Monday, December 26, 2011

Petua Melebatkan Rambut


minyak kastor
www.ayur.com.au



Bahan:
1. Sebiji bawang putih.

2. Dua ulas bawang besar.

3. Serbuk daun bidara.

4. Minyak kastor/jarak.

5. Minyak bijan.

minyak bijan
www.gourmetsleuth.com
serbuk daun bidara
www.itrademarket.com


Cara:

1. Bawang besar dan putih dibelah dan direbus sehingga mendidih dalam periuk.

2. Selepas tutup api gas, periuk hendaklah ditutup sehingga sejuk.

3. Sediakan 3 sudu serbuk daun bidara digaul dengan 2 sudu minyak bijan dan 2 sudu minyak jarak.

4. Kemudian tuang air rebusan bawang besar dan bawah putih ke dalam campuran tadi.

5. Setelah sebati semua bolehlah dilumur pada rambut dan biarkan beberapa lama sebelum dibasuh.

* Kalau payah nak mendapatkan dua minyak ini, saya anjurkan guna minyak Jerslin.

* Minyak jarak/kastor sekarang mendapat permintaan tinggi dan negara kita mula mengintai peluang pertanian ini dan sudah ada syarikat swasta yang menawarkan usahasama tanaman kastor.

Wasiat Nabi Untuk Ali - 23 (Akhir)

وصية المصطفى صلى الله عليه وسلم للإمام علي أبي طالب كرم الله وجهه
تأليف: الشيخ عبد الوهاب الشعراني رحمه الله تعالى

فصل في فنون شتى

إبدأ من لقيت من المسلمين بالسلام يكتب الله لك عشرين حسنة ورد السلام فإن الله يكتب لمن رده أربعين حسنة.

Wahai Ali! Mulai memberi salam terhadap orang Islam yang engkau jumpai. Nescaya Allah SWT tuliskan bagimu 20 kebajikan. Dan sambutlah Salam, sesungguhnya akan ditulis baginya 40 kebajikan.

يا علي! إياك والغضب فإنه من الشيطان. وهو أقدر ما يكون عليك في حالة الغضب. وإياك دعوة المظلوم فإن الله يستجيب له وإن كان كافر فعليه كفره.

Wahai Ali! Jagalah dirimu akan sifat marah kerana sesungguhnya marah itu daripada syaitan. Syaitan itu dapat mengusaimu ketika dirimu marah (memesongkanmu dari jalan yang haq dan menyebabkanmu berkata buruk). Dan takutlah oleh mu akan doa orang dizalimi kerana sesungguhnya Allah mendengar doanya walaupun orang kafir. Maka diatas dirinyalah kekufurannya itu.

يا علي! إياك واليمين الفاجرة فإنها منفقة للسلعة و مسحقة للرذق والعمر.

Wahai Ali! Takutlah engkau akan sumpah palsu, sesungguhnya ia melakukan perdagangan dan membinasakan rezeki dan umur.

يا علي! من أمر بالمعروف و نهي عن المنكر أرغم الله أنف عدوه، ومن صدق في أموره غضب الله لغضبه، وإذا بكى اليتيم إهْتَزَّ العرش فيقال له: يا جبريل وسع النار لمن أبكاه ووسع الجنة لمن أضحكه.

Wahai Ali! Barangsiapa memerintah dengan makruf dan menegah daripada munkar nescaya Allah menghinakan musuhnya, barangsiapa benar dalam segala perkara nescaya Allah murka kerana murkanya, apabila seorang anak yatim menangis nescaya bergoyang Arasy. Maka diserukan “Wahai Jibril luaskanlah neraka untuk orang yang membuat anak yatim menangis dan luaskanlah syurga untuk orang yang membuat anak yatim ketawa.

يا علي! الدين النصيحة لله ولرسوله وللمؤمنين.

Wahai Ali! Agama itu nasihat bagi Allah, Rasulnya dan orang beriman.

يا علي! سبعة من أمتي في الجنة، شاب تائب ومن تصدق سراً ومن ترك الحرام ومن يؤدي صلاة الضحي ومن كان ذهاب ماله أهون عليه من فوات صلاة واحدة مع الإمام ومن دمعت عيناه من خشية الله ومن زاحم العلماء في مجالسهم.

Wahai Ali! 7 golongan dari umatku di dalam syurga:

1. Pemuda yang taubat.
2. Orang yang bersedekah sembunyi-sembunyi.
3. Meninggalkan yang haram.
4. Orang yang Solat Dhuha.
5. Orang yang merasai kehilangan solat fardhu bersama lebih dari kehilangan hartanya.
6. Orang yang mengalir air matanya kerana takutkan Allah SWT.
7. Orang yang duduk dalam majlis ulama.

يا علي! من أرشد الأعمى بيده اليسري جاء بيمينه في يمينك.

Wahai Ali! Barangsiapa memimpin orang buta dengan tangan kirinya nescaya datang pada Hari Kiamat tangan kanannya pada tangan kananmu.

يا علي! إذا كان الإنسان في سكرات الموت فإن مفاصلة تسلم على بعض تقول: السلام عليك! فإني مت. وكذا البيضاء على الشعرة السوداء.

Wahai Ali! Jika manusia sudah berada dalam sakaratul maut maka setiap anggotanya memberi salam antara satu sama lain. Ia berkata: “Salam atas mu, sesungguhnya aku telah mati”. Demikian halnya rambut yang putih terhadap rambut yang hitam.

يا علي! احفظ وصيتي كما حفظتها عن جبريل عن رب العالمين تقدست أسماؤه ولا إله غيره.

Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya daripada Jibril a.s daripada Tuhan Sekalian Alam Maha Suci Nama-Nya, tiada tuhan selain Allah SWT.

- TAMAT-

AlhamduliLlah khatam sudah terjemahan sedikit sebanyak Wasiat Nabi kepada Ali r.a. Semoga bermanfaat. Jikalau ada salah silap maafkan saya dan berilah teguran.

Zikir Ya Latif


Diantara kaedah wirid ‘Ya Latif’ (يا لطيف) yang istimewa, yang disebut sakata anhal qalam ialah wirid 129X dalam satu nafas. Disebutkan dalam riwayah ialah 129X satu nafas sebanyak 129X berjumlah kesemuanya 16641X adalah tahap sempurna. Dan setiap perenggan itu diselangi 1X dengan Selawat Nariyah atau dipanggil juga Kamilah. Setengah meriwayatkan dengan wirid ‘Latif’ (اللطيف) sahaja.

Dalam menjalani riyadhah ini sayugia hendaklah bersolat Hajat 2 rakaat dengan Rakaat Pertama Surah al-Kahfi (سورة الكهف) dan Rakaat Kedua Surah Yasin (سورة يس) kerana kedua surah ini adalah satu rahsia daripada rahsia-rahsia Asma’ Allah al-Latif. Bilamana tiada mampu baginya akan bersolat dengan surah tersebut maka hendaklah dibaddil akan ia dengan Surah al-Qadr (سورة القدر) dan Surah al-Insyirah (سورة الانشراح). Kemudian selesai daripadanya hendaklah bertisghfar dan berselawat 100X serta membaca Surah al-Kahfi (سورة الكهف) dan Surah Yasin (سورة يس) sebagai syarat pertukaran tadi.

Adapun kaedah ini mengikut tariq yang sebenarnya tiada tawkil akan khadamnya melainkan ia jalan yang simpang siur bagi pengamalnya dan sebetulnya hanyalah semata-mata kerana Latif-nya Allah SWT akan makhluknya. Diantara faedahnya yang disebut orang ‘sakata anhal qalam - سكت عنها القلم’ ialah berpindah ke suatu tempat sekira-kira lamhati basar (لمحة البصر), qalba air menjadi laban atau ‘asal dan tahwil barang jamad kepada zahab dan fiddoh. Dan rahsia zikir ini amatlah besar dan kerana itulah setengah orang solehin bila memulai doa menyebut ‘BismiLlah BismiLatif - بسم الله بسم اللطيف’. Walaupun begitulah faedah diceritakan ada satu sudut yang perlu difahami bahawa segala kelebihan dan kebesaran datang bersama meningkatnya iman dan taqwa.

- المنقول -

Surah al-Qadr 3


1. Wirid surah al-Qadr (إنا أنزلنه في ليلة القدر) 10X selepas Solat Subuh tercapai segala hajatnya.

2. Wirid surah al-Qadr (إنا أنزلنه في ليلة القدر) banyak-banyak setiap hari akan dapat melihat malaikat.

3. Wirid surah al-Qadr (إنا أنزلنه في ليلة القدر) 100X pada hari Jumaat berfaedah mendapat rezeki halal. Kata setengah ahlul hikmah: Wirid 100X pada hari Jumaat, pembacanya akan mendapat 99 rahmat dari Allah Taala.

4. Wirid surah al-Qadr (إنا أنزلنه في ليلة القدر) 1000X pada malam ke-23 Ramadan, insya’ Allah diberikan kekuatan iman dan ilmu yakin.

5. Wirid surah al-Qadr (إنا أنزلنه في ليلة القدر) 100X pada waktu zawal insya’ Allah dapat melihat Nabi SAW dalam mimpinya atau secara jaga.

6. Wirid surah al-Qadr (إنا أنزلنه في ليلة القدر) 15X pada waktu 1/3 malam tercapai hajatnya.

7. Wirid surah al-Qadr (إنا أنزلنه في ليلة القدر) 7X selepas solat Isyak aman ia sehingga subuh.

Wasiat Nabi Untuk Ali - 22

وصية المصطفى صلى الله عليه وسلم للإمام علي أبي طالب كرم الله وجهه
تأليف: الشيخ عبد الوهاب الشعراني رحمه الله تعالى

فصل في علامات الأدعية

قال عليه الصلاة والسلام:
يا علي! إذا دخلت المسجد فإبدأ برجلك اليمين وإطلع برجلك اليسار.

Wahai Ali! Apabila engkau masuk masjid maka dahulukanlah kaki yang kanan dan keluar dengan kaki kiri.

يا علي! عليك بسورة يس صباحاً ومساءً. فإن من قرأها كذلك كان في أمان الله.

Wahai Ali! Lazimkanlah atasmu membaca Surah Yasin pagi dan petang kerana sesungguhnya barangsiapa membacanya sedemikian itu adalah ia di dalam keamanan Allah SWT.

يا علي! من قرأ سورة الحشر كل ليلة كُفِيَ شر الدنيا والآخرة.

Wahai Ali! Barangsiapa membaca Surah al-Hasyr pada setiap malam nescaya tertegah ia daripada kejahatan dunia dan akhirat.

يا علي! من قرأ سورة البقرة ليلة الجمعة، طلع له نور ما بين السماء السابعة إلي تحت الأرضين. ومن قرأ سورة الطارق عند مرقده كُتب له عدد نجوم السماء حسنات. ومن قرأ سورة الدخان وسورة الملك ليلة الجمعة غفر الله له ذنوبه وكفي فتنة القبر. ومن قرأ عند مَضْجَعِهِ آخر آية الكهف بني له نور من رأسه إلي كعبه.

Wahai Ali! Barangsiapa membaca Surah al-Baqarah pada setiap malam Jumaat nescaya terpancar baginya cahaya antara langit yang ketujuh hingga ke bawah bumi.

Barangsiapa membaca Surah al-Tariq pada waktu nak tidur nescaya dituliskan baginya kebaikan sebanyak bilangan bintang di langit.

Barangsiapa membaca Surah al-Dukhan dan Surah al-Mulk setiap malam Jumaat nescaya Allah ampunkan dosanya dan selamat daripada fitnah kubur.

Barangsiapa membaca akhir ayat Surah al-Kahfi pada waktu nak tidur nescaya terpancar baginya cahaya dari kepala hingga kakinya.

يا علي! من قرأ سورة الملك وتلا بعد قرائتها: اللهم اعصمني بالإسلام قائماً واعصمني بالإسلام قاعداً وراقداً ولا تشمت في عدوا ولا حاسداً، اللهم إني أعوذ بك من شر كل دابة أنت آخذ بناصيتها وأسألك الخير الذي بيدك، من قال هذا كفاه الله ما أهمه من الجن والإنس والدواب.

Wahai Ali! Barangsiapa membaca Surah al-Mulk kemudian berdoa:

اللهم أعْصِمْنِي بِاْلإِسْلاَمِ قَائِماً وَاعْصِمْنِي بِاْلإِسْلاَمِ قَاعِداً وَرَاقِداً وَلاَ تُشْمِتْ فِيَّ عَدُوًّا وَلاَ حَاسِداً، اللهم إني أعوذ بك مِنْ شَرِّ كُلِّ دَابَّةٍ أَنْتَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا وَأَسْأَلُكَ الْخَيْرَ الَّذِي بِيَدِكَ، من قال هذا كفاه الله ما أهمه من الجن والإنس والدواب.

Ertinya: Ya Allah peliharalah aku dengan Islam dalam keadaa berdiri, duduk dan tidur. Jangan Engkau gembirakan padaku akan musuh dan penghasud. Ya Allah aku berlindung daripada kejahatan setiap mahkluk melata yang nyawanya berada ditangan-Mu, aku mohon kebaikan didalam genggaman-Mu.

Barangsiapa berkata demikian nescaya dipelihara Allah SWT daripada perkara mendukacitakan, daripada jin dan manusia dan segala binatang.

يا علي! إذا أردت حاجة فاقرأ آية الكرسي، وأدع الله في الهموم والكروب وقل: يا حي يا قيوم لا الله إلا أنت برحمتك أستغيث فاغفر لي وأصلح لي شأني وفرج همي، فإن الله يكشف عنك الهموم ويفرج عنك الكروب ويقضي لك الحوائج.

Wahai Ali! Apabila engkau berhajat sesuatu bacalah Ayat Kursi dan berdoa kepada Allah SWT didalam menghadapi segala dukacita dan kesusahan dan bacalah:

يا حي يا قيوم لا الله إلا أنت، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، فَاغْفِرْ لِي وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي وَفَرِّجْ هَمِّيْ.

Ertinya: Wahai Tuhan Maha Hidup, Wahai Tuhan Maha Agung, tiada tuhan selain Engkau, rahmat-Mu aku pinta, ampuni dosaku, baiki kedudukanku dan hilangkan kedukaanku.

Maka sesugguhnya Allah akan menghilangkan daripadamu segala dukacitamu, melapangkan segala kesusahanmu dan menunaikan hajatmu.

يا علي! إذا أصابك هم أو أمر فقل: سبحانك ربي لا إله إلا أنت، عليك توكلت وأنت رب العرش العظيم.

Wahai Ali! Apabila engkau berdukacita atau terkena sesuatu perkara menyusahkan maka bacalah:

سُبْحَانَكَ رَبِّي لا إله إلا أنت، عَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَأَنْتَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ.

Ertinya: Maha Suci Engkau wahai Tuhanku, tiada tuhan selain-Mu, pada-Mu aku berserah dan Engkaulah tuhan yang memiliki arasy yang Agung.

يا علي! أكثر من الدعاء الذي علمنيه جبريل عليه السلام وهو الدائمة في الدين والدنيا والآخرة.

Wahai Ali! Banyakkan membaca doa diajarkan Jibril kepadaku iaitu:

اللهم إني أسألك الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّائِمَةَ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ.

Ertinya: Ya Allah aku mohon pada-Mu keampunan, keselamatan dan manfaat berkekalan dalam agama, di dunia dan akhirat.

يا علي! إذا رأيت الهلال فهلل ثلاثا وكبر ثلاثا وقل: الله أكبر وأعذ وأقدر مما أخاف وأحذر.

Wahai Ali! Apabila engkau melihat bulan maka bertahlillah [لا إله إلا الله] 3X, bertakbir [الله أكبر] 3X dan bacalah:

الله أكبر وَأَعَذُّ وَأَقْدَرُ مِمَّا أَخَافُ وَأَحْذَرُ.

Ertinya: Allah Maha Besar, aku berlindung dari kejahatan yang aku bimbangi dan takuti.

يا علي! إذا لقيت من تحذره فقل: اللهم إني أَدْرَئُ بِكَ فِي نَحْرِهِ (أي أدفع) وَأَسْتَكْفِيْكَ غَضَبَهُ وأعوذ بك من شَرِّهِ.

Wahai Ali! Apabila engkau berjumpa dengan orang yang engkau takut maka bacalah:

اللهم إني أَدْرَئُ بِكَ فِي نَحْرِهِ وَأَسْتَكْفِيْكَ غَضَبَهُ وأعوذ بك من شَرِّهِ.

Ertinya: Ya Allah aku mohon berlindung dengan-Mu dari kezalimannya, bentengilah aku dari kemarahannya. Ya Allah aku mohon berlindung dari kejahatannya.

Friday, December 16, 2011

Surah al-Nur 3

Ayat Nur iaitu ayat 35 dari surah ini amat besar khasiatnya. Khadamnya bernama Sayyid Nurya’yil (السید نوریاییل) sebagai ketua.

اللَّهُ نُورُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ مَثَلُ نُورِهِ كَمِشْكَاةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ الْمِصْبَاحُ فِي زُجَاجَةٍ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّيٌّ يُوقَدُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لا شَرْقِيَّةٍ وَلا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِيءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ نُورٌ عَلَى نُورٍ يَهْدِي اللَّهُ لِنُورِهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الأمْثَالَ لِلنَّاسِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ (٣٥)

Ertinya: Allah Yang menerangi langit dan bumi. bandingan Nur hidayah petunjuk Allah (Kitab suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” Yang berisi sebuah lampu; lampu itu Dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang Yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan Dengan minyak dari pokok Yang banyak manfaatnya, (Iaitu) pokok zaitun Yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - Dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) Walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran Nur hidayah Yang demikian bandingannya adalah sinaran Yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada Nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal Perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Bilangan wirid dalam ilmu hikmah menurut satu peringkat ke peringkat yang lain ialah mula-mula 5X. Kemudian dan seterusnya 14X, 66X, 124X, 150X, 256X dan 313X. Semua sebanyak 7 peringkat.

Menurut orang yang mengamalkan peringkat pertama iaitu 5X hendaklah dijadikan zikir harian selama setahun. Ta’tsirnya ialah tersingkap hijab.

Kedua 14X ta’tsirnya menjadi mudah dalam menekuni ilmu kebatinan. Ketiga 66X untuk kasyaf dalam tidur akan tetapi pada permulaan akan melihat petunjuk buruk atau mimpi buruk dalam tidur sebagai gerbang awal pintu kasyaf dalam tidur.

Keempat 124X ta’tsirnya kasyaf dan masuk alam jin serta paham ilmu melihat watak orang. Kelima 150X ta’tsirnya lebih kurang sama dengan awal tadi. Keenam 256X ta’tsirnya dapat berbicara dengan khadam ayat ini secara nyata, tercapai hajat dan amalan ini merupakah amalan Syeikh al-Maghribi dan al-Buni. Ketujuh 313X ta’tsirnya rijal ghaib dan kasyaf nur yang hakiki.

Dan segala turuq atau kaedah yang dibicarakan diatas tiadalah mungkin terjalin rabithah yang benar melainkan dengan ijazah sanad (pen: ummun dunnya).

- المنقول -

10 Jarum Syaitan dan 10 penawar

http://im13.gulfup.com/2011-10-17/1318886362844.jpg

1- Tamak, rakus dan buruk sangka- Penawarnya adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa.

2- Panjang angan-angan- Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu dimanakah kubur kita.

3- Keinginan untuk beristirehat dan nikmat- Penawarnya adalah mengingati segala nikmat akan hilang sekelip mata dan hisab di hadapan Allah SWT amatlah berat.

4- Ujub dan bangga diri- Penawarnya adalah kita tidak tahu siapakah diri kita sebenar, apakah Allah SWT menyenaraikan kita diantara mereka yang beruntung atau pun kita termasuk dalam golongan mereka yang rugi.

5- Meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka- Penawarnya adalah kita wajib menghormati mereka kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW serta orang mukmin tidak pernah meremehkan sesiapa pun.

6- Hasad dengki- Penawarnya adalah kita wajib berfahaman, sesungguhnya Allah SWT Amat Maha Adil dalam membahagi keperluan rezeki maka kita boleh berdengki dengan harta yang Allah SWT telah kurniakan kepada seseorang dengan penuh keadilan.

7- Riya’ dan pujian seseorang- Penawarnya adalah kita wajib bersifat dengan sifat Ikhlas dan tidak menerima pujian seseorang sehingga menimbulkan sifat yang boleh mensyirikkan Allah SWT kerana Allah SWT berfirman “ Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Allah SWT hendaklah beramal soleh dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun “.

8- Sifat Kikir atau Bakhil- Penawarnya adalah dengan menyedarkan diri bahawa semua ditangan kita akan binasa dan akan hilang, maka hendaklah kita mengimfaqkan harta tersebut kepada Allah SWT yang tidak akan binasa denga harapan harta atau pahala kita akan binasa seperti mana binasanya semua makhluk. Allah SWT telah berfirman ” Apa yang ada padamu akan rosak binasa dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan kekal”.

9- Sifat Sombong- Penawarnya adalah sesungguhnya Allah SWTlah yang menjadikan kita dan semua yang kita miliki maka kenapa kita berbangga dihadapan Allah SWT atau di bumi Allah SWT dengan apa Allah SWT jadikan. Allah SWT telah berfirman ” Sesungguhnya kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku serta berbangsa-bangsa supaya mereka kenal dan mengenali. bahawa sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah mereka yang paling bertaqwa “.

10- Sifat Tamak- Penawarnya adalah kita tidak boleh menaruh harapan untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain, tetapi wajiblah kita menaruh harapan kepada Allah SWT dengan sesuatu yang kita harapkan dan mengambilnya daripada Tangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT telah berfirman ” Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT , maka Allah SWT akan memberi kepada mereka jalan keluar dari segala kesempitan dan Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka “.

Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 967 & 968.

Thursday, December 15, 2011

Doa Dari Hadis Sohih: Khusus Elak Di Rogol & Cabul

Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi: BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM Win a 46” LED Screen TV now! Just click & answer a survey!!!

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI: ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya: Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008

HAdis

Dari Muaz bin Jabal... Rasulullah SAW bersabda: "Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menuruti kehendak-Nya. Wahai Muaz!" Jawabku: "Ya Saiyidi al Mursalin." Sabda Rasulullah SAW: "Sekarang aku akan menceritakan kepadamu, bahawa apabila diingat olehmu akan berguna tetapi kalau dilupakan olehmu maka kamu tidak akan mempunyai hujah di hadapan Allah kelak. Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dan bumi. Setiap langit ada seorang malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut kadarnya pintu dan keagungannya. Malaikat yang memelihara amalan si hamba iaitu malaikat Hafadzah ("Pemelihara") akan naik ke langit membawa amalan itu ke langit pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafadzah: 'Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat.' Esoknya naik lagi malaikat Hafadzah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata: 'Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal kerana mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas ke langit yang berikutnya.' Kemudian naik lagi malaikat Hafadzah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit berkata: 'Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong'." Rasulullah SAW meneruskan sabdanya: "Berikutnya malaikat Hafadzah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata: 'Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan yang ujub.' Seterusnya amalan si hamba yang lulus di langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit kelima penjaganya berkata: 'Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya yang lain. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad.' Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata: 'Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang mendapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi langit ini.' Malaikat Hafadzah naik lagi membawa amalan si hamba yang lepas hingga langit ketujuh. Rupa cahayanya bagaikan kilat dan suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain lagi. Tetapi penjaga pintu langit berkata: 'Saya ini penjaga sum'ah (mahukan nama & kemasyhuran). Sesungguhnya si pengamal ini inginkan masyhur dalam kumpulan-kumpulannya dan selalu ingin dipandang tinggi di saat berkumpul dengan rakan-rakan dan ingin mendapat pengaruh lagaknya imam. Allah memerintahkan padaku agar amalan ini jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih kerana Allah maka itulah riyak. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan orang-orang yang riyak.' Kemudian malaikat Hafadzah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni sembahyang, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik, pendiam, zikir pada Allah, diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab lalu sampailah ke hadrat Allah SWT. Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul "ikhlas" untuk Allah. Tetapi firman Tuhan: 'Hafadzah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kalian tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui. Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terselindung bagi-Ku apa saja yang berselindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi. Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana mampu hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya? Laknat-Ku tetap padanya.' Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata: 'Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka.' Dan seluruh apa yang di langit pun turut berkata: 'Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat mereka-mereka yang boleh melaknat'." Muaz kemudian menangis teresak- esak dan berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?" Sabda Rasulullah SAW: "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan." Muaz bertanya kembali: "Tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah Muaz bin Jabal. Bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?" Sabda Rasulullah SAW: "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan 'aib, maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain. Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan Akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan bersuara keras dalam sesuatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan. Jangan merobekkan (membuka 'aib) peribadi orang lain dengan mulutmu, kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing jahanam. Sebagaimana Allah nyatakan: 'Di Neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia'. " Muaz berkata: "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?" Jawab Rasulullah SAW: "Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari dari semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci berlaku pada dirimu sendiri. Jika demikian kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar."


Read more:

Saturday, December 10, 2011

Turki mewujudkan Facebook Islam

http://images.alwatanvoice.com/news/large/9998310371.jpg

http://images.alwatanvoice.com/news/large/9998308348.jpg

Terjemahan Google

Sekumpulan ahli perniagaan Islam hari ini di Istanbul untuk pelancaran laman web untuk rangkaian sosial-gaya «Facebook» awal tahun 2012, yang akan ditujukan kepada khalayak yang beragama Islam. Meringkaskan «matlamat Slamoworld dot com koleksi utama golongan muda (umat Islam) di sekitar wawasan yang sama dan nilai-nilai hak Islam, di samping cuba untuk tidak menyiarkan maklumat yang bunyi», menurut Ahmed berkata Azimov, timbalan presiden «Keamanan Wad», yang ditubuhkan laman web ini.

Tapak, yang berpusat di Istanbul berasaskan penting untuk beliau, mempunyai dua pejabat cawangan di kedua-dua Moscow dan Kaherah sebagai Mnsagoh diedarkan di 30 buah negara. Dan siaran ujian dilancarkan awal tahun 2012, sasaran 50000000 pengguna dalam tempoh tiga tahun akan datang, menurut Azimov menjelaskan kesan video yang dibuat untuk rangkaian sosial semasa mesyuarat untuk meningkatkan kira-kira 150 wartawan dari negara-negara Islam dan diadakan di institusi berprestij di Istanbul. Ahli perniagaan Rusia yang berasal tarikh untuk Dagestan (Caucasus), bahawa «intipati projek ini adalah untuk mewujudkan satu rangkaian tidak termasuk topik-topik agama dilarang oleh (…) dan dengan itu kita boleh mencapai matlamat ini, akan membentuk sebuah pasukan yang hebat daripada penganjur dan penapis akan disediakan (untuk artikel yang menyiarkan .) Tetapi kita juga bergantung kepada pengguna untuk mengatur diri sendiri dan melakukan penapisan sendiri bahan-bahan yang akan disiarkan ».

Selain siaran pada pengguna, laman ini menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk umat Islam, seperti panduan untuk membolehkan bandar-bandar untuk mencari masjid-masjid dan kedai-kedai, produk dikelaskan «lama», serta perkhidmatan susulan kajian selepas sistem rundingan mengenai isu-isu keluarga dan agama. Azimov menegaskan bahawa «Pada masa ini kita sibuk membeli sumber (Islam) Elektronik besar, jadi kami meletakkan pelupusan pengguna rangkaian kami».

The «kami akan cuba untuk pembangunan sebuah ensiklopedia elektronik Wikipedia sebagai seorang Muslim».

Apabila ditanya mengenai pembiayaan projek itu, yang bertanggungjawab bagi mengelak memberi apa-apa nombor, berkata «kita mempunyai wang. Terdapat masalah dalam hal ini ». Beliau menegaskan bahawa pelabur adalah «sekumpulan ahli perniagaan dari dunia Islam».

أعلنت مجموعة من رجال الأعمال المسلمين اول من أمس في إسطنبول عن إطلاق موقع إلكتروني للتواصل الاجتماعي على طراز «فيسبوك» بداية العام 2012، على أن يستهدف جمهورا مسلما. ويلخص «هدف ـ سلاموورلد دوت كوم ـ الرئيسي بجمع الشباب (المسلمين) حول رؤية مشتركة وقيم إسلامية صحيحة، بالإضافة إلى محاولة عدم بث معلومات غير سليمة»، بحسب ما أعلن أحمد عظيموف نائب رئيس مؤسسة «سلام وورد» التي أنشأت الموقع.

والموقع الذي يتخذ من إسطنبول مقرا أساسيا له، يملك مكتبين فرعيين في كل من موسكو والقاهرة كما يتوزع منسقوه في 30 بلدا. وينطلق البث التجريبي بداية العام 2012، ليستهدف 50 مليون مستخدم خلال السنوات الثلاث المقبلة، بحسب ما شرح عظيموف على اثر فيلم فيديو قدم لشبكة التواصل الاجتماعي خلال لقاء جمع نحو 150 صحافيا من دول مسلمة وعقد في مقر المؤسسة الفخم في إسطنبول. وأوضح رجل الأعمال الروسي الذي تعود أصوله إلى داغستان (القوقاز)، أن «جوهر هذا المشروع يقضي بإنشاء شبكة لا تتضمن مواضيع يحرمها الدين (…) وكي نتمكن من تحقيق ذلك، سوف نشكل فريقا كبيرا من المنظمين كما ستتوافر فلاتر (للمادة التي تبث). لكننا نعتمد أيضا على المستخدمين حتى ينظموا أنفسهم بأنفسهم ويقوموا بفلترة المواد التي ستبث».

بالإضافة إلى ما يبثه المستخدمون، يقدم الموقع خدمات مختلفة للمسلمين من قبيل دليل للمدن يسمح بتحديد موقع مساجد ومتاجر المنتجات المصنفة «حلال»، وكذلك خدمة لمتابعة الدراسة عن بعد ونظام للاستشارات حول قضايا دينية وعائلية. وأشار عظيموف الى أنه «حاليا نحن منهمكون بشراء موارد (إسلامية) إلكترونية ضخمة، حتى نضعها بتصرف مستخدمي شبكتنا».

أضاف «سنحاول استحداث موسوعة إلكترونية تكون بمثابة موسوعة ـ ويكيبيديا ـ إسلامية».

وعندما سئل عن تمويل المشروع، تهرب المسؤول من إعطاء أي أرقام قائلا «لدينا المال. ما من مشكلة في هذا الخصوص». وأشار إلى أن المستثمرين فيه هم «مجموعة من رجال الأعمال من العالم الإسلامي».

Wednesday, December 7, 2011

Misteri Mengamalkan Doa Nur Nubuwwah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
Beberapa tahun lepas saya punya pengalaman yang tidak menyenangkan iaitu motor baru saya hilang. Kerana panik, saya terjebak dalam perdukunan. Jiran mengajak pergi ke dukun. Katanya motor saya akan dapat dijumpai atau pulang sendiri. Setelah puluhan dukun saya datangi, hasilnya tetap nihil. Saya pasrah dan sedar pada hakikatnya barang itu belum jadi milik saya. Mulai saat itu, saya jadi rajin solat lima waktu yang selama ini masih sering tidak dikerjakan. Solat malam pun rajin saya tekuni. Bila solat hajat saya membaca surah al-Ikhlas sebanyak 40 kali dan bila tahajjud saya bertawasul dan mengirimkan pahala surah al-Fatihah kepada Nabi Muhammad SAW, sahabatnya, malaikat, para wali, para raja Islam dan sanak saudara yang sudah meninggal. Baca al-Fatihah lebih kurang 55 kali. Setelah itu saya baca doa Nur Nubuwwah, Ayat Kursi dan Ayat Lima Belas.

Hal itu bertahun-tahun saya jalani sampai sekarang. Tapi kebelakangan ini sering ada bisikan yang sifatnya petunjuk dan peringatan. Biasanya bisikan itu datang pada hari Jumaat dari mulai waktu Subuh sampai solat Maghrib. Contoh bisikan yang pernah saya alami antara lain, pernah suatu waktu kakak saya yang sudah meninggal minta air yang telah didoakan, katanya buat mandi. Pernah juga seperti ada yang menyuruh membuat tempat solat di rumah orang tua, tapi tidak boleh yang di bilik tengah. Membuatnya di pinggir. Lalu pernah sewaktu saya sakit, ada sebuah bisikan, “Kamu berubat berapa kali pun ke doktor tidak akan sembuh”. Akhirnya saya pun berubat ke alternatif dan menemui kesembuhan.

Pertanyaan saya, bisikan tersebut datangnya dari mana dan mengapa datangnya hari Jumaat? Apakah tidak musyrik bila saya menjalankan bisikan-bisikan itu yang kebetulan bisikannya baik? Atas jawapannya saya ucapkan terima kasih.

Jawapan:
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
Pengalaman anda sangat unik. Menghindari dukun untuk hal seperti memang baik. Sebab yang berkuasa menentukannya hanya Allah. Kalau pun masuk dalam ikhtiar, tapi harus yang masuk akal. Misalnya ke polis. Ke dukun adalah sebuah ikhtiar yang tidak masuk akal yang justeru seharusnya dihindari kerana termasuk dalam murka Allah.

Perdukunan memang tak selamanya buruk. Dalam Islam disebutkan kahin (dukun peramal) dan tabib (dukun penyembuhan). Yang dilarang oleh Rasulullah SAW adalah mendatangi kahin. Sementara tabib malah dianjurkan untuk pengobatan melalui berbagai metode dan cara: jamu, air putih, bekam, pola makanan dan sebagainya. Tabib dalam pengertian moden dikenal dengan nama doktor.

Amalan anda sebenarnya sudah bagus. Membaca al-Fatihah memang dianjurkan. Solat Hajat dan Tahajjud juga sangat dianjurkan oleh Allah. Begitu juga dengan membaca Ayat Kursi, Ayat Lima Belas serta doa Nur Nubuwwah. Kami sendiri terus terang tidak tahu menahu tentang sejarah doa Nur Nubuwwah. Memang konon ada Hadithnya. Tapi yang jelas makna pada doa itu sangat bagus. Dinyatakan dalam doa itu antara lain:

يا الله طَوِّلْ عُمْرِي وصَحِّحْ جَسَدِي واقْضِ حاجتي واكْثِرْ أموالي وأولادي وحَبِّبْنِي للناس أجمعين وتباعد العداوة كل من بني آدم عليه السلام

Ertinya: Ya Allah panjangkan umurku, berilah kesihatan tubuhku, kabulkanlah hajatku, perbanyaklah harta dan anak-anakku, jadikan manusia mencintaiku, serta jauhkan pertentangan dan permusuhan sesama manusia.

Doa itu memang sangat indah dan menurut sebahagian riwayat disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh Malaikat Jibril. Mengutip pendapat Imam Ahmad bin Hanbal, jika Hadith yang diambil termasuk lemah bahkan mawdu’, namun demi keutamaan ibadah, merangsang orang untuk beribadah dan tidak bertentangan dengan agama, maka hal itu tidak masalah untuk diamalkan. Kami melihatnya pada doa Nur Nubuwwah itu bagus maknanya dan banyak mengutip ayat al-Quran.

Lantas, mengapa muncul bisikan-bisikan seperti itu? Malaikatkah? Malaikat tak mungkin memberitahu hal-hal seperti itu, kerana hal itu bukan tugasnya. Jinkah? Boleh jadi hal tersebut dilakukan oleh jin. Kerana itu janganlah anda terlalu tenggelam untuk melaksanakannya, terutama pada permintaan aneh-aneh. Mengapa hari Jumaat, mungkin nama hari itu dimanfaatkan kesakralannya agar permintaannya dilaksanakan. Kerana itu untuk sementara anda harus mengubah amalan anda. Solat Hajat dan Tahajjud tetap dipertahankan. Tambahlah dengan Solat Dhuha dan sunat Rawatib lainnya. Doa Nur Nubuwwah cubalah dikurangi bacaannya, atau kalau perlu tak diamalkan lagi. Sebaiknya sebelum mengamalkan sesuatu, anda mendatangi seorang guru yang tahu tentang wirid yang harus dilakukan. Kini anda harus beralih memperbanyak membaca al-Qur’an, selawat dan berpuasa. Seringlah solat di masjid, melakukan iktikaf, mendatangi pengajian, silaturrahim dengan ulama’. Maka insya’ Allah yang anda alami akan hilang.

Sementara pengertian musyrik adalah menyekutukan tuhan. Pertanyaannya, apakah bisikan itu akan membawa anda menyekutukan Allah atau tidak? Perintah membangun musolla misalnya, itu adalah semacam anjuran biasa (dari manapun asalnya) yang tidak menimbulkan kemusyrikan. Kecuali jika anda percaya dengan memandikan air kembang misalnya, dapat menyembuhkan, itu baru musyrik. Jadi ukuran kemusyrikan itu pada penyekutuan Allah, mempercayai adanya kekuatan-kekuatan lain selain Allah.

Kini banyak kesalahpahaman yang mengaburkan antara kemusyrikan dengan irasional. Padahal sesuatu yang irasional tidak selamanya membawa kemusyrikan. Sebaliknya, yang rasional kadangkala sering juga membawa pada kemusyrikan. Misalnya, jika kita terjebak pada keyakinan bahawa hanya dengan bekerja di suatu tempat maka kita akan mampu menghidupi ekonomi diri sendiri atau dengan berubat ke doktor tertentu akan mendapat kesembuhan. Justeru hal ini yang disebut pada ahli tauhid sebagai syirkul khafi atau kemusyrikan yang tersamar dan yang tak disedari.

Sumber:
Fahmy Jindan. 2007. Mengenal Tarekat Ala Habib Luthfi bin Yahya. Bekasi Timur: Hayat Publishing.

Tuesday, December 6, 2011

Ayat Berkenaan Angin


وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُدَ مِنَّا فَضْلا يَا جِبَالُ أَوِّبِي مَعَهُ وَالطَّيْرَ وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ (١٠) سورة سباء
Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Nabi Daud limpah kurnia dari Kami (sambil Kami berfirman): Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama dengan Nabi Daud dan wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)! Dan juga telah melembutkan besi baginya;

Khasiatnya adalah untuk berjalan secepat angin. Tentu tergambar di fikiran kita berjalan seperti superhero secepat kilat, sebenarnya ianya hanyalah kiasan nak menggambarkan perjalanan ditempuh tidak lama seperti orang biasa. Ya boleh jadi secepat kilat namun paling kurang perjalanan dilalui lancar dan cepat sampai dengan selamatnya.

Ayat berkenaan Api


بسم الله الرحمن الرحيم

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ (٦٩) سورة الأنبياء

Ertinya: Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!

سَلامٌ عَلَى نُوحٍ فِي الْعَالَمِينَ (٧٩) سورة الصافات

Ertinya: Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam!

سَلامٌ قَوْلا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (٥٨) سورة يس

Ertinya: (Mereka juga beroleh) ucapan salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani.

سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥) سورة القدر

Ertinya: Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Khasiatnya sebagai penawar terkena api atau apa saja berkaitan panas seperti demam panas, terkena air panas dan sebagainya. Dibaca pada minyak untuk disapu pada tempat melecur.

Friday, December 2, 2011

Pembuka Surah Dalam Quran 5

Bahagian Ketiga: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat berupa kata seru (النداء).

1. Surah al-Nisa’ [سورة النساء]:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالا كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا (١)

Ertinya: Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.۝

2. Surah al-Maidah [سورة المائدة]:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ أُحِلَّتْ لَكُمْ بَهِيمَةُ الأنْعَامِ إِلا مَا يُتْلَى عَلَيْكُمْ غَيْرَ مُحِلِّي الصَّيْدِ وَأَنْتُمْ حُرُمٌ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ مَا يُرِيدُ (١)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Dia kehendaki.۝

3. Surah al-Hajj [سورة الحج]:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ (١)

Ertinya: Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar.۝

4. Surah al-Ahzab [سورة الأحزاب]:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللَّهَ وَلا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا (١)

Ertinya: Wahai Nabi! Tetaplah bertakwa kepada Allah dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.۝

5. Surah al-Hujurat [سورة الحجرات]:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (١)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.۝

6. Surah al-Mumtahanah [سورة الممتحنة]:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُمْ مِنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ أَنْ تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِنْ كُنْتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي تُسِرُّونَ إِلَيْهِمْ بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنْتُمْ وَمَنْ يَفْعَلْهُ مِنْكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ (١)

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Mekah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah dia dari jalan yang betul.۝

7. Surah al-Talaq [سورة الطلاق]:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ لا تُخْرِجُوهُنَّ مِنْ بُيُوتِهِنَّ وَلا يَخْرُجْنَ إِلا أَنْ يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُبَيِّنَةٍ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ لا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَلِكَ أَمْرًا (١)

Ertinya: Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya) dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya dia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).۝

8. Surah al-Tahrim [سورة التحريم]:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاةَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (١)

Ertinya: Wahai Nabi! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang dihalalkan oleh Allah bagimu, (kerana) engkau hendak mencari keredaan isteri-isterimu? (Dalam pada itu, Allah ampunkan kesilapanmu itu) dan Allah sememangnya Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.۝

9. Surah al-Muzzammil [سورة المزمل]:

يَا أَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ (١)

Ertinya: Wahai orang yang berselimut!.۝

10. Surah al-Muddaththir [سورة المدثر]:

يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ (١)

Ertinya: Wahai orang yang berselimut!۝

Semuanya berjumlah 10 surah.