْخِلْناَ فِي سُوْرِ سُلَيْماَنَ....

6. Doa Nabi Sulaiman dalam Quran:

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ (١٩) سورة النمل

Ertinya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai dan masukkanlah daku dengan limpah rahmatMu dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh.

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لا يَنْبَغِي لأحَدٍ مِنْ بَعْدِي إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ (٣٥) سورة ص

Ertinya: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya.

7. Teluk Sulaiman iaitu suatu istilah digunakan ahli makrifat berupa rajahan yang banyak terdapat dalam ilmu hikmah. Samada ditulis pada kertas atau diisyarat dengan tangan atau boleh juga pada pasir.

8. Ayat al-Quran yang ada menyebut nama Nabi Sulaiman ASW sebanyak 17 kali. Boleh semak pada entri yang lepas-lepas.

3 Perkara tunjang kerohanian yang amat penting

Yahya Bin Muaz Ar-Razi berkata :

1- Mati itu ibarat jambatan yang menyambung hamba dengan Allah SWT yang dicintainya.

2- Iman yang seketika itu membasuh dosa dua ratus tahun.

3- Oleh kerana orang yang cintakan Allah SWT sentiasa melakukan dosa, apabila dia berada dalam dirinya. Bagaimana pula dia bertanggungjawab terhadap dosanya ? ( Bagaimana kita boleh mengaku kita cintakan Allah SWT, sedangkan diri kita sentiasa dipenuhi dengan dosa ? ).

4- Jika mati ada dijual di pasar, orang yang cintakan Allah SWT akan membelinya.

5- Kurangkan bercampur dengan ahli dunia dan banyakkan menyembah Allah SWT.

6- Orang yang kaya dan berkat serta sentiasa menyebut nama Allah SWT adalah orang yang benar-benar kaya. Orang yang kaya melalui usahanya sendiri tanpa menyebut nama Allah SWT adalah orang yang miskin.

7- Dunia itu adalah tempat ibadat.

8- Merindui Allah SWT seketika adalah lebih berharga dari dunia ini.

9- Dunia ini pasar syaitan, takutlah kepadanya. Dunia (dosa dan syahwat ) ini adalah minuman syaitan, jangan kamu menikmatinya.

10- Sesiapa banyak makan dia akan menjadi hamba hawa nafsu. Pada perut yang berlapar kerana Allah SWT itu terdapat rahmat Allah SWT serta sinar keimanan.

11- Berhati-hatilah makan bersama orang kaya.

12- Seorang abid ( orang yang benar-benar beribadat kepada Allah SWT ) akan mencapai ketenangan pada empat tempat :

1- Ketika keseorangan. 2- Di dalam masjid. 3- Di kubur. 4- Di hutan.

13-Penghalang yang paling besar kepada mereka yang baru ingin menuju Allah SWT adalah apabila bercampur dengan ahli dunia.

14- Tiga perkara yang wajib dibuang untuk mencapai mutu kerohanian yang tinggi:

1-Membuang rasa keinginan untuk mendapat pangkat dan keuliaan.

2-Membuang keinginan hawa nafsu.

3-Membuang hal-hal keduniaan ( perkara dunia yang tidak memberi berkat ).

15- Rahsia Kejayaan untuk bertemu dengan Allah SWT adalah Tawakkal kepada Allah SWT dan palingkan wajah anda daripada mementingkan keduniaan.

16- Jika kamu redha dengan Allah SWT pasti Allah SWT akan redha dengan kamu.

Kitab Tazkiyah Awliya’. m/s : 93 – 94.

Allah SWT sentiasa melihat orang yang menCintaiNya

Abu Hafs Al-Haddad berkata :

1- Dunia ini adalah sebuah rumah yang sentiasa mengandungi dosa terhadap Allah SWT.

2- Fakir adalah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

3- Jangan terlalu bergantung kepada ibadat dan latihan kerohanian mu tetapi bergantunglah kepada Rahmat Allah SWT.

4- Sesiapa yang merindukan Allah SWT, pasti Allah SWT sentiasa melihatnya.

5- Orang yang suka dipuji adalah orang sia-sia dalam kegembiraan.

6- Dosa itu membawa kepada bid’ah ( mencipta perkara yang tidak ada asas dalam agama dan dijadikan sebahgian daripada ibadat/ agama ).

7- Orang yang cuba mengenal Khalik ( Allah Yang Maha Pencipta) melalui makhluknya adalah buta, sepatutnya dia mengenal makhluk melalui Khalik ( Allah SWT ).

8- Sentiasa berada di ambang pintu Allah SWT agar Allah SWT membuka pintuNya kepada kita.

9- Berharaplah kepada Allah SWT sebagaimana berharapnya orang miskin kepada sedekah orang kaya.

Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 101-102.

7-

Dua Huruf Kaf Dalam Satu Kalimah

Hanya dua tempat di dalam al-Quran. Iaitu dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 200 dan Surah al-Muddatstsir (سورة المدثر) ayat 42:

فَإِذَا قَضَيْتُمْ مَنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ أَشَدَّ ذِكْرًا فَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ (٢٠٠)

Ertinya: Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.۝

مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ (٤٢)

Ertinya: (setelah melihat orang-orang Yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah Yang menyebabkan kamu masuk ke Dalam (neraka) Saqar?”۝

Dan ingatlah firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.۝

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.۝

4 Perkara menyucikan hati orang mukmi

http://img254.imageshack.us/img254/1390/2581960349d570aefbc4gh2.jpg

Mansur Bin Umar berkata :

1- Sesiapa ingin berjumpa dengan ahli dunia dia akan berjauhan dengan Allah SWT.

2- Kesucian hati akan tercapai dengan 4 perkara :

*Berjumpa dengan awliya’ atau wali-wali Allah SWT.

*Mengaji Kitab Suci Al-Quran Al-Karim.

*Solat diwaktu malam ( bertahajjud di malam hari ).

*Mengeluarkan air mata semasa solat subuh.

3- Anak-anak kamu dan harta benda kamu adalah musuh kerohanian kamu.

4- Orang yang lari daripada makhluk menuju Allah SWT adalah Hamba Allah SWT yang sejati.

Kitab Takirah Awliya’. m/s : 103-104.

Perasaan Rindu Kepada Allah SWT Adalah Penghapus Dosa

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/06/allah-swt.jpg?w=300

Al-Junaidi Al-Bahgdadi pernah berkata :

1- Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).

2- Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.

3- Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).

4- Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.

5- Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada Allah SWT tidak akan mati kerana Allah SWT tidak akan mati.

6- Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan Allah SWT.

Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama Allah SWT.

Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat Allah SWT.

Anggota manusia itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan Allah SWT.

7- Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.

8- Orang yang dicintai oleh Allah SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali Allah SWT.

9- Orang yang mengkaji sesuatu tetapi tidak mengkaji hikmah perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan dalam kajiannya.

10- Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.

11- Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang Allah SWT berikan kepadanya.

12- 400 orang ulamak bersepakat ” Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada Allah SWT”.

13- Seorang sufi itu seperti ladang, baja dan isinya. oleh yang demikian orang sufi adalah ibarat benih-benih yang baik.

14- Tauhid itu adalah mengenal Allah SWT.

15- Perasaan Cinta kepada Allah SWT akan membunuh perasaan ego yang terdapat dalan jiwa orang mukmin.

16- Sesat lalai daripada mengingati Allah SWT menghapuskan pahala seribu tahun beribadat.

17- Orang yang Benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT pasti akan menjumpai Allah SWT.

18- Orang yang benar-benar Mukmin adalah orang yang yakin hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi makanan kepadanya.

19- Orang yang berakal waras adalah lebih baik daripada orang sufi yang memiliki perasaan jahat di dalam hati.

20- Allah SWT terlebih dahulu mencipta Rahmat daripada mencipta Dunia.

21- Sesiapa menyebut nama Allah SWT pasti namanya akan lenyap bersama nama Allah SWT.

22- Kesufian yang Allah SWT kurniakan kepada semua insan adalah kesufian yang lari daripada dunia dan menuju kepada Allah SWT dengan peribadatan.

23- Rahsia kesufian itu adalah Rahsia yang tersimpan di sisi Allah SWT yang tidak akan diketahui oleh sesiapa pun.

24- Jenayah yang paling zalim adalah Tamak haluba.

25- Berfikir dengan ayat-ayat Al-Quran akan mendapat Cahaya Allah SWT, kemuliaan Allah SWT dan Taqwa kepada Allah SWT.

Ayat-ayat Al-Quran berupaya melahirkan perasaan Cinta kepada Allah SWT.

26- Orang yang sentiasa memikirkan Rahmat Allah SWT akan dapat menghilangkan dosa kerana orang yang bimbang kehilangan Rahmat Allah tidak akan melakukan dosa.

27- Orang yang paling agong disisi Allah adalah orang yang menyerah kehendaknya kepada kehendak Allah SWT dan keredhaan Allah SWT.

28- Seseorang yang benar-benar Hamba Allah SWT tidak akan menyembah selain daripada Allah SWT.

29- Buangkan perasaan pentingkan dunia, pasti Allah SWT akan membuka Jalan untuk menemuiNya.

30- Membuang hawa nafsu akan menjadikan diri anda pendamping kepada Allah SWT yang paling dekat.

Kitab Takirah Awliya’. m/s : 111-113.

Friday, June 24, 2011

10 Tanda Golongan As-Siddiq-Berkata Benar

Ketahuilah bahawa setiap fikrah terdapat adab dan setiap isyarat terdapat ilmu. Yang akan dapat membezakan demikian itu hanyalah mereka yang dapat memahami kehendak ALlah ‘azza wa jalla dan dapat memetik buah-buah keyakinan dari firman-firmanNya.

Tanda-tanda demikian itu yang terdapat pada orang yang sodiq (benar) ialah :

1. Apabila ia melihat ia akan mengambil iktibar

2. Apabila ia berdiam ia akan berfikir

3. Apabila ia bercakap ia akan berzikir

4. Apabila ia terhalang ia akan sabar

5. Apabila diberi ia akan bersyukur

6. Apabila diuji ia mengucap tarji’ إن لله و إنا إليه راجعون

7. Apabila dilakukan tindakan bodoh ke atasnya ia berlemah lembut

8. Apabila ada ilmu ia merendah diri

9. Penyayang apabila mengajarkan ilmu

10. Dan apabila ditanya ia berusaha untuk menjawab

Rujukan :

http://menitiwaktu90.blogspot.com/

Doa Para Leluhur

Doa Para Leluhur


Doa seorang budak lelaki yang soleh dari Kisah Ashabul Ukhdud (غلام أصحاب الأخدود). Kisahnya amat mengagumkan. Boleh rujuk dalam tafsir Surah al-Buruj (سورة البروج) untuk kisahnya yang panjang. Disebut dalam Hadith Sahih Muslim bahawa budak lelaki ini berdoa dengan lafaz dibawah sehingga segala rancangan membunuhnya tergendala. Sehinggalah beliau membuka satu rahsia iaitu hendaklah membunuhnya dengan menyebut, ‘Dengan nama Allah, tuhan budak ini, aku bunuh budak ini - باسم الله، رب هذا الغلام أقتل هذا الغلام’ lantas dipanah barulah budak ini meninggal dunia. Lantas sekalian rakyat yang melihat peristiwa tersebut menyahut beramai-ramai, “Kami beriman dengan Tuhan budak ini”. Berang dengan demontrasi besar-besaran atas pembantaian budak tersebut, rakyat sudah mengetahui rahsia pemerintahan raja yang zalim beserta juaknya. Segala helah dan gula-gula raja tidak menjadi. Sebagai langkah terakhir mengekalkan pemerintahan rakyat dizalimi dan dipaksa menganut agama kuffar, mengakui raja sebagai tuhan.

Rakyat yang sudah bebas merdeka tetap mengakui bahawa Allah-lah Tuhan yang mereka sembah dengan sebenar-sebenar sembahan, tiada lagi sumpah palsu, rasuah tidak dapat lagi membeli undi! Tidak dapat tidak rakyat disumbat ke dalam tahanan tanpa dibicara. Mana-mana yang masih berdegil.......juak raja zalim tadi mengusulkan idea bernas, “Kita humban saja dalam api Tuanku, biar mereka rasa dahsyatnya neraka, menentang pemerintah adalah neraka balasannya, mereka ingat dengan slogan beriman pada Allah boleh masuk syurga, ketua pemimpin rakyat ini menggula-gula mereka dengan janji syurga...tu pun sudah mati ditangan Tuanku”.

Akhirnya pada hari yang ditetapkan dibina parit besar, dalamnya menyala api besar, dihumban seorang demi seorang ke dalamnya. Sehinggalah sampai pada seorang ibu yang masih punyai anak menyusu.

“Tengoklah perempuan ini, tidak layak bergelar ibu! Dia sanggup membawa anaknya ke demontrasi rakyat, sepatutnya tempat ibu di rumah mendidik anaknya agar membesar dapat membangunkan negara!”, kata seorang pemimpin wanita yang menyebelahi raja zalim tadi.

Tiba-tiba bayi ini boleh bercakap, “Jangan takut wahai ibuku, kamu dipihak yang benar, terjunlah! Jangan gentar! Allah bersama kita!.”

Doa budak lelaki tersebut ialah:

اللهم اكْفِنِيْهِمْ بِمَا شِئْتَ

Ertinya: Ya Allah balaslah perbuatan mereka dengan kehendak-Mu Ya Allah.

Setengah ulama menambah:

اللهم اكْفِنِيْهِمْ بِمَا شِئْتَ وَحَيْثُمَا شِئْتَ وَكَيْفَمَا شِئْتَ وَأَيْنَمَا شِئْتَ

Ertinya: Ya Allah balaslah perbuatan mereka dengan kehendak-Mu Ya Allah, dimanapun Engkau kehendaki, bagaimana pun cara Engkau kehendaki dan dimana-mana pun Engkau kehendaki.

Maka barangsiapa yang dizalimi, sedang dikepong, perbanyakkanlah membaca doa ini.

Thursday, June 23, 2011

Wasiat Nabi Untuk Ali - 20

Wasiat Nabi Untuk Ali - 20


وصية المصطفى صلى الله عليه وسلم للإمام علي أبي طالب كرم الله وجهه
تأليف: الشيخ عبد الوهاب الشعراني رحمه الله تعالى

فصل في علامات الخير

قال عليه الصلاة والسلام:
يا علي! وللعابد ثلاث علامات: يمقت نفسه ويحاسبها ويطيل القيام بين يدي الله تعالى.

Wahai Ali! Tanda orang abid itu ada 3 tanda:

1. Benci nafsunya.
2. Menghisabnya yakni menginsafi akan dosa akibat dari nafsunya.
3. Memanjangkan berdiri pada Allah yakni bersolat.

وللصالح ثلاث علامات: يصلح بين الله وبينه بالعمل الصالح ويصلح دينه بالعمل ويرضى للناس ما يرضى لنفسه .

Tanda orang soleh itu ada 3 tanda:

1. Memperbaiki hubungannya dengan Allah dengan amal soleh.
2. Memperbaiki agamanya dengan amal soleh.
3. Menyukai sesuatu yang baik berlaku pada orang lain sebagaimana sesuatu yang baik berlaku atas dirinya.

يا علي! وللسعيد ثلاث علامات: قوت حلال ومجالسة العلماء والصلوات الخمس مع الإمام.

Wahai Ali! Tanda orang bahagia itu ada 3 tanda:

1. Makanan halal.
2. Duduk dalam majlis ulama.
3. Solat 5 waktu berjemaah.

يا علي! وللمؤمن ثلاث علامات: يبادر في طاعة الله ويجتنب المحارم ويحسن إلي من أساء إليه.

Wahai Ali! Tanda orang mukmin itu ada 3 tanda:

1. Bersegera dalam mentaati Allah.
2. Menjauhi perkara haram.
3. Balas baik kepada orang yang berbuat jahat padanya.

يا علي! وللسخي ثلاث علامات: العفو عند المقدرة وإخراج الذكاة وحب الصدقات.

Wahai Ali! Tanda orang murah hati itu ada 3 tanda:

1. Memberi maaf kepada yang orang yang bersalah ketika ia berkuasa untuk membalasnya.
2. Mengeluarkan zakat.
3. Banyak bersedekah.

يا علي! وللحليم ثلاث علامات: يصل من قطعه ويعطي من حرمه ويعفي عمن ظلمه.

Wahai Ali! Tanda orang lemah lembut itu ada 3 tanda:

1. Menghubung silaturahim pada orang yang memutuskannya.
2. Memberi kepada orang yang tidak memberinya.
3. Memberi maaf pada orang yang menzaliminya.

يا علي! وللصبور ثلاث علامات: الصبر على طاعة الله تعالي والصبر على مصيبته والصبر على قضاء الله.

Wahai Ali! Tanda orang sabar itu ada 3 tanda:

1. Sabar dalam mentaati perintah Allah.
2. Sabar menghadapi musibah.
3. Sabar menerima ketentuan Allah.

يا علي! وللتائب ثلاث علامات: إجتناب الحرام والحرص على طلب العلم ولا يعود للذنب كما لا يعود الحليب إلي الضرع.

Wahai Ali! Tanda orang bertaubat ada 3 tanda:

1. Menjauhi perkara haram.
2. Suka menuntut ilmu.
3. Tidak kembali melakukan dosa sebagaimana susu tidak akan kembali dari tempat perahannya.

250 Kesalahan Dalam Membaca Al-Fatihah

http://maramissetiawan.files.wordpress.com/2010/10/al-fatihah.jpg?w=220&h=164

لاَصَلاَةَ لِمَنْ لَمْ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ

“Tidak ada sholat bagi seoran yang tidak membaca al-Fatihah” (HR. ‘Ubadah bin Shomit/ Bukhori dan Muslim)

Menurut jumhur ahlul ilmi Al-Fatihah merupakan rukun sholat. Adapun kesalahan dalam al-Fatihah telah berkata Imam an-Nawawi dalam kitab Syarh Shohih Muslim: jika terjadi kesalahan salam al-Fatihah yang merubah makna seperti mendlommahkan atau mengkasrohkan kalimat أَنْعَمْتُِ (an’amtu/an’amti) atau mengkasrohkan kaf pada kalimat إِيَّاكِ (iyyaki) maka sholatnya tidak sah. Namun bila tidak merubah makna seperti membaca fathah ba’ pada lafadz dan sebagainya maka dimakruhkan hal itu dan tidak batal sholatnya (lihat fiqh wadlih. Oleh Dr. Muhammad Bakr Ismail, fatwa Ibnu Taimiyyah dalam bab hukum belajar tajwid, dan Syarah Shohih Muslim no. 397)

Keterangan

1. K: Kesalahan Kecil

2. B: Kesalahan Besar

أَعُوْذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطٰنِ الرَّ جِيْمِ

A. أَعُوْذُ

1. Menebalkan hamzah: o’uudzu (K)

2. Memanjangkan hamzah: aa’uudzu (B)

3. Membaca imalah sughro pada hamzah: e’uudzu (K)

4. Mengganti ‘ain dengan hamzah: auudzu (B)

5. Mengucapkan ‘ain seperti orang jawa: anguudzu (K)

6. Tidak mendlommahkan ‘ain dengan benar: a’oodzu (K)

7. Memanjangkan ‘ain lebih dari dua harokat: a’uuudzu (K)

8. Mengganti dzal dengan dal: a’uudu (B)

9 Mengganti dzal dengan dzo’: a’uudzu (B)

B. بِاللَّهِ

1. Membaca ba’ dengan imalah kubro: bellahi (K)

2. Menghilangkan tasydid lam: bilaahi (B)

3. Menebalkan lam: billaahi (K)

4. Terlalu membuka mulut pada lam: billoohi (K)

5. Membaca lam lebih dari 2 harokat: billaaahi (K)

6. Mengganti هـdengan ح: billaahi (B)

7. Memanjangkan Ha’: Billaahii (B)

8. Menghilangkan Ha’ : Billaa (B)

C. مِنَ الشَّيْطٰنِ

1. membaca mim dengan imalah kubro: mena (K)

2. Menebalkan nun: mino (K)

3. Meninggalkan tasydid syin: Mina syaithoon (B)

4. Mengganti syin dengan sin: minassaithoon (B)

5. Mengganti ya’ dengan imalah kubro: minasysyaethoon (K)

6. Mengganti tho’ dengan ta’: minasysyaitaan (B)

7. Membaca tho’ lebih dari 2 harokat: minasysyaithoooon (K)

8. Membaca nun dengan imalah kubro: minasysyaithoone (K)

9. Memanjangkan nun: minasysyaithoonii (B)

10. Mengganti nun kasroh dengan dlommah: minasysyaithoonu (B)

D. الرَّ جِيْمِ

1. Menipiskan ro’: arrajiim (K)

2. Memanjangkan ro’: arroojiim (B)

3. Tidak membaca ro’ dengan sempurna: aurojim (K)

4. Mengganti jim dengan gim: arrogiim (B)

5. Membaca jim seperti orang jawa. (K)

6. membaca jim dengan imalah kubro: orrojeem (K)

7. membaca kurang dari 2 harokat: arrojim (B)

8. Membaca jim lebih dari 6 harokat: arrojiiiiiiiim (K)

9. Mengganti mim dengan nun: arrojiin (B)

10. Mengucapkan qolqolah pada mim: arrojiime (K)

Rujukan :

http://maramissetiawan.wordpress.com/2010/10/21/250-kesalahan-dalam-membaca-al-fatihah-1-kesalahan-dalam-membaca-taawwudz/

Melakukan dosa lebih hina daripada bersahabat dengan syaitan

http://maramissetiawan.files.wordpress.com/2009/07/doa-memohon-surga2.jpg?w=476&h=297

Abu Yazid Al-Bastomi berkata :

1- Aku ini hamba Allah SWT, kenapa aku mendahulukan kehendakku daripada kehendak Allah SWT.

2- Aku memberi ceramah selama 40 tahun, tidak ada seorang pun yang mahu mendengar ceramahku, kecuali Allah SWT menghendakkinya mahu mendengar ceramah dalam bidang kerohanian.

3-Sesiapa yang dikasihi oleh Allah SWT dia akan diberi penderitaan.

4- Bersama dengan orang-orang soleh itu lebih baik daripada melakukan amal soleh. Bersama dengan syaitan itu lebih hina daripada melakukan perbuatan keji.

5- Jangan bergantung dengan usaha mu tetapi bergantunglah dengan Rahmat Allah SWT.

6- Anggaplah kekuatan hidupmu hanya untuk hari ini, tidak lebih dari itu.

7- Kasih kepada Allah SWT menyebabkan kamu lupakan dunia ini dan Akhirat.

8- Berpuasa itu mendatangkan Rahmat.

Rujukan :

Tazkirah Awliya’ . m/s : 75.

4 Tangisan Ibu yang mesti kita syukuri

Ibu menangis dalam 4 keadaan

1-Ibu menangiskan kerana takut mati dan tidak sempat memelihara anaknya sepanjang hayat.

2- Ibu menangis disaat melahirkan anak kerana tidak dapat mendengar tangisan anaknya.

3-Ibu menangis gembira semasa berjaya mengeluarkan bayi dari kandungan ( Dengan Izin Allah SWT ).

4-Ibu menangis gembira semasa meminta untuk melihat bayi yang dilahirkannya dan menyusunya.

وتبكـــي خــوفــــــــــــــــــــــــــــآ أن تموت ولم ترى وليدهــــآ….!
وتبكــــي خــــوفــــــــــــــــــــــــآ عند ولآدة طفلهـــآ إن لم تسمع بكــآؤهـ
وتبكـــي فــــــرحــــــــــــــــــــــآ عند خروج طفلهـآ لهــــذة الدنـــيآ
وتبكــي فرحــــــــــــــــــــــــــآ تطلب أن ترى طفلهـــآ وتحضنــهـ حين ولآدتة وهي مـــآزالت

http://www.muslmah.net/t40417/

7 Golongan yang mengikut langkah syaitan

http://www.kolalwatn.net/thumbnail.php?file=33_691463678.jpg&size=article_large

ومن اتباع خطوات الشيطان:

1- Pengikut Hawa Nafsu.

1- ـ اتباع الهوى: [وَمَنْ أَضَلُّ مِمَّنَ اتَّبَعَ هَوَاهُ بِغَيْرِ هُدًى مِنَ اللهِ] {القصص:50}.

Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu) Ketahuilah bahwa Sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

2-Mereka yang mengikuti golongan yang merosakkan.

2- ـ اتباع سبيل المفسدين: [ وَلا تَتَّبِعْ سَبِيلَ المُفْسِدِينَ] {الأعراف:142}.

142. Dan Telah kami janjikan kepada Musa (memberikan Taurat) sesudah berlalu waktu tiga puluh malam, dan kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi), Maka sempurnalah waktu yang Telah ditentukan Tuhannya empat puluh malam. dan Berkata Musa kepada saudaranya yaitu Harun: “Gantikanlah Aku dalam (memimpin) kaumku, dan perbaikilah[564], dan janganlah kamu mengikuti jalan orang-orang yang membuat kerusakan”.

[564] Maksudnya: perbaikilah dirimu dan kaummu serta hal ihwal mereka.

3-Mereka yang mengikut nafsu serakah.

3- ـ اتباع الشهوات: [فَخَلَفَ مِنْ بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ] {مريم:59}.

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan,

4-Mengikut jalan selain daripada Jalan Sunnah Rasulullah SAW

4- ـ اتباع السبل: [ وَلا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَنْ سَبِيلِهِ] {الأنعام:153}.

153. Dan bahwa (yang kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus, Maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain)[152], Karena jalan-jalan itu mencerai beraikan kamu dari jalannya. yang demikian itu diperintahkan Allah agar kamu bertakwa.

[152] Shalat wusthaa ialah shalat yang di tengah-tengah dan yang paling utama. ada yang berpendapat, bahwa yang dimaksud dengan Shalat wusthaa ialah shalat Ashar. menurut kebanyakan ahli hadits, ayat Ini menekankan agar semua shalat itu dikerjakan dengan sebaik-baiknya.

5-Mereka yang mengikut sangkaan.

5 – ـ اتباع الظن: [إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ] {الأنعام:148}.أي: ما تتبعون إلا الوهم والظن الباطل الذي لا يغني عن الحق شيئا، وما أنتم إلا تخمِّنون تخمينا لا يستند إلى شيء.

Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan: “Jika Allah menghendaki, niscaya kami dan bapak-bapak kami tidak mempersekutukan-Nya dan tidak (pula) kami mengharamkan barang sesuatu apapun.” demikian pulalah orang-orang sebelum mereka Telah mendustakan (para rasul) sampai mereka merasakan siksaan kami. Katakanlah: “Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu mengemukakannya kepada kami?” kamu tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.

6-Mengikut Ibu bapa

6- ـ اتباع الآباء: [وَإِذَا قِيلَ لَهُمُ اتَّبِعُوا مَا أَنْزَلَ اللهُ قَالُوا بَلْ نَتَّبِعُ مَا وَجَدْنَا عَلَيْهِ آَبَاءَنَا] {لقمان:21}.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutilah apa yang diturunkan Allah”. mereka menjawab: “(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya”. dan apakah mereka (akan mengikuti bapak-bapak mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa api yang menyala-nyala (neraka)?

7-Mengikut perkara yang tidak jelas

7- ـ اتباع المتشابه: [ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ ابْتِغَاءَ الفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ] {آل عمران:7}.

Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat[183], Itulah pokok-pokok isi Al qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat[184]. adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah untuk mencari-cari ta’wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta’wilnya melainkan Allah. dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat yang mutasyaabihaat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami.” dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.

[183] Ayat yang muhkamaat ialah ayat-ayat yang terang dan tegas Maksudnya, dapat dipahami dengan mudah.

والضمان الوحيد لسلوك طريق الحق والابتعاد عن خطوات الشيطان هو الاستسلام الخالص لله: [يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ] {البقرة:208}.

208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

Rujukan :

http://www.kolalwatn.net/hot_files/12874.html

Persahabatan yang mendapat naungan Allah SWT

Persahabatan yang mendapat naungan Allah SWT


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/06/islahheader.jpg?w=453&h=256

Para ulama salafush sholih menilai seseorang dengan melihat teman dekatnya.
Abu hurairah mengatakan, Rasulullah bersabda:”Agama seseorang dikenal dari agama temannya, maka perhatikanlah siapa temanmu”. (Muslim 927)
Ibnu Mas’ud berkata:
“Nilailah seseorang itu dengan siapa ia berteman, karena seorang muslim akan mengikuti muslim lainnya dan seorang fajir akan mengikuti fajir lainnya”.
Beliau melanjutkan:
“Seseorang itu akan berjalan dan berteman dengan orang yang dicitainya dan mempunyai sifat seperti dirinya”
Yahya bin Katsir mengatakan:
“Jangan kamu menetapkan penilaian terhadap seseorang sampai kamu memperhatikan siapa yang menjadi temanya”.
Rujukan:

http://www.elthifa.co.cc/2010/05/pandailah-menilai.html

10 Sifat Hati Orang-orang Kafir Di Dalam Al-Quran

Allah berfirman dalam surat Albaqoroh ayat yang ke 7

Allah Telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka , dan penglihatan mereka ditutup. dan bagi (QS. Al-Baqoroh:7)
Allah memberikan sifat hati orang kafir dengan sepuluh sifat :
1. Inshirof (dipalingkan), sebagaimana firman Allah:
Dan apabila diturunkan satu surat, sebagian mereka memandang kepada yang lain (sambil berkata): “Adakah seorang dari (orang-orang muslimin) yang melihat kamu?” sesudah itu merekapun pergi. Allah Telah memalingkan hati mereka disebabkan mereka adalah kaum yang tidak mengerti.
Ayat di atas berkenaa dengan orang-orang munafik, ketika dibacakan ayat-ayat Allah yang mengungkap kebusukan hati mereka, mereka kaget dan heran, tapi anahnya mereka justru berpaling dan pergi. Padahal seharusnya mereka beriman kepada ayat-ayat Allah yang menujukan kebenaran apa yang dibawa Rosulullah tersebut, oleh karenanya Allah memalingkan hati mereka dari kebenaran.
Dari ayat di atas, sebagian ulama melarang seseorang mengucapkan “Inshorifu” (pergilah) kepada saudaranya, ketika menyuruhnya pergi tetapi disunahkan baginya mengucapkakn “Ingqolibuu” (kembalilah), ini bersdasarkan firman Allah:
Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. dan Allah mempunyai karunia yang besar.
2. Dhoyiq dan Haroj (sesak lagi sempit), sebagaimana firman Allah:
Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman.
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas’ud bertanya kepada Rosulullah tentang tanda hati yang lapang, lalu Rosululllah bersabda:
“berhati-hati terhadap dunia yang menipu in, mendekatkan diri kepada hari yang keka,serta mempersiapkan diri sebelum datangnya kematian”
Sedangkan hati oran g kafir terasa sempit dan sesak ketika menerima ajaran-ajaran Islam, oleh karena mereka juga merasakan sempit sesak di dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Sebagaimana firman Allah:
Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.
Al-Haraj artinya tempat yang dikelilingi pohon-pohon yang membelit dan melingkar. Hati orang kafir sangat sempit, sehingga hidayah dan petunjuk tidak bisa masuk kedalamnya, sebagaimana para penggembala yang tidak bisa memasuki tempat yang di penuhi dengan pepohonan yang membelit dan melingkar.
Sesaknya hati orang kafir juga Allah misalkan dengan seseorang yang sedang mendaki langit atau tempat yang tinggi. Semakin tinggi ia mendaki, maka akn semakin sesak karena oksigen mulai berkurang, ayat ini termasuk salah satu mukjizat Al-Quran yang menerangkan perubahan oksigen di udara, yang insya Allah akan diterangkan lebih luas ketika sampai pada tafsir QS. Al-An’am
Ada satu hadits yang maknnya serupa dengan ayat di atas, yaitu Rosulullah bersabda:
“Barang sipa yang dikehendaki Allah kebaikan maka Allah akan memahamkan dia dalam uurusan agama” (HR. Muslim)
Hadits di atas menjelaskan kepada kita bahwa salah satu tanda kebaikan yang ada dalam diri seseorang adalah Allah melapangkakn dadanya, memberikannya semangat serta memudahkannya dalam mencari ilmu dan memudahkanya dalam memahaminya. Makna ilmu dalalm hadits di atas adalah ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah. Sebaliknya orang yang tidak dikehedaki kebaikan olah Allah maka akan disempitkan dadanya dan dipalingkan dari menuntut ilmu.3. Mayit “ Mati “ sebagaimana firman Allah  :
Dan apakah orang yang sudah mati Kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan kepadanya cahaya yang terang, yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia, serupa dengan orang yang keadaannya berada dalam gelap gulita yang sekali-kali tidak dapat keluar dari padanya? Demikianlah kami jadikan orang yang kafir itu memandang baik apa yang Telah mereka kerjakan.(QS. Al-An’am: 122)
Maksud orang yang mati dalam ayat itu adalah orang yang hatinya mati. Hati yang mati adalah hati yang tidak bisa memahami ayat-ayat Allah karena bodoh dan tidak punya ilmu. Maka Allah menghidupkannya dengan memberikan ilmu dan keimanan kepadanya, dan keduanya merupakan yang terang dengannya dia bisa berjalan ditengah-tengah manusia.
Ayat diatas menunjukan keutamaan ilmu, karena dengan ilmu manusia bisa hidup, tanpanya manusia ibarat seorang yang mati. Sebagaimana yang dikatakan oleh seorangpenyair:
وفي الجهل قبل الموت موت لأهل ميت فأجسامهم قبل القبور قبور
وإن امرأ لم يحي بالعلم ميت فليس له حتى النشور نشور
Seseorang yang berada didalam kebodohan, sebelum datangnya kematian sudah dianggap mati.
Badan mereka bagaikan kuburan sebelum dimasukan ke liang kubur,
Sesungguhnya seseorang yang hidup tanpa ilmu, telah mati.
Dia tidak mempunyai kebangkitan sedikitpun, sampai datangnya hari kebangkitan”
Menurut ayat di atas, orang yang tidak mempunyai ilmu, dia akan tenggelam dalam kegelapan, baik yang berbentuk kekafiran, maupun yang berbentuuk bid’ah, dan dia tidak akan bisa keluar darinya selama-lamanya. Di dalam kekafiran dan kebid’ahan tersebut mereka akan menganggap baik apa yang mereka kerjakan. Sebagaimana yang telah disinyalir oleh Allah:
Katakanlah: “Apakah akan kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?”
Yaitu orang-orang yang Telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. (QS. Al-Kahfi:103-104)
Dengan ilmu manusia akakn hidup dan akan mampu menghidupkan serta memakmurkan dunia ini, tanpanya manusia tak akan mampu berbuat apa-apa, kecuali ia akan terombang ambing dalam kegelapan dan kebodohan.
Lihatlah bangsa-bansa besar dan maju, mereka mampu membangunnya dengan ilmu dan pendidikan. Tiada suatu bangsa yang memperhaatikan pendidikan dan ilmu melainkan bangsa tersebut akan maju dan kuat, sebaliknya bangsa yang meremehkan pendidikan dan ilmu pasti akan lemah dan hancur.
4. Thob’u (terkunci mati) sebagaimana firman Allah:
Maka (Kami lakukan terhadap mereka beberapa tindakan)[377], disebabkan mereka melanggar perjanjian itu, dan Karena kekafiran mereka terhadap keterangan-keterangan Allah dan mereka membunuh nabi-nabi tanpa (alasan) yang benar dan mengatakan: “Hati kami tertutup.” Bahkan, Sebenarnya Allah Telah mengunci mati hati mereka Karena kekafirannya, Karena itu mereka tidak beriman kecuali sebahagian kecil dari mereka.(QS. An-Nisa:155)
Ayat diatas turun berkenaan dengan orang-orang Yahudi
Yang melakukan kejahatan di dunia ini, seperti melanggar perjanjian, mengingkari ayat-ayat Allah, dan membunuh para nabi. Dengan perbuatan mereka itu, akhirnya Allah mengunci mati hati mereka.
Dari sini kita dapat mengetahuibahwa Allah tidaklah menzalimi mereka akan tetapi mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan kejahatan-kejahatan tersebut.
5. Ingkar, sebagaimana firman Allah:
Tuhan kamu adalah Tuhan yang Maha Esa. Maka orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat, hati mereka mengingkari (keesaaan Allah), sedangkan mereka sendiri adalah orang-orang yang sombong.(QS. An-Nahl:22)
Dalam surat An-Nahl di atas dijelaskan bagaimana Allah telah memberikan berbagai kemudahan dan kenikmatan yang begitu luas kepada manusuia ini, agar kenikmatan tersebut disyukuri dan digunakan untuk beribadah kepada Allah saja. Akan tetapi hati orang-orang kafir mengingkari kenikmatan tersebutdan tidak mau beribadah kepada Allah. Masalah ini mmempunyai kaitan yang sangat erat dengan kufur nikmat, sebagaimana yang telah diterangkan di atas, sehingga dikatakan bahwa orang yang mengingkari kebaikan yang diberikan kepadanya dikategorikan kufur nikmat. Kalau dalam ayat ini disebut munkirot, yaitu mengaingkari kenikmatan yang membawanya kepada ingkar kepada Allah.
Bisa juga diartikan mengingkari keesaan Allah dan tidak mau menerima kebenaran dan nasihat. Sebaliknya hati mereka menerima kekafiran dan kemaksiatan.
Artinya bahwa ciri-ciri hati orang kafir itu senang dengan kemaksiatan dan kesesatan, cenderung kepada orang yang jahat, gembira dengan kerusakan. Sebaliknya hati mereka benci dengan kebaikan dan keimanan, menjauhi orang-orang yang baik, serta benci jika kebaikan dan kemaslahatan terwujud.
Berapa banyak dari umat Islam sekarang yang hatinya seperti hati orang-orang kafir tersebut, mereka mengangkat pemimpin-pemimpin jahat, menjadikan para pengkhianat sebagai teman dekat, gembira jika umat Islam terkena musibah, senang jika orang-orang kafir menang. Senang dengan tersebarnya kejahatan dan kemaksiatan di kalangan orang-orang beriman.
Allah berfirman:
Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak Mengetahui.(QS. An-Nur:19)
Ayat di atas menunjukan bahwa “Al-Hubb” (memrasa senang) dengan tersebarnya kerusakan atau musibah yang menimpa kaum muslimin, merupakan sifat hati yang mendapat ancaman adzab yang pedih dari Allah. Amalan hati inilah yang akakkn dimintai pertanggung jawaban oleh Allah, walaupun belum diaplikasikan di dalam anggota badan.
Oleh karenanya, Allah tidak akan mengzab orang yang berbuat kejahatan dengan anggota badan tetapi hatinya mengingkarinya, seperti orang yang dipaksa, atau berbuata tanpa kesadarannya, atau karena ketidak sengajaan. Ini semua menunjukan pentingnya gerakkan dan amalan hati.
Contoh lain dari hati yang Ingkar adalah apa yang tersebut di dalam firman Allah:
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang diberi bahagian dari Al kitab? mereka percaya kepada jibt dan thaghut , dan mengatakan kepada orang-orang kafir (musyrik Mekah), bahwa mereka itu lebih benar jalannya dari orang-orang yang beriman”.(QS.An-Nisa:51)
Hati yang ingkar selalu cenderung kepada orang-orang kafir dan mengutamakan mereka atas orang-orang beriman. Mereka menganggap bahwa orang orang kafir jauh lebih baik agama dan ibadahnya daripada orang yang beriman.
6. Hamiyyah (Fanatik).
Sebagaimana firaman Allah:
Ketika orang-orang kafir menanamkan dalam hati mereka kesombongan (yaitu) kesombongan Jahiliyah lalu Allah menurunkan ketenangan kepada Rasul-Nya, dan kepada orang-orang mukmin dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat-takwa dan adalah mereka berhak dengan kalimat takwa itu dan patut memilikinya. dan adalah Allah Maha mengetahui segala sesuatu.(QS.Al-Fath:26)
Orang-orang kafir, ketika mereka diajak untuk mengikuti kebenaran timbul dalam hatinya sifat hamiyah jahiliyah, yaitu fanatikan jahiliyah dan kefanatikan kepada berhala mereka, sehingga mereka menolak kebenaran tersebut.
Sebagian umat Islam, kadang terjangkit penyakit hamiyah ini, mereka fanatik dengan otak dan nalar yang mereka miliki, sehingga menutupi mereka dari mengikuti kebenaran. Fanatik dengan otak dan nalar termasuk dalam kategori hamiyah jahiliyah.
Termasuk di dalam kategori penyakit hamiyah jahiliyah adalah fanatik golongan, fanatik suku dan fanatik kenegaraan atau disebut paham nasionalisme. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fanatik kebangsaan ini, bisa ditelaah buku “Nasionalisme Dan Kerugian Yang Diderita Umat Islam” sebaliknya orang-orang beriman ketika dihadapkan pada masalah yang pelik dan rumit serat sensitif, mereka tetap tenang dan berfikir jernih. Menggunakan nalar dan akar sehat serta tetap konsisten dengan ajaran-ajaran Islam, tidak emosional dan tidak mudah terprovokasi pihak-pihak lain. Karena Allah lah yang menurunkan ketenangan ke dalam hati mereka dan mengajarkan kepada mereka kalimat tauhid.
Sejarah telah mencatat sikap arif dan bijak yang diambil kaum muslimin ketika dihadapkan pada masalah yang pelik. Ketika kaum muslimin di Mina pada musim haji, sebagian kaum Anshor yang sudah berbai’at kepada Rasulullah dan sudah masuk Islam, ingin segera berperang, akan tetapi Rasulullah melarang mereka berbuat gegabah, karena umat Islam masih lemah, belum saatnya untuk mengadakan konfrontasi senjata dengan musuh. Begitu juga, pada peristiwa Hudaibiyah, kaum muslimin merasa terdzolimi karena dilarang masuk Mekah ditambah dengan isi perjanjian yang tidak adil dan sangat memojokkan mereka saat itu, sebagian sahabat ingin segera menyerukan jihad melawan kaum musyrikin Mekah namun Allah menurunkan sakinah ke dalam hati mereka, sehingga mereka mau mendengar dan taat serta kembali bersama Rasulullah ke Madinah.
Umat Islam hari ini hendaknya menjadikan ayat di atas sebagai barometer dalam bergerak. Hendaklah tetap tenang dan berfikir jernih, tidak terprovokasi oleh pihak-pihak luar yang ingin menghancurkan Islam. Konsisten dengan ajaran islam adalah satu-satunya jalan keluar dari berbagai masalah, tidak main kasar dan gegabah tetapi tetap memegang teguh kalimat tauhid serta tetap terus beramal sesuai dengan ajaran-ajaran Islam.
7. Qosiyah (membatu) sebabgaimana firman Allah:
Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk (menerima) agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? Maka Kecelakaan yang besarlah bagi mereka yang Telah membatu hatinya untuk mengingat Allah. mereka itu dalam kesesatan yang nyata.(QS. Az-Zumar:22)
Orang-orang kafir jika dibacakan ayat-ayat Allah, hati mereka membatu dan keras, tidak bisa lunak dan khusyu’ serata tidak bisa memahaminya. Sedang hati orang-orang beriman jika dibacakan ayat-ayat Allah hati mereka akan menjadi lunak dan luluh, kadang mereka menangis karena tersentuh dengan ayat-ayat Allah. Disebabkan mereka paham dengan ayat-ayat Allah. Sehingga mereka tunduk.
Ayat diatas memberikan pesan kepada orang-orang beriman agar selalu memperbaharui keamanan mereka, untuk selalu membiasakan diri mereka dengan hal-hal yang bisa menyentuh hati dari kelengahan. Diantaranya dengan banyak menggingat kematian, mengingat adzab kubur dan hari kebangkitan, mengingat panasnya api neraka.
Hati yang keras ini bisa luluh dan lunak, supaya bergetar ketika mendengar nama Allah disebut. mata yang kering ini supaya bisa menangis kertika mendengar ayat-ayat Allah dibacakan, menangis kletika menengar nasihat-nasihat. Dalam hal ini para ulama khususnya para ahli Hadits telah menyusun hadits-hadits dan mengklasifikasikan hadits-hadits yang mengingatkan kepada remehnya kehidupan dunia ini serta pentingnya mengingat kematian dan akherat dengan judul ”Bab Raqiq” artinya bab yang bisa melunakan dan melembutkan hati serta menghindari dari Qoswatul Qolbu (membatunya hati).
8. Ar-Rain (tertupup)
Sekali-kali tidak (demikian), Sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.(QS. Al-Muthofifin:14)
Ayat di atas menjelaskkan bahwa hati yang tertutup atau ditutup Allah sehingga tidak bisa menerima kebenaran adalah akibat atau dampak dari perbuatan yang dikerjakan oleh manusia, dan sekali-kali Allah tidak akan menzalimi seseorang, akakn tetapi orang itu sendiri yang menzalimi dirinya sendiri, dengan mengerjakan hal-hal yang membawa mudharat bagi dirinya dan bagi umat manusia.
Ayat di atas juga menjelaskan bahwa perbuatan anggota tubuh akan mempengaruhi keadaan hati seseeorang, dalam suatu hadits disebutkan:
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rosulullah bersabda: “
“sesungguhnya seorang mukmin jika mengerjakan dosa, maka akan membekaskan titik hitam di hatinya, jika ia bertaubat dan berhenti dari berbuat dosa maka akan kekmbali bening dan bersih, sebaliknya jika ia terus mengerjakan dosa tersebut maka akan bertambah titik hitamnya hingga memenuhi seluruh hatinya, itulah Al-Raan yang dimaksud dalam firman Allah QS. Al-Muthofifin:14. (HR. Ibnu Majah no: 4244)
Sebagian ulama’ mengatakan bahwa Ar-Raan lebih ringan dari At-Thob’dan At-Thob’ lebih ringan dari Al-Aqfal.
9. Maridh (sakit), sebagaimana firman Allah
Atau apakah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya mengira bahwa Allah tidak akan menampakkan kedengkian mereka ?(QS. Muhammad:29)
Hati yang sakit, sebagaimana anggota badan yang sakit, salah satu tandanya adalah perutnya yang malas menerima makkanan yang merupakan gizi dan kekuatan badanya, dia juga tidak semangat untuk beramal. Begitu juga hati yang sakit juga malas untuk menerima nasihat dan peringatan serta ilmu, yang semuanya merupakan gizi untuk ruh dan jiwa.
Sebagaimana badan membutuhkan gizi yang berupa makanan maka ruh dan jiwa juga membutuhkan gizi yang berupa ilmu, naihat dn peringatan. Kalau hati ini tidak pernah disuntik dengan gizi-gizi itu maka lambat laun hati ini akan lemas, sakit dan kemudian mati. Hati orang-orang kafir adalah hati yang sakit. Dan tidak ada obatayang dapat menyembuhkan kecuali ilmu dan Iman
10. Khotm (terkunci mati). Sebagaimana firman Allah:
Allah Telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka , dan penglihatan mereka ditutup . dan bagi mereka siksaan yang besar. (QS.Al-Baqoroh:7)

Referensi
1. Al-Quran al Karim
2. Tafsir As-Sa’dy
3. Lihat Al-Mustadhrok ‘Ala Shohihaini lil Hakim juz. 18 hal. 233
4. Lihat Shohih Muslim Juz 1 hal. 39

Rujukan blog:

http://www.elthifa.co.cc/2010/05/sepuluh-sifat-hati-orang-kafir.html

Wednesday, June 22, 2011

Segala rahsia akan tersingkap apabila tenggelam dalam Cinta Allah SWT

Segala rahsia akan tersingkap apabila tenggelam dalam Cinta Allah SWT


http://pichak.net/gallery/albums/userpics/10001/04~2.JPG

Abu Muhammad Imam Jaafar As-Sodiq berkata :

1- Di hari pembicaraan nanti, anda tidak akan ditanya tentang harta benda atau pangkat atau nenek moyang anda atau penndapat anda. Anda akan ditanya tentang amalan kerohanian yang telah anda lalui dan ibadat yang telah anda lakukan.

2- Allah SWT tidak akan dicapai sehingga kita benar-benar mahu bertemu denganNya, seperti orang yang hampir kelemasan mahukan pertolongan.

3- Adalah merupakan satu dosa jika berputus asa dalam Ibadat.

4- Orang yang bertaubat setiap kali tidak sengaja melakukan dosa adalah Orang Yang Dikasihi oleh Allah SWT.

5-Rahsia itu dibukakan kepada ku ketika aku tenggelam dalam Cinta Allah SWT.

6- Orang yang tidak putus-putus berusaha dan menyerahkan semua peribadatannya kehadhrat Allah SWT adalah orang yang menduduki Syurga. Orang yang bergantung ke atas dirinya sendiri dan menjadi hamba kepada hawa nafsu akan ditempatkan di Neraka.

Rujukan:

Kitab Tazkirah Auliya’. m/s: 10.

Mereka yang paling hampir dengan Neraka Allah SWT

http://www.hawahome.info/uploaded/33422/1165318617.gif

أويس القرني

Uwais Al-Qarni berkata :

1- Orang yang mengenal Allah SWT sebagai sahabat tidak akan bersahabat dengan makhluk.

2- Tidurlah dengan mati disampingmu ( sentiasa anggap mati itu sangat hampir ) dan bila bangun daripada tidur janganlah kamu sangka akan hidup lama lagi.

3- Anggaplah Al-Quran seperti Nabi Khidir yang memimpinmu dalam perjalanan. Jangan kamu lupa kepada kematian. Sentiasalah solat.

4-Ingatlah, malam itu untuk beribadat bukan untuk kamu tidur.

5- Hendaklah kamu khusyuk dalam solat sehingga ketika kamu sujud kamu tidak merasakan kesakitan jika tombak dilontarkan kepada kamu.

6- Siapa berpakaian indah, makan makanan yang lazat, berkawan dengan kawan yang kaya raya, maka dia lebih hampir ke Neraka daripada urat lehernya sendiri.

Rujukan :

Kitab Tazkirah Awliya’. m/s : 11.

Zaman yang paling Rasulullah SAW takuti

http://www.nabanews.net/photo/Image/June%202010/prayers%20(4).jpg


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
(ستاتى على أمتى سنوات خداعات يكذب فيها الصادق
و يصدق فيها الكاذب ويؤتمن الخائن و يخون فيها الامين وينطق فيها الرويبضه)
قيل (وما الرويبضه؟) قال: (الرجل التافه السفيه يتكلم فى أمر العامة).
H.R. IBNU MAJAH

Daripada Abu Hurairah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda :”Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya, “Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?”. Nabi SAW menjawab, “Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”.

Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan di sanjung dan dibesar-besarkan.

Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

Rujukan :

http://rockapak.org/forum/index.php?topic=32.0

Huruf Ha’ Selepas Ha’

Ada dua tempat tiada lagi yang ketiga dalam al-Quran huruf Ha’ (ح) bertemu Ha’ (ح):

1. Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 235:

وَلا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلا أَنْ تَقُولُوا قَوْلا مَعْرُوفًا وَلا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ (٢٣٥)

Ertinya: Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan, dan janganlah kamu menetapkan Dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu, dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.۝

2. Surah al-Kahfi (سورة الكهف) ayat 60:
وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا (٦٠)

Ertinya: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga Aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau Aku berjalan terus bertahun-tahun”.۝

Dan ingatlah firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.۝

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.۝

Pemimpin yang sesat dan hina di sisi Allah SWT

http://www.mr7-ly.com/up//uploads/images/mr7-ly.com1e89beefae.jpg

Kata-kata Hassan Al-Basri :

1-Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.

2-Kawam-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah SWT.

3- Mengumpul harta benda lebih buruk daripada minum arak yang mana adalah dilarang oleh Al-Quran.

4-Sesiapa yang memecilkan dirinya akan selamat, sesiapa yang memisahkan daripada dirinya dan nafsunya akan merasakan kebebasan.

5-Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ dia membina Bangunan Akhirat adalah orang yang bijak.

6-Sesiapa yang mengenal Allah SWT akan mengaggap dunia sebagai musuhnya dan sesiapa yang cintakan dunia akan memusuhi Allah SWT.

7- Orang yang membuang amalan Rohaniah dan menggantikannya dengan amalan bermurah hati kepada dunia adalah orang yang rosak dan jahat.

8- Sesiapa yang cintakan emas dan perak akan dihina oleh Allah SWT dan sesiapa menganggap dirinya pemimpin masyarakat adalah orang yang sesat dan hina.

9- Allah SWT telah berfirman ” Aku akan ampunkan bagimu segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku ” Imam Hassaan ditanya, Bagaimanakah kamu ?

Imam Hassan menjawab ” Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung di dalam air “.

Rujukan :

Kitab Tazkirah Awliya’ . m/s : 17 & 18.

6 Penyakit terkini umat Islam

PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
H.R.HAKIM

Daripada Abu Hurairah ra katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :”Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab, ” Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok (2) terlalu mewah (3) menghimpun harta sebanyak mungkin (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) saling memarahi (6) hasud menghasud sehingga zalim menzalim”.
Rujukan :

http://rockapak.org/forum/index.php?topic=32.0

Lima Ayat Dilupai Kita Ketika Bersedih

Lima Ayat Dilupai Kita Ketika Bersedih

Kata Imam Basri (الإمام البصري), “Amat menghairankan orang yang sedang bersedih melupakan 5 ayat Allah dan tidak mengambil istifadah daripadanya.”

.1وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (١٥٥) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُمْ مُصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (١٥٦) أُولَئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِنْ رَبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (١٥٧) سورة البقرة

Ertinya: Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. ۝ (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. ۝ Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayatNya. ۝

.2وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ (٤٤) فَوَقَاهُ اللَّهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَرُوا وَحَاقَ بِآلِ فِرْعَوْنَ سُوءُ الْعَذَابِ (٤٥) سورة غافر

Ertinya: Dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya. ۝ (Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka dia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. ۝

.3الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ (١٧٣) فَانْقَلَبُوا بِنِعْمَةٍ مِنَ اللَّهِ وَفَضْلٍ لَمْ يَمْسَسْهُمْ سُوءٌ وَاتَّبَعُوا رِضْوَانَ اللَّهِ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَظِيمٍ (١٧٤) سورة آل عمران

Ertinya: Mereka juga ialah yang diberitahu oleh orang-orang (pembawa berita) kepada mereka: Bahawa kaum (kafir musyrik) telah mengumpulkan tentera untuk memerangi kamu, oleh itu hendaklah kamu gerun kepadanya. Maka berita itu makin menambahkan iman mereka lalu berkata: Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). ۝ Setelah (pergi mengejar musuh), mereka kembali dengan mendapat nikmat dan limpah kurnia dari Allah, mereka tidak disentuh oleh sesuatu bencana pun, serta mereka pula menurut keredaan Allah dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang amat besar. ۝

.4وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (٨٧) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ وَنَجَّيْنَاهُ مِنَ الْغَمِّ وَكَذَلِكَ نُنْجِي الْمُؤْمِنِينَ (٨٨) سورة الأنبياء

Ertinya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. ۝ Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). ۝

.5وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَى رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ (٨٣) فَاسْتَجَبْنَا لَهُ فَكَشَفْنَا مَا بِهِ مِنْ ضُرٍّ وَآتَيْنَاهُ أَهْلَهُ وَمِثْلَهُمْ مَعَهُمْ رَحْمَةً مِنْ عِنْدِنَا وَذِكْرَى لِلْعَابِدِينَ (٨٤) سورة الأنبياء

Ertinya: Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. ۝ Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). ۝