Tuesday, November 29, 2011

Surah Taha 1

Untuk kerezkian amalkan membaca Surah Taha (سورة طه) ketika terbit matahari setiap hari.

Ruqyah Pembatal Sihir - Susunan Lebih Ampuh

Ruqyah Pembatal Sihir ini dikira lebih tertuju khusus daripada bacaan ruqyah kebiasaan yang lebih menyeluruh dan yang ini lebih khusus menuju sasaran. Pada ayat merah diulang 21X. Iktikad kita semua ayat Quran mempunyai kelebihan. Yang dimaksud ampuh disini ialah susunannya lebih mustajabah hasil tajribah pada sesetengah orang mengamalkannya.

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (١١٧) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ (١١٨) فَغُلِبُوا هُنَالِكَ وَانْقَلَبُوا صَاغِرِينَ (١١٩) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (١٢٠) قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ (١٢١) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ (١٢٢) سورة الأعراف

Ertinya: Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: “Campakkanlah tongkatmu!” maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa Yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). ۝ maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batalah (sihir) Yang mereka telah lakukan. ۝oleh itu, kalahlah Firaun dan ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka Dengan keadaan Yang hina. ۝dan (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) Ahli-ahli sihir itu Dengan sendirinya merebahkan diri mereka sujud, ۝sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam. ۝ “(Iaitu) Tuhan bagi Nabi Musa dan Nabi Harun”. ۝

قَالُوا يَا مُوسَى إِمَّا أَنْ تُلْقِيَ وَإِمَّا أَنْ نَكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى (٦٥) قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِنْ سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى (٦٦) فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُوسَى (٦٧) قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنْتَ الأعْلَى (٦٨) وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (٦٩) فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى (٧٠) سورة طه

Ertinya: Mereka berkata: “Wahai Musa! Engkaukah Yang akan mencampak lebih dahulu atau kamikah Yang mula-mula mencampak?” ۝ Nabi Musa menjawab: “Bahkan kamulah campak dahulu”. tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka. ۝ maka Yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit Dalam hatinya. ۝ Kami berfirman kepadanya: “Janganlah Engkau takut (Wahai Musa)! Sesungguhnya Engkaulah Yang tertinggi mengatasi mereka Dengan kemenangan. ۝ “Dan campakkanlah apa Yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan Segala (benda-benda sihir) Yang mereka lakukan, kerana Sesungguhnya apa Yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada”. ۝ (Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya Yang terus menelan Segala benda sihir mereka), maka keadaan Yang demikian menjadikan Ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri sujud sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan Yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa”.۝

قَالَ مُوسَى أَتَقُولُونَ لِلْحَقِّ لَمَّا جَاءَكُمْ أَسِحْرٌ هَذَا وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُونَ (٧٧) سورة يونس

Ertinya: (Mendengarkan Yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? sedang Ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”.

فَلَمَّا جَاءَ السَّحَرَةُ قَالَ لَهُمْ مُوسَى أَلْقُوا مَا أَنْتُمْ مُلْقُونَ (٨٠) فَلَمَّا أَلْقَوْا قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (٨١) وَيُحِقُّ اللَّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ (٨٢) سورة يونس

Ertinya: Setelah datang Ahli-ahli sihir itu, Nabi Musa berkata kepada mereka: “Campakkanlah kamu dahulu apa Yang kamu hendak campakkan (diri benda-benda Yang kamu jadikan sihir itu)!” ۝ setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: “apa Yang kamu datangkan itu, itulah sihir; Sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat Yang dikurniakanNya kepadaku); Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang Yang melakukan kerosakan. ۝ “Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara Yang benar Dengan Kalimah-kalimah perintahNya, Walaupun Yang demikian dibenci oleh orang-orang Yang melakukan dosa”.۝

قَالَ لَهُمْ مُوسَى أَلْقُوا مَا أَنْتُمْ مُلْقُونَ (٤٣) فَأَلْقَوْا حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ وَقَالُوا بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ إِنَّا لَنَحْنُ الْغَالِبُونَ (٤٤) فَأَلْقَى مُوسَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (٤٥) فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (٤٦) قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ (٤٧) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ (٤٨) سورة الشعراء

Ertinya: Nabi Musa berkata kepada mereka: “Campakkanlah dahulu apa Yang kamu hendak campakkan”. ۝ lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: “Demi kekuasaan Firaun, Sesungguhnya sudah tetap Kamilah orang-orang Yang akan menang”. ۝ kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa Yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka). ۝ maka (Kemenangan Nabi Musa menjadikan) Ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud, ۝ sambil berkata: “Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam, ۝ “Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun”.۝

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلامُ الْغُيُوبِ (٤٨) قُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَمَا يُبْدِئُ الْبَاطِلُ وَمَا يُعِيدُ (٤٩) سورة سباء

Ertinya: Katakanlah lagi: “Sesungguhnya Tuhanku, menurunkan wahyu (kepada Nabi-nabi pilihanNya) Dengan perkara Yang benar; ia sentiasa mengetahui akan Segala perkara Yang ghaib”. ۝ Katakanlah lagi: “Telah datang kebenaran (Al-Quran Yang memberi Segala kebaikan), dan perkara Yang salah tidak memberi sebarang kebaikan di dunia, usahkan hendak mengulanginya di akhirat”.۝

بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ فَيَدْمَغُهُ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ وَلَكُمُ الْوَيْلُ مِمَّا تَصِفُونَ (١٨) سورة الأنبياء

Ertinya: Bahkan Kami sentiasa mengarahkan Yang benar menentang Yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka Dengan serta-merta hilang lenyaplah dia. dan (tetaplah) Kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa Yang kamu sifatkan (terhadap Kami).

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا (٢٣) سورة الفرقان

Ertinya: Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa Yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan Dia terbuang sebagai debu Yang berterbangan.

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١) مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٢) وَمِنْ شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ (٣) وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ (٤) وَمِنْ شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ (٥) سورة الفلق

Ertinya: Katakanlah (Wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan Yang menciptakan sekalian makhluk. ۝ “Dari bencana makhluk-makhluk Yang ia ciptakan; ۝ “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; ۝ “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk Yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); ۝ “Dan dari kejahatan orang Yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.۝

- المنقول -

Peristiwa-peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah SAW

Assalamualaikum warahmatullah,

Terdapat beberapa peristiwa atau kisah aneh dan pelik yang terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW sebelum kewafatan Baginda, sebelum pendedahan terhadap mereka yang berminat untuk mengetahui hal-hal aneh dan pelik, di samping untuk memantapkan keyakinan kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul.

Rasulullah SAW bukanlah seorang manusia biasa tetapi manusia luar biasa yang wajib kita agungkan. Hal ini kerana, sudah menjadi fitrah semulajadi manusia, akan mengagungkan tokoh yang mempunyai kelebihan luar biasa. Allah SWT memberikan mukjizat, iaitu perkara luar biasa kepada para nabi dan rasul-Nya, termasuk khususnya kepada Rasulullah SAW sebagai membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan insan yang diutuskan-nya untuk umat sejagat ini.

Terdapat lapan peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah SAW. Peristiwa tersebut adalah seperti berikut:

Rasulullah SAW mengajar cara solat jenazah

Antara peristiwa pelik sebelum kewafatannya adalah Baginda mengajar cara-cara mengkafan dan solat jenazah. Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah SAW berada di rumah Aisyah r.ha., Baginda memanggil para sahabat supaya berkumpul dan Baginda memeswan sesuatu serta mengajar cara mengkafakan jenazahnya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Selamat datang kamu semua, semoga Allah SWT mengasihi kamu semua. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua telah dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong kedua-duanya.

Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, hedaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku di dalam rumah ini. Kemudian, kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.

Pertama yang akan berselawat ke atasku ialah Allah SWT, kemudian yang akan solatkan aku ialah Jibrail a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil a.s., malakikat Mikail a.s. dan terakhir sekali malaikat Izrail a.s. beserta dengan para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok untuk solat atasku.”

Pesanan terakhir kepada para sahabat

Perkara pelik yang lain, iaitu pesanan terakhir Rasulullah SAW kepada para sahabat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ðengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua ‘dua penasihat’ yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit timbul antara kamu, hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan hadisku. Sekiranya hati kamu itu keras, maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran daripada maut.”

Rasulullah SAW meminta Abu Bakar menjadi Imam

Semasa Baginda SAW sakit, Baginda tidak mampu untuk keluar bersembahyang bersama-sama orang ramai, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Suruhlah Abu bakar untuk mengimami sembahyang.” Baginda telah menyuruh Abu Bakar menjadi imam menggantikan tempatnya. Ðengan itu Rasulullah SAW meredai Abu Bakar sebagai khalifahnya (penggantinya) ketika Rasulullah SAW masih hidup. Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada mulanya Abu Bakar sendiri menyatakan kurang senang dengan suruhan itu. Aisyah telah menerangkan kepada Baginda SAW bahawa ayahnya tidak sihat, mudah sahaja jatuh sakit dan suaranya lemah. Apabila membaca ayat-ayat al-Quraqn, beliau cepat beremosi, mengenang dan mencurah-curah air matanya. Apa pula tanggapan Jemaah lain apabila melihat Abu Bakar menjuadi imam sedangkan Rasulullah SAW masih ada.

Tetapi Rasulullah SAW telah menolak alasan-alasan ini. Abu Bakar menjadi imam sebanyak 17 kali semasa Rasulullah SAW sakit kali terakhir.

Rasulullah SAW dipapah ke masjid

Semasa Baginda SAW sakit teruk, Rasulullah SAW memanggil Ali dan Fadl bin Abbas r.a., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua-dua mereka dan terus Baginda dipapah pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid, maka Rasulullah SAW pun bersolat subuh bersama-sama dengan para Jemaah.

Pemergiannya, sengaja dibayang-bayangkan

Pemergian Rasulullah SAW sering dibayangkan. Semasa Baginda menyampaikan perutusan di atas Gunung Arafah semasa mengerjakan Haji Wada’, Baginda berkata bahawa mereka tidak akan berjumpa lagi selepas tahun itu. Semasa menyempurnakan pengebumian pejuang yang gugur di peperangan Uhud, Baginda telah membaca surah al-Fatihah dan talkin. Ðalam talkin itu, Baginda telah berkata yang bermaksud, “Saya akan mengikuti saudara tidak lama lagi.”

Ði Jaunt al-Banuqui, Baginda secara terang-terangan menyatakan masa baginya semakin dekat. Beberapa hari sebelum Baginda wafat, dalam satu perhimpunan terakhir baginya, Baginda memberi nasihat-nasihat tertentu kepada pengikut-pengikut Baginda ketika itu.

Sakit yang membawa maut

Pada bulan Jun tahun 623M, sakit Rasulullah SAW semakin teruk. Baginda telah pergi melawat satu kematian, apabila pulang daripada menziarahinya, Baginda semakin tenat. Kemudian, para sahabat bertanyakan keadaan baginda, lalu Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Nabi-nabi sememangnya menanggung kesakitan yang lebih teruk daripada orang lain, itulah satu sebab kenapa mereka menerima ganjaran Tuhan yang lebih tinggi.” Sakit yang terakhir ini berlarutan selama 13 atau 14 hari.

Pada 11 hari pertama, Rasulullah SAW masih lagi pergi menunaikan solat di Masjid Nabawiah. Pada suatu ketika dalam lima hari terakhir, semasa Rasulullah SAW sakit teruk dan demam, Rasulullah SAW meminta diambilkan air sejuk untuk mandi. Air sebanyak tujuh buah baldi itu hendaklah diambil dari telaga yang berasingan di Madinah.

Selepas madi, panas badan yang dirasai semakin reda dan Rasulullah SAW berasa sedikit lega. Selepas itu, Rasulullah SAW bagin lalu pergi ke masjid dan berucap kepada jemaah yang hadir. Katanya dengan tegas, “Setelah aku mati, jangan sekali-kali aku dipuja dan jangan sekali-kali perkuburanku dijadikan satu tempat pemujaan dan penyembahan.”

Selepas pulang daripada menyampaikan kata-kata tersebut, Rasulullah SAW tenah semula. Tubuh badan Rasulullah SAW semakin lesu dan wajah Rasulullah SAW semakin pucat. Rasulullah SAW berbaring dan tidak sedarkan diri. Kebetulan pada waktu itu ada seorang Muslim pulang dari Abyssinia dan membawa ubat. Lalu Sayidina Ali mengambil ubat tersebut dan memasukkan sedikit ke dalam mulut Baginda. Setelah Rasulullah SAW sedar, Baginda menyatakan Baginda tidak suka diberi ubat tanpa izin Baginda. Sebagai hukuman, semua yang hadir disuruh minum sedikit ubat tersebut.

Khutbah Rasulullah SAW semasa Baginda sakit

Semasa sakit, Rasulullah SAW masih mampu memberi khutbah. Antara khutbah yang diberikan oleh Baginda SAW ialah (yang bermaksud), “Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua, sesiapa yang pernah aku rotan belakangnya, ini belakangku. Sila balas kepadaku. Sesiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Sesiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah takut kemarahan daripadaku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai dalam kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu.”

Selepas itu, seorang sahabat bangun dan menyebut dia mempunai tiga dinar daripada harta Rasulullah SAW. Baginda meminta Qusam memberikan tiga dinar kepada sahabat itu. Selepas itu, dia bertanya kepada sahabat itu, “Mengapa kamu minta, sedangkan ini Rasulullah?” Sahabat itu berkata, “Aku mahu menjadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad.” Rasulullah SAW mengulangi lagi pertanyaannya, tetapi tiada seorang pun yang bangun. Rasulullah SAW berkata, “Kalau begitu halalkan kepada aku untuk berjumpa dengan Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang. Ðengan kamu menghalalkan kepada aku pun aku rasa belum selamat.”

Kemudian, Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan untuk diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya kekal di dunia kemudian dia masuk syurga.” Rasulullah SAW memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga.

Apabila mendengar ucapan itu, Abu Bakar menangis teresak-esak. Beliau berkata, “Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, wahai Muhammad.” Ðaripada kata-kata Muhammad, Sayidina Abu Bakar dapat memahami hamba yang Muhammad sebutkan itu adalah diri Baginda sendiri.

Pesanan akhir, ciuman akhir

Pada hari kahir hayat Rasulullah SAW, Baginda menyuruh langsir pintu dikuakkan supaya Baginda dapat memandang ke masjid di hadapan. Baginda gembira menyaksikan Abu bakar mengimamkan sembahyang. Badannya segar sedikit setelah tidur pada malam sebelumnya. Air mukanya cerah. Lalu Rasulullah SAW bangun dan pergi ke masjid dengan dipapah oleh Abbas dan Ali.

Apabila kembali dari masjid, sakit Rasulullah SAW semakin bertambah. Baginda berbaring di atas pangkuan Aisyah. Baginda menyuruh Aisyah memanggil anaknya Fatimah, lalu berkata, “Aku akan pergi sebentar lagi. Engkaulah ahli keluarga yang pertama menemui aku di syurga.”

Setelah Rasulullah SAW semakin tenat, Baginda memberi arahan berdoalah, doalah. Sebelum Baginda nazak, Rasulullah SAW berkata, “Semoga Allah memusnahkan sesiapa yang menjadikan kubur nabi-nabi pemusatan sembahyang. Janganlah hendaknya terdapat dua agama (Yahudi dan Kristian) di bumi Semenanjung Arab.

Rasulullah SAW wafat dalam pangkuan Aisyah. Baginda wafat pada sebelah petang, hari Isnin 1 Rabiulawal, insan yang paling pengasih pernah lahir di bumi ini.

Mencintai Rasulullah SAW

Namun begitu, tidak terdapat riwayat-riwayat yang jelas menceritakan tentang peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku di saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Ia sedikit berbeza dengan peristiwa yang berlaku pada saat kelahiran Baginda.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah SAW lebih banyak memberi wasiat dan peringatan kepada umatnya, sehinggakan terdapat satu riwayat yang menceritakan, di saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah SAW menyebut “ummati-ummati”.

Perkata ini jelas berdasarkan kata-kata Ali bin Abi Talib r.a., “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir Baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah SAW berkata, “Umatku, umatku.” Betapa kasihnya Baginda kepada umatnya.”

Yang menjadi persoalannya kini, adakah kita semua umat Islam mengasihi dan mencintai Rasulullah SAW sepertimana Baginda mencintai kita? Seandainya benar kita mencintai Rasulullah SAW, marilah bersama-sama kita menghayati dan mengenang kisah hidup Rasulullah SAW bermula daripada saat kelahiran Baginda sehinggalah peristiwa-peristiwa akhir pada saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Sesungguhnya, inilah tokoh agung yang tiada bandingannya sehinnga kini.


Peristiwa-peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah SAW

Susunan : Bawang Goreng pada 11/29/2011 10:10:00 AM


Assalamualaikum warahmatullah,Terdapat beberapa peristiwa atau kisah aneh dan pelik yang terjadi dalam kehidupan Rasulullah SAW sebelum kewafatan Baginda, sebelum pendedahan terhadap mereka yang berminat untuk mengetahui hal-hal aneh dan pelik, di samping untuk memantapkan keyakinan kepada Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul.Rasulullah SAW bukanlah seorang manusia biasa tetapi manusia luar biasa yang wajib kita agungkan. Hal ini kerana, sudah menjadi fitrah semulajadi manusia, akan mengagungkan tokoh yang mempunyai kelebihan luar biasa. Allah SWT memberikan mukjizat, iaitu perkara luar biasa kepada para nabi dan rasul-Nya, termasuk khususnya kepada Rasulullah SAW sebagai membuktikan kebenaran kenabian dan kerasulan insan yang diutuskan-nya untuk umat sejagat ini.Terdapat lapan peristiwa aneh sebelum kewafatan Rasulullah SAW. Peristiwa tersebut adalah seperti berikut:❀ Rasulullah SAW mengajar cara solat jenazahAntara peristiwa pelik sebelum kewafatannya adalah Baginda mengajar cara-cara mengkafan dan solat jenazah. Peristiwa itu berlaku ketika Rasulullah SAW berada di rumah Aisyah r.ha., Baginda memanggil para sahabat supaya berkumpul dan Baginda memeswan sesuatu serta mengajar cara mengkafakan jenazahnya.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Selamat datang kamu semua, semoga Allah SWT mengasihi kamu semua. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua telah dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT. Kalau telah sampai ajalku, maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong kedua-duanya.Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, hedaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku di dalam rumah ini. Kemudian, kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.Pertama yang akan berselawat ke atasku ialah Allah SWT, kemudian yang akan solatkan aku ialah Jibrail a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil a.s., malakikat Mikail a.s. dan terakhir sekali malaikat Izrail a.s. beserta dengan para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok untuk solat atasku.”❀ Pesanan terakhir kepada para sahabatPerkara pelik yang lain, iaitu pesanan terakhir Rasulullah SAW kepada para sahabat. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Ðengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua ‘dua penasihat’ yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit timbul antara kamu, hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan hadisku. Sekiranya hati kamu itu keras, maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran daripada maut.”❀ Rasulullah SAW meminta Abu Bakar menjadi ImamSemasa Baginda SAW sakit, Baginda tidak mampu untuk keluar bersembahyang bersama-sama orang ramai, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Suruhlah Abu bakar untuk mengimami sembahyang.” Baginda telah menyuruh Abu Bakar menjadi imam menggantikan tempatnya. Ðengan itu Rasulullah SAW meredai Abu Bakar sebagai khalifahnya (penggantinya) ketika Rasulullah SAW masih hidup. Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada mulanya Abu Bakar sendiri menyatakan kurang senang dengan suruhan itu. Aisyah telah menerangkan kepada Baginda SAW bahawa ayahnya tidak sihat, mudah sahaja jatuh sakit dan suaranya lemah. Apabila membaca ayat-ayat al-Quraqn, beliau cepat beremosi, mengenang dan mencurah-curah air matanya. Apa pula tanggapan Jemaah lain apabila melihat Abu Bakar menjuadi imam sedangkan Rasulullah SAW masih ada.Tetapi Rasulullah SAW telah menolak alasan-alasan ini. Abu Bakar menjadi imam sebanyak 17 kali semasa Rasulullah SAW sakit kali terakhir.❀ Rasulullah SAW dipapah ke masjidSemasa Baginda SAW sakit teruk, Rasulullah SAW memanggil Ali dan Fadl bin Abbas r.a., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua-dua mereka dan terus Baginda dipapah pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid, maka Rasulullah SAW pun bersolat subuh bersama-sama dengan para Jemaah.❀ Pemergiannya, sengaja dibayang-bayangkanPemergian Rasulullah SAW sering dibayangkan. Semasa Baginda menyampaikan perutusan di atas Gunung Arafah semasa mengerjakan Haji Wada’, Baginda berkata bahawa mereka tidak akan berjumpa lagi selepas tahun itu. Semasa menyempurnakan pengebumian pejuang yang gugur di peperangan Uhud, Baginda telah membaca surah al-Fatihah dan talkin. Ðalam talkin itu, Baginda telah berkata yang bermaksud, “Saya akan mengikuti saudara tidak lama lagi.”Ði Jaunt al-Banuqui, Baginda secara terang-terangan menyatakan masa baginya semakin dekat. Beberapa hari sebelum Baginda wafat, dalam satu perhimpunan terakhir baginya, Baginda memberi nasihat-nasihat tertentu kepada pengikut-pengikut Baginda ketika itu.❀ Sakit yang membawa mautPada bulan Jun tahun 623M, sakit Rasulullah SAW semakin teruk. Baginda telah pergi melawat satu kematian, apabila pulang daripada menziarahinya, Baginda semakin tenat. Kemudian, para sahabat bertanyakan keadaan baginda, lalu Baginda SAW bersabda yang bermaksud, “Nabi-nabi sememangnya menanggung kesakitan yang lebih teruk daripada orang lain, itulah satu sebab kenapa mereka menerima ganjaran Tuhan yang lebih tinggi.” Sakit yang terakhir ini berlarutan selama 13 atau 14 hari.Pada 11 hari pertama, Rasulullah SAW masih lagi pergi menunaikan solat di Masjid Nabawiah. Pada suatu ketika dalam lima hari terakhir, semasa Rasulullah SAW sakit teruk dan demam, Rasulullah SAW meminta diambilkan air sejuk untuk mandi. Air sebanyak tujuh buah baldi itu hendaklah diambil dari telaga yang berasingan di Madinah.Selepas madi, panas badan yang dirasai semakin reda dan Rasulullah SAW berasa sedikit lega. Selepas itu, Rasulullah SAW bagin lalu pergi ke masjid dan berucap kepada jemaah yang hadir. Katanya dengan tegas, “Setelah aku mati, jangan sekali-kali aku dipuja dan jangan sekali-kali perkuburanku dijadikan satu tempat pemujaan dan penyembahan.”Selepas pulang daripada menyampaikan kata-kata tersebut, Rasulullah SAW tenah semula. Tubuh badan Rasulullah SAW semakin lesu dan wajah Rasulullah SAW semakin pucat. Rasulullah SAW berbaring dan tidak sedarkan diri. Kebetulan pada waktu itu ada seorang Muslim pulang dari Abyssinia dan membawa ubat. Lalu Sayidina Ali mengambil ubat tersebut dan memasukkan sedikit ke dalam mulut Baginda. Setelah Rasulullah SAW sedar, Baginda menyatakan Baginda tidak suka diberi ubat tanpa izin Baginda. Sebagai hukuman, semua yang hadir disuruh minum sedikit ubat tersebut.❀ Khutbah Rasulullah SAW semasa Baginda sakitSemasa sakit, Rasulullah SAW masih mampu memberi khutbah. Antara khutbah yang diberikan oleh Baginda SAW ialah (yang bermaksud), “Sesungguhnya sudah dekat pemergianku daripada kamu semua, sesiapa yang pernah aku rotan belakangnya, ini belakangku. Sila balas kepadaku. Sesiapa yang pernah aku hina, ini diriku. Silalah dia membalasnya. Sesiapa yang pernah aku ambil hartanya, ini hartaku. Silalah dia ambil kembali dan janganlah takut kemarahan daripadaku kerana itu bukan akhlakku. Sesungguhnya orang yang paling aku sukai dalam kalangan kamu ialah orang yang mengambil haknya daripada aku sekiranya dia mempunyai hak itu.”Selepas itu, seorang sahabat bangun dan menyebut dia mempunai tiga dinar daripada harta Rasulullah SAW. Baginda meminta Qusam memberikan tiga dinar kepada sahabat itu. Selepas itu, dia bertanya kepada sahabat itu, “Mengapa kamu minta, sedangkan ini Rasulullah?” Sahabat itu berkata, “Aku mahu menjadi orang yang paling dikasihi oleh Muhammad.” Rasulullah SAW mengulangi lagi pertanyaannya, tetapi tiada seorang pun yang bangun. Rasulullah SAW berkata, “Kalau begitu halalkan kepada aku untuk berjumpa dengan Tuhanku dalam keadaan hatiku tenang. Ðengan kamu menghalalkan kepada aku pun aku rasa belum selamat.”Kemudian, Rasulullah SAW berkata, “Sesungguhnya seorang hamba diberi pilihan untuk diserahkan kepadanya segala kekayaan dunia semuanya kekal di dunia kemudian dia masuk syurga.” Rasulullah SAW memilih bertemu dengan Tuhannya dan masuk syurga.Apabila mendengar ucapan itu, Abu Bakar menangis teresak-esak. Beliau berkata, “Bahkan kamilah yang menebus kamu dengan diri kami dan anak-anak kami, wahai Muhammad.” Ðaripada kata-kata Muhammad, Sayidina Abu Bakar dapat memahami hamba yang Muhammad sebutkan itu adalah diri Baginda sendiri.❀ Pesanan akhir, ciuman akhirPada hari kahir hayat Rasulullah SAW, Baginda menyuruh langsir pintu dikuakkan supaya Baginda dapat memandang ke masjid di hadapan. Baginda gembira menyaksikan Abu bakar mengimamkan sembahyang. Badannya segar sedikit setelah tidur pada malam sebelumnya. Air mukanya cerah. Lalu Rasulullah SAW bangun dan pergi ke masjid dengan dipapah oleh Abbas dan Ali.Apabila kembali dari masjid, sakit Rasulullah SAW semakin bertambah. Baginda berbaring di atas pangkuan Aisyah. Baginda menyuruh Aisyah memanggil anaknya Fatimah, lalu berkata, “Aku akan pergi sebentar lagi. Engkaulah ahli keluarga yang pertama menemui aku di syurga.”Setelah Rasulullah SAW semakin tenat, Baginda memberi arahan berdoalah, doalah. Sebelum Baginda nazak, Rasulullah SAW berkata, “Semoga Allah memusnahkan sesiapa yang menjadikan kubur nabi-nabi pemusatan sembahyang. Janganlah hendaknya terdapat dua agama (Yahudi dan Kristian) di bumi Semenanjung Arab.Rasulullah SAW wafat dalam pangkuan Aisyah. Baginda wafat pada sebelah petang, hari Isnin 1 Rabiulawal, insan yang paling pengasih pernah lahir di bumi ini.Mencintai Rasulullah SAWNamun begitu, tidak terdapat riwayat-riwayat yang jelas menceritakan tentang peristiwa-peristiwa aneh yang berlaku di saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Ia sedikit berbeza dengan peristiwa yang berlaku pada saat kelahiran Baginda.Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku pada saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah SAW lebih banyak memberi wasiat dan peringatan kepada umatnya, sehinggakan terdapat satu riwayat yang menceritakan, di saat-saat kewafatan Baginda, Rasulullah SAW menyebut “ummati-ummati”.Perkata ini jelas berdasarkan kata-kata Ali bin Abi Talib r.a., “Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah menggerakkan kedua-dua bibir Baginda sebanyak dua kali, dan aku mendengar Rasulullah SAW berkata, “Umatku, umatku.” Betapa kasihnya Baginda kepada umatnya.”Yang menjadi persoalannya kini, adakah kita semua umat Islam mengasihi dan mencintai Rasulullah SAW sepertimana Baginda mencintai kita? Seandainya benar kita mencintai Rasulullah SAW, marilah bersama-sama kita menghayati dan mengenang kisah hidup Rasulullah SAW bermula daripada saat kelahiran Baginda sehinggalah peristiwa-peristiwa akhir pada saat-saat kewafatan Rasulullah SAW. Sesungguhnya, inilah tokoh agung yang tiada bandingannya sehinnga kini.

Friday, November 25, 2011

Ruqyah Voice


http://www.roqyahvoice.com


Website ini mengandungi bacaan ruqyah syar’iyyah dan ramai para qari yang membacanya dengan pelbagai susunan. Dalam gambar sudah saya tandakan tempat (bagi yang tidak memahami bahasa Arab) yang patut diklik untuk memudahkan mendengarnya.

Thursday, November 24, 2011

Kelebihan Para Sahabat Rasul SAW 10

Hadith 10: Hanya orang tidak beriman sahaja menbenci para Sahabat r.a.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لا يُبْغِضُ الأَنْصَارَ رَجُلٌ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ.
[مسلم]

Ertinya: Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Tidak akan membenci kaum Ansor oleh seorang lelaki yang beriman kepada Allah dan Hari Akhir.
[HR Muslim]

4 Kemuliaan umat Nabi Muhammad SAW berkaitan dengan dosa

http://cards.wahty.com/a/data/media/6/tawba1.jpg\

Nabi Adam A.S. berkata : Sesungguhnya Allah SWT telah memberi kepada umat Muhammad 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku ,

1- Menetapkan tempat taubatku di Makkah sedangkan umat Muhammad diterima taubat mereka di mana-mana tempat.

2- Dahulu aku berpakaian tetapi apabila aku berdosa ditelanjangkan, sebaliknya umat Muhammad berbuat dosa dengan telanjang Allah SWT tetap memberi pakaian pada mereka.

3- Ketika akau berbuat dosa, aku dipisahkan dengan isteriku, tetapi umat Muhammad berbuat dosa tidak dipisahkan dengan isteri mereka.

4- Saya melakukan dosa didalam Syurga lalu dikeluarkan, tetapi umat Muhammad berbuat dosa di luar Syurga kemudian mereka dimasukkan ke dalam Syurga. “.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2. M/S: 786.

Kelebihan Para Sahabat Rasul SAW 9

Hadith 9: Kelebihan Ali r.a - seperti Nabi Harun AS pembantu Nabi Musa AS.

إِبْرَاهِيمَ بْنَ سَعْدٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِعَلِيٍّ: أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُونَ مِنِّي بِمَنْزِلَةِ هَارُونَ مِنْ مُوسَى.
[البخاري]

Ertinya: Ibrahim bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas r.a) berkata, Nabi SAW bersabda kepada Ali:

Apakah kamu tidak redha bila kedudukanmu terhadapku seperti kedudukan Harun terhadap Musa AS.
[HR Bukhari]

Bagaimana Sikap Kita Dalam Menghadapi Sihir

Bagaimana Sikap Kita Dalam Menghadapi Sihir


Dalam Hadith Qudsi yang masyhur direkodkan:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم: يقول الله تعالى:
أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ حِينَ يَذْكُرُنِي، إِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي في مَلَإٍ، ذَكَرْتُهُ في مَلَإٍ هُمْ خَيْرٌ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ مِنِّي شِبْرًا، تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا، تَقَرَّبْتُ مِنْهُ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي، أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً.

Ertinya: Abu Hurairah berkata: Nabi SAW bersabda: Allah SWT berfirman:

Aku sebagaimana prasangka hamba-Ku kepada-Ku dan Aku akan bersamanya selama ia mengingat-Ku. Jika ia ingat akan Ku dalam dirinya maka Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia ingat akan Ku dalam sekumpulan orang maka Aku akan mengingatnya dalam sekumpulan yang lebih baik dan lebih bagus darinya. Jika ia mendekat kepada-Ku satu jengkal maka Aku akan dekat kepadanya satu hasta, jika ia mendekat kepada-Ku satu hasta maka Aku akan dekat kepadanya satu depa dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari.
[HR Muslim]

Begitu juga dalam Hadith Sahih Bukhari dan Musnad Imam Ahmad dengan sedikit perbezaan lafaz. Ditambah pada lafaz akhir dalam Musnad Imam Ahmad:

وَإِذَا جَاءَنِي يَمْشِي جِئْتُهُ أُهَرْوِلُ لَهُ الْمَنُّ وَالْفَضْلُ

Ertinya: Dan jika ia mendatangi-Ku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya dengan berlari dengan membawa pemberian dan kurnia untuknya.

Saudaraku segama, sebangsa, seumat! Dalam ruang tajuk perubatan seringkali saya diajukan persoalan seperti;
“Ustaz boleh ke saya baik?”
“Bagaimana kalau sihir ini berulang kembali cikgu?”

Berdasar Hadith diatas kita dianjurkan senantiasa berprasangka baik pada Allah, husnu zon, mempunyai sugesti yang positif terhadap Allah pasti Allah akan membantu kita. Kemudian diteruskan lagi bukan saja husnu zon tapi mestilah ingat akan Allah SWT.

Sesungguhnya sihir yang menimpa ke atas kita boleh jadi ujian ke atas kita atau boleh jadi adalah bala’ dan kaffarah atas dosa-dosa kita selama ini. Orang reiki selalu menyebutnya hukum karma. Jadi kita patut menilainya sebagai satu peluang keemasan diberikan kepada kita agar lebih banyak beribadah kepada Allah SWT.

Bilamana kita ditimpa sihir ... kita patut berfikir “Oh aku yakin Allah akan menolongku” lalu kita mula taqarrub tahap demi tahap, kita mula ingat Allah, bibir kita mula basah dengan istighfar dan tasbih, Allah mendengar rintihan kita maka Allah akan selalu merahmati kita.

Kalau rahmat kenapa masih sakit? Disinilah letaknya ketinggian ilmu Allah yang tidak kita nampak. Ini semuanya kerana RahimNya pada hambanya. Lihatnya ibrah dari kisah Nabi Ayyub ASW diberi sakit kulit ... bila kita sakit kita lebih taqwa, jika cepat sembuh kuranglah taqwa. Kerana Allah lebih mengetahui sifat manusia yang suka derhaka.

Ingatlah Hadith SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْه قال: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:
((ادْعُوا اللَّهَ وَأَنْتُمْ مُوقِنُونَ بِالإِجَابَةِ، وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ لا يَسْتَجِيبُ دُعَاءً مِنْ قَلْبٍ غَافِلٍ لاهٍ)).
[رواه الترمذي]

Ertinya: Mintalah pada Allah dalam keadaan kamu yakin diperkenankan. Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai dan lupa.
[HR Tirmizi]

Kemudian amal ibadah kita jangan terhenti setakat zikir, solat, puasa sahaja ... kita tolong agama Allah ini dengan sedekah. Kita bantu anak yatim, duit yang ada janganlah dihabiskan dengan bertukar kereta saban tahun saja. Saudaraku! Masih ada anak umat Islam yang masih kelaparan di lorong kecil di Kuala Lumpur! Masih ada wanita umat Islam yang menjadi pelacur di Lorong Hj Taib!

Ingatlah Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ (٧) سورة محمد

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

Khulasahnya bila kita ditimpa sihir:

1. Kita mesti husnu zon kepada Allah.

2. Mulakan taqarrub secara bertahap. Melalui solat, puasa, zikir, selawat dan sebagainya.

3. Masuk dalam jama’ah - solat berjama’ah, jama’ah zikir, jama’ah ta’lim.

4. Tolong agama Allah dalam segenap segi. Melalui sedekah, membantu NGO dalam urusan umat Islam, jangan bersama lagi dengan golongan yang memusuhi orang yang mengajak kepada Islam.

5. Kemudian bertawakkallah kita dengan sebenar-benar tawakkal.

Itulah tariq yang lebih diredhai Allah, daripada kita sembah harap pada bomoh sedang kita tak buat apa-apa. Ianya tidak akan berkesudahan dan jauh benar dari matlamat hidup sebagai hamba Allah. Jangan kita sibuk duk bertanya siapa buat, kenapa buat ...... Kalau kita tahu apa faedahnya? Sedang sakit kita tak sembuh kerana sibuk siapa buat, kenapa buat. Mudah-mudahan sakit menimpa kita itu adanya ganjaran disisi Allah SWT.

Kelebihan Para Sahabat Rasul SAW 11

Hadith 11: Jauhi bidaah yang menyesatkan.

عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَمْرٍو السُّلَمِيُّ وَحُجْرُ بْنُ حُجْرٍ قَالا: أَتَيْنَا الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ، وَهُوَ مِمَّنْ نَزَلَ فِيهِ: وَلا عَلَى الَّذِينَ إِذَا مَا أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لا أَجِدُ مَا أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ سورة التوبة آية 92، فَسَلَّمْنَا، وَقُلْنَا: أَتَيْنَاكَ زَائِرِينَ وَعَائِدِينَ وَمُقْتَبِسِينَ، فَقَالَ الْعِرْبَاضُ: صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَيْنَا فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ،
فَقَالَ قَائِلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ كَأَنَّ هَذِهِ مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ، فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا؟
فَقَالَ: أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ، وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا، فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ، وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلالَةٌ.
[أبو داود]

Ertinya: Abdul Rahman bin Amru al-Sulami dan Hujr bin Hujr keduanya berkata: Kami mendatangi Irbadh bin Sariyah dan ia termasuk seseorang yang turun kepadanya ayat:

Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: “Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu”. Surah al-Taubah: 92.

Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu
Kami mengucap salam kepadanya dan berkata: Kami datang kepadamu untuk ziarah, duduk mendengar sesuatu yang berharga darimu.

Irbadh r.a berkata: Suatu hari Rasulullah SAW solat bersama kami, lantas Baginda SAW menghadap ke arah kami dan memberikan sebuah nasihat yang sangat menyentuh yang membuat mata menangis dan hati bergetar.

Lalu seseorang berkata: Wahai Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat untuk perpisahan!

Lalu apa yang engkau wasiatkan kepada kami?
Baginda SAW: Aku wasiatkan kepada kamu semua untuk bertaqwa kepada Allah, senantiasa taat dan mendengar meskipun yang memerintah adalah seorang budak Habsyi yang hitam. Sesungguhnya orang-orang yang hidup setelahku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku, sunnah para khalifah yang lurus dan mendapat petunjuk, berpegang teguhlah dengannya dan gigitlah dengan gigi geraham. Kamu hendaklah menjauhi perkara-perkara baru (dalam urusan agama), sebab setiap perkara yang baru adalah bidaah dan setaip bidaah adalah sesat.
[HR Abu Daud; Albani: Sahih]

Friday, November 18, 2011

Rakaman petir dari International Space Station

http://www.youtube.com/watch?v=wPVH2KcRFU8&feature=player_embedded

Kelebihan Para Sahabat Rasul SAW 8

Hadith 8: Kelebihan Utsman r.a - para malaikat malu dengannya.

أن عائشة، قَالَتْ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُضْطَجِعًا فِي بَيْتِي، كَاشِفًا عَنْ فَخِذَيْهِ أَوْ سَاقَيْهِ، فَاسْتَأْذَنَ أَبُو بَكْرٍ فَأَذِنَ لَهُ وَهُوَ عَلَى تِلْكَ الْحَالِ، فَتَحَدَّثَ، ثُمَّ اسْتَأْذَنَ عُمَرُ، فَأَذِنَ لَهُ وَهُوَ كَذَلِكَ، فَتَحَدَّثَ ثُمَّ اسْتَأْذَنَ عُثْمَانُ، فَجَلَسَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسَوَّى ثِيَابَهُ،
قَالَ مُحَمَّدٌ: وَلا أَقُولُ ذَلِكَ فِي يَوْمٍ وَاحِدٍ، فَدَخَلَ فَتَحَدَّثَ فَلَمَّا خَرَجَ،
قَالَتْ عَائِشَةُ: دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ فَلَمْ تَهْتَشَّ لَهُ وَلَمْ تُبَالِهِ، ثُمَّ دَخَلَ عُمَرُ، فَلَمْ تَهْتَشَّ لَهُ وَلَمْ تُبَالِهِ، ثُمَّ دَخَلَ عُثْمَانُ فَجَلَسْتَ وَسَوَّيْتَ ثِيَابَكَ،
فَقَالَ: أَلا أَسْتَحِي مِنْ رَجُلٍ تَسْتَحِي مِنْهُ الْمَلائِكَةُ.
[مسلم]

Ertinya: Aisyah berkata: Pada suatu hari Rasulullah SAW sedang berbaring di rumahku dengan membiarkan kedua pahanya atau kedua betisnya terbuka. Tak lama kemudian, Abu Bakar minta izin kepada Rasulullah untuk masuk ke dalam rumah Baginda. Maka Rasulullah pun mempersilahkannya untuk masuk dalam keadaan Baginda tetap seperti itu dan terus berbincang-bincang (tentang suatu hal).

Lalu Umar al-Khattab datang dan meminta izin kepada Rasulullah untuk masuk ke dalam rumah beliau. Maka Rasulullah pun mempersilahkannya untuk masuk dalam kedudukan Baginda tetap seperti itu dan terus berbincang-bincang (tentang suatu hal).

Kemudian Utsman bin Affan datang dan meminta izin kepada Baginda SAW untuk masuk ke dalam rumah Nabi SAW. Maka Rasulullah pun mempersilahkannya untuk masuk seraya mengambil posisi duduk dan membetulkan pakaiannya.

Muhammad (perawi) berkata: Saya tidak mengatakan hal itu pada hari yang sama. Lalu Utsman masuk dan langsung bercakap-cakap dengan Baginda tentang berbagai hal. Setelah Utsman keluar dari rumah, Aisyah bertanya: Ya Rasulullah, tadi ketika Abu Bakar masuk ke rumah engkau tidak terlihat tergesa-gesa untuk menyambutnya. Kemudian ketika Umar datang dan masuk, engkau pun menyambutnya dengan biasa-biasa saja. Akan tetapi ketika Utsman bin Affan datang dan masuk ke rumah maka engkau segera bangkit dari pembaringan dan langsung mengambil posisi duduk sambil membetulkan pakaian engkau. Sebenarnya ada apa dengan hal ini semua ya Rasulullah?

Rasulullah SAW menjawab: Wahai Aisyah, bagaimana mungkin aku tidak merasa malu kepada seseorang yang para malaikat merasa malu kepadanya?.
[HR Muslim]

Kelebihan Para Sahabat Rasul SAW 7

Hadith 7: Kelebihan Umar al-Khattab r.a - orang yang mendapat ilham.

عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ يَقُولُ: قَدْ كَانَ يَكُونُ فِي الأُمَمِ قَبْلَكُمْ مُحَدَّثُونَ فَإِنْ يَكُنْ فِي أُمَّتِي مِنْهُمْ أَحَدٌ فَإِنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ مِنْهُمْ.
[مسلم]

Ertinya: Dari Aisyah r.a dari Nabi SAW bersabda:

Dikalangan umat-umat yang terdahulu sebelum kamu terkadang ada orang-orang yang mendapat ilham. Apabila dikalangan umatku terdapat beberapa orang yang mendapat ilham, maka Umarlah salah satunya.
[HR Muslim]

Kelebihan Para Sahabat Rasul SAW 6

Hadith 6: Kelebihan Abu Bakar al-Siddiq - kekasih Nabi SAW.

عن جُنْدَب قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَبْلَ أَنْ يَمُوتَ بِخَمْسٍ، وَهُوَ يَقُولُ: إِنِّي أَبْرَأُ إِلَى اللهِ، أَنْ يَكُونَ لِي مِنْكُمْ خَلِيلٌ، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى، قَدِ اتَّخَذَنِي خَلِيلا، كَمَا اتَّخَذَ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلا، وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنْ أُمَّتِي خَلِيلا، لاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ خَلِيلا، أَلا وَإِنَّ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ، كَانُوا يَتَّخِذُونَ قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ وَصَالِحِيهِمْ مَسَاجِدَ، أَلا فَلا تَتَّخِذُوا الْقُبُورَ مَسَاجِدَ، إِنِّي أَنْهَاكُمْ عَنْ ذَلِكَ.
[مسلم]

Ertinya: Dari Jundab r.a: Lima hari menjelang Rasulullah SAW wafat, aku mendengar Baginda SAW bersabda:

Aku berlepas diri kepada Allah dari mengambil salah seorang diantara kamu sebagai kekasih, kerana Allah Taala telah menjadikanku sebagai kekasih sebagaimana Dia menjadikan Ibrahim sebagai kekasih. Dan kalau pun seandainya aku mengambil salah seorang dari umatku sebagai kekasih, nescaya aku akan menjadikan Abu Bakar sebagai kekasih. Ketahuilah bahawa sesungguhnya orang-orang sebelum kamu itu menjadikan kuburan para nabi dan orang-orang soleh dari mereka sebagai masjid, maka janganlah kamu menjadikan kuburan itu sebagai masjid, kerana sungguh aku melarang kamu dari hal itu.
[HR Muslim]

Thursday, November 17, 2011

TV Huda yang penuh ilmiah

http://www.awda-dawa.com/App/Upload/articles/1128.jpg

http://huda.tv/livechat/image.php?id=03

http://www.huda.tv/images/stories/ico-huda.png

http://www.huda.tv/images/Huda-Stars/Dr_Suhaib_Hassan.jpg

http://www.huda.tv/images/Huda-Stars/Dr_Zakir_Nike.jpg

http://www.huda.tv/

Nasyid yang menyebabkan banyak warga eropah memeluk Islam



http://www.youtube.com/watch?v=u51i8HMcQ74&feature=player_embedded



http://www.youtube.com/watch?v=u51i8HMcQ74&feature=player_embedded#t=0s

Ramai orang bukan Islam memeluk Islam kerana blog ini

http://islamtomorrow.com/images/newsroom.jpg

http://islamtomorrow.com/images/buttons/small_/brotheryusuf.gif

http://islamtomorrow.com/

Pelajari Islam melalui 37 bahasa di dunia

http://www.islamdoor.com/index_files/image001.jpg

http://www.islamdoor.com/

Pembuka Surah Dalam Quran 4

Bahagian Kedua: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat berupa huruf potong (المقطعة) atau disebut huruf tahajji (حروف التهجي).

(a) Alif Lam Mim (الم) ada 6 surah iaitu:

1. Surah al-Baqarah [سورة البقرة]:

الم (١) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.۝

2. Surah Ali-Imran [سورة آل عمران]:

الم (١) اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.۝

3. Surah al-Ankabut [سورة العنكبوت]:

الم (١) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?۝

4. Surah al-Rum [سورة الروم]:

الم (١) غُلِبَتِ الرُّومُ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Orang-orang Rom telah dikalahkan.۝

5. Surah Luqman [سورة لقمان]:

الم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.۝

6. Surah al-Sajdah [سورة السجدة]:

الم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ لا رَيْبَ فِيهِ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.۝

(b) Alif Lam Mim Sad (المص) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Al-A’raf [سورة الأعراف]:

المص (١) كِتَابٌ أُنْزِلَ إِلَيْكَ فَلا يَكُنْ فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِنْهُ لِتُنْذِرَ بِهِ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim, Saad. ۝ (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.۝

(c) Alif Lam Ra (الر) ada 5 surah iaitu:

1. Surah Yunus [سورة يونس]:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ (١)

Ertinya: Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.۝

2. Surah Hud [سورة هود]:

الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.۝

3. Surah Yusuf [سورة يوسف]:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.۝

4. Surah Ibrahim [سورة إبراهيم]:

الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.۝

5. Surah Al-Hijr [سورة الحجر]:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَقُرْآنٍ مُبِينٍ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.۝

(d) Alif Lam Mim Ra (المر) ada 1 surah iaitu:

1. Surah al-Ra’d [سورة الرعد]:

المر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يُؤْمِنُونَ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Miim, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.۝

(e) Kaf Ha Ya Ain Sod (كهيعص) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Maryam [سورة مريم]:

كهيعص (١) ذِكْرُ رَحْمَةِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا (٢)

Ertinya: Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad. ۝ (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.۝

(f) Taha (طه) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Taha [سورة طه]:

طه (١) مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى (٢)

Ertinya: Taa Haa. ۝ Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.۝

(g) To Sin Mim (طسم) ada 2 surah iaitu:

1. Surah al-Syu’ara’ [سورة الشعراء]:

طسم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) لَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ أَلا يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (٣)

Ertinya: Taa, Siin, Miim. ۝ Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata. ۝ Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.۝

2. Surah al-Qasas [سورة القصص]:

طسم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) نَتْلُوا عَلَيْكَ مِنْ نَبَإِ مُوسَى وَفِرْعَوْنَ بِالْحَقِّ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (٣)

Ertinya: Taa, Siin, Miim. ۝ Inilah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang memberi penjelasan. ۝ Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman.۝

(h) To Sin (طس) ada 1 surah iaitu:

1. Surah al-Naml [سورة النمل]:

طس تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُبِينٍ (١)

Ertinya: Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya).۝

(i) Yasin (يس) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Yasin [سورة يس]:

يس (١) وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ (٢)

Ertinya: Yaa Siin. ۝ Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.۝

(j) Sod (ص) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Sod [سورة ص]:

ص وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ (١)

Ertinya: Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.۝

(k) Ha Mim (حم) ada 7 surah iaitu:

1. Surah Ghafir [سورة غافر]:

حم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (٢)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.۝

2. Surah Fussilat [سورة فصلت]:

حم (١) تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٢)

Ertinya: Haa, Miim ۝ Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.۝

3. Surah al-Zukhruf [سورة الزخرف]:

حم (١) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. ۝ Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Al-Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.۝

4. Surah al-Dukhan [سورة الدخان]:

حم (١) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. ۝ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).۝

5. Surah al-Jathiah [سورة الجاثية]:

حم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (٢) إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لآيَاتٍ لِلْمُؤْمِنِينَ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ۝ Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.۝

6. Surah al-Ahqaf [سورة الأحقاف]:

حم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (٢) مَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Diturunkan Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ۝ (Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan) dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.۝

(l) Ha Mim Ain Sin Qaf (حم عسق) ada 1 surah iaitu:

1. Surah al-Syura [سورة الشورى]:

حم (١) عسق (٢) كَذَلِكَ يُوحِي إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Ain, Siin, Qaaf. ۝ Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.۝

(m) Qaf (ق) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Qaf [سورة ق]:

ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ (١)

Ertinya: Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).۝

(n) Nun (ن) ada 1 surah iaitu:

1. Surah al-Qalam [سورة القلم]:

ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ (١)

Ertinya: Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis.۝

Semuanya berjumlah 29 surah. Adapun makna huruf-huruf ini sebaiknya hendaklah kita serahkan maknanya kepada Allah. Walaupun disana ada terjemahan maksud oleh para mufasirin namun ianya hanyalah takwilan mereka bukan dengan makna yang konkrit. Anehnya orang kita memegang pendapat yang berupa takwilan sebagai perkara yang wajib sedangkan perkara yang benar-benar wajib tidak mahu dipegang pula.

قال أبو بكر الصديق رضي الله عنه: في كل كتاب سر وسره في القرآن أوائل السور.

Ertinya: Kata Abu Bakar al-Siddiq r.a: Pada setiap kitab (kitab samawi) ada rahsia yang tersembunyi. Dan rahsia al-Quran terletak pada awal surah.