Tuesday, July 26, 2011

BERSIH BERDARAH

BERSIH BERDARAH

Den turunkan ijazah amalan pendekar ayat empat.


1) Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzolimin

Tasbih Nabi Yunus a.s dibaca 10x

2) Wallahu Gholibun Ala Amrih

Wirid Saiyidina Ali r.a dibaca 33x

3) Ya Hayyun Ya Qoyyum Ya ilahana wailaha Kullisyaiin ilahan wahidan lailahailla anta

Ismu Azam Asip b Bahyar dibaca 33x

4) Ya Zal Jalali wal ikram

Wirid Al Imam Ghazali di baca 500x.


Jika dibaca sekali selepas solat adalah amat baik. Kaifiat penuh akan Den tulis di lain masa. Namun kaifiat diatas sudah cukup memasuki MODE : Perang

Hendaklah Berwuduk dan mulakan dengan Bismillah.

Semasa melangkah keluar rumah bacalah Gerak Aku Gerak Allah, kaki kanan didahului.
Disepanjang pertempuran ucapkan wirid yg ke empat sebanyak mungkin.

Mode : Amuk

Ditambah ayat 128 n 129 surah at taubah
Kemenyan Arab

Akan ada petunjuk didalam mimpi biasanya singa. Ianya bermaksud Macan. Digelar ia Macan Ali. ( Saiyidina Ali a.s ). Berhati hati kerana ianya bukan Jin, sekadar petunjuk kita sudah jazam akan ilmu ayat 4 ini. Macan Ali ini ada di bendera pada kerajaan negeri.

Ayat Pembatal Sihir Rezeki

Pembatal Sihir Rezeki bermaksud orang yang menyihir agar rezeki orang tersebut sempit, kedai atau tapak perniagaan musuhnya bangkrap. Boleh dibaca pada air dan disiram sekeliling tapak sihir atau diamalkan saja ayat ini setiap hari. Juga berfaedah penarik rezeki.

1. Surah Hud (هود), ayat 6:

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأرْضِ إِلا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ (٦)

Ertinya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). ۝

2. Surah al-Isra’ (الإسراء), ayat 3:

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا (٣٠)

Ertinya: Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.۝

3. Surah al-Zariyat (الذاريات), ayat 22-23

وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ (٢٢) فَوَرَبِّ السَّمَاءِ وَالأرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنْطِقُونَ (٢٣)

Ertinya: Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. ۝ Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata. ۝

4. Surah Fatir (فاطر), ayat 2:

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٢)

Ertinya: Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ۝

5. Surah al-Dhuha (الضحى):

وَالضُّحَى (١) وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى (٢) مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى (٣) وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى (٤) وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى (٥) أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى (٦) وَوَجَدَكَ ضَالا فَهَدَى (٧) وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى (٨) فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ (٩)وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ (١٠) وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ (١١)

Ertinya: Demi waktu Duha. ۝ Dan malam apabila ia sunyi-sepi. ۝ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). ۝ Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. ۝ Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). ۝ Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? ۝ Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? ۝ Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? ۝ Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. ۝ Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. ۝ Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. ۝

Makanan Ahli Syurga Berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadis

http://img121.imageshack.us/img121/7523/thewaytotheheaven.jpg

http://www.abc4web.net/vb/showthread.php?t=8255

Dalil Al-Quran

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di tempat teduh (yang dipenuhi pelbagai nikmat), dan yang berdekatan dengan mata air-mata air (yang mengalir), serta menikmati buah-buahan dari segala jenis yang mereka ingini. (Pada ketika itu dikatakan kepada mereka): “Makanlah dan minumlah kamu dengan lazatnya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.”

(Al-Mursalat : 41-43)

Penduduk syurga akan mendapat makanan dan minuman tanpa sebarang kesusahan. Rezeki akan datang sedang mereka duduk-duduk saja. Firman Allah bermaksud :

“Maka sesiapa yang menerima kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): ` Nah! bacalah kamu Kitab amalku ini!, “Sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin, bahawa aku akan menghadapi hitungan amalku (pada hari yang ditentukan)!”, maka tinggalaah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, Di dalam syurga yang tinggi (darjatnya). Buah-buahannya dekat untuk dipetik, (masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): “Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu!”

(Al-Haqqah : 19-24)

“Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati). Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera. Mereka berehat di dalam syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk, Sedang naungan pohon-pohon syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.”

(Al- Insan : 11-14)

Dalam mentafsirkan ayat tersebut, ada ahli tafsir berpendapat bahawa kalau penghuni syurga itu berdiri, maka cabang pohon yang berbuah itu ikut meninggi bersama mereka. Apabila mereka duduk, maka cabang pohon itu ikut turun sehingga mereka dapat memetiknya dengan mudah. Apabila mereka berbaring, maka cabang pohon buah-buahan itu ikut turun setinggi tempat tidur mereka.

Qatadah berkata bahawa tangan-tangan mereka tidak akan terhalang atau terkena duri bila memetik buah-buahan tersebut. Ahli syurga tersebut tidak akan merasa kesukaran untuk mendapatkan apa yang mereka kehendakki, firman Allah Taala maksudnya:

“Dan golongan kanan, alangkah bahagianya keadaan golongan kanan itu? Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, Dan naungan yang tetap terbentang, Dan air yang sentiasa mengalir, Serta buah-buahan yang banyak, Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,”

(Al-Waqiah : 27-33)

Hadith Rasulullah SAW

Para penghuni syurga itu masing-masing mempunyai pelayan-pelayan yang tidak pernah berubah kerana perjalanan masa. Walaupun telah bertahun-tahun mereka hidup di syurga, mereka tetap muda dan bercahaya seperti mutiara yang bertaburan. Para pelayan itu berjalan-jalan mengelilingi penghuni syurga sambil membawa gelas-gelas perak berisi air, susu, arak atau madu yang berasal dari sungai-sungai yang sangat bersih dalam syurga

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“Para penghuni syurga itu makan dan minum, tetapi mereka tidak membuang air besar, tidak membuang hingus dan juga tidak kencing. Makanan mereka keluar berupa misik. Mereka bertasbih dan bertakbir sebagaimana mereka bernafas”

(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang apakah kauthar? Baginda menjawab; Kauthar adalah sungai kurniaan Allah dalam syurga. Airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada madu. Di situ ada burung yang lehernya seperti leher kambing. Umar berkata; ini benar-benar nikmat!. Baginda bersabda : “Memakannya lebih nikmat dan lebih lazat dari kambing biasa”.

(Riwayat Tarmizi)

13 Wasiat khusus Rasulullah SAW kepada Siti Fatimah

http://img522.imageshack.us/img522/8515/f342f2576ezs5.jpg

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata: “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku”
    • Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia akan mendapat laknat.
    • Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
    • Hai Ali, seunggughnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; : Rabighfirli fainahu layaghfirul-zunuba illa Anta; (Tuhanku ampuni aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman, “Hai malaikatku, jadilah saksi bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku telah mengampunkan dia.”
    • Wahai Ali, takutilah engkau daripada berusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta), dan bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai Siddiq (benar) itu Berkat dan Kazzab itu Celaka.
    • Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan keatasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu Syurga.
    • Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat dan jangan dijadikan Allah sebagai permainan dalam sumpah engkau, sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.
    • Wahai Ali, janganlan engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah SWT mendatangkan rezeki kepada engkau setiap hari.
    • Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya membawa penyesalan.
    • Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (membersihkan ) gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah. Manakala mencolek (membersihkan) gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan dicelah gigi tidak dicolek selepas makan.
    • Wahai Ali, janganlah engkau melayani perasaan marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan Allah keatas hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
    • Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah SWT yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau memperolehi peruntukkan daripada Allah SWT.
    • Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
  • Wahai Ali, perbaikilah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya. Nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. ” Wahai Ali, peliharalah pesananku (wasiat). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan.

Rujukan:

http://puteri-azie.blogspot.com/

6 Asas Penting Dalam Penyucian Jiwa Orang Mukmin

http://files.fatakat.com/2010/6/1275383123.gif

1- Mentauhidkan Allah SWT atau MengEsakan Allah SWT.

﴿هَل لَّكَ إِلَى أَن تَزَكَّى وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى﴾ [النازعات: 18 ـ 19].

[18]
“Serta katakanlah kepadanya: `Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
[19]
`Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? ‘ ”

﴿فَاجْتَنِبُوا الرِّجْسَ مِنَ الأَوْثَانِ﴾ [الحج: 30]

[30]
Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta, -

﴿إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ﴾ [التوبة: 28].

[28]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis, oleh itu janganlah mereka menghampiri Masjid Al-Haraam sesudah tahun ini; dan jika kamu bimbangkan kepapaan, maka Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dari limpah kurniaNya, jika dia kehendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

2- Solat.

﴿قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّى وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى﴾ [الأعلى: 14 ـ 15].

[14]
Sesungguhnya berjayalah orang yang – setelah menerima peringatan itu – berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),
[15]
Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

3- Bersedekah.

قال تعالى: ﴿خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا﴾ [التوبة: 103].

[103]
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

4- Meninggalkan Maksiat dan Perkara Haram.

قال تعالى: ﴿قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا﴾ أي: زكى نفسه بفعل الطاعات، ثم قال: ﴿وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا﴾ أي: خسر من دساها بالفجور والمعاصي.

[9]
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
[10]
Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

﴿وَلَوْلاَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَا مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَن يَشَاء وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيم﴾ [النور:21]،

[21]
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui

5- Bermuhasabah diri.

Muhasabahlah pada kemampuan anda yang terlalu lemah untuk mencabar kekuatan Allah SWT sehingga sanggup mencipta undang-undang yang menghalalkan perkara haram dan mengharamkan perkara yang telah Allah SWT halalkan.

6- Berdoa kepada Allah SWT dalam setiap pekerjaan.

Orang mukmin sentiasa berdoa kepada Allah SWT dalam semua keadaan dan tindakan.

Orang Mukmin tidak akan melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah SWT.

Orang Mukmin tidak akan menggunakan anggota tubuh badannya kearah menyuburkan budaya maksiat dan haram.

Rujukan:

http://www.neqashalhb.com/showthread.php?t=16697

Renungilah Khutbah Terakhir Rasulullah SAW

Kutbah ini disampaikan pada 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
bismillah

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Rahsia kejadian manusia (1)

http://www.hayah.cc/forum/imgcache/11143.png

Allah S.W.T. telah berfirman yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia
dari suatu saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani
(yang disimpan) dalam tempat kukuh (rahim).
Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah,
lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal
daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan
tulang belulang lalu tulang belulang itu
Kami bungkus dengan daging.
Kemudian kami jadikan
dia makhluk yang
berbentuk lain.
Maka Maha Suci Allah,
Pencipta yang paling baik.
Kemudian sesudah itu, sesungguhnya
kamu sekalian benar benar mati. Kemudian,
sesungguhnya kamu sekalian akan dibangkitkan
(dari kubur kamu) pada hari kiamat.”
(Surah al-Mu’minun:12 – 16)
Perlulah anda mengetahui bahawasanya Allah azza wa jalla (Maha Mulia lagi Maha Agung) dengan ilmunya yang qadim telah menciptakan makhluk berupa manusia dan menyebarkannya di dunia ini. Mereka diberi beban pengabdiaan di dunia untuk dijadikan sebagai ujian.
Allah S.W.T. menciptakan mereka dalam keadaan boleh berketurunan. Sebahagian mereka berkembang biak dari sebahagian yang lain. Allah menciptakan menusia lelaki dan perempuan, lalu mengisi hati mereka dengan rasa cinta dan hal hal yang mendorongnya, sehingga mereka tidak mampu menahan kesabaran dan kehilangan upaya menghindari keinginan nafsunya. Dengan demikian nafsu berahinya terdorong untuk berkumpul.
Fikiran
Sementara itu Allah S.W.T. menciptakan fikiran yang menggerakkan anggota tertentu untuk menitipkan air tertentu di suatu tempat yang kukuh iaitu rahim yang di dalamnya janin (bayi) diciptakan. Maka ditempat itulah sperma (air mani) yang disarikan dari seluruh tubuh terkumpul. Sperma tadi keluar dengan memancar dari tulang sulbi laki laki dan tulang dada perempuan dengan gerakan tertentu. Dengan demikian berpindahlah sperma itu lantaran gerakan tersebut dari dalam tubuh lelaki ke dalam tubuh perempuan.
Sperma
Walaupun sperma telah berpindah tempat, tetapi keadaannya masih tetap seperti asalnya. Sebab ia merupakan air yang hina. Hanya sedikit saja bahan asing yang mencampurinya, maka akan merosakkan dan mengubah keasliannya. Dan suatu yang remeh yang mencampurinya, maka akan merosakkannya, dan mengubah wataknya. Sperma itu merupakan air yang boleh bercampur semuanya. Bahagian bahagian yang terkecil tidak berbeza sedikit pun. Dari sperma itulah Allah menciptakan manusia lelaki dan perempuan setelah sperma itu berpindah dari bentuk air mani menjadi segumpal darah, kemudian menjadi segumpal daging, lalu menjadi tulang belulang kemudian tulang belulang itu dibungkus dengan daging. Kemudian Allah S.W.T. mengguatkannya dengan otot besar dan otot kecil, lalu dikuatkan lagi dengan urat urat.
Kepala – Mata
Allah S.W.T. juga menciptakan beberapa anggota tubuh manusia dan menyusunnya secara rapi. Dalam hal ini Allah menjadikan kepala manusia berbetuk bulat dan pada kepala itu Allah membuat lubang untuk pendengaran, penglihatan, hidung, mulut dan seluruh lubang lainnya. Allah menjadikan mata untuk digunakan sebagai alat penglihatan. Antara keajaiban keajaibannya ialah ia boleh melihat pelbagai benda. Itulah hal yang tidak mungkin dijelaskan rahsianya. Allah S.W.T. telah menyusun mata itu terdiri dari tujuh lapis. Setiap lapisnya mempunyai sifat dan watak yang khusus. Seandainya satu lapis saja tidak ada atau hilang, maka mata tidak dapat melihat.
Kelopak mata
Perhatikan kelopak mata yang meliputi seluruh mata, dan kecepatan gerak tindak balasnya untuk memelihara dari debu dan lainnya yang boleh menggangu. Jadi kelopak mata itu bagaikan pintu yang boleh dibuka pada saat diperlukan dan ditutup pada saat lai.
Oleh kerana tujuan diciptakan kelopak mata itu untuk memperindahkan mata dan raut mata, maka Allah menciptakan rambut (bulu mata) yang ada diatasnya sesuai dengan ukuran. Bulu mata itu tidak bertambah sehingga menimbulkan bahaya, dan tidak berkurang sehingga boleh membahayakan juga.
Airmata
Allah menciptakan airmata berasa masin, yang gunanya untuk mencuci benda benda yang jatuh menimpanya. Dia juga menciptakan dua pinggiran mata dalam keadaan lebih rendah daripada bahagian tengah. Hal ini amat penting agar sesuatu yang jatuh padanya boleh cepat bergerak ke tepi, iaitu ke salah satu dari dua pingirannya.
Alis (kening)

Allah S.W.T. juga menciptakan alis (kening) untuk memperindah raut muka dan sebagai tirai penutup kedua mata. Sedangkan bulu kening itu seperti halnya bulu mata tidak bertambah yang boleh jadi menimbulkan kejelekan raut muka.

Rujukan:

http://grenbara.bravejournal.com/entry/23624

Rahsia kejadian manusia (2)

http://www.hayah.cc/forum/imgcache/11194.png

Rambut
Sementara itu Allah menciptakan rambut dikepala dan janggut yang boleh bertambah dan berkurang, jadi boleh diurus sesuai dengan tujuan untuk keindahan tanpa menimbulkan cacat.
Mulut dan Bibir
Selanjutnya perhatikanlah mulut dan lidah serta hikmah yang ada padanya. Allah menciptakan dua bibir sebagai penutup mulut, seakan akan sebagai pintu tertutup, dan boleh dibuka ketika diperlukan. Dan juga sebagai penutup gusi dan gigi yang berguna untuk keindahan wajah. Seandainya kedua bibir itu tidak ada maka menjadi cacatlah bentuk wajah manusia. Kedua pasang bibir tersebut sebagai alat bantu untuk berkata kata. Sedangkan lidah untuk mengucapkan dan menzahirkan isi nurani manusia. Di samping itu juga untuk membalik balikan makanan dan meletakkannya dbawah geraham sehingga kunyahannya menjadi kukuh dan mudah ditelan.
Gigi
Kemudian Allah juga telah menciptakan sejumlah gigi dengan bilangan yang cukup dan berbeza beza, yakni tidak merupakan tulang yang satu. Apabila sebahagiannya ada yang rosak, maka gigi yang tersisa masih boleh dimanfaatkan.
Allah S.W.T. mengumpulkan pada gigi tersebut kemanfaatan dan keindahan. Dia menciptakan gigi sebelah atas lebih banyak dan kuat sehingga boleh lama masa manfaat kegunaannya bersama gigi yang dibawah. Dia menjadikannya bersifat keras tetapi tidak sama seperti tulang tulang tubuh lainnya. Itu bertujuan agar ia boleh digunakan untuk jangka masa yang lama.
Gigi geraham bentuknya besar dan kuat, sebab digunakan untuk menghancurkan makanan. Kerana mengunyah itu mencernakan makanan tahap pertama. Dalam pada itu gigi depan dan gigi taring dibuat untuk memotong makanan dan sebagai keindahan mulut. Oleh kerana itu akar gigi tersebut dijadikan dalam keadaan kuat dan tajam.
Allah menjadikan warna gigi tersebut putih, sedangkan gusi di sekelilingnya berwarna merah. Permukaannya rata dan susunannya rapi laksana mutiara yang tersusun.
Air Liur
Kemudian perhatikanlah, bagaimana Allah menjadikan sifat basah yang tersimpan di dalam mulut, yang tidak tampak kecuali pada waktu diperlukan. Seandainya sifat basah itu tampak dan malah mengalir, sebelum diperlukan, maka sudah tentu hal itu menjadikan satu kejelekan bagi manusia. Sifat basah, atau air liur itu digunakan untuk membasahi makanan yang dikunyah sehingga mudah ditelan tanpa kesulitan dan tanpa rasa sakit. Apabila tiada makanan di mulut, maka air liur yang berperanan mambasahi makanan tersebut hilang. Dan yang masih tersisa hanyalah air liur yang membasahi anak tekak dan tenggorok yang fungsinya untuk memudahkan berkata dan agar keduanya tidak kering. Sebab bila kering, maka akan menjadikan manusia binasa atau mati.
Lidah
Kemudian perhatikanlah rahmat Allah serta kasih sayangNya. Sebab, Dia telah menciptakan rasa lazat makanan untuk orang yang memakannya. Deria rasa diciptakan dalam lidah dan lainya dari bahagian bahagian mulut, agar dengan deria rasa itu seorang manusia boleh mengenali kelazatan yang sesuai. Dengan demikian ia dapat menemukan kenikmatan makanan dan minuman ketika ia tertarik untuk menikmatinya.
Dengan deria rasa itu juga, manusia boleh menjauhi makanan dan minuman yang tidak layak baginya dan mengetahui batas makanan yang masih panas dan yang telah dingin.

Rujukan :

http://grenbara.bravejournal.com/entry/23673

Rahsia kejadian manusia (3)

http://www.hayah.cc/forum/imgcache/11176.png

Telinga
Selanjutnya Allah S.W.T. juga membuat lubang pendengaran dan di dalamnya di beri zat yang pahit yang berfungsi untuk menjaga telinga dari bahaya ulat dan untuk mematikan serangga yang masuk kedalamnya. Allah juga memelihara telinga dengan daun telinga yang berguna untuk menampung suara yang kemudian disampaikan ke lubang (gegendang) telinga.
Allah S.W.T. juga menciptakan deria perasa yang lebih pada telinga. Ini bertujuan agar telinga boleh cepat mengetahui serangga serangga dan lainnya yang akan menggangunya. Telinga juga dibentuk dalam bentuk yang banyak lekuk lekuknya untuk menampung suara, dan supaya serangga yang berjalan padanya akan mengambil masa yang agak lama sehingga manusia terbangun dari tidur.
Hidung
Selanjutnya perhatikanlah bahawa manusia boleh menemukan benda benda yang berbau lantaran masuknya udara ke dalam lubang hidung. Itulah satu rahsia yang tidak boleh diketahui hakikatnya kecuali Tuhan Yang Maha Pencipta lagi Maha Suci. Kemudian perhatikanlah mengapa Allah S.W.T. meletakkan hidung di tengah tengah wajah. Bentuknya dibuat sangat baik, diberikan dua lubang terbuka, dan didalamnya diberi deria bau. Ini bertujuan agar dengan menghirup udara, manusia boleh menunjukkan bau makanan dan minumannya. Juga agar ia boleh menikmati bau harum, menjauhi bau busuk dan kotor yang menjijikkan, dan agar ia boleh menghidu zat asam untuk makanan jantungnya, dan untuk menormalkan suhu panas badannya.
Tenggorok, Kerongkong & Suara
Kemudian Allah juga menciptakan tenggorok dan dipersiapkan untuk mengeluarkan suara. Dan Dia memutarkan lidah ketika lidah itu bergerak untuk memotong suara agar berbeza di antara satu huruf dengan huruf yang lain, sehingga cara mengucapkan menjadi longgar. Dia juga menciptakan kerongkong berbeza beza bentuknya. Ada yang sempit, longgar, kasar, halus, ada yang seperti mutiara yang keras dan lunak, ada yang panjang dan ada juga yang pendek. Dengan demikian maka menjadi berbeza beza suara yang keluar. Hingga dua jenis suara pun boleh membezakan sebahagian manusia dengan yang lain hanya berdasarkan dengan suara. Demikianhalnya antara dua orang yang juga nampak perbezaan. Demikian itu untuk rahsia saling mengenal. Sebab, ketika Allah S.W.T menciptakan Nabi Adam dan Hawa, maka Dia menciptakannya berbeza bentuk rupanya. Kemudian dari keduanya Allah menciptakan makhluk yang juga berbeza dari ayah dan ibunya. Selanjutnya makhluk makhluk semakin banyak dalam keadaan berbeza beza. Itu semua juga untuk rahsia saling mengenal.
Tangan, Jari dan Kuku
Kemudian perhatikanlah tentang penciptaan dua pasang tangan, iaitu untuk mencapai hal hal yang dikehendaki dan menolak berbagai jenis bahaya. Dan perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan telapak tangan dalam bentuk lebar dan membahagi jari jari menjadi lima jari, dan lima hujung jari. Dia menjadikan empat batang jari diletakkan pada satu sisi, dan ibu jari pada sisi yang lain. Dengan demikian ibu jari dapat mengitari seluruh jari yang empat itu. Seandainya umat manusia sejak dahulu berkumpul untuk menyingkap rahsia tentang kedudukan jari dalam bentuk lain selain yang telah diletakkan setelah ibu jari, dan mengatur perbezaan panjangnya empat jari dan urutannya, maka mereka tidak akan mampu meskipun telah melakukan pengamatan berfikir.
Dengan kedudukan seperti tersebut itu menjadi pantaslah tangan itu untuk digunakan menerima dan memberi. Apabila tangan dibentangkan, maka menjadi bekas bagaikan piring yang boleh diisi dengan apa yang dikehendaki manusia.
Apabila tangan dikumpulkan atau digenggamkan, maka menjadi alat untuk memukul. Bila dikumpulkan tidak sempurna (tidak digenggam) maka menjadi alat seperti gayung. Kemudian Allah S.W.T. juga menciptakan kuku yang dilekatkan pada hujung jari sebagai hiasan bagi jujung jari itu, untuk penguat bahagian belakang hujung jari itu agar tidak lemah. Juga digunakan untuk mengambil benda benda yang lembut yang mana hujung jari itu tidak boleh mengambilnya tanpa kuku. Di samping itu juga untuk menggaru tubuh manusia bila diperlukan.

Perhatikann jika kuku tidak ada, sedangkan pada tubuh manusia terasa gatal, maka tentulah ia kakan mengakui bahawa dirinya adalah makhluk yang lemah tidak mampu menolak apa yang menyakitkan. Selain kuku tidak ada alat lain yang sepertinya untuk menggaru tubuh. Sebab, kuku itu keras seperti tulang, dan tidak lunak seperti kulit. Ia boleh tumbuh memanjang, dapat dipotong, dapat digunting, dan dapat pula dipendekkan. Kemudian kuku itu diciptakan oleh Allah dapat menggaru dalam keadaan manusia sedang tidur dan ketika jaga. Ia juga boleh menuju ke tempat tempat yang terasa gatal dari bahagian tubuh. Apabila seseorang meminta bantuan kepada selain kuku untuk menggaru, maka tidak akan cepat menemukan tempat tempat yang gatal itu kecuali setelah lama dan setelah mengalami kesulitan.

Paha, Betis dan Telapak Kaki
Kemudian perhatikan bagaimana Allah S.W.T. menciptakan dua pasang paha dan dua pasang betis dalam bentuk yang panjang. Sementara itu Allah menciptakan telapak kaki berbentuk lebar. Hal ini dimaksudkan agar manusia dapat berjalan dengan telapak kaki. Allah S.W.T. menghiasi kedua telapak kaki itu dengan beberapa batang jari, dan dijadikan sebagai hiasan dan sebagai penguat untuk berjalan. Jari jari tersebut juga dihiasi dengan beberapa kuku, dan dikuatkan dengannya.
Sperma (air mani) dan Tulang
Selanjutnya perhatikan bagaimana Allah S.W.T. menciptaakan itu semua dari sperma (nutfah) yang hina. Lalu daripadanya Dia menciptakan tulang tulang tubuh, kemudian menjadi tubuhyang kuat. Tulang tulang tersebut berfungsi sebagai penguat bagi tubuh manusia. Dalam pada itu Dia juga menentukan tulang tulang itu dengan ukuran yang berbeza beza dan pelbagai bentuk yang sesuai. Ada tulang yang kecil, ada yang panjang, ada yang bulat, ada yang berlubang, ada yang rapat, ada yang lebar, dan ada yang tipis halus. Kemudia dalam tulang tulang yang berbetuk seperti paip itu Allah S.W.T. mengisinya dengan sumsum yang lembut yang terpelihara untuk kebaikan tulang dan untuk menguatkannya.
Sendi
Oleh kerana manusia itu memerlukan kepada seluruh tubuhnya dan sebahagian anggota tubuhnya untuk beryualang kali memenuhi keperluannya, maka Allah tidak menjadikan tulang tulang manusia hanya sejenis sahaja. Tetapi dilengkapi dengan tulang tulang yang sangat banyak. Di atara tulang tulang tersebut terdapat dendi yang memudahkannya bergerak. Dalam hal ini memang Allah S.W.T. telah menenuntukan bentuk setiap tulang sesuai untuk bergerak sebegaimana dikehendaki. Allah S.W.T. juga menghubungkan sendi tulang dan menyabung sebahagiannya dengan sebahagian yang lain dengan urat yang ditempelkan pada salah satu hunjung tulang dan melekaktkan hujung yang lain pada tulang yang lain bagaikan sambungan. Kemudian Allah juga menciptakan beberapa tulang tambahan yang dipasang pada salah satu hujung tulang, yang keluar daripadanya. Dan tulang yang lain terdapat lubang yang sesuai dengan bentuk tulang tambahan tadi. Hal demikian memungkinkan tulang tambahan itu dapat masuk ke dalamnya dengan tepat. Dengan demikian bila seorang manusia berkehendak menggerakkan sesuatu dari tubuhnya, maka ia tentu boleh bergerak. Seandainya Allah S.W.T. tidak memerikan hikmah dalam penciptaan sendi, maka manusia pasti akan menghadapi kesulitan melakukan gerakan tersebut.
Kepala
Kemudian perhatikanlah mengapa Allah menciptakan kepala yang tersusun dari 55 tulang yang berbeza beza bentuk rupanya. Dia menyusun sebahagian tulang tersebut dengan tulang yang lain, hingga terciptalah kepala berbetuk bulat seperti yang anda lihat.
Gigi
Dari tulang tulang tersbut ada enam batang tulang yang ditentukan untuk tengkorak kepala, 24 batang untuk tulang rahang atas, dan dua batang untuk rahang bawah. Ada pun selebihnya adalah tulang gigi yang sebahagiannya berbentuk lebar yang diugunakan untuk mengunyah makanan, dan ada juga yang tajam yang digunakan untuk memotong makanan.
Leher
Selanjutnya Allah menciptakan leher sebagai tempat meletakkan kepala. Leher tersebut disusun dari tujuh batang tulang yag berbentuk seperti paip dan bulat yang sesuai untuk saling dihubungkan sebahagiannya dengan sebahagiannya yang lain. Tentang hikmah penciptaan leher ini cukup panjang jika diperkatakan.
Allah S.W.T. menyusun leher tersebut di atas punggung, iaitu dari bahagian bawah leher hingga tulang belakang dengan tulang sendi sebanyak 24 batang. Tulang belakang itu sendiri terdapat tiga tulang lain yang bentuknya berbeza beza. Tulang belakang bahagian bawah disambung lagi dengan tulang ekor (ash-ash) yang tersusun dari tiga tulang yang lain. Selanjutnya Allah menyambung tulang tulang punggung dengan tulang tulang dada, tulang belikat, tulang tangan, tulang kemaluan, tulang belakang, tulang paha, tulang betis, dan tulang jari kaki. Jadi jumlah tulang tulang yang ada pada tubuh manusia adalah 248 batang tulang, selain tulang tulang kecil yang diletakkan di celah celah sendi.
Maka perhatikanlah, bagaimana Allah menciptakan manusia dengan sejumlah tulang sebagaimana disebutkan, padahal asalnya ia bermula dari sperma yang sedikit dan hina.
Tujuan menyebabkan jumlah tulang pada manusia ini adalah untuk menyatakan keagunang Tuhan yang mengatur dan menciptakannya, dan bagaimana cara Dia menciptakannya, membezakan bentuk bentuknya, dan menentukannya dengan jumlah tertentu, sehingga sekiranya tulang tulang tersebut lebih satu batang saja, maka yang demikian itu akan mendatangkan bencana, dan manusia perlu untuk mencabutnya. Sebaliknya jika kurang satu batang saja, sudah tentu ia akan berusaha menambahnya.
Allah S.W.T. menciptakan manusia dengan bentuk sebagaimana disebutkan itu untuk dijadikan ibrah (pelajaran) bagi orang orang yang berakal, dan sebagai tanda bukti yang nyata atas keagunganNYA menentukan serta membentuknya.
Otot
Kemudia perhatikanlah bagaimana Allah S.W.T. menciptakan beberapa peralatan untuk menggerakkan tulang tulang tersebut, iaitu beberapa otot. Oleh kerana itu Allah menciptakan 529 otot dalam tubuh manusia. Otot tersebut tersusun dari daging dan urat urat kecil, beberapa urat pengikat yang berbeza beza ukuran dan bentuknya sesuai dengena perbezaan letak dan keperluannya. 24 otot untuk menggerakkan mata dan kelopaknya. Bila kurang satu otot saja, sudah tentu kegunaan mata menjadi cacat. Demikian halnya setiap anggota tubuh mempunyai otot otot dengan jumlah tertentu dan ukuran yang sesuai.
Mengenai otot otot besar, urat urat kecil, urat leher, tempat tumbuhnya dan ukuran lebarnya, adalah lebih menakjubkan dari itu semua, dan cukup panjang penjelasannya. Selanjutnya keajaiban keajaiban tentang faedah dan sifat sifat manusia yang tidak boleh ditemukan dengan deria adalah lebih besar dari itu semua.
Kemudian perhatikanlah kemulian manusia dan keistimewaan ciptaannya, iaitu bahawa ia diciptakan berdiri tegak, dan boleh duduk secara sempurna. Ia menghadapi segala utrusan dengan kedua tangannya dan dengan anggota tubuhnya. Dan ia boleh berusaha dan bekerja. Ia tidak diciptakan dalam keadaan muka yag memanjaang seperti halnya sejumlah binatang, Sebab, jika diciptakan sedemikian, tentunya ia tidak mampu melakukan pelbagai pekerjaan.
Perhatikanlah secara global terhadap lahiriah dan batiniah manusia, tentu anda akan mendapati ia diciptakan secara kukuh dan menakjubkan. Sebab, Allah S.W.T. telah menciptakan anggota tubuhnya tumbuh sempurna hasil zat makanan yang dimakan, padahal makan itu berulang kali. Akan tetapi S.W.T. telah menentukannya dengan ukuran yang tidak akan dilewati. Bahkan manusia itu tetap berhenti tumbesarannya pada batas ukurannyan dan tidak akan bertambah. Sebab seandainya anggota tubuh manusia itu bertambah lantaran berulang kali makan, sudah tentu tubuh manusia akan membesar yang menyulitkannya untuk bergerak, dan tidak dapat mengerjakan usaha meskipun sesuatu yag ringan, tidak dapat memperoleh makan yang sesuai, pakaian yang layak dan tempat tinggal yang sesuai.
Ketentuan tentang zat pemakanan yang diperlukan sebagai mana disebutkan, adalah kesempurnaan hikmah, kebaikan pengaturan, dan kasih sayang terhadap makhlukNya. Apabila anda telah dapat mengerti bahawa itu semua merupakan ciptaan Allah dari setitis air, maka bagaimanakah dugaan anda tentang kerajaan langit, bumi, matahari, bulan, bintang bintang, dan apakah hikmah Allah mengenai ukuran ukurannya, bentuk bentuknya, jumlahnya, letak tempatnya, sebagaimana dapat dikumpulkan dan ada yang di pisahkan, perbezaan bentuknya, dan perbezaan tempat terbit dan tertanamnya?
Janganlah anda mengira bahawa sesuatu benda besar zarah yang ada dilangit, di bumi dan di seluruh alam ciptaan Allah terlepas dari mempunyai beberapa hikmah. Bahkan benda itu mengandungi pelbagai keajaiban dan hikmah yang tidak mampu disingkap keseluruhannya kecuali Allah S.W.T. sendiri.
Tidakkah anda mendengar firman Allah yang bermaksud:
“Apakah kamu yang lebih sulit penciptaanya ataukah langit? Allah telah membinanya. Dia meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya. Dan Dia menjadikan malamnya gelap gelita, dan menjadikan siangnya terang benderang. Dan bumi sesudah itu dihamparkanNYA. Ia memancarkan daripadanya mata air, dan (menumbuhkan) tumbuh tumbuhan dan gunung ganang dipancangkanNYA dengan teguh. Semua itu untuk kesenangan kamu dan untuk binatang binatang ternak kamu.” Surah al-Nazi’at: 27-33
Dan renungkanlah, seandainya manusia dan jin berkumpul untuk menciptakan pendengaran, penglihatan dan kehidupan pada sperma, tentulah mereka tidak akan mampu. Oleh kerana itu perhatikanlah, bagaimana Allah S.W.T menciptakannya di dalam rahim. Allah membentuknya dengan bentuk yang baik, menentukannya dengan bentuk yang baik. Allah juga membagi bagikan bahagiannya yang serupa menjadi bahagian berbeza beza. Dia menguatkan tulang dan diletakkan ditempatnya, menciptakannya dengan sempurna bentuk bentuk anggotanya, menertibkan urat urat dan otot ototnya, mengatur lahir dan batinnya. Dia menjadikan padanya saluran makanan agar yang demikian itu menjadi sebab kesinambungan sepanjang hidupnya.
Anggota dalam perut
Selanjutnya perhaitkanlah bagaimana Allah menerbitkan anggota batinnya, iaitu jantung, hati, perut besar, limpa, paru paru, rahim, pundi air kencing dan usus usus. Setiap anggota dengan bentuk khusus, ukuran yang khusus dan untuk pekerjaan yang khusus pula.
Allah S.W.T. menciptakan perut besar untuk mencernakan makanan, dan ia berupa otot tertentu yang kuat untuk keperluannya. Dengan demikian menjadi mudahlah memotong dan memproses makanan tersebut. Gigi geraham yang mengunyah makanan pada permulaanya sebagai penolong perut besar untuk memproses dan mencernakan makanan menjadi baik. Dalam pada itu Dia menciptakan hati yang berfungsi untuk merubah kandungan makanan menjadi darah, kemudian dialirkan ke seluruh anggota tubuh manusia itu zat makanan yang sesuai. Sebab, zat makanan untuk tulang itu berbeza dengan zat makanan untuk daging. Zat makana untuk otot besar dengan zat makanan untuk urat urat yang kecil juga berbeza. Zat makanan untuk rambut juga berbeza dengan zat makanan untuk lainnya.
Limpa. Hempedu dam Buah Pinggang
Allah S.W.T. menciptakan limpa, hempedu dan buah pinggang untuk membantu kerja hati. Limpa untuk menedar zat makanan berwarna hitam. Hempedu untuk mengedar zat makanan berwarna kuning. Sedangkan air buah pinggang, pungi air kencing untuk menerima air dari buah pinggang, lalu dikeluarkan melalui lubang kemaluan.
Pembuluh darah dan hati mengalirkan darah ke seluruh anggota badan. Dalam pada itu Allah menciptakan anggota badan lebih kukuh daripada daging. Hal ini bertujuan untuk menjaga daging dan sebahagian tempatnya.
Kasih dan Sayang
Selanjutnya perhatikanlah, mengapa Allah S.W.T. mengatur penciptaan manusia di dalm rahim dan menyayanginya dengan pelbagai sifat kasih sayang yang cukup panjang dan lama masa yang diperlukan sekiranya ingin diperjelaskan. Dan tidak mampu untuk kita mengetahui jumlah kasih sayang yang diberikan kepada manusia kecuali Tuhan yang menciptakannya. Sementara itu orang yang menyifati manusia juga tidak akan boleh menerangkan sifatnya secara tepat, meski pun sudah mencurahkan pemikirannya.
Antara pengaturan Allah S.W.T. mengenai pencitaan manusia di dalam rahim ialah bahawa ketika berada dalam rahim ia tidak memerlukan untuk memanggil (menangis). Bayi yang dilahirkan pun juga belum memerlukan kepada bimbingan untuk memangil. Bahkan hal itu berada dalam watak di bayi hingga ia telah memerlukan kepada pertolongan untuk makan.
Seandainya yang demikian itu tidak diwujudkan oleh Allah, maka sudah tentu para ibu yang melahirkan, akan membencinya kerana sangat payah dan sulit memeliharanya. Sehingga setelah tubuh si bayi bertambah kuat, anggota lahirnya semakin kukuh, dan anggota batinnya pun juga telah kuat, ketika itulah Allah menumbuhkan gigi-gigi ketika telah diperlukan. Gigi tersebut tidak tumbuh sebelum itu dan juga tidak tumbuh setelah itu.
Akal yg pandai dan bodoh
Kemudian perhatikanlah, mengapa dan bagaimana Allah menciptakan kepandaian merabezakan dan kecerdasan akal pada manusia secara evolusi, ertinya beransur-ansur, sedikit demi sedikit sampai masa kesempurnaannya dan kedewasaannya.
Perhatikanlah dan renungkanlah tentang keadaan manusia dilahirkan dalam keadaan bodoh, belum sempurna akalnya dan belum mempunyai kefahaman. Sebab seandainya ia dilahirkan telah berakal sempurna dan penuh kefahaman, tentu saja ia akan mengingkari alam nyata ini tatkala ia telah lahir, ia tentu akan bingung. Kerana ia melihat segala sesuatu yang belum pernah ia lihat, dan mengetahui apa yang belum pernah ia ketahui sebelum itu. Kemudian ia merasa mempunyai kekurangan kerana ia di-dukung, diletakkan dalam keadaan dibalut kain, dan diselimuti di atas buaian. Padahal memang ia patut diperlakukan demikian itu kerana keadaan tubuhnya masih lemah dan masih basah.
Kebiasaan manusia yang masih kecil selalu disayangi dan dicintai. Tetapi jika telah besar tidaklah demikian. Sebab, ia sering suka menentang kerana menggunakan akalnya dan mendahulukan nafsunya. Jadi jelaslah bahawa bertambahnya akal dan kefahaman pada manusia secara beransur-ansur adalah yang paling baik baginya. Tidakkah seseorang mengetahui bahawa Allah S.W.T. menciptakan segala sesuatu dalam keadaan penuh hikmah, melalui jalan yang benar, dan memberi pengertian tentang silih bergantinya kesalahan yang kecil mahu pun yang besar.
Lelaki dan Perempuan
Perhatikanlah ketika seorang manusia telah meningkat usia dewasa, maka Allah menciptakan padanya cara-cara untuk berketurunan. Di wajahnya ditumbuhkan rambut untuk membezakannya dari anak-anak kecil dan wanita. la dijadikan berwajah tampan, dan kemudian ketampanan itu ditutupi setelah ia memasuki usia tua.
Jika ia seorang perempuan, maka Allah S.W.T. menjadikan raut mukanya bersih dari ditumbuhi bulu, agar ia tetap berwajah menarik dan mengghairahkan kaum lelaki. Hal ini bertujuan untuk meneruskan kesinambungan umat manusia. Oleh kerana itu berfikirlah anda sekarang tentang apa saja yang telah kami sebutkan.
http://www.hamidarshat.com
Bayi dan Rahim Ibu
Dalam pada itu Allah S.W.T. mengatur manusia dalam segala keadaannya yang beraneka macam. Apakah anda mengerti bahawa yang demikian itu dibiarkan begitu saja? Bagaimana pendapat anda jika darah tidak mengalir dalam kandungan sebagai makanan di dalam rahim? Bukankah ia akan mati, atau apakah ia tidak akan kering seperti halnya tanaman jika kekurangan air? Kalau seandainya si ibu tidak dikejutkan oleh rasa sakit ketika hendak bersalin setelah cukup bulan, tidakkah ia kelemasan dalam rahim dan ibunya akan mengalami kematian? Seandainya air susu ibu tidak keluar ketika ia telah lahir, tidakkah ia akan mati kelaparan dan kehausan? Atau mungkin ia diberi makan dengan makanan yang tidak sesuai dan tidak patut untuk pertumbuhan tubuhnya? Andaikata gigi tidak diciptakan untuknya tepat pada waktunya tidakkah ia terhalang untuk mengunyah dan menelannya? Ataukah ia tetap menyusu dan tubuhnya tidak dapat menjadi kuat?
Lelaki, Perempuan, Nafsu, Zuriat
Jika seseorang lelaki tidak tumbuh bulu di mukanya (janggut dan misai), tentu wajahnya tidak ubah seperti perempuan dan anak-anak kecil. Jadi tidak terserlah kewibawaannya dan keagungannya. Lalu siapakah yang mempersiapkannya hingga menyempurnakannya dengan segala keperluan pada waktu yang tepat? Tiada lain kecuali Tuhan yang menciptakannya, yang sebelum itu ia bermula tanpa memiliki apa apa kemudian diberi anugerah dengan segala kenikmatan.
Renungkanlah tentang nafsu senggama yang menggerakkan untuk melakukannya. Juga alat kelamin yang memancarkan sperma ke dalam rahim, gerakan yang menyebabkan keluarnya sperma dan segala pengaturan yang kukuh yang berkaitan dengan semua itu.
Anggota Tubuh dan Zat Makanan
Kemudian renungkanlah tentang jumlah anggota tubuh dan fungsinya untuk keperluan yang dikehendaki. Dua bola mata untuk mencari petunjuk dengan melihat. Kedua tangan untuk berusaha, melempar dan membela. Dua kaki untuk berjalan. Perut besar untuk mencernakan makanan. Hati untuk menjernihkan dan membezakan makanan. Mulut untuk berkata-kata dan memasukkan makanan. Sedangkan lubang-lubang yang lain untuk membuang kotoran.
Apabila anda telah merenungkan hal tersebut, serta apa yang ada pada diri manusia, maka anda dapati manusia itu dalam keadaan sangat kukuh dan sangat tepat.

Renungkanlah tentang kemasukan makanan ke dalam perut besar, sehingga perut itu memprosesnya dan mengirimkan zat-zatnya ke jantung melalui urat-urat kecil yang halus yang diciptakan sebagai penyaring makanan. Di samping itu agar segala sesuatu yang kasar tidak masuk ke jantung, kerana akan memudaratkannya. Sebab urat jantung tersebut diciptakan dengan bentuk yang halus yang tidak mahu membawa kotoran. Kemudian zat makanan tadi dengan izin Allah diubah menjadi darah dan dialirkan ke seluruh tubuh melalui urat-urat yang dipersiapkan untuknya. Dengan demikian darah tadi dapat sampai ke seluruh tubuh sesuai dengan keperluannya, baik tubuh yang kering, yang lunak mahupun yang selainnya. Sungguh Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.

Rujukan :

http://grenbara.bravejournal.com/entry/24199

Rahsia kejadian manusia (4

http://www.hayah.cc/forum/imgcache/11139.png

http://biology.kenyon.edu/slonc/gene-web/sickle_cell_project/shortened%20finger.jpg

Anggota berpasangan dan pasangannya
Selanjutnya sisa zat makanan dan kotoran diteruskan ke anggota tubuh yang dipersiapkan untuknya, sebagaimana telah kami sebutkan di atas. Jadi anggota tubuh tersebut sebagai bekas yang menjadi tempat kotoran agar ia tidak tersebar ke dalam tubuh yang membawa akibat menimbulkan penyakit. Kemudian perhatikanlah, apakah anda menemukan sesuatu yang tidak ada manfaatnya dalam penciptaan tubuh manusia. Penglihatan tidaklah diciptakan kecuali untuk menanggapi pelbagai benda dan bermacam warna. Jika pelbagai warna telah ada, tetapi tidak ada penglihatan yang melihatnya, apakah warna-warna itu ada manfaatnya? Seandainya penglihatan diciptakan tetapi tidak ada cahaya di luar cahaya penglihatan, maka sudah barang tentu penglihatan tidak boleh digunakan.
Pendengaran tidaklah diciptakan kecuali untuk menanggapi pelbagai suara. Jika suara-suara telah ada tetapi tidak ada pendengaran yang mendengarnya, maka suara itu tidak ada manfaatnya. Nah, demikian halnya seluruh pancaindera.
Renungkanlah tentang beberapa jenis benda yang diciptakan sebagai media di antara pancaindera dan benda-benda lain yang dapat ditanggapi pancaindera, yang tidak sempurna kecuali dengan benda-benda tersebut. Antaranya ialah cahaya dan udara. Jika tidak ada cahaya yang menampakkan benda-benda yang dilihat, maka penglihatan tidak akan boleh melihatnya. Dan jika tidak ada udara yang menyampaikan suara kepada pendengaran, maka pendengaran tidak akan boleh menanggapi suara tersebut.
Renungkanlah tentang orang yang tidak mempunyai penglihatan dan pendengaran serta kecacatan yang dideritainya. Sebab ia tidak melihat letak telapak kakinya, tidak mengerti apa yang ada di hadapannya, tidak dapat membezakan pelbagai warna, dan tidak mengetahui datangnya bahaya atau musuh. la juga tidak memiliki jalan untuk mempelajari pelbagai pekerjaan.
Adapun orang yang tidak mempunyai pendengaran, maka ia tidak dapat menjiwai percakapan. la tidak dapat menikmati suara yang bagus, lagu-lagu yang merdu dan orang yang mengajak bercakap-cakap merasa jemu terhadapnya. Sementara itu ia tidak boleh mendengar berita-berita dan pelbagai cerita umat manusia, sehingga ia ibarat orang yang tidak ada padahal ia hadir. la bagaikan mayat padahal ia hidup.
Adapun orang yang tidak mempunyai akal, maka ia lebih teruk daripada binatang. Kerana itu perhatikanlah, bagaimana anggota-anggota tubuh manusia, dan beberapa sifat yang dengannya manusia boleh menjadi baik, bahawa itu semua dapat menghasilkan dan memenuhi pelbagai keperluannya, serta boleh menyempurnakan segala tujuan-tujuannya? Akan tetapi jika seorang manusia kehilangan sesuatu darinya, maka menjadi cacatlah urusan dirinya dan sungguh besar musibahnya.
Siapapun yang diberi cubaan berupa kurang sebahagian anggota tubuhnya atau sebahagian sifat-sifatnya, maka hal itu sebagai pengajaran, bimbingan, dan peringatan atau pemberitahuan tentang kadar nikmat Allah terhadap dirinya dan terhadap orang seumpamanya. Di samping itu agar dengan kesabarannya ia akan mendapatkan bahagian pahala di akhirat.
Selanjutnya renungkanlah tentang anggota tubuh manusia yang diciptakan satu-satu, berpasangan, dan tentang hikmah dan ketepatan yang ada padanya. Kepala misalnya, merupakan anggota tubuh yang diciptakan hanya satu. Tetapi kenyataannya kebanyakan pancaindera dikandung oleh kepala itu. Jika di kepala ditambahkan sesuatu anggota lagi, tentu saja memberatkan dan tidak diperlukan. Apabila kepala ada dua bahagian, lalu hanya salah satunya mampu berkata, maka bahagian yang lagi satu sudah tentu tidak diperlukan. Bila seseorang berkata-kata dengan keduanya dengan satu perkataan, maka salah satu tentu merupakan lebihan yang tidak diperlukan. Apabila ia berkata-kata dalam keadaan salah satunya berbeza dengan bahagian yang lain, maka orang yang mendengar tentu tidak mengerti apa yang sebenarnya dikehendaki. Sedangkan pendengar pada umumnya tentu hanya ingin mendengarkan perkataan yang jelas.
Dua tangan diciptakan dalam keadaan genap atau sepasang. Tidak ada baiknya jika seorang manusia melakukan pekerjaan dengan tangan satu. Sebab, apa yang diusahakan itu tentu mengalami kekurangan. Kerana anda mengetahui cacat yang ada pada orang yang salah satu tangannya lumpuh. Jika ia dibebani sesuatu pekerjaan tentu ia tidak mampu melakukannya dengan baik, dan tidak sesempurna seperti yang dikerjakan oleh orang yang mempunyai dua tangan. Tentang hikmah dua kaki adalah jelas, sebagaimana disebutkan sebelum ini.
Renungkanlah tentang cara Allah S.W.T. mempersiapkan alat-alat untuk mengeluarkan suara. Kerongkong laksana saluran paip untuk jalan keluarnya suara. Kemudian lidah, dua bibir, gigi-gigi dan mulut untuk mencetak huruf-huruf. Ingatlah, bahawa orang yang beberapa giginya atau sebahagian besarnya telah rosak, ia tentu cacat dalam berkata.
Selanjutnya renungkanlah tentang manfaat kerongkong, iaitu untuk dilalui angin menuju ke paru-paru, kemudian paru-paru itu mengipas hati dengan nafas yang berulang-ulang.
Renungkan juga tentang manfaat lidah, iaitu untuk membalik-balikkan makanan, dan membantu untuk melancarkan makanan dan minuman. Begitu juga manfaat gigi, iaitu untuk membantu melancarkan masuknya makanan.
Gigi adalah sebagai sandaran dua bibir, yang menahan keduanya dari dalam mulut. Dengan dua bibir, minuman boleh dihisap, sehingga minuman yang masuk ke dalam perut sesuai dengan tujuan dan kadar yang dikehendaki oleh seseorang. Kemudian bibir itupun laksana pintu.
Jadi jelaslah bahawa setiap anggota dari beberapa anggota tubuh manusia yang disebutkan, adalah digunakan untuk beberapa macam keperluan, dan juga untuk pelbagai kepen-tingan. Bila lebih ia akan membawa kesan yang membinasakan dan bila kurang juga berakibat menghancurkan. Itulah ketentuan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
Hendaklah anda renungkan tentang otak. Jika diperlihatkan, anda tentu akan mendapatinya bahawa sebahagian otak itu mem-bungkus sebahagian yang lain. Hal ini dimaksudkan untuk men-jaganya dari benda-benda lain yang melekat padanya. Dalam pada itu ia ditutup dengan tempurung tengkorak kepala yang ditutupi oleh rarnbut yang berfungsi memperindah kepala. Di samping itu, juga untuk menghindarkan rasa panas, dingin dan sebagainya yang mungkin saja menggangunya.

Jadi Allah S.W.T. menjaga otak dengan penjagaan yang sangat kukuh. Sebab, Allah Maha Mengetahui bahawa otak memang penting dan berhak dilindungi seperti itu. Kerana ia memang merupakan sumber perasaan. Kemudian renungkanlah, mengapa Allah menyembunyikan hati di dalam dada dan dibungkus dengan pembungkus yang kuat yang memang itu merupakan penutupnya. Allah S.W.T. mengukuhkan dan melindunginya dengan tulang-tulang rusuk, daging dan otot-otot yang ada padanya. Itu semua kerana hati merupakan anggota yang mulia, dan tempat itulah yang sesuai untuknya.

Kerongkong

Renungkan juga mengapa Allah S.W.T. menciptakan dua jalan yang ada dalam kerongkong. Yang satu untuk jalan suara, iaitu kerongkong yang sampai ke paru-paru, dan yang lain untuk jalan makanan, iaitu jalan menelan makanan yang sampai ke perut besar. Dalam pada itu Allah menciptakan lapisan yang ada di kerongkong yang berfungsi untuk menghalangi makanan agar tidak sampai ke hati. Kemudian Allah juga menciptakan paru-paru yang berfungsi mengepam hati, tidak pernah lesu dan tidak cacat, mengambil dan mengeluaran nafas tanpa ada kesulitan. Hal demikian dimaksudkan agar suhu panas tidak terpusat di hati saja. Sebab, jika demikian akan mengakibatkan kematian.
Selanjutnya Allah S.W.T. mengisi udara dengan angin untuk kepentingan tersebut dan juga untuk kepentingan lain. Hendaklah anda memperhatikan mengapa Allah menciptakan lubang najis berfungsi melepas dan mengekang. Itu bertujuan agar membuang air kecil dan membuang air besar tidak mengalir terus menerus. Sebab kalau demikian akan mengakibatkan kehidupan manusia mengalami kehancuran.
Kemudian renungkanlah mengapa Allah membuat daging kedua paha dalam keadaan cukup banyak dan tebal. Itu di-maksudkan agar manusia menggunakannya untuk menjaga rasa sakit ketika duduk di atas tanah kerana biasanya orang yang kurus tubuhnya dan sedikit daging pahanya merasa sakit ketika duduk jika di antara punggungnya dan tanah tidak ada alas sama sekali.
Renungkanlah, jika alat kelamin (zakar) lelaki selamanya lemah, bagaimana sperma (air mani) boleh sampai ke tempat penciptaan janin (rahim) wanita? Jika alat kelamin itu bengkak-bengkak selamanya, lalu bagaimana keadaannya? Bahkan Allah menjadikannya tersembunyi seolah-olah manusia tidak mempunyai nafsu berahi. Renungkanlah, satu perumpamaan yang menggambarkan pengaturan yang baik, iaitu kedudukan tandas, yang dibangun di tempat yang lebih tersembunyi dalam rumah. Oleh kerana itu lubang yang disediakan untuk membuang kotoran manusia dicipta di tempat yang lebih tertutup dari tubuhnya, yang tersembunyi yang mana kedua pahanya bertemu lantas menutupinya dan menyembunyikan alat kelaminnya. Demikian ini khusus pada manusia kerana kemuliaannya.
Kemudian renungkanlah tentang penciptaan rambut dan kuku, mengapa keduanya tumbuh memanjang? Sedangkan jika keduanya dipotong atau digunting malah akan menerbitkan keindahan. Keduanya diciptakan tidak diberi deria rasa, sehingga seseorang tidak akan merasa sakit ketika berhias dengan memotong keduanya. Seandainya tidak ada hikmah seperti itu, maka keduanya berada di antara dua hal. Kemungkinan ia dibiarkan saja dalam keadaan semulajadinya. Yang demikian mengakibatkan manusia menjadi buruk penampilannya. Atau boleh jadi dihilangkan. Yang demikian ini menimbulkan rasa sakit pada dirinya.
Renungkanlah tentang rambut. Seandainya ia tumbuh di mata, maka akan menjadi butalah penglihatan. Atau tumbuh di mulut, maka akan menghalangi kelancaran masuknya makanan dan minuman. Atau tumbuh di telapak tangan, maka menjadi hilanglah nikmat merasa dan menghalangi beberapa pekerjaan. Atau tumbuh di dalam vagina, maka akan menghalang kelazatan bersenggama. Padahal tempat-tempat itu semua boleh menjadi tempat tumbuhnya rambut. Sungguh Maha Suci Tuhan yang Maha Mengatur lagi Memberi nikmat dengan kenikmatan-kenikmatan tersebut.
Renungkanlah mengapa Allah S.W.T. menciptakan manusia ini pada jalan yang benar dan menjauhi kesalahan dan bahaya. Lalu renungkan juga tentang watak yang diberikan kepadanya. laitu memerlukan makan, minum, bersenggama dan segala pengaturan yang sangat kukuh. Dalam watak manusia, Allah S.W.T. telah menciptakan suatu penggerak yang menghendaki dan mendorong melakukan itu semua.
Lapar dan dahaga menyebabkan manusia mencari makanan yang menjadi keperluan hidupnya. Demikian juga minuman yang menjadi sebab bagi kekuatan tubuhnya. Dan tidur yang memulihkan kekuatan tubuh dan mengistirehatkannya. Juga nafsu berahi yang menggerakkan kemahuan bersenggama yang menyebabkan wujud kesinambungan keturunan umat manusia. Seandainya manusia mencari makanan dan minuman kerana ia mengerti bahawa demikian itu keperluannya, sedangkan ia tidak mempunyai pendorong yang mengajak ke arah itu dan wataknya sendiri, tentu saja ia sibuk mencari keperluan-keperluannya. Akibatnya kekuatan yang ada menjadi hilang dan ia mengalami kehancuran. Seperti perumpamaan seseorang terkadang memerlukan kepada ubat yang ia benci, sedangkan ubat membawa pengaruh bagi kesihatannya. Tetapi tidak ada watak pada dirinya yang mendorong untuk mendapatkan ubat, lalu ia menolaknya, maka boleh jadi ia jatuh sakit atau mati.
Demikian halnya jika seorang manusia boleh melakukan tidur dan memasukkan hakikat tidur itu pada tubuhnya dengan kemahuannya sendiri, maka ia akan selalu sibuk melakukan pelbagai kepentingannya tanpa tidur. Yang demikian itu akan menjadikannya tubuhnya mendapat mudarat lantaran kepayahan dan keletihan.
Seperti itu juga kalau kemahuan bersenggama kerana hanya ingin mendapatkan anak, maka akan terputuslah keturunan. Sebab, akan timbul pelbagai penyebab yang menghalanginya.
Kemudian perhatikanlah, mengapa Allah S.W.T. mencipta-kan sesuatu yang menggerakkan manusia untuk mencapai pelbagai faedah yang merupakan watak nalurinya. Renungkanlah kekuatan-kekuatan manusia diatur rapi, kukuh lagi menakjubkan. Tubuh dengan segala isinya laksana istana raja, yang di dalamnya ada pengiring, pengawal dan rakyat yang diserahi rumah tersebut. Salah seorang ditugaskan untuk melaksanakan segala keperluan pengiring dan pengawal, dan juga menyediakan keperluan mereka. Ada juga yang ditugaskan menerima barang dan menyimpannya hingga datang waktu mengolah dan mempersiapkannya. Ada pula yang diberi tugas memperbaiki dan mempersiapkan segala keperluan, dan tugas memperbaiki ini lebih istimewa daripada tugas sebelumnya. Ada lagi yang bertugas membersihkan kotoran-kotoran dan membuangnya dari dalam istana.
Raja dalam perumpamaan ini adalah Pencipta yang Maha Mengetahui. Istana adalah tubuh manusia. Sedangkan pengiring dan pengawal adalah anggota tubuh. Rakyat adalah empat jenis kekuatan iaitu hati, akal, kekuatan ingatan dan nafsu marah.
Bagaimana pendapat anda jika seorang manusia dikurangi kekuatan ingatannya, bagaimana kedudukannya? la tentu tidak ingat terhadap segala yang memberi manfaat kepadanya dan segala apa yang membahayakan dirinya. Ia tidak ingat kepada apa ia keluarkan, apa saja yang ia datangkan, apa yang ia berikan, apa yang ia terima, apa yang ia lihat, apa yang ia dengar, apa yang ia katakan, dan apa yang telah dikatakan padanya.
la tidak ingat kepada suatu lintas jalan, meski ia telah me-lintasinya. la juga tidak ingat kepada orang yang pernah berbuat baik kepadanya, berbuat buruk terhadapnya. la tidak ingat kepada orang yang pernah memberi manfaat kepadanya, orang yang membahayakan kepadanya, tidak ingat pula kepada ilmu sekalipun pernah ia pelajari, dan ia juga tidak boleh mengambil manfaat dengan penelitiannya. Juga tidak mampu mengambil pelajaran dari orang yang terdahulu.
Perhatikanlah nikmat-nikmat tersebut, bagaimana fungsi salah satu darinya. Lalu bagaimana fungsi seluruhnya. Dan lebih menghairankan daripada nikmat kekuatan ingatan atau hafalan adalah nikmat lupa. Sebab seandainya tidak ada nikmat lupa, maka manusia tidak boleh merasa tenteram dari bencana. Rasa menyesal tidak boleh berkurang darinya, rasa iri hati tidak boleh hilang, dan dari segala kenikmatan dunia bila ia ingat bahayanya yang mengerikan tentu ia tidak akan mahu menikmatinya. la tidak mungkin dapat melenyapkan kelalaian orang zalim, atau orang yang iri hati atau orang yang bertujuan memberi bahaya. Perhatikanlah, mengapa Allah S.W.T. menjadikan daya kekuatan ingatan dan kelalaian (sifat lupa) pada manusia, padahal keduanya berlawanan? Dan dari keduanya pula Allah S.W.T. menjadikan beberapa kemaslahatan padanya. Lalu perhatikan juga tentang sesuatu yang khusus pada manusia, sedangkan binatang tidak diberinya, iaitu perasaan malu. Seandainya manusia tidak diberi rasa malu, sudah tentu kesalahan tidak dimaaikan, undangan tidak dipenuhi, tamu tidak dijamu, kejahatan. tidak ditinggalkan, bahkan kebanyakan dari kewajipan agama itu dilaksanakan kerana rasa malu terhadap sesama manusia. Dan juga kerana rasa malu segala amanah ataupun sesuatu yang diminta untuk disimpan dikembalikan, hak kedua orang tua dan lainnya selalu ditegakkan, membenci perbuatan buruk dan sebagainya. Kerana itu perhatikanlah, alangkah besarnya fungsi dari nikmat yang berupa perasaan malu ini.

Rujukan:

http://grenbara.bravejournal.com/entry/24200