Thursday, June 28, 2012

KAEDAH MERAWAT SANTAU (DIY)

KAEDAH MERAWAT SANTAU (DIY)


-Sediakan air mineral 5 liter dan 2 botol madu asli bacakan ayat-ayat lazim seperti fatehah,kursi dan 3 qul dengan ulangan 21x lalu tiup 10saat bahan tadi.

-Minum air doa dan madu tadi 3x sehari selama seminggu.

-Berbekam seminggu sekali pada kawasan dada dan tengkuk untuk menyedut racun yang bergerak pada aliran darah.

-Mandi air doa 1x sehari selama seminggu,campurkan secawan air doa dengan sebaldi air paip serta 7 helai daun bidara yang telah ditumbuk dengan lesung batu.Daun bidara boleh didapati di surau al munawarah section 13 shah alam.

-Baca kursi 20x tiap2 lepas solat sebagai pendinding diri.

-Berpantang makanan berlimau,bercuka,makanan pedas dan rebung selama 3 bulan.
InsyaAllah sembuh..
Dicatat oleh Muallij Ahmad di 4:34 PTG

Doa Hindar Syaitan

Dalam satu Atsar Imam Muhammad bin Wasi’ (محمد بن واسع) membaca doa berikut setiap pagi dan petang:

اللهم إِنَّكَ سَلَّطْتَ عَلَيْنَا عَدُوًّا بَصِيْرًا بِعُيُوْبِنَا، يَرَانَا هُوَ وَقَبِيْلُهُ مِنْ حَيْثُ لاَ نَرَاهُمْ،
اللهم فَآيِسْهُ مِنَّا كَمَا آيَسْتَهُ مِنْ رَحْمَتِكَ، وَقَنِّطْهُ مِنَّا كَمَا قَنَّطْـتُهُ مِنْ عَـفْوِكَ، وَبَاعِـْـد بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ كَمَا بَاعَـدْتَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ رَحْمَتِكَ وَجَنَّتِكَ، إنك على كل شيءٍ قدير.

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau menaqdirkan kami menghadapi musuh yang sangat memahami kelemahan kami. Ia dan kumpulannya melihat kami sedangkan kami tidak melihat mereka. Ya Allah! Engkau jadikan mereka putus asa menggoda kami sepertimana ia berputus asa dari rahmatMu. Haramkan ia bagi kami sebagaimana Engkau haramkannya dari keampunanMu. Jauhkan kami darinya sepertimana Engkau jauhkan mereka dari rahmatMu dan syurgaMu. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Beliau menyebut pada suatu hari sewaktu beliau hendak ke masjid, muncul Iblis di hadapannya. Iblis berkata: Wahai anak Wasi’! Engkau kenal aku?

Muhammad menjawab: Siapa engkau?
Jawab Iblis: Aku Iblis.

Muhamad bertanya: Apa yang kamu mahu?
Jawab Iblis: Aku mahu engkau jangan ajarkan sesiapa doa pendinding itu dan aku berjanji tidak akan mengganggumu.

Muhammad bin Wasi’ menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan halang sesiapa pun hendak mempelajarinya. Buatlah apa yang engkau mahu.

Setengah riwayat menyebut Imam Muhammad Wasi’ bermimpi berjumpa Iblis dan terjadilah dialog seperti diatas.

Beliau seorang Tabi’in wafat tahun 123H. Ahli ibadah di Basrah dan antara ulama paling mulia dikalangan para ulama. WaLlahua’lam.

6 Checkpoints for Basic Car Maintenance

6 Checkpoints for Basic Car Maintenance
Tweet
By Lee Sue Ann 2 days ago
Tweet


Do you drive but leave the task of maintaining your car to the mechanic, dad or hubby? Good drivers will maintain their cars frequently; after all, your own safety is at risk if your car isn’t well-maintained. What is the basic car maintenance that you can do?


The tyres must be aligned because you will have problem controlling your car and it will also make the tires wear out if the tires are not aligned. Alignment is done according to the car maker’s specifications. Sometimes a small hole will affect tires’ alignment.


Check tyre pressure to make sure that all tires are in good condition. Otherwise you will be driving with uneasiness. Make sure all the tires are air pumped according to their respective readings. A car with a flat tire will delay your trip.

Check battery water if you not using the dry ones. Without battery water, your car will be able to get charged and start. If the battery water is low and you didn’t know about it, you might be able to refill on time. There are times where you can’t find a workshop near you.

Do you have enough oil? Don’t wait until is very low pressure. If you continue to drive when the oil light is on, your car engine will spoil. Oil pressure can be caused by pump failure, oil filter blockage, and others. Oil acts as corrosion remover, cleaner, engine cooler, and improved sealing. If you don’t change oil when needed, you will see damaged parts and that will cost more.


Are the windows and doors working properly? Make sure all four car windows can be wind open and close. Can you open all the doors in case of emergency, you won’t want to get locked inside the car, correct? If they are not working well, please go to the workshop to check and replace if needed.

Need to change light bulb? Make sure you wear rubber surgical or mechanic’s glove when doing this task. Don’t ever touch the glass bulb that is usually have special coating and filled with halogen. Instead, hold the base where the metal bulb holder is. If you hold the bulb itself, you might leave traces of grease and oil on it that will make it grow hot and crack when used.

Car maintenance is very important. Does your car have any problem now? If yes, please find the best and trust worthy car consultant or workshop to check your car. It is all about your safety and your car’s performance. Don’t neglect your car and your responsibilities.

http://blog.carlist.my/2012/06/blog/6-checkpoints-for-basic-car-maintenance/

Tuesday, June 26, 2012

b ingeeris

https://www.evernote.com/shard/s204//sh/d4769aa7-0ac1-4f62-a5cf-4c317d906757/2e5bfab9225926ee808e791caaacbe31

Senaman Silat Jiwa Sihat

Ular biar mati, tanah jangan kelok, buluh jangan pukah. Begitulah antara mutiara kata orang dahulu kala yang disemat dalam buku ini. Begitu indah seperti menatap sekuntum orkid liar di hutan dara.

Bangsa yang bertamadun mempunyai budaya pahlawannya yang tersendiri. Bangsa Jepun ada budaya beladiri mereka sendiri yang kita kenali sebagai Samurai. China dengan Wushunya. Melayu pula Silatnya. Semua ini adalah lambang jati diri sesuatu bangsa, kalau bangsa itu sendiri tidak menghargai budaya mereka sendiri siapa lagi mahu menghargainya?



Ini tidak kita sibuk dengan salah-menyalah, itu bidaah, mu masuk neraka! Adakah begini cara kita menghargai jati diri bangsa? Jangan dicatuk dengan yang tajam, cincanglah dengan yang majal.

Buku ini adalah gerak senaman daripada Silat Penjurit Kepetangan Melayu yang dikenali dengan nama khasnya Setua Senaman Melayu. Setiap gerak senaman dijelaskan melalui gambar. Melihat mereka bersenam hati saya berkata, “Lembutnya tulang”. Yang mengamalkan senaman ini confirm perut tak buncit.

Selain itu Silat Penjurit Kepetangan Melayu ada menganjurkan Setua Senaman Melayu. Dalam buku ini ada dilampirkan modul senaman mereka.



Ø Daftar Isi

Pembuka Bicara

Asangin - Sesila Nafas
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Asangin
Gerak Tengah Asangin
Gerak Akhir Asangin

Serat Sendi - Senaman 7 Hilir
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Serat Sendi
Gerak Tengah Serat Sendi
Gerak Akhir Serat Sendi

Sembunga - Bunga Rasmi
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Sembunga
Gerak Tengah Sembunga
Gerak Akhir Sembunga

Kiangin - Jurus Rasmi
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Kiangin
Gerak Tengah Kiangin
Gerak Akhir Kiangin

Serat Saraf - Senaman 7 Tengah
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Serat Saraf
Gerak Tengah Serat Saraf
Gerak Akhir Serat Saraf



Nasangin - Sendiri Nafas
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Nasangin
Gerak Tengah Nasangin
Gerak Akhir Nasangin

Randai Piring - Seni Bunga
Senyum Silat
Manfaat
Gerak Awal Randai Piring
Gerak Tengah Randai Piring
Gerak Akhir Randai Piring

Penutup Bicara

Buku ini ditutupi dengan mutiara indah;
Apabila fajar mula menyinsing,
ruh tersenyum bersama diri,
hamba memohon budi seberkas,
tegurlah hamba dengan berseni.

C Tajuk: Senaman Silat Jiwa Sihat
Penulis: Megat Ainuddin Megat Mohd Nordin & Prof Madya Nor Anita Megat Mohd Nordin
Penerbit: Ameen Books
Tahun: 2005

http://www.antalhaq.com/2012/06/senaman-silat-jiwa-sihat.html

8 Surah Untuk Anak

Surah Untuk Anak
Wan Muhd Ali | 23/06/2012 | Comments (2)

Telah menjadi adat Melayu, surah atau ayat-ayat dalam Al-Quran dijadikan sebagai azimat, diamalkan untuk mendapat sesuatu dan seumpamanya tetapi dalam masa yang sama meninggalkan arahan Allah yang lain. Sebagai contoh, mereka solat tetapi tidak menutup aurat, mereka mengaku Islam tetapi menolak undang-undang Islam dan seumpamanya. Sebagai umat Islam kita perlulah memartabatkan Al-Quran itu sendiri selain dari mengamalkan beberapa potong ayat di dalamnya sahaja. Dengan itu barulah amalan kita diberkati Allah.. InsyaAllah…

Di sini admin senaraikan 8 surah yang boleh dijadikan amalan untuk mendapatkan anak yang baik:
Surah Al-Fatihah- Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan.
Surah Maryam- Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman- Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf- Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat- Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yasin- Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah-Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat.
Surah An-Nahl- Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Alamet si robot 1889

Pernoh ke korang terfikir bahawa pada zaman khilafah@khalifah Uthmaniyyah di Turki,pada tahun 1889 sudahpun ada sebuah robot buatan orang ISLAM yang bernama ALAMET.Ketika itu zaman pemerintahan khalifah Sultan Abdul Hamid II.



Sultan Abdul Hamid bersama robot Alamet pada tahun 1889

Robot itu kemudian dihadiahkan kepada maharaja Jepun yg berada di zaman kuno ketika itu.
Pasti raja Jepun terngaga dan para sidanya hampir pengsan apabile melihat dan mendengar robot ini melaungkan azan secara automatik pada setiap kali masuknye waktu solat.Dan alangkah terkejut beruknye mereka apabila si ALAMET juga boleh berjalan-jalan.

Dalam fikiran mereka yang terlampau kuno(ketika itu),bagaimana mungkin sebuah besi yang mampu berfikir seperti manusia dan mampu pula bekata-kata?malah tahu bile masuknye waktu solat sebanyak 5 kali sehari??dari pemberian kerajaan khilafah/KHALIFAH Uthmaniyyah ini lah Raja Jepun telah berusaha untuk menteladani kerajaan uthmaniyyah yang hebat itu,bermula dari hari ALAMET datang ke Jepun,maka bermulalah semangat orang Jepun untuk memajukan diri mereka sehingga lah mereka berjaya dan sekarang negara islam pula yang mentauladani kemajuan negara dan bangsa jepun itu.


Inilah Alamet,robot pertama ciptaan manusia


Rekabentuk Alamet mirip seakan bentuk manusia, dan robot itu hampir sama saiznya dengan manusia. Ia memiliki pemain suara yang mampu melaungkan azan (doa panggilan Islam). Alamet mengandungi arah jam yang memungkinkannya untuk melakukan serangkaian tindakan khusus: berjalan sejauh setengah meter, mempersiapkan senjatanya, busur (ruku '), berdiri, berbaring dan kembali ke tempat dimana ia mula.Beberapa gambar dari Alamet boleh ditemui dalam Yildiz di İstanbul.

Robot bernama 'ALAMET', (Miracle, pingat) dibina di atas urutan(saiz) Abdul Hamid Han,memiliki karakter yang khas sebagai jam pertama di dunia membaca azan ini. Sultan menghantar jam luar biasa berbakat ke Jepun. Ini adalah kemungkinan bahawa Jepun menyalin teknologi robot mereka.Hinggalah sampai saat ini azan dari ALAMET masih boleh didengarkan dan jamnya pula masih berputaran.

- sumber

Akhlak Rasulullah SAW bersama mereka yang bukan Islam

Akhlak Nabi صلی الله عليه وسلم
adalah Al-Qur’an sebagaimana riwayat dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha ketika ditanya akhlak Nabi صلی الله عليه وسلم
beliau Radhiyallahu ‘anha menjawab.

“Artinya : Akhlak beliau (Nabi صلی الله عليه وسلم
adalah Al-Qur’an”

Kemudian Aisyah Radhiyallahu ‘anha membacakan ayat.

“Artinya : Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung” [Al-Qalam : 4]

Kata “khuluqin ‘azhim” (budi pekerti yang agung) dalam ayat ini, mencakup seluruh akhlak terhadap semua makhluk, sebagaimana sudah disampaikan pada ceramah yang pertama tadi seputar rahmat (Lihat artikel “Islam Rahmat Bukan Ancaman). Rahmat (rasa kasih sayang) merupakan akhlak yang paling tinggi, motivator serta motor penggerak utama suatu akhlak.

Jika contoh-contoh dan riwayat-riwayat yang telah dibawakan dalam ceramah tersebut berkaitan dengan akhlak beliau صلی الله عليه وسلم
terhadap orang-orang kafir dalam peperangan, maka bagaimana kita akan menggambarkan akhlak beliau صلی الله عليه وسلم terhadap mereka dalam kondisi damai?

Saya akan menyebutkan tiga hadits tentang hal itu.

Hadits Pertama, sabda Rasulullah صلی الله عليه وسلم

“Artinya : …. Sesungguhnya para utusan (duta) itu tidak boleh dibunuh” [Hadits Riwayat Abu Dawud]

Maksudnya adalah, para utusan yang dikirim oleh orang-orang kafir sebagai duta dan penghubung antara kaum muslimin dengan kaum kafir.

Keadilan dan kasih sayang Islam tidak memperbolehkan untuk membunuh dan menyakiti mereka. Karena, dalam Islam terdapat ajaran (agar menjaga dan mentaati) perjanjian dan ikatan janji.

Ini diantara gambaran cara bergaul tingkat tinggi dari kaum muslimin, atau dari agama Islam, atau dari Nabi Islam kepada orang-orang kafir, non Islam.

Hadits Kedua, yaitu dalam wasiat Nabi صلی الله عليه وسلم kepada Mua’dz bin Jabal رضي الله عنه, beliau صلی الله عليه وسلم bersabda.“Artinya : …. Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik” [Hadits Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi]

Dalam hadits ini, Rasulullah صلی الله عليه وسلم tidak mengatakan “Pergaulilah kaum muslimin, atau orang-orang yang shalih, atau orang-orang yang mengerjakan shalat”, akan tetapi beliau mengatakan “ … dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik”.

Maksudnya adalah semua menusia, yang kafir, yang muslim, yang mushlih (yang melakukan perbaikan), yang faajir (jahat) dan yang shalih, sebagai bentuk keluasan rahmat dan kelengkapannya dengan akhlak din (agama).

Hadits Ketiga, yaitu hadits tentang seorang Yahudi, tetangga Nabi صلی الله عليه وسلم yang sering menyakiti beliau صلی الله عليه وسلم

Suatu ketika, Nabi صلی الله عليه وسلم
mengetahui bahwa orang yang selalu menyakitinya ini memiliki seorang anak yang sedang sekarat. Maka Nabi صلی الله عليه وسلم
datang berkunjung ke rumahnya dan mengajaknya menuju jalan Rabb-nya, dengan harapan semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaan orang ini.

Beliau صلی الله عليه وسلم membalas keburukan dengan kebaikan, meskipun terhadap orang kafir. Rasulullah صلی الله عليه وسلم
bersabda kepada si anak, sementara bapaknya juga ada bersama mereka.

“Artinya : Wahai bocah, katakanlah laa ilaaha illallah, itu akan menyelamatkanmu dari api neraka”.

Mendengar seruan ini, si anak memandang ke arah bapaknya dan memperhatikannya. Rasulullah صلی الله عليه وسلم mengulangi lagi.“Artinya : Wahai bocah, katakanlah laa ilaaha illallah!”

Si anak memandang ke arah bapaknya lagi.

Kejadian yang sama juga terjadi antara Rasulullah صلی الله عليه وسلم dengan pamannya, Abu Thalib, yang senantiasa membantu dan menolong Islam, kaum muslimin serta Rasulullah صلی الله عليه وسلم akan tetapi, dia tidak masuk Islam. Rasulllah صلی الله عليه وسلم
bersabda kepadanya

“Artinya : Wahai paman, katakanlah laa ilaaha illallah ….”

Mendengar seruan ini, Abu Thalib memandang para pembesar Quraisy. Lalu mereka mengatakan.

“Artinya : Apakah kamu benci terhadap agama nenek moyangmu” [Hadits ini diriwayatkan Imam Bukhari]

Akhirnya Abu Thalib meninggal dalam kekafiran.

Sedangkan orang Yahudi (dalam cerita diatas) yang mendengar Nabi صلی الله عليه وسلم mengajak anaknya agar masuk Islam, Allah menceritakan kondisi mereka.

“Artinya : Orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepadanya, mereka mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka tidak beriman (kepada Allah)” [Al-An’am : 20] Orang Yahudi itu mengatkan.

“Artinya : Wahai anakku, taatlah kepada Abul Qasim (Muhammad)!”.
Maka si anak, mengucapkan syahadatain : “Asyhadu an laailaha illaallah wa annaka rasulullah”. Sebelum menghembuskan napas terakhir.

Mendapat respon positif ini, Rasulllah صلی الله عليه وسلم

bersabda.“Artinya : Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari nereka dengan sebabku” [Hadits Riwayat Bukhari, 1356, Ahmad, Abu Dawud]

Inilah akhlak Rasulullah صلی الله عليه وسلم
yang mulia, adab beliau yang luhur terhadap orang-orang non muslim, ketika kondisi perang dan dalam keadaan damai. Kita memohon kepada Allah سبحانه و تعالى agar menjadikan akhlak kita sama seperti akhlak beliau صلی الله عليه وسلم

dan semoga Allah menjadikan Rasulullah صلی الله عليه وسلم sebagai panutan terbaik kita. Allah berfirman.

“Artinya : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu, (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahnat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat, dan dia banyak menyebut Allah.” [Al-Ahzab : 21]

[Syaikh Ali bin Abdul Hamid Hasan Al-Halaby, dalam Muhadharah di Masjid Istiqlal Jakarta, 19 Februari 2006]

[Disalin dari majalah As-Sunnah Edisi 02/Tahun X/1427H/2006M, Diterbitkan Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta. Jl Solo-Purwodadi Km 8 Selokaton Gondangrejo Solo 57183]

Rujukan :

http://abudini76.wordpress.com/2010/12/22/akhlak-rasulullah-ketika-bergaul-dengan-orang-orang-kafir/

Friday, June 22, 2012

14 Khasiat Daun Sirih Untuk Kesihatan

14 Khasiat Daun Sirih Untuk Kesihatan


Khasiat daun sirih sudah banyak dikenal dan telah teruji secara klinis. Hingga kini, penelitian tentang tanaman ini masih terus dikembangkan. Daun sirih bermanfaat untuk mengubati berbagai penyakit.Antara khasiat daun sirih ialah:


1. Batuk
Siapkan 15 lembar daun sirih dan tiga gelas air. Cuci bersih daun tersebut dan rebus sampai tersisa menjadi tiga perempat bagian. Minum bersama madu.

2. Bronkitis
Rebus tujuh lembar daun sirih yang telah dicuci bersih bersama sepotong gula batu dalam dua gelas air bersih. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum tiga kali sehari masing-masing sepertiga gelas.

3. Menghilangkan bau badan
Ambil lima lembar daun sirih dan rebus dengan dua gelas air. Tunggu sampai tersisa menjadi satu gelas. Minum di siang hari.

4. Luka bakar
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Peras airnya dan tambahkan sedikit madu. Bubuhkan ke tempat luka bakar.

5. Mimisan
Siapkan satu lembar daun sirih yang agak muda, kemudian memarkan dan gulung. Gunakan untuk menyumbat hidung yang berdarah.

6. Bisul
Ambil daun sirih secukupnya dan cuci bersih. Setelah itu giling sampai halus dan dioleskan pada bisul dan sekelilingnya. Balut dan ganti dua kali sehari.

7. Mata Gatal dan Merah
Sediakan 5-6 daun sirih muda dan segar rebus dengan segelas air sampai mendidih. Tunggu sampai dingin dan gunakan untuk mencuci mata dengan gelas cuci mata tiga kali sehari sampai sembuh.

8. Koreng dan Gatal-Gatal
Rebus 20 lembar daun sirih sampai mendidih. Gunakan air rebusan yang masih hangat untuk membasuh koreng dan gatal.

9. Menghentikan Gusi Berdarah
Rebus empat lembar daun sirih dalam dua gelas air. Gunakan untuk berkumur.

10. Sariawan
Ambil 1-2 lembar daun sirih kemudian cuci bersih. Kunyah sampai lumat dan buang ampasnya setelah selesai.

11. Menghilangkan Bau Mulut
Siapkan 2-4 lembar daun sirih, cuci bersih dan remas. Seduh dengan air panas lalu gunakan untuk berkumur.

12. Jerawat
Ambil 7-10 lembar daun sirih, cuci bersih dan tumbuk halus. Seduh dengan dua gelas air panas. Gunakan air tersebut untuk mencuci muka. Lakukan 2-3 kali sehari.

13. Keputihan
Rebus 10 daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 2,5 liter air. Gunakan air rebusan yang masih hangat tersebut untuk mencuci vagina.

14. Mengurangi ASI Berlebih
Ambil beberapa daun sirih, cuci bersih dan olesi dengan minyak kelapa. Kemudian hangatkan di atas api sampai layu. Tempelkan di seputar payudara yang bengkak selagi masih hangat.

Cara Pilih Pinjaman Loan Rumah

Cara Pilih Pinjaman Loan Rumah

Membeli rumah adalah pembelian terbesar dalam hidup bagi majoriti dari kita. Justeru, jika mahu berhutang sehingga 30 tahun pastikan kita mendapat yang terbaik.

Produk pembiayaan perumahan yang saya suka mempunyai dua ciri utama:

1) Ada mekanisma reducing principal
2) Link dengan current account.

Barangkali lebih dikenali sebagai flexi home financing product.
Apa Yang Menarik?

Ok sebelum tu banyak bank mendakwa mereka mempunyai produk flexi ini tadi. Namun pengalaman saya, foreign bank memberikan pilihan terbaik berbanding bank-bank tempatan kerana tidak banyak syarat dan peraturannya. Malah ada bank tempatan yang langsung tidak ada kemudahan flexi ini.

1. Saya suka sebab saya boleh tentukan cara pembayaran pembayaran yang membolehkan tempoh pembiayaan berkurangan secara automatik.

2. Saya suka sebab saya boleh lebihkan jumlah pembayaran yang saya suka setiap bulan walaupun cuma sedikit dari jumlah yang ditetapkan untuk membolehkan tempoh pembiayaan berkurangan secara automatik.

3. Saya suka sebab cashflow lebih setiap bulan saya dapat deposit sebahagiannya dalam akaun semasa yang disediakan. Tak semestinya cashflow lebih pun, duit gaji kita juga boleh terus dimasukkan dalam akaun tersebut walaupun setiap bulan cuma tinggal beberapa sen. Sekali lagi jumlah duit yang ada dalam akaun semasa tersebut, walaupun cuma sehari letaknya dapat mengurangkan tempoh pembayaran hutang.

4. Kita masih dapat mengeluarkan duit dalam akaun semasa tersebut apabila diperlukan.

5. Produk ini dapat memberikan saya lebih kuasa untuk mengawal cashflow setiap bulan. Adakalanya saya perlu membayar hampir penuh, ada masa saya cuma perlu bayar tidak sampai separuh dari jumlah bayaran bulan-bulan.
Buat Sedikit Namun Kesannya Besar

Tak banyak yang perlu kita buat. Mungkin cuma bayar lebih RM 50. Mungkin letak dahulu sementara duit bonus tahunan yang kita terima dari syarikat sementara berfikir untuk membelanjakannya. Mungkin kita masih berbelanja seperti biasa, cuma duit gaji terus dimasukkan dalam akaun semasa yang disediakan.

Bergantung kepada kita.

Kesannya kita pasti dapat mengurangkan tempoh pembiayaan sehingga beberapa tahun bergantung kepada strategi yang kita guna pakai. Dari 30 tahun boleh jadi cuma 15 tahun.

Apabila tempoh dah jadi pendek, secara automatik kita membayar kurang hutang kepada bank. Baik sungguh kita ni kalau masih suka beri bank lebih untung.

Eh, kalau macam tu macam mana bank nak untung? Biarkan pihak bank fikir hal tersebut. Ada lah cara dia buat untung juga, dan kalau kita pun dapat lebih untung melalui penjimatan masa hadapan kan bagus, sama-sama dapat manfaat.

Sekiranya kita sudah memiliki produk jenis ini untuk hutang rumah kita, maka pisau sudah ada di tangan, tinggal belajar cara nak guna je. Dapatkan ebook Panduan CashFlow untuk mendapatkan panduan yang lebih terperinci. Sila ke www.panduancashflow.com untuk maklumat lanjut (Klik link ini ya).

Share

Aiman Tak Kisah!
Hanya diri kita sendiri yang benar-benar ambil tahu urusan duit kita. Orang lain langsung tak pernah nak ambil peduli pun. Maka, sila berhenti berbelanja untuk 'impress' orang lain.

Ebook Panduan CashFlow dapat membantu kita melangkah satu tapak lebih jauh dari orang lain dengan mula menguruskan wang secara bijak dan sistematik.

Bukan Kerana Bakat Tetapi Latihan Tertumpu





0 Jun, 2012
Bukan Kerana Bakat Tetapi Latihan Tertumpu

Talent is Overrated Dapati Latihan Tertumpu Punca Kecemerlangan

Saya baru sahaja membaca sebuah buku menarik bertajuk Talent is Overrated oleh Geoff Colvin. Dalam bukunya, penulis meninjau segala penyelikan di samping membuat kajian sendiri tentang faktor yang menentukan kejayaan.



Penulis mendapati bahawa ahli sukan, perniagaan atau pemuzik cemerlang semuanya hebat bukan kerana bakat, tetapi disebabkan latihan keras dan tertumpu yang dilakukan selama beratus-ratus jam..

Dalam buku tersebut, beliau mendedahkan bahawa satu kajian ke atas pemain catur bertaraf Grandmaster menunjukkan bahawa ada di antara mereka yang mempunyai IQ di bawah purata, tetapi tetap menjadi pemain hebat. Ini bermakna kemahiran permainan spesifik mereka dibina menerusi latihan gigih.

Di samping itu, beliau juga mendedahkan bahawa terdapat satu eksperimen di mana seorang dengan tahap IQ biasa, telah dilatih untuk mengingati siri nombor. Selepas latihan selama beratus jam, beliau boleh mengingati siri 82 nombor yang dibacakan kepadanya.

Tetapi apabila orang yang sama diminta mengingati abjad pula, beliau gagal melakukannya dan tahap ingatannya sama seperti orang lain. Ini menunjukkan bahawa untuk mencapai kejayaan latihan yang spesifik dan tertumpu diperlukan. Ini juga menunjukkan mengapa ramai orang boleh menghafal seluruh Al-Quran jika diberikan latihan sewajarnya.

Bagi Tiger Woods, pemain golf tersohor, penulis mendapati bahawa beliau bernasib baik kerana mempunyai bapa yang pandai bermain golf sebagai jurulatih, yang sanggup meluangkan masa dan memberikan tunjuk ajar kepadanya sejak usia tiga tahun. Ini bermakna beliau sudah mempunyai kelebihan daripada orang lain kerana telah mula berlatih lebih awal.

Menurut penulis, latihan keras yang dilakukan adalah amat spesifik dan dianggap 'tidak menyeronokkan' atau 'not fun'. Jika ia mudah, sudah tentu lebih ramai orang yang akan mencapai tahap tertinggi.

Contoh tidak terhad kepada sukan dan muzik sahaja, malah juga kepada ahli perniagaan dan penulis memberikan contoh seperti Jack Welch dan Steve Ballmer yang pada peringkat awal pendidikan dan kerjaya mereka, langsung tidak menunjukan tanda-tanda kecemerlangan.

Selain itu, latihan tertumpu juga boleh diamalkan untuk meningkatkan kemahiran seseorang dalam bidang bahasa, penulisan dan juga penyampaian.

Kesimpulannya, jika kita hendak menguasai sesuatu kemahiran atau bidang, jangan anggap batasannya ialah bakat kita, tetapi sebaliknya hadnya ialah sejauh mana kita sanggup bekerja untuk mencapainya. Ini menunjukkan masih belum terlambat bagi orang biasa seperti kita.
Posted by Razali Razman at 11:07 PTG

Tuesday, June 19, 2012

Doa untuk kaya raya

a untuk kaya raya

Posted by pakcikli00 di 15 Jun 2012

Doa untuk kaya raya (Surah al-waqiah)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
إِذَا وَقَعَتِ ٱلۡوَاقِعَةُ (١) لَيۡسَ لِوَقۡعَتِہَا كَاذِبَةٌ (٢) خَافِضَةٌ۬ رَّافِعَةٌ (٣) إِذَا رُجَّتِ ٱلۡأَرۡضُ رَجًّ۬ا (٤) وَبُسَّتِ ٱلۡجِبَالُ بَسًّ۬ا (٥) فَكَانَتۡ هَبَآءً۬ مُّنۢبَثًّ۬ا (٦) وَكُنتُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا ثَلَـٰثَةً۬ (٧) فَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَيۡمَنَةِ (٨) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡمَشۡـَٔمَةِ (٩) وَٱلسَّـٰبِقُونَ ٱلسَّـٰبِقُونَ (١٠) أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلۡمُقَرَّبُونَ (١١) فِى جَنَّـٰتِ ٱلنَّعِيمِ (١٢) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (١٣) وَقَلِيلٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (١٤) عَلَىٰ سُرُرٍ۬ مَّوۡضُونَةٍ۬ (١٥) مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيۡہَا مُتَقَـٰبِلِينَ (١٦) يَطُوفُ عَلَيۡہِمۡ وِلۡدَٲنٌ۬ مُّخَلَّدُونَ (١٧) بِأَكۡوَابٍ۬ وَأَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ۬ مِّن مَّعِينٍ۬ (١٨) لَّا يُصَدَّعُونَ عَنۡہَا وَلَا يُنزِفُونَ (١٩) وَفَـٰكِهَةٍ۬ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ (٢٠) وَلَحۡمِ طَيۡرٍ۬ مِّمَّا يَشۡتَہُونَ (٢١) وَحُورٌ عِينٌ۬ (٢٢) كَأَمۡثَـٰلِ ٱللُّؤۡلُوِٕ ٱلۡمَكۡنُونِ (٢٣) جَزَآءَۢ بِمَا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٢٤) لَا يَسۡمَعُونَ فِيہَا لَغۡوً۬ا وَلَا تَأۡثِيمًا (٢٥) إِلَّا قِيلاً۬ سَلَـٰمً۬ا سَلَـٰمً۬ا (٢٦) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلۡيَمِينِ (٢٧) فِى سِدۡرٍ۬ مَّخۡضُودٍ۬ (٢٨) وَطَلۡحٍ۬ مَّنضُودٍ۬ (٢٩) وَظِلٍّ۬ مَّمۡدُودٍ۬ (٣٠) وَمَآءٍ۬ مَّسۡكُوبٍ۬ (٣١) وَفَـٰكِهَةٍ۬ كَثِيرَةٍ۬ (٣٢) لَّا مَقۡطُوعَةٍ۬ وَلَا مَمۡنُوعَةٍ۬ (٣٣) وَفُرُشٍ۬ مَّرۡفُوعَةٍ (٣٤) إِنَّآ أَنشَأۡنَـٰهُنَّ إِنشَآءً۬ (٣٥) فَجَعَلۡنَـٰهُنَّ أَبۡكَارًا (٣٦) عُرُبًا أَتۡرَابً۬ا (٣٧) لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٣٨) ثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَوَّلِينَ (٣٩) وَثُلَّةٌ۬ مِّنَ ٱلۡأَخِرِينَ (٤٠) وَأَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصۡحَـٰبُ ٱلشِّمَالِ (٤١) فِى سَمُومٍ۬ وَحَمِيمٍ۬ (٤٢) وَظِلٍّ۬ مِّن يَحۡمُومٍ۬ (٤٣) لَّا بَارِدٍ۬ وَلَا كَرِيمٍ (٤٤) إِنَّہُمۡ كَانُواْ قَبۡلَ ذَٲلِكَ مُتۡرَفِينَ (٤٥) وَكَانُواْ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلۡحِنثِ ٱلۡعَظِيمِ (٤٦) وَكَانُواْ يَقُولُونَ أَٮِٕذَا مِتۡنَا وَكُنَّا تُرَابً۬ا وَعِظَـٰمًا أَءِنَّا لَمَبۡعُوثُونَ (٤٧) أَوَءَابَآؤُنَا ٱلۡأَوَّلُونَ (٤٨) قُلۡ إِنَّ ٱلۡأَوَّلِينَ وَٱلۡأَخِرِينَ (٤٩) لَمَجۡمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَـٰتِ يَوۡمٍ۬ مَّعۡلُومٍ۬ (٥٠) ثُمَّ إِنَّكُمۡ أَيُّہَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلۡمُكَذِّبُونَ (٥١) لَأَكِلُونَ مِن شَجَرٍ۬ مِّن زَقُّومٍ۬ (٥٢) فَمَالِـُٔونَ مِنۡہَا ٱلۡبُطُونَ (٥٣) فَشَـٰرِبُونَ عَلَيۡهِ مِنَ ٱلۡحَمِيمِ (٥٤) فَشَـٰرِبُونَ شُرۡبَ ٱلۡهِيمِ (٥٥) هَـٰذَا نُزُلُهُمۡ يَوۡمَ ٱلدِّينِ (٥٦) نَحۡنُ خَلَقۡنَـٰكُمۡ فَلَوۡلَا تُصَدِّقُونَ (٥٧) أَفَرَءَيۡتُم مَّا تُمۡنُونَ (٥٨) ءَأَنتُمۡ تَخۡلُقُونَهُ ۥۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡخَـٰلِقُونَ (٥٩) نَحۡنُ قَدَّرۡنَا بَيۡنَكُمُ ٱلۡمَوۡتَ وَمَا نَحۡنُ بِمَسۡبُوقِينَ (٦٠) عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمۡثَـٰلَكُمۡ وَنُنشِئَكُمۡ فِى مَا لَا تَعۡلَمُونَ (٦١) وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلنَّشۡأَةَ ٱلۡأُولَىٰ فَلَوۡلَا تَذَكَّرُونَ (٦٢) أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ (٦٣) ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُ ۥۤ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٲرِعُونَ (٦٤) لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَـٰهُ حُطَـٰمً۬ا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ (٦٥) إِنَّا لَمُغۡرَمُونَ (٦٦) بَلۡ نَحۡنُ مَحۡرُومُونَ (٦٧) أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِى تَشۡرَبُونَ (٦٨) ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ (٦٩) لَوۡ نَشَآءُ جَعَلۡنَـٰهُ أُجَاجً۬ا فَلَوۡلَا تَشۡكُرُونَ (٧٠) أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ (٧١) ءَأَنتُمۡ أَنشَأۡتُمۡ شَجَرَتَہَآ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنشِـُٔونَ (٧٢) نَحۡنُ جَعَلۡنَـٰهَا تَذۡكِرَةً۬ وَمَتَـٰعً۬ا لِّلۡمُقۡوِينَ (٧٣) فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ (٧٤) ۞ فَلَآ أُقۡسِمُ بِمَوَٲقِعِ ٱلنُّجُومِ (٧٥) وَإِنَّهُ ۥ لَقَسَمٌ۬ لَّوۡ تَعۡلَمُونَ عَظِيمٌ (٧٦) إِنَّهُ ۥ لَقُرۡءَانٌ۬ كَرِيمٌ۬ (٧٧) فِى كِتَـٰبٍ۬ مَّكۡنُونٍ۬ (٧٨) لَّا يَمَسُّهُ ۥۤ إِلَّا ٱلۡمُطَهَّرُونَ (٧٩) تَنزِيلٌ۬ مِّن رَّبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٨٠) أَفَبِہَـٰذَا ٱلۡحَدِيثِ أَنتُم مُّدۡهِنُونَ (٨١) وَتَجۡعَلُونَ رِزۡقَكُمۡ أَنَّكُمۡ تُكَذِّبُونَ (٨٢) فَلَوۡلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلۡحُلۡقُومَ (٨٣) وَأَنتُمۡ حِينَٮِٕذٍ۬ تَنظُرُونَ (٨٤) وَنَحۡنُ أَقۡرَبُ إِلَيۡهِ مِنكُمۡ وَلَـٰكِن لَّا تُبۡصِرُونَ (٨٥) فَلَوۡلَآ إِن كُنتُمۡ غَيۡرَ مَدِينِينَ (٨٦) تَرۡجِعُونَہَآ إِن كُنتُمۡ صَـٰدِقِينَ (٨٧) فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُقَرَّبِينَ (٨٨) فَرَوۡحٌ۬ وَرَيۡحَانٌ۬ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ۬ (٨٩) وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٩٠) فَسَلَـٰمٌ۬ لَّكَ مِنۡ أَصۡحَـٰبِ ٱلۡيَمِينِ (٩١) وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلۡمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ (٩٢) فَنُزُلٌ۬ مِّنۡ حَمِيمٍ۬ (٩٣) وَتَصۡلِيَةُ جَحِيمٍ (٩٤) إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلۡيَقِينِ (٩٥) فَسَبِّحۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلۡعَظِيمِ (٩٦)

Maksudnya:

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila berlaku hari kiamat itu, (1) Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. (2) Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar) dan meninggikan (golongan yang taat). (3) (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. (4) Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, (5) Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, (6) Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); (7) Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? (8 ) Dan puak pihak kiri; alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? (9) Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); (10) Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), (11) (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (12) (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; (13) Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. (14) (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; (15) Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. (16) Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; (17) Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. (18 ) Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. (19) Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, (20) Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. (21) Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, (22) Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. (23) (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan. (24) Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; (25) Mereka hanya mendengar ucapan: Selamat! Selamat! (dari satu kepada yang lain). (26) Dan puak kanan, alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? (27) Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. (28 ) Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, (29) Dan naungan yang tetap terbentang, (30) Dan air yang sentiasa mengalir, (31) Serta buah-buahan yang banyak, (32) Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, (33) Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. (34) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, (35) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), (36) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. (37) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; (38 ) Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, (39) Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. (40) Dan puak kiri, alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? (41) Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak (42) Serta naungan dari asap hitam (43) Yang tidak sejuk dan tidak pula memberi kesenangan. (44) Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). (45) Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, (46) Dan juga mereka selalu berkata: Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? (47) Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? (48 ) Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, (49) Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan pada hari kiamat yang termaklum. (50) Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), (51) Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, (52) Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, (53) Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, (54) Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas. (55) Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. (56) Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat). (57) (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? (58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? (59) Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; (60) (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu) dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya. (61) Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak). (62) Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? (63) Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? (64) Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggallah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, (65) (Sambil berkata): Sesungguhnya kami menanggung kerugian. (66) Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) (67) Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? (68 ) Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan) atau Kami yang menurunkannya? (69) Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan ia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. (70) Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? (71) Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya atau Kami yang menumbuhkannya? (72) Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir. (73) Oleh yang demikian (wahai orang yang lalai) bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). (74) Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran; (75) Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya. (76) Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), (77) Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, (78 ) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; (79) Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. (80) Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambil lewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini? (81) Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)? (82) Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya; (83) Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya. (84) Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, (85) Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami); (86) Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar? (87) Kesudahannya: Jika dia (yang mati itu) dari orang-orang “Muqarrabiin”, (88 ) Maka (dia akan beroleh) rehat kesenangan dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. (89) Dan jika dia dari puak kanan, (90) Maka (akan dikatakan kepadanya): Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan. (91) Dan jika dia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, (92) Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak, (93) Serta bakaran api Neraka. (94) Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. (95) Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar. (96)

Khasiat membaca surah al-waqiah :
1. Membaca setiap malam selama 40 hari, dapat memudahkan rezeki tanpa kesukaran.
2. Mewiridkan selepas solat asar sebanyak 14 kali memudahkan rezeki yang mudah dan murah
3. Membaca pada orang yang sedang sakit, dapat meringankan sakitnya.
4. Membaca ketika orang ketika nazak, memudahkan keluar rohnya serta meringankan seksaan kubur.

Pengajaran daripada penghayatan israk mikraj

engajaran daripada penghayatan israk mikraj
Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 5:15 pm
http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2012/06/batu-terapung.jpg

http://jalanakhirat.files.wordpress.com/2012/06/batu-terapung.jpg



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab umat Islam diseluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah.

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa.

01.Israk yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

02.Mikraj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.

Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra’ ayat 1 yang bermaksud;

“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Para ulama, hadis, ulama feqah dan ulama tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa Israk dan Mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda SAW sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan roh Nabi SAW bukannya roh sahaja. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan “asra bi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan hamba-Nya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad S.A.W yang mana meliputi batang tubuh dan rohnya serentak bukannya rohnya sahaja. Jika ia berlaku pada rohnya sahaja maka sudah tentu firman Allah itu berbunyi “asra bi rohi ‘abdihi lailan” yang bermaksud memperjalankan roh hamba-Nya pada waktu malam tetapi yang berlaku sebaliknya di mana Allah secara jelas menyatakan bahawa Dia telah memperjalankan hamba-Nya iaitu Nabi SAW dalam keadaan tubuh dan rohnya serentak.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

“Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya”. Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah S.A.W berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk dan Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Sahabat yang dimuliakan,

Sebelum berlakunya Israk dan Mikraj Rasulullah S.A.W mengalami pembedahan dada/perut oleh malaikat. Hati Baginda S.A.W dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S.A.W diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

01.Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah,

02.Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah,

03.Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan),

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :

01.Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

02.Tempat yang berbau harum.Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

03.Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

04.Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

05.Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri/suami.

06.Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba.

07.Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

08.Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

09.Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10.Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11.Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12.Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

13.Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T );

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama: Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua: Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj:

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa’id)

Sahabat yang dikasihi,

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Dengan kita mendengar dan menghayati kisah dan cerita yang berlaku di dalam peristiwa Israk dan Mikraj kita perlu ambil ikhtibar dan yakin bahawa bumi Baitulmaqdis Palestin yang menjadi tempat bermulanya Mikraj Nabi SAW adalah bumi penuh berkah dan terdapat Masjidil Aqsa (kiblat pertama umat Islam)

Baitulmaqdis dan Masjidil Aqsa adalah harta umat Islam yang telah dirampas oleh Zionis Yahudi laknatullah. Umat Islam perlu berusaha, berkorban dan berdoa semoga tempat suci umat Islam ini dapat dipulangkan kembali kepada pangkuan umat Islam. Peristiwa Israk dan Mikraj akan lebih bermakna apabila umat Islam seluruhnya dapat membantu saudara-saudara kita di Palestin dan dapat memulihkan dan menguasai Baitulmaqdis dan menghalau Yahudi laknatullah daripada menguasai dan membunuh saudara-saudara kita di Palestin.

- Artikel iluvislam.com

http://jalanakhirat.wordpress.com/2012/06/17/pengajaran-daripada-penghayatan-israk-mikraj/

Yang Perlu Anda Tahu Tentang Israk Mikraj

Yang Perlu Anda Tahu Tentang Israk Mikraj
Wan Muhd Ali | 19/06/2012 | Comments (1)


dinamakandinamakan

Email
Share
Sharebar

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”.

Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.


Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;
Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib.

Antaranya :

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail :

“Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.”


Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail :

“Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).”


Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah:

“Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).”


Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail :

“Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.”


Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail:

“Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.”


Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail:

“Itulah orang yang makan riba”


Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail:

“Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain”


Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail:

“Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya”


Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail:

“Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.”


Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail:

“Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.”


Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail:

“Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.”


Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail:

“Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.”


Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail:

“Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.”


Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail:

“Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.”


Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama:

Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua:

Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga:

Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat:

Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima:

Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam:

Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh:

Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim A. S. bersabda kepada Rasulullah S. A. W:

“Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”.


Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda,

“Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.


Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan:

Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu:

Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga.

Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan:

Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam.

Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh

Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah :

Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T :

Aku ambilmu sebagai kekasih.
Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.
Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.
Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.
Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.
Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.
Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy.
Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.
Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. Kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu.

(Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).

Wallahu’alam.

Sumber. http://wanwma.com/agama/yang-perlu-anda-tahu-tentang-israk-mikraj/

Friday, June 15, 2012

KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA

KHASIAT MINYAK ZAITUN DARA

Minyak zaitun dara boleh didapati dengan mudah disemua hypermarket berhampiran rumah anda.Caranya beli sebotol buka penutupnya dan bacakan ayat lazim seperti fatehah,kursi dan 3qul tiup 10 saat pada minyak tersebut. -Bagi merawat lelaki pancut awal,lumur dan urut minyak zaitun pada seluruh zakar sejam sebelum bersama,insyaAllah dapat berjimak tahan lama.
-Bagi merawat bayi menangis malam kerana disakat syaitan,sapu sedikit minyak zaitun pada dahi dan 2 cuping telinga bayi tersebut,insyaAllah tidak menangis lagi.
-Bagi merawat gatal-gatal atau sebarang penyakit kulit,sapu pada tempat yang bermasalah 3x sehari insyaAllah sembuh.
-Bagi merawat anggota badan yang sakit akibat gangguan jin,sapu juga 3x sehari pada tempat yang sakit.
-Bagi merawat penyakit yang berkaitan organ dalaman seperti gastrik,masalah hati,penkreas,ginjal mahupun buasir,minum sesudu 2x sehari,insyaAllah sembuh.
Rasulullah SAW pernah bersabda..
"Makan minyak zaitun dan urut dengannya ke seluruh badan kerana ia adalah dari pohon yang suci", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari
”Ada minyak zaitun,makanlan,urut seluruh badan kerana ia berkesan untuk buasir", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir

Melabur Berasaskan Kekuatan Perniagaan

Melabur Berasaskan Kekuatan Perniagaan

Fokus kepada asas, termasuk hasil, untung, aset, tunai dan pengurusan

Bagi mereka yang baru belajar melabur atau telah lama melabur, sudah tentu anda akan menemui pelbagai kaedah pelaburan, termasuklah pelbagai jenis cara untuk membaca dan mentelaah carta dan meramalkan pergerakan saham dalam jangka pendek.

 Jika kita kembali kepada asas, saham ialah hak pemilikan ke atas sesuatu syarikat.  Manakala pasaran saham ialah tempat di mana saham tersebut boleh dijual beli.

Wujudnya pasaran saham telah membolehkan pelabur melakukan pelbagai perkara yang agak menyimpang daripada tujuan asal memiliki saham.  Malah, dalam keadaan semasa, ramai orang membuat keputusan membeli atau menjual saham yang tidak ada kena-mengena dan tiada kaitan dengan perniagaan syarikat.

Adakah ini yang dinamakan pelaburan? Kalau kita benar-benar jujur, adakah kaedah seperti ini yang digalakkan oleh Islam?  Tak perlulah membicara soal halal atau haram kerana itu domain pakar agama tetapi lihat sahaja tujuan kita melabur dalam saham.

Sebenarnya jika tiada pasaran saham, maka lebih sukar bagi kita untuk menjual beli saham syarikat.  Dalam keadaan tersebut, kita mungkin terpaksa memegang saham untuk jangka panjang. Maka keputusan pelaburan akan dibuat semata-mata berasaskan sama ada  syarikat itu kukuh atau tidak.

Tetapi dengan wujudnya pasaran saham, keputusan yang dibuat ramai pelabur menyimpang jauh daripada matlamat asal, iaitu untuk melabur dalam perniagaan.

Pasaran saham adalah sesuatu yang pada amnya positif kerana memudahkan pelabur menjual beli.  Tetapi pasaran saham juga menggalakkan tingkah laku yang menyimpang dari matlamat asal dan sesetengah instrumen yang ditawarkan adalah instrumen 100% berasaskan spekulasi, tanpa mempunyai sebarang nilai ekonomi, seperti call warrant.

Walau apa pun, bagi mereka yang sedar bahawa saham adalah pelaburan dalam sesebuah perniagaan, mereka harus fokus kepada hasil, untung, aliran tunai, aset, pengurusan, tahap hutang dan ekonomi.  Semua ini mempunyai pengaruh terhadap prestasi syarikat.

Pada pendapat saya, kaedah pelaburan berasaskan fundamentals yang dipelopori oleh Benjamin Graham, Warren Buffet,, Peter Lynch, Philip Fisher, Ken Fisher dan juga tokoh lain seperti John Bogle adalah terbaik dan selari dengan matlamat pelaburan dalam Islam.  Cuma pelabur Islam perlu memilih syarikat yang patuh Syariah.

Kita perlu bersabar apabila melabur.  Ramai orang mahu mendapatkan keputusan pantas.  Jika kita melabur dengan matlamat mendapatkan pulangan munasabah dalam jangka panjang, kemungkinan besar kita boleh mencapai matlamat tersebut.

Sebaliknya jika kita cuba 'force the issue' dan mahu meraih pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat, kita mungkin menghadapi risiko besar.  Kita boleh berjaya untuk satu dua tahun tetapi tahun-tahun lain kita mungkin menghadapi kerugian besar.

Melaburlah dalam saham kerana anda rasa  perniagaan tersebut adalah baik dan boleh meraih untung berpatutan, bukan kerana corak 'head and shoulder' 'cup and saucer' atau  apa jua corak dalam carta yang dikatakan menjadi menjadi petanda kenaikan.  Pada pendapat saya tujuan asasnya tidak berapa betul.

Tak perlu tanya Ustaz tersohor atau pakar kewangan Islam tentang halal atau haram kaedah dan instrumen pelaburan yang anda laburkan. Saya tahu banyak perdebatan halal haram di dalam forum tentang pelbagai jenis pelaburan, sama ada saham atau pelaburan lain.

Perkara paling asas ialah tanya diri sendiri mengapa anda melabur (niat)? Kedua adakah instrumen yang anda laburkan mencipta nilai, iaitu adakah anda meraih keuntungan daripada penciptaan nilai atau semata-mata daripada tangan orang lain yang mengalami kerugian?

Jawapan yang jujur kepada persoalan ini menunjukkan sama ada anda berada di landasan yang betul.

Pelabur Underground

Pelabur Underground

“Tipu.”
Cakaplah begitu kalau kalian berjumpa dengan pihak yang menyatakan dia ada peluang pelaburan dan bisnes yang paling perfect. Bermula dari pelaburan emas & perak, hartanah, saham apatah lagi skim pelik-pelik yang banyak muncul di Malaysia. Sehinggakan beli emas pun ada yang percaya boleh dapat duit setiap bulan.
Sebenarnya tidak ada aset pelaburan yang paling sempurna. Kejayaan sesuatu pelaburan tidak datang kerana produk / aset itu sendiri. Tetapi ada banyak faktor seperti ilmu, masa dan modal.
Mari kita lihat.
Bayangkan kita ada banyak duit. Tetapi disebabkan kita kekurangan ilmu maka kita pasti sukar membuat keputusan yang terbaik untuk melabur. Malah, boleh jadi pening kepala sebab banyak sangat peluang tetapi takut kena tipu.
Begitu juga dengan masa. Sama ada ‘timing’ untuk beli atau pun masa untuk menguruskan sesuatu pelaburan. Maklumlah, kita ini orang besar dalam syarikat. Mesyuarat dan kerja sampai larut malam untuk selesaikan agenda syarikat. Mana ada masa untuk cari satu-satu pelaburan terbaik untuk diri kita.
Sama juga kalau tidak punya modal. Ilmu dah ada, masa pun ada. Tetapi duit cukup-cukup makan. Nak melabur bagaimana pula. Aduhai. Pening. Gigit bibir jelah sebab terlepas peluang.
Tapi Pakdi, ada orang cakap yang paling utama adalah tuah (luck).
Ya betul juga, sebab ini adalah definisi tuah yang saya pegang selama ini:
Skill + opportunity = luck
Saya perkenalkan rakan-rakan saya.
1. Tuan Bri; nak tahu pelaburan hartanah lelong & sekunder cari dia.
2. Zaidi Ismail; nak tahu cara manipulasi alat kewangan kawan dengan dia.
3. Ikram Adi; search sahaja di Google, pelaburan+silver.
4. Raja Kamil; nak tahu cara buat duit melalui internet inilah orangnya.
5. Wafi; hartawan silver berasaskan analisa teknikal
Mereka ini (dan saya sekali) bergabung dalam satu seminar yang dinamakan strategi pelabur underground. Saya seperti biasalah, berkongsi mengenai bagaimana prinsip kekayaan Nabi Yusuf dapat diaplikasikan dalam dunia pelaburan hari ini, khususnya berdasarkan strategi berkaitan saham indeks.
Seminar ini diadakan selama dua hari, dan kalian dapat bertemu dengan 5 lagi penceramah yang sama-sama berkongsikan pengalaman mereka.  Dengar kata ada 2 lagi penceramah jemputan untuk bagi kejutan kepada semua peserta.
Sangat sesuai kepada kalian yang mahu mendengar sedikit sebanyak peluang pelaburan yang ada di Malaysia sebelum mengambil keputusan mendalami lebih bidang tersebut dan menjadi specialist.
Tuan puan yang berminat boleh klik link di bawah untuk mendengar sendiri apa kata peserta-peserta lepas.

Menentukan Volum Dagangan Tinggi Atau Rendah


10 Jun, 2012

Menentukan Volum Dagangan Tinggi Atau Rendah

Bagaimana untuk menentukan volum dagangan tinggi atau rendah untuk sesuatu saham?

Untuk menentukan sama ada volum tinggi atau rendah, kita perlu melihat carta saham.  Biasanya perkhidmatan carta ini boleh dilanggan, seperti menerusi Bursastation (kira-kira RM20 sebulan untuk perkhidmatan asas) atau boleh didapati daripada perkhidmatan online broker saham.

Berikut adalah contoh volum dagangan bagi carta Petronas Chemicals:

Dipetik daripada Bursastation
Di bawah carta pergerakan harga saham, kita dapat lihat di garis merah dan hijau yang memaparkan paras volum dagangan.  Jika kita hanya melihat volum dari segi angka setiap hari mungkin kita tidak dapat membuat perbandingan yang tepat.  Graf sebegini memberikan kita perspektif lebih baik tentang paras tinggi rendah volum saham.
Kita dapat lihat dalam carta bahawa pada separuh kedua tahun lepas, volum dagangan agak tinggi tetapi  telah turun ke tahap yang lebih rendah selepas bulan November 2011.
Garis merah menunjukkan bahawa harga ditutup lebih rendah manakala garis hijau menunjukkan harga ditutup lebih tinggi berbanding harga penutup semalam.
Pada amanya volum saham akan meningkat dengan mendadak jika ada kenaikan atau penurunan ketara harga saham.  Bagi sesuatu saham, kita boleh melihat volum tinggi atau rendah dengan meninjau apakah tahap volum lazim bagi saham tersebut.  
Justeru, berasaskan carta ini, kita boleh tahu, sama ada volum pada hari ini tinggi atau rendah berasaskan rekod sejarahnya.
Kebanyakan saham mempunyai volum secukupnya untuk dijual beli dengan mudah. Namun begitu, bagi saham tertentu yang mana dalam seminggu, terdapat mungkin satu atau dua hari di mana langsung tiada dagangan,  anda perlu berhati-hati dkerana mungkin terpaksa menunggu untuk menyempurnakan urus niaga disebabkan kekurangan bekalan dan permintaan.
Satu petanda volum yang kurang mencukupi ialah jurang perbezaan antara harga bida (belian) dan harga jualan yang tinggi.  
Contohnya ialah  bagi saham di bawah RM2.00 jika perbezaan harga bida dan harga jualan selalunya lebih daripada 2 sen,  mungkin lebih sukar sedikit untuk melupuskan saham. 
Saham seperti ini tidak sesuai bagi mereka yang mengamalkan dagangan jangka pendek, tetapi tiada masalah bagi fundamental investor seperti saya.
Sebaliknya bagi saham yang perbezaan harga bida-jualan yang selalu lebih daripada 5 sen (bagi saham di bawah RM2.00) maka fundamental investor kecil pun perlu berhati-hati melainkan prospek masa depan syarikat benar-benar kukuh.
Sikap berwaspada ini perlu diambil bukan kerana faktor perniagaan syarikat, tetapi kerana bimbang sukar untuk melupuskan saham sekiranya saham perlu dijual.

10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT

10 Permintaan Iblis Kepada Allah SWT

| 08/06/2012 | Comments (2)
Sambungan dari artikel : Iblis Dibantu Oleh 70,000 Anak-anaknya.
Rasulullah bertanya kepada Iblis: “Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?”
“10 macam”
“ Apa saja?”
“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Allah berfirman,
“Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji setan kecuali tipuan” (Qs Al Isra :64).
“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan bercampur dengan riba. Aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.”
“Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah. Maka setan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.”
“Aku minta kepada Allah agar aku bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal. Aku minta agar Allah menjadikan kamar mandi sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai ‘masjid’ku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai ‘kitab’ku.
Aku minta agar Allah memberikan saudaraku, maka ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku. Allah berfirman, “Orang-orang boros (membazir) adalah saudara-saudara syaitan. “(Qs. Al – Isra:27).
“Wahai Muhammad, aku juga meminta agar Allah membuatku bisa melihat manusia sementara mereka tidak bisa melihatku. Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “Silakan,” aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”
Iblis berkata lagi: “Wahai Muhammad, aku tak mampu menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya mampu membisikkan dan menggoda,”
“Jika aku mampu menyesatkan, tak akan tersisa seorang pun. Sebagaimana dirimu, kamu tidak mampu memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau mampu memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun dimuka bumi ini. Kau hanya mampu menjadi penyebab untuk orang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak diperut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.” (nafi makhluk, Isbatkan Allah)
Rasulullah SAW lalu membaca ayat berikut: “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT” (QS Hud : 118 – 119). Juga membaca, “Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (Qs Al-Ahzab :38). Iblis lalu berkata: “Wahai Rasul Allah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.
Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan Rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir. Ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tidak sesekali berbohong.”
Begitulah kisah mengenai Iblis, yang telah dipersaksikan kehadapan Baginda Rasulullah saw tanpa ada sedikit pun penipuan dalam percakapannya. Maha Suci Allah yang menciptakan berbagai-bagai ragam Makhluk-Nya. Hanya tinggal untuk membuat pilihan antara kita, sama ada jalan ‘benar’ atau jalan sebaliknya yang hendak kita pilih dalam mendapatkan Redha Allah swt.
Sumber :
1. Kitab Sajaratul Kaun oleh Muhyidin Ibnu Arabi/Darul ‘Ilmi al – Munawar asy-Syamsiyah, Madinah.
2. Iblis Dan Alamnya (Musuh Kamu Yang Paling Nyata) oleh Atok Zamany.

MINYAK KASTURI HITAM RUQYAH BOLEH DIJADIKAN ALAT PENGESAN JIN

INYAK KASTURI HITAM RUQYAH BOLEH DIJADIKAN ALAT PENGESAN JIN

Bagi mereka yang ada menyimpan minyak kasturi hitam dirumah masing-masing,buka penutupnya dan bacakan fatehah,kursi dan 3 qul lalu tiup 10 saat pada minyak tersebut.Kemudian anda sapu minyak tersebut pada kawasan lubang hidung anda,jika bau minyak itu busuk dan terasa pedih pada kulit hidung,sahlah anda ada gangguan jin.Jika anda mencium minyak tersebut lalu terasa wangi dan tidak pedih pada permukaan kulit hidung,maka tiada sebarang gangguan dalam diri anda. Minyak kasturi disyorkan dipakai tiap-tiap kali sebelum solat dan sebelum tidur malam kerana ia sunnah dan jin pengganggu tidak suka sebarang wangian kasturi terutama minyak kasturi yang sudah diruqyah terlebih dahulu.
Kasturi adalah minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali" Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya, "katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW: “Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:- 1) Memberi kekuatan pada roh 2) Menenangkan Jiwa 3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak 4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan 5) Menghilangkan debaran jantung 6) Menghilangkan Sesak Nafas 7) Melegakan Lelah (Asma) 8] Menyedarkan orang yang pengsan 9) Memperkuatkan organ luaran tubuh 10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh 11) Menghilangkan rasa gementar 12) Menghilangkan sejuk tubuh 13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh 14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang 15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing 16) menjernihkan mata putih pada mata 17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan 18] Mencegah wabak penyakit 19) Melanjutkan usia 20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya. Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum seperti kasturi.

Tujuh Wali Melayu

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 9:16 pm

Mereka pernah berperanan di semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah Barat dengan benteng iman, ilmu dan amal. Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah(stail) masing-masing dalam perjuangan jihad mereka bagi menyemarakkan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonim “Melayu-Islam”. Jasa-jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Islam.
Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha Mengetahui (Wallahu a’lam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah s.w.t dan Rasul-Nya. Mereka adalah kekasih Allah: Habib Nuh, Tukku Paloh, Tuan Tulis, Syeikh Said Al-Linggi, Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi, Tuk Kenali dan Tuan Hussein Kedah Al-Banjari.
Justeru amatilah jasa-jasa perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan kemuliaan karamah daripada Allah s.w.t pada tujuh tokoh Melayu ini. “Mengingati orang soleh mendatangkan rahmah.” InsyaAllah, berbagai suri teladan terdapat dalam buku 7 WALI MELAYU.
1.: AS SAYID HABIB NUH Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit
..Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi. Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti.
Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain. Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya berbanding semasa hayatnya.
Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya yang menggambarkan beliau sebagai orang kerohaniah yang mempunyai peranan tersendiri dan tersembunyi…
2. TUKKU PALOH: Ulama Regu SultanPencatur Dasar Luar Terengganu Keturunan Rasulullah Menuntut di Makkah Regu Sultan Zainal Abidin III Menentang Pertapakan British di Terengganu Berunding dengan British Memerintah Paloh dengan Hukum Islam Sembahyang Berimam Nabi Khidir as Mahkamah Keadilan Sendiri Amalan Tareqat dan Syahadat Tukku Kontroversi Syahadat Tambahan Tukku Paloh.
Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh beliau semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-11.
Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir kawasan Paloh dan mengawasi Hulu Terengganu. Beliau juga diterima sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering diberi peluang mewakili Sulatan berunding degan pihak British sehingga pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.
Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mempunyai berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan ALLAH SWT khusunya sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan ‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
Di antara anak murid dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah Haji Abdulu Rahman Limbong, Haji Mat Shafie Losong, Tuk Kelam, Tuk Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Wan Emobong Paloh, Haji Abdullah Chik Fatani, Tuk Gajah, dan SUltan Zainal Abidin III.
3. TUAN TULIS: Tempat Rujuk MasyarakatRahsia Di Sebalik Gelaran TUan TulisPadam Kebakaran Besar di MakkahMengubat Secara RohaniahSuka Duduk Dengan Orang Jahil.
Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mendekati masyarakat dengan penuh hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah, khususnya dikalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925. sedangkan pada ketika itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia tiga tahun lepas.
Oleh kerana miskin, beliau tidak dapat membeli kitab-kitab yang menjadi teks pengajian sebagaimana yang dimiliki oleh pelajar-pelajar lain, “Setiap malam beliau menyalin matan kitab yang akan dipelajari pada keesokan harinya dengan cara meminjam dari pada kawan-kawannya. Begitulah tabiatnya,” cerita Tuan Haji ISmail Haji Hussein, imam Masjid Tuan Tulis di Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Melihat pada tabiatnya yang rajin dan tekun menulis itulah, guru dan sahabat-sahabat sepengajiannya memanggil beliau ‘Ismail Tulis’. Gelaran ini sungguh mesra sepanjang beliau dalam pengajian itu. Apabila tamat pengajian, orang-orang kampung menghormatinya pula dengan panggilan “Tuan Tulis”.
4. ASY SYEIKH MUHAMMAD SAID AL LINGGI: Ulama Tareqat Pencorak MasyarakatBertemu Rasulullah dalam suriDakwah ke Siam, Kampuchea dan SingapuraAnak Melayu Berjiwa BesarProfil Ringkas Penulis Manakib Syeikh Said Al LinggiProfil Ringkas Khadam Syeikh Said.
Keistimewaan Asy Syeikh Muhammad Al Linggi ialah beliau bukan saja alim empat mazhab feqah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar tetapi juga terkenal sebagai seorang ulama yang mengembangkan Tareqat Ahmadiah yang diasaskan oleh Asy Syeikh Muhammad Idris Ad Dandrawi r.m. Dan kerana mengembangkan ilmu tareqat, beliau menjelajah hingga ke Kampuchea, Thailand dan Singapura, selain di merata Semenanjung Tanah Melayu khususnya negeri asalnya Negeri Sembilan Darul Khusus.
Di Negeri Sembilan, Syeik Said menjadi ulama pertama yang membuka pusat pengajian sistem pondok bertempat di Ampangan, kira-kira 1km dari bandar Seremban. Beliau tidak pernah rehat dari mengajar orang ramai di merata tempat khususnya dalam daerah Linggi dan Port Dickson.
5. SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI: Pengasas Kampung Islam ContohBangung Perkampungan Berteraskan SyariatTegak Pusat Tarbiah Wa Ta’limKuatkuasa Undang-undang.
SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI adalah khalifah ke-35 Tareqat Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai karamah. Beliau juga seoranhg pemimpin masyarakat yang bewibawa dan berjiwa sufi. Ini bukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana satu struktur pentadbiran dan undang-undang yang dilagangnya sendiri dapat dipraktikkan.
Dengan sokongan orang ramai, Syeik Muhammad Nor yang berasal dari Sumatera Utara, dapat membangunkan sebuah pusat pengajian yang bukan saja menekankan sola-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah.
Kampung Sg. Cincin, Gombak terletak kira-kira 13 km dari bandaraya Kuala Lumpur. Syeik Muhammad Nor Al Kholidi mula menerokanya pada sekitar tahun 1894, kira-kira 10 tahun dari tarikh beliau tiba di Tanah Melayu dari kampung asalnya di Penyambongan, Sumatera Utara.
Turut behijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkatnya Syeikh Zainal Abidin dan dua ulama lain. Mereka dari keturunan Mendeleng. Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung mereka berpecah, seorang menetap di Tapah Perak, seorang lagi mungkin di Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal Abidin) yang tidak berpisah,” kata Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu kepada Syeikh Muhammad Nor, ketika ditemui di rumah anaknya di Sentol Pasar, Kuala Lumpur.
6. TUK KENALI: Penyemarak Kebangkitan PondokAnak GeniusBerkat Doa dan Asuhan IbuPendidikan Pondok Tuk KenaliKitab-kitab PengajianGiat Dalam PenulisanPeranan Dalam PemerintahanAkhlak dan Amalan RohaniahKeramah Tuk KenaliPulangnya Ulama TerbilangTuk Kenali Dari Kacamata Anak Muridnya.
Nama Tuk Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Mekkah.’
Di samping mengajar, Tuk Kenali aktif dalam penulisan, urusan kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau adalah orang penting di belakang penerbitan majalah ‘Pengasuh’. Pernah menjadi Ahli Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis (Dewan) Ulama.
Tuk Kenali berpesan kepada murid-muridnya, antara lain, “mengaji sungguh-sungguh” dan “Buka pondok”.
Sekitar dua dekad pertama abad ke-20 itu, era pondok-pondok pengajian berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan pelapis yang mendapat asuhan dan tarbiah secara langsung dari Tuk Kenali serta tokoh-tokoh ulama lain di Kelantan. Murid-murid Tuk Kenali datang dari merata tempat terutamanya Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Menurut sumber yang boleh dipegang, Tuk Kenali mengamalkan Tareqat Ahmadiah. Beliau dikurniakan banyak karamah, kelebihan yang pelik-pelik tetapi benar berlaku.
7. TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI: Ulama Berdarah PanglimaBerjuang Tidak Hirau Batasan PolitikTolak Jawatan MuftiPenentang Sistem RibaTuan Hussein Banyak Tanah Wakaf.
TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI adalah pengasas kepada enam buah pondok pengajian dalam negeri Kedah dan sebuah di Poko Sena, Seberang Perai. Ini tidak termasuk usaha beliau membangunkan semula pondok datuknya di Gajah Mati, Jitrah, Kedah.
Beliau telah menulis tidak kurang daripada 18 buah kitab mengenai berbagai persoalan agama. Dan dalam bidang ini(mengarang kitab) beliau adalah ulama Kedah yang terbanyak mengarang kitab pada zamannya.
Dalam melaksanakan hukum, Tuan Hussein sangat berhalus dan tegas. Beliaulah orang yang pertama menentang sistem riba dalam soal pinjam-meminjam serta menolak pelaksanaan peraturan tauliah mengajar yang diselewengkan, dan menentang perlaksanaan akta cetak kitab.
Lantaran keberaniannya mempertahankan pendirian, Tuan Hussein menerima tindakan dibuang negeri. Namun semasa di Seberang Perai, beliau terus bergiat menyembarkan ilmu dan mengarang kitab. Tuan Hussein juga seorang pendakwah yang aktif.
Wasalam.