Thursday, September 29, 2011

4 Perkara lebih baik daripada Syurga Allah SWT

http://www.seattlethunder.net/wp-content/uploads/2011/06/trees-Pink_and_White_Dogwood_Trees_Lexington_Kentucky-travelBBB-com.jpg

1- Kekal di dalam Syurga lebih baik daripada Syurga.

2- Layanan Para Malaikat di dalam Syurga lebih baik daripada Syurga.

3- Berjiran dengan para Nabi di dalam Syurga lebih baik daripada Syurga.

4- Keredhaan Allah SWT di Syurga lebih baik daripada Syurga.

Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 107.

4 Perkara yang lebih buruk daripada Neraka Allah SWT

1- Kekal di dalam neraka lebih buruk daripada Neraka.

2- Cemuhan daripada Para Malaikat yang menyeksa orang kafir di Neraka lebih buruk daripada Neraka.

3- Berjiran dengan syaitan didalam neraka lebih buruk daripada Neraka.

4- Murka Allah SWT di dalam Neraka lebih buruk daripada Neraka.

Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 108.

Surah al-Fatihah 7

عَنْ عُبَادَة بن الصَّامِت قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب.
[رواه البخاري ومسلم]

Ertinya: Dari ‘Ubadah bin Somit r.a katanya Rasulullah SAW bersabda: Tidak sah solat orang yang tidak membaca al-Fatihah.
[HR Bukhari dan Muslim]

4 Nasihat utama Saidina Ali untuk panduan orang mukmin

http://www.shy22.com/upfiles/yOf14044.jpg

1- Sesiapa merindui Syurga, maka dia akan bersegera melakukan kebaikan.

2- Sesiapa takut kepada seksaan neraka, maka dia akan berhenti mengikut hawa nafsu.

3- Sesiapa meyakini kedatangan kematian, maka dia tidak akan lena dengan kesenangan duniawi.

4- Sesiapa mengetahui dunia ini adalah cubaan, maka semua musibah yang menimpanya akan terasa ringan.

Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 94.

Thursday, September 8, 2011

Amalan Menjaga Harta



FAEDAH MENJAGA HARTA

Faedah menghindari perkara-perkara yang dibenci
Dari Tholaq bin Habib berkata: datang seorang lelaki kepada Abi Darda’ r.a lalu berkata: Wahai Abi Darda’ telah terbakar rumahmu.Maka berkata Abu Darda’: Tidak terbakar, Allah tidak akan melakukan demikian kerana kalimah-kalimah yang aku dengarnya dari nabi s.a.w siapa yang mengucapkannya awal siangnya, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga petang pada dirinya, keluarga dan hartanya, dan sesiapa yang mengucapkannya pada akhir siang, ia tidak akan ditimpa musibah sehingga pagi, dan aku telah mengucapkannya pada hari ini iaitu:
اللـَّهُمَّ أنْتَ رَبِّيْ لاَ إلَهَ إلاَّ أنْتَ ، عَلـَيْكَ تَوَكـَّلـْتُ وَأنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، أعْلَمُ أنَّ اللهَ عَلـَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، وَأنَّ اللهَ قَدْ أحَاطَ بِكُلُِ شَيْءٍ عِلْمًا
اللـَّهُمَّ إنِّيْ أعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا، إنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ
Kemudian dia berkata: “bangunlah kamu bersama kami, lalu dia bangun dan mereka bangun
bersamanya sampailah ke rumahnya. Sesunguhnya telah terbakar keliling rumahnhya tetapi rumahnya tridak ditimpa sedikit pun.

Monday, September 5, 2011

Pembuka Surah Dalam Quran 2

Bahagian Pertama: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat pujian ke atas Allah. Terbahagi pula kepada dua bahagian. Iaitu dengan isbat pujian ke atas sifat Allah dan kedua dengan tanzih (mensucikan) sifat Allah dari segala kekurangan.

Pembuka surah dimulai ayat berupa isbat pujian ke atas sifat Allah ada dua iaitu dengan Alhamdulillah dan Tabaraka.

(a) Dibuka dengan Alhamdulillah (الحمد لله) yang bermaksud “Segala puji bagi Allah”. Ada 5 surah iaitu:

1. Surah al-Fatihah [سورة الفاتحة]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.۝

2. Surah al-An’am [سورة الأنعام]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ (١)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.۝

3. Surah al-Kahfi [سورة الكهف]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجَا (١)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).۝

4. Surah Saba’ [سورة سباء]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (١)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dialah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.۝

5. Surah Fatir [سورة فاطر]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَاعِلِ الْمَلائِكَةِ رُسُلا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.۝

(b) Dibuka dengan Tabaraka (تبارك) yang bermaksud “Maha Suci Allah, Maha Tinggi”. Ada 2 surah iaitu:

1. Surah al-Furqan [سورة الفرقان]:

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا (١)

Ertinya: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.۝

2. Surah al-Mulk [سورة الملك]:

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١)

Ertinya: Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.۝

Semuanya berjumlah 7 surah dalam bentuk isbat pujian ke atas Allah Taala.

Surah al-Zalzalah 3

Memulangkan Sihir

Baca Surah al-Zalzalah 3 kali. Pada setiap satu kali surah dibaca hendaklah diulang-ulang ayat Asytata [أشتاتا] sebanyak 33X dan kemudian berdoa agar sihir dipulangkan kembali ke tempat asalnya. Setelah itu baru teruskan bacaan sampai habis satu surah. Lalu diulang lagi kaedah tadi sampai 3 kali surah ini dibaca.

إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا (١) وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا (٢) وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا (٣) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (٤) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (٥) يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (٦) فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (٧) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (٨)

Ertinya: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, ۝ Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, ۝ Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? ۝ Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: ۝ Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). ۝ Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. ۝ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! ۝ Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). ۝

Azab Wanita & Lelaki yang Meninggalkan Solat Fardhu

Mari muhasabah diri,mari jadikan diri kita takut pada azab Allah. Apa akan terjadi bila kita meninggalkan solat fardhu yang wajib ke atas kita?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang memudahkan dan mensia-sia akan sembahyang lima waktu, nescaya akan diseksa oleh Allah SWT dengan lima belas siksa. Enam didalam dunia, tiga ketika hendak mati, tiga didalam kubur, dan tiga lagi semasa waktu bangun dari kubur menuju akhirat”

1. Enam siksaan semasa di dunia

  • Umur tidak diberkati, hidup panjang tetapi kosong dari amalan kebajikan
  • Rezeki tidak diberkati
  • Tipadamkan tanda mukanya dari orang-orang yang soleh
  • Tiada mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh
  • Tiap-tiap amalannya tidak diterima oleh Allah
  • Tidak diangkat doanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Allah

2. Tiga siksaan semasa hendak mati

  • Mati dalam keadaan sangat hina, tidak dapat mengucap dua kalimah syahadah
  • Dimatikan oleh Allah dalam keadaan dahaga, walaupun diberi minum dengan air laut, ia tidak dapat menghilangkan dahaganya
  • Mati dalam keadaan yang sangat lapar

3. Tiga siksaan semasa di dalam kubur

  • Allah menyempitkan kuburnya sehingga berlaga tulang rusuk kanan dengan tulang rusuk kiri
  • dibukakan salah satu pintu neraka di dalam kuburnya
  • Allah mewakilkan seorang malaikat untuk menyiksanya sehingga hari kiamat bersama seekor ular yang bernama Suju’al Akruk yang matanya dari neraka, kukunya dari besi neraka, dan panjang kukunya sehari perjalanan, dan suaranya seperti petir

4. Semasa hari kiamat

  • Turun seorang malaikat dari langit iaitu malaikat azab dengan rantai dari api neraka yang panjang tujuh puluh hasta dengan menusukkan rantai tersebut kedalam mulutnya hingga keluar rantai itu melalui duburnya dan menghela sekali dibahagian muka dan belakangnya

Sama-sama kita memperelokkan solat kita agar kita terlepas daripada siksa tersebut. Jika ada yang tinggal sebelum ini, gantilah solat tersebut selagi kita masih bernyawa. Selagi pintu taubat masih terbuka.

By: atiqsalleh