Friday, August 30, 2013

Kesalahan lazim dalam bahasa Inggeris Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua

Kesalahan lazim dalam bahasa Inggeris
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua


Sejajar dengan permulaan Kursus Mahir bahasa Inggeris Dalam 6 Bulan cikgu yang akan bermula bulan depan di Sunway dan Putrajaya, cikgu akan postkan kesalahan-kesalahan biasa atau common mistakes dalam bahasa Inggeris.

1. “Everybody are happy.”

Perkataan-perkataan seperti everybody, somebody,anybody, nobody adalah singular dan bukannya plural. Walaupun “everybody”merujuk kepada ramai orang, ianya digunakan dengan singular verb – oleh itu ayat yang betul ialah “Everybody is happy.”


2. “I’ll explain you the problem.”


In this sentence, there are two objects – the direct object (the problem) and the indirect object (you). After explain,we need to use to before the indirect object – the person to whom we are doing the explaining. Also, it’s more common to put the direct object first, so the correct sentence is “I’ll explain the problem to you.”


Dalam ayat ini, terdapat dua objek - objek langsung (the problem) dan objek yang tidak langsung (you). Selepas explain, kita perlu gunakan to sebelum objek tidak langsung - orang yang kita sedang menjelaskan. Selain itu, ia adalah lebih biasa untuk meletakkan object langsung dahulu, jadi ayat yang betul ialah “I’ll explain the problem to you.”

3.“I have the possibility to study in Canada next year.”

With “have,” we use opportunity, not possibility– so the correct sentence is “I have the opportunityto study in Canada next year.” The word possibility is more used with “There is…,” for example, “There’s a possibility I may study inCanada next year.”


Dengan perkataan “have,” kita sepatutnya menggunakan opportunity, bukan possibility– oleh itu, ayat yang betul ialah “I have the opportunityto study in Canada next year.” Perkataan possibility lebih digunakan dengan “There is…,” for example, “There’s a possibility I may study inCanada next year.”
4. “I think she doesn’t like tomatoes.”


Although there’s no specific grammar rule here, it’s more common to say “I don’t thinkshe likes tomatoes.”


Walaupun tidak ada peraturan tatabahasa tertentu di sini, ia adalah lebih biasa untuk mengatakan “I don’t thinkshe likes tomatoes.”

5. “If I will see John later, I’ll give him the message.”



Although both events are technically in the future, this sentence should be in the first conditional form – “If I see John later, I’ll give him the message.”

Walaupun secara teknikalnya, kedua-dua perbuatan berlaku di masa hadapan depan, ayat ini perlu dalam bentuk first conditional.

Kursus Mahir Bahasa Inggeris Dalam Masa 6 Bulan akan bermula pada 21hb September ini di Sunway dan 28hb September. Yuran dari serendah RM650 sahaja.Tempat terhad.

Kursus Mahir Bahasa Inggeris Dalam Masa 6 Bulan secara Online juga turut disediakan dari serendah RM390.

Cikgu Yusoff
019-3090711

Monday, August 26, 2013

Beli Saham atau Unit Amanah Saham?

Beli Saham atau Unit Amanah Saham?
Menentukan pelaburan mana yang lebih sesuai untuk anda

Dengan kenaikan pasaran saham baru-baru ini, saya dapati ramai orang yang mula menunjukkan minat terhadap saham. Begitu juga unit amanah yang melabur dalam saham atau dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai equity fund.

Persoalannya mana satukah yang lebih sesuai untuk anda? Anda boleh menjawab persoalan ini dengan menilai beberapa faktor berikut.

Pengurusan Wang

Apabila melabur terus dalam pasaran saham, anda perlu membuka akaun dagangan dan depositori pusat (CDS) dengan syarikat broker. Selepas itu, anda menguruskan jual beli saham sendiri. Proses pemilihan dan jual beli saham dikawal sepenuhnya oleh anda.

Untuk melabur dalam unit amanah, anda boleh beli menerusi ejen atau melalui Internet dan perlu membuat dua pilihan. Pertama syarikat unit amanah dan kedua dana khusus yang ingin dilaburkan. Segala urusan pentadbiran dana dan jual beli pelaburan akan diuruskan oleh pengurus dana.

Kos Pelaburan

Kos pelaburan adalah satu lagi faktor penting, kerana dengan menyerahkan wang kepada pengurus dana, anda akan membayar kos lebih tinggi. Apabila membeli unit amanah, terutamanya menerusi kaedah biasa, pelabur dikenakan caj jualan sekali kira-kira 2% – 5.5% daripada harga belian.

Kos ini berbeza-beza mengikut jenis dana dan kaedah pembelian. Paling murah ialah dengan membeli unit amanah menerusi Internet pada kadar 2% sahaja. Selain itu, yuran pengurusan bersamaan kira-kira 1.5% dikenakan setiap tahun.

Bagi saham pula, kos paling tinggi untuk urus niaga saham (iaitu membeli saham dan menjualnya kembali) adalah 1.5% jika melalui broker biasa. Kosnya lebih rendah daripada 1% jika anda beli menerusi akaun Internet T+3, dan lebih rendah lagi jika membeli dengan akaun tunai menerusi Internet.

Tempoh Pelaburan

Pelaburan saham boleh dibuat untuk jangka pendek dan juga jangka panjang kerana kos urus niaganya lebih rendah. Tetapi bagi unit amanah, pelaburan lazimnya tidak sesuai dibuat untuk jangka pendek kerana kos jualan tinggi yang dikenakan. Jika kita selalu menjual beli unit amanah, akhirnya kita akan rugi kerana terpaksa membayar kos jualan berulang kali.

Mempelbagaikan Pelaburan

Jika melabur sendiri dalam saham, anda perlu mempelbagaikan saham anda sendiri. Jika anda hanya ada RM10,000 untuk dilaburkan, paling banyak pun anda boleh beli dua atau tiga saham berlainan secara kos efektif.

Menerusi unit amanah, anda mempelbagaikan pelaburan dengan serta-merta kerana portfolio pelaburan unit amanah merangkumi banyak saham atau sukuk. Salah satu daripada kelebihan unit amanah ialah pelabur dapat mempelbagaikan pelaburan walaupun dengan melabur hanya RM1,000.

Minat Membuat Penilaian

Sanggupkah anda buat sedikit penyelidikan untuk menilai saham? Jika anda berminat untuk menyelidik prestasi syarikat, meninjau pergerakan harga, menentukan prospek masa depan, mengkaji keadaan ekonomi dan pasaran, pelaburan saham sesuai untuk anda.

Bagi mereka yang langsung tiada asas dalam bidang perakaunan dan tidak mahu meluangkan masa untuk belajar tentang saham, pelaburan paling baik ialah unit amanah kerana anda akan dipimpin dalam proses pembelian dan wang anda diuruskan oleh pengurus profesional.

Risiko

Apabila melabur dalam saham, pelabur menghadapi risiko yang dikaitkan dengan saham individu termasuk syarikat mengalami kerugian, muflis, berlaku penipuan dalam akaun syarikat atau kemerosotan industri syarikat, di samping risiko umum seperti keadaan ekonomi dan pasaran saham.

Sementara itu bagi unit amanah, selain daripada risiko umum seperti keadaan ekonomi dan pasaran, risiko lain termasuk risiko kegagalan syarikat unit amanah, risiko penipuan, dan juga risiko kelemahan prestasi pengurus dana.

Kesimpulan

Pilihan sama ada melabur dalam saham atau unit amanah bergantung kepada faktor masa, minat dan kos. Jika anda ada masa dan berminat untuk membuat analisis saham dan mahukan kos pelaburan lebih rendah, pelaburan saham amat sesuai untuk anda. Tetapi jika anda tiada masa dan kurang berminat tentang pelaburan, beli unit amanah untuk mendapatkan khidmat pengurus wang profesional.

Posted by Razali Razman at 10:29 PTG E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi ke Twitter
Kongsi ke Facebook

Labels: Pelaburan Saham, Unit Amanah

Bab Yang Keempat: Peringkat-Peringkat Perjalanan Suluk Orang Sufi (Hasil Orang Menjalani Suluk) (4)

Bab Yang Keempat: Peringkat-Peringkat Perjalanan Suluk Orang Sufi (Hasil Orang Menjalani Suluk) (4)
Monday, August 26, 2013


Darjah-darjah Makrifat Dan Bandingannya

Suatu hal yang tak dapat dinafikan iaitu daripada syuhudlah timbulnya makrifat, dan darjah-darjah makrifat itu pula didapati terbahagi kepada tiga martabat. Sekarang ikutilah bahagian-bahagian martabat itu bagaimana di bawah:


Yang Pertama - Martabat Syariat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal dalil wujud makhluk ini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin. Martabat ini digelar “ilmu al-yakin” atau “martabat syariat”. Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja. Ini darjah yang rendah sekali untuk orang-orang awam yang umpama kita ini.

Yang Kedua - Martabat Makrifat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauk) ke dalam hati. Martabat ini digelar “ainul-yakin” atau “martabat makrifat” mengikut istilah tasauf, ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa). Martabat ini lebih tinggi dari yang pertama di atas iaitu untuk orang-orang sufi yang sudah merasa makrifat dan ia tetap lebih tinggi daripada pertama tadi (sudah jadi wali).

Yang Ketiga - Martabat Hakikat: laitu mengenal Allah dengan jalan hadir ke dalam hati rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan. Martabat ini digelar “haqqul-yakin” atau “mar-tabat hakikat” ibarat terdapat rasa kelazatan durian itu setelah ia dapat mengecap isinya. Dan martabat ini memang terdapat pada orang-orang wali, nabi-nabi dan rasul-rasul jua.

Kata setengah orang sufi di sana terdapat pula martabat yang tertinggi sekali iaitu “martabat akmal” namanya. Martabat ini adalah terkhas kepada Junjungan kita Nabi Muhammad SAW jua. Dan dari kerana nur Nabi Muhammad yang akmal inilah dijadinya alam sejagat ini.

Perbicaraan kita sudah agak panjang meleret. Sekarang marilah kita sambung kembali perbicaraan kita tentang hal perjalanan nafsu mulhamah (3) semula.

Adapun orang sufi yang dalam perjalanan nafsu mulhamah ini maka memanglah ia sudah dapat menyelami dan mengalami “alam arwah” yang kita namakan juga “alam malakut”. Dengan menyelami alam tersebut mereka dapat ketahui perkara-perkara yang pelik, mereka dapat menyaksi pula arwah-arwah di alam malakut itu serta dapat bercakap-cakap dengan mereka (lihat perbicaraannya pada fasal “alam hadrat” dalam bab yang kelima).

Hal atau warid perjalanan nafsu mulhamah ini ialah bahawa dapat rasa di hatinya “asyik kepada Allah” atau rindu kepada Allah dalam setiap masa. Dan sifat-sifat yang timbul dari nafsu mulhamah ini ialah murah hati (sakho), qana’ah, zahid dan lain-lain lagi daripada sifat-sifat yang terpuji yang tak dapat dipanjangkan di sini.

Apakah Dia Qana’ah Dan Zahid?

Qana’ah ialah rasa dapat berpada dengan apa harta atau kehidupan yang ada pada mereka, sifat ini dapat dirasa oleh hati mereka (orang sufi) oleh kerana kebersihan hati mereka. Adapun hati kotor orang awam yang umpama kita ini maka jauh sekali daripada dapat mengecap rasa sifat umpama itu. Oleh itu jauhlah bezanya hati kita yang bersifat tamak kepada keduniaan ini dengan hati orang yang bernafsu mulhamah tadi.

Dengan hal demikian maka qana’ah bukanlah suatu sifat yang dapat ditiru-tiru oleh sebarang orang kerana ia datang daripada benih hati bersih dan suci. Dan hati suci umpama ini memanglah memandang kehidupan dunia ini sebagai perkara gampang sahaja. Oleh sebab itu mereka tiada berasa susah, tidak sebagaimana hati kotor yang bersifat tamak. Demikianlah pula qana’ah suatu sifat budi yang mulia dan sangat berharga. Kepada orang qana’ah bukanlah bererti terhalang kepada mencari harta-benda tetapi mereka pun mencari harta tiada kerana lain melainkan untuk memenuhi kehendak kebajikan dan keredhaan Allah, berlainan dengan kehendak kita untuk memenuhi kehendak-kehendak kepuasan nafsu.

Zahid - Ialah suatu sifat budi yang mulia dan sangat berharga mahal iaitu bahawa dapat dirasa oleh hati orang sufi perasaan tumpul nafsu atau tak pecah selera kepada perkara-perkara keduniaan. Berlainan dengan orang kita yang berhati sifat tamak ini. Orang bersifat zahid ini tidak mengambil dunia untuk faedah dirinya.

Dan tidak ia mengambil melainkan pengambilan itu adalah sebagai sambil lewa sahaja. Tidak dicarinya dunia melainkan untuk memenuhi kehendak-kehendak kebajikan dan keredhaan Allah jua. Mereka memandang harta dunia ini sebagai amanah Allah di muka bumi, mereka letakkannya pada tempatnya, mereka tidak menyalahgunakan amanah Allah untuk kepuasan nafsu yang tak mengenal batas-batas keredhaan Allah.

Lihatlah gambaran mulia sifat zahid sebagaimana yang ditunjuk contohkan oleh sahabat Nabi, Abu Bakar as-Siddiq iaitu ketika Nabi melancar pungutan derma kilat untuk memenuh suatu tabung peperangan. Abu Bakar r.a menderma seluruh hartanya dengan tidak ketinggalan sedikit pun, lalu Nabi SAW bertanya kepadanya: “Tidakkah ada ketinggalan sedikit harta di sisi kamu?” Abu Bakar r.a menjawab: “Ya Rasulullah, yang tinggal di sisi saya ialah Allah dan Rasul jua.”

Wah....! Bukan main sifat kezahidan dilakukan oleh Abu Bakar ketika negara menghadapi kecemasan ekonomi. Pendek kata sifat zahid umpama itu perlu dijadikan sebagai alat dinamik untuk tujuan-tujuan kecemasan pada waktu-waktu tertentu. Malah sifat zahid adalah musuh ketat kepada sifat kedekut, tindas-menindas dan penghisap darah.

Sifat zahid umpama itu bukanlah suatu sifat yang dapat ditiru-tiru kerana ia adalah pakaian nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang yang bersih hati. Adapun zahid orang awam pada hal di hatinya penuh pepak dengan sifat-sifat tamak keduniaan maka itulah tandanya zahid berpura-pura bahkan zahid dusta dan palsu belaka.

Dalam perjalanan nafsu mulhamah ini mereka kerapkali mendapat syuhud pada afaal Allah SWT iaitu ibarat nyata (timbul warid) ke dalam hati rasa (dzauk) hakikat bahawa segala gerak-geri perbuatan alam ini semuanya terbit daripada Allah SWT yang Esa serta bertambah-tambah iman dan yakin. Dan kerapkali mereka fana segala perbuatan alam ini dalam ingatan hati apabila mereka mendapat syuhud dan ternyata di hati bahawa semua perbuatan yang berlaku itu hanya perbuatan Allah yang Esa jua.

Oleh itu bermaknalah mereka sudah masuk dalam permulaan maqam tauhid Al-Afa’al – لا فاعل إلا الله - iaitu ibarat daripada syuhud yang terasa di hati mereka bahawa tiada yang berbuat di alam ini melainkan Allah. Ini adalah sebagai tanda atau simbul yang mereka telah berjaya mendapat tauhid al-Afa’al dalam perjalanan mereka (nafsu mulhamah).

Jika terdapat demikian maka itulah tanda maqam pertama daripada maqam-maqam orang yang hampir menjadi wali, kerana hal kewalian nafsu mulhamah ini belum tercapai dengan tetap dan teguh (tamakkun - istiqamah) dan darjah ini adalah sehampir-hampir dengan wali yang belum rasmi, maqam ini ialah sebagai tangga utama untuk mencapai pula maqam tauhid al-Ismak (nafsu mutma-innah).

Fatwa Zikir Khurafat Dan Karut

Di sana terdapat fatwa-fatwa zikir yang berbunyi (لا فاعل إلا الله) atau sebagainya (لا معبود إلا الله), kononnya dikatakan bahawa siapa-siapa beramal demikian maka ia akan beroleh ilmu hakikat (menjadi wali) sebagaimana terdapat atau berlaku pada setengah orang kampung.

Sebenarnya, itu suatu kesilapan besar yang terjadi oleh kerana tersilap faham maksud ayat (لا فاعل إلا الله) yang umpama itu. Padahal yang sebenarnya ayat umpama itu merupakan suatu kedapatan syuhud tauhid al-Afaal orang sufi yang kalau hendak ditakbirkan dengan lafaz lidahnya (terjemahan) maka berbunyilah begitu. Bukan bermaksud kita beramal zikir demikian menentukan kita jadi wali. Fahamlah mudah-mudahan tiada terkeliru lagi. Dan bandingkanlah jika terdapat zikir-zikir lain yang diterima umpama itu.

Yang paling aneh dan menggerun sampai berdiri bulu roma sekali ialah ada yang memberi fatwa supaya berzikir “Aku sebenar zat Allah” atau “Aku sebenar ruh Allah” iaitu dikatakan zikir zat namanya, kononnya barangsiapa beramal demikian tiap-tiap malam di masa yang tertentu maka sifat-sifat nafsu yang kotor dalam diri akan terbakar menjadi bersih dan akhirnva ia akan mencapai makrifat dengan Allah (jadi wali). Sekalipun jika dikatakan zikir umpama itu diterima dari alam malakut tidaklah boleh kita terus beramal kerana benda-benda yang kita jumpai dalam alam malakut tidak boleh dipegangi sebab kita tidak ketahui ia (benda malakut) daripada jenis apa; jinkah, syaitankah atau malaikatkah?

Kita tak boleh menganggap barang-barang di alam malakut itu semuanya baik dan bersih belaka kerana syaitan-syaitan sangat pandai dan bijak menipu di alam itu. Adapun yang berfatwa; apabila seorang itu sampai kepada hakikat amalan umpama tadi maka tak payah lagi ia bersembahyang atau menurut syariat kerana syariat itu kulit luar yang bertujuan supaya tercapai hakikat, manakala sudah tercapai maka tak payah lagi menurut syariat. Itu semuanya karut sesat semata-mata dan tidak berasas bahkan ia terkeluar dari pelajaran tasauf dan agama Islam yang maha suci.

Awaslah! Jika beramal dengan fatwa umpama itu serta diiktikadkan dirinya sebenar zat Allah maka tak syak lagi murtad dan kafir zindiklah orang itu pada hukum agama Allah – نعوذ بالله من ذلك.

Pendek kata, boleh jadi banyak lagi amalan-amalan khurafat dan karut yang seumpama itu timbul di kampung-kampung, kononnya dikatakan bertujuan supaya tercapai makrifat dengan Allah Taala.

Oleh itu suatu perkara yang mesti diingatkan kepada orang-orang yang hendak menjalani tasauf, hendaklah pada pertama kali ia mencari guru mursyid yang benar-benar ahli dan benar-benar tahu ilmu hakikat dan syariat dan benar-benar alim dan dapat mengecam hal-hal perjalanan angin-angin nafsu di tiap-tiap peringkat yang tujuh. la boleh dikatakan sebagai doktor pakar bawatin dan zawahir, barulah murid itu terselamat dari angkara fitnah dan sesat. Barangsiapa kepada berguru yang bukan ahli dalam perkara ini maka tunggulah bala petaka yang boleh membawa ia jadi kafir - نعوذ بالله من ذلك.

Dan siapa-siapa yang tiada mempunyai guru dalam hal ini maka syaitanlah yang menjadi gurunya. Awasilah ilmu tarikat dengan berguru kepada yang ahli! Adapun wirid-wirid atau ibadat-ibadat yang semata-mata kerana menuntut pahala akhirat dan tiada berkaitan dengan tarikat sufiah maka tidak perlu kepada berguru dan tiada halangan apa-apa untuk beramal dengannya.

Rahsia Syuhud Fitnah

Sabda Nabi SAW:

مَا فَضَّلَكُمْ أَبُو بَكْرٍ بِكَثْرَةِ صِيَامٍ وَلَا بِكَثْرَةِ صَلَاةٍ ولكن بِسِرِّ قَرَّ فِي صَدْرِهِ.

Ertinya: Tidak ada kelebihan Abu Bakar dengan kamu dengan sebab banyak puasa dan banyak sembahyang tetapi yang melebihkan Abu Bakar ialah dengan sirr yang tersemat dalam dadanya. - Hadith Abu Hurairah.

Berkata Ibn Abbas r.a:

لَوْ ذَكَرْتُ تَفْسِيْرَهَا لَرَجَمْتُمُوْنِي بِالْحِجَارَةِ وَفِي رِوَايَةٍ لَقُلْتُمْ إِني كَافِرٌ.

Ertinya: Kiranya aku terangkan tafsirnya (rahsia yang tersebut dalam hadith itu) nescaya kamu rejam aku ini dengan batu - dalam riwayat yang lain pula - nescaya kamu katakan aku ini kafir.

Tahukah tuan-tuan apakah yang dimaksudkan dengan sirr dalam hadith itu? Jawabnya, tak lain melainkan ialah rahsia kedapatan syuhud bagaimana kita hurai dengan panjang lebar dahulu. Pendek kata, perkara syuhud itu tak boleh dibahas, tak boleh diterang kerana lemah pendapat akal, lidah dan pena untuk menghuraikan rahsianya. Kalau diterang atau terterang atau tercakap atau terlatah atau terucap maka tentulah pendengaran orang terkeliru. Kalau sudah terkeliru fitnahlah jadinya. Kalau sudah jadi fitnah mungkin dia dibunuh orang.

Lihatlah apa yang terjadi pada Halaj, ketika ia tertarik oleh kuasa kelazatan fana (jazbah) maka terlatah di mulutnya (syattah) dengan kata “Tiada dalam jubah(ku) melainkan Allah”. Hal ini bukanlah suatu perkara disengajai, bukan perkara pelajaran atau falsafah sebagaimana yang diheboh-hebohkan oleh pihak yang tersilap mengambil pengertian, tetapi ia adalah hasil daripada perkara syuhud dzauk yang terjadi. Kebetulan pula pada zaman itu yang membuat fitnahkan Halaj ialah kaum fuqaha, ahli zawahir yang memang tidak mengerti rahsia itu.

Akhirnya pada tanggal 18 Zulkaedah 309 Hijrah (921M) di zaman khalifah Al-Muktadir Billah (المقتدر بالله) (kerajaan Abbasiah), Halaj pun dibunuh iaitu setelah ia difitnahkan oleh seorang ulama fikah terkenal bernama “Ibn Daud al-Isfahani” penganut mazhab Zahiri, suatu mazhab yang mementingkan segala hukum kepada zahir nas belaka dengan tidak dipedulikan rahsia hikmat di belakang itu.

Berkata Syaikh Abdul Qadir Al-Jailani, “Kiranya Halaj itu berada di zamanku nescaya aku ambilnya dengan tanganku dan aku tahan daripada fitnah pembunuhan orang” kerana orang zawahir memang tidak mengerti rahsia syuhud itu yang hanya untuk antara kita dengan Allah jua dan tidak harus diterangkan kepada umum.

Setengah guru tarikat mengurung muridnya di suatu tempat yang khas dan dikunci pintunya apabila terjadi kepada murid itu perkara-perkara umpama Halaj tetapi dibebasnya kembali setelah ia didapati siuman. Demikianlah hal perjalanan fana sebelum seorang sufi itu mencapai maqam baqa (al-insan al-kamil).

Berkata setengah ariffin:

إِفْشَاءُ سِرِّ الرُّبُوْبِيَّةِ كُفْرٌ

Ertinya: Menerang rahsia sirr rabbubiyyah itu kufur.

Berkata yang lain pula:

لِلرُّبُوْبِيَّةِ سِرٌّ لَوْ أُظْهِرَ لَبَطَلَتْ النُّبُوَّةُ وَلِلنبوة سر لَوْ كُشِفَ لَبَطَلَ الْعِلْمُ وَلِلْعُلَمَاءِ سر أَظْهَرُوْهُ لَبَطَلَتِ الْأَحْكَامُ

Maksudnya: Kalau sudah terang rahsia ketuhanan, tentu tak berhajat lagi kepada nubuwwah, dan kalau rahsia nubuwwah pula terdedah terang tentu tak berhajat pula kepada ilmu pengetahuan, dan kalau rahsia ulama itu pula sudah ternyata maka tentulah pula tak berhajat kepada hukum.

Sumber:
Mustapha Mohamed Al-Jiasi, Mengenal Diri Dan Wali Allah. Pustakan Aman Press, Kota Bharu. Cetakan kesepuluh 1984.

Tuesday, August 13, 2013

DIY: Cleaning Your Door Switches

DIY: Cleaning Your Door Switches

By  10 hours ago
Does your door-ajar indicator occasionally light up even though you’re very sure all’s firmly shut? Or does your alarm system fail to arm because it sense one of the doors, boot or bonnet is not closed? Normally many would dismiss those as an inevitable visit to the electrical man. However in truth, its often just a minor mechanical glitch affecting the door switch which can be easily fixed.
Small and simple mechanism
Small and simple mechanism
Tools
  • screw driver
  • sand paper
  • anti-rust spray

Method
1. Locate the door switch usually found near the door latch on the B- or C-pillar
2. With a screw driver, unscrew and pop out the switch
Unscrew
Unscrew
3. If the connecting base looks dirty or oxidized, sand it off using sand paper
Clean the connections
Clean the connections
4. Spray some anti-rust into the screw hole for protection
Applying anti-rust here will help minimize rust at the screw-hole
Applying anti-rust here will help minimize rust at the screw-hole
5. Also spray some anti-rust into the opening of the switch. This would provide protection and lubricate the spring and mechanicals.
Apply protection for the internals
Apply protection for the internals
6. Reassemble the switch and continue with the other doors



Friday, July 26, 2013

Doa Jibril Tatkala Naik Tangga Diaminkan Rasulullah

~::Doa Jibril Tatkala Naik Tangga Diaminkan Rasulullah::~

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: 

"Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar." Maka kami pun berhimpun.

Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin.
Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin.

Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kami pun bertanya: "Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini."

Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (A.S) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: 

"Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni." Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. 

Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: 

"Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu." Lalu aku pun mengaminkannya. 

Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: 

"Celakalah orang yang mendapati ibu bapaknya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga." Lalu aku pun mengaminkannya.

(Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma’uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka’ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)

Penjelasan hadits:

Pelajaran yang dapat diambil adalah :

1. Bila kita mendengar orang berdoa maka kita sebaiknya mengaminkannya.

2. Bulan Ramadhan adalah bulan pengampunan dosa bila kita menjalankan puasa dan ibadah-ibadah dilaksanakan. Bila seseorang tidak mendapat pengampunan dosa dari Allah, berarti orang teersebut menyia-nyaiakannya dan didoakan kecelakaan kepada orang tersebut oleh Malaikat JIbril.

2. Bila disebut nama Rasulullah Muhammad shalallahu 'alihi wa sallam, kita wajib bershalawat, bahkan Allah dan para Malaikat bershalat kepadanya.

Allah SWT berfirman :

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersholawat untuk nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersholawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (QS. Al Ahzab : 56)

Shalawat dilakukan agar kita mendapat syafa'atnya, celaka bila tidak mau mendapat syafa'at Rasulullah, yang berarti tidak mau diselamatkan dari siksa akhirat.

3. Berbakti kepada ibu bapak yang sudah tua atau salah seorang daripadanya adalah salah satu jalan masuk surga. Bila kita mendapati ibu bapak yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun tidak merawat dan berbakti kepadanya, maka celakalah orang tersebut menyia-nyiakan ibu - bapaknya dan menyia-nyiakan kesempatan masuk surga melalui ibu-bapaknya atau salah satu dari keduanya.

Rasulullah Muhammad Shalallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

“Orang tua adalah pintu surga yang paling tengah. Terserah kamu telantarkan ia apa kamu khendak menjaganya” (HR Tirmidzi)

Al-Qadhi berkata, “maksud pintu surga yang paling tengah adalah pintu yang paling bagus dan paling tinggi, Dengan kata lain sebaik-baik sarana yang bisa mengantarkan seseorang ke dalam surga dan meraih derajat yang tinggi adalah dengan mentaati orangtua dan menjaganya”.

Semoga kita bisa mengamalkannya dengan baik dan terhindar dari do'a Malaikat Jibril. 

Selamat memaksimalkan bulan ramadhan yang tinggal separuh ini.

Wallahu a'lam bishawab

Hikmah Dan Cara Zikir Kalimah Tauhid

Hikmah Dan Cara Zikir Kalimah Tauhid

Nuffnang Ads

Salah satu dzikir yang paling utama adalah kalimat La ilaha Illallah/ لاإله إلاالله yang artinya tiada Tuhan yang pantas disembah kecuali Allah SWT. Begitulah pesan Rasulullah SAW kepada Sayyidina Ali khw, ketika beliau secara pribadi memohon agar diberikan dzikir khusus yang lebih berat dari dunia seisinya, dan lebih mudah mendekatkan diri kepada Allah swt.

Maka Rasulullah SAW pun menjawab, “Jangan begitu Saudaraku Ali, bahwa ucapan yang paling utama yang aku ucapkan dan juga diucapkan nabi-nabi sebelumku adalah La ilaha Illallah”.

أفضل ماقلت أنا والنبيون من قبلي لاإله إلاالله

Demikianlah Rasulullah SAW memberikan ijazah dzikir لاإله إلاالله kepada sayyidina Ali yang kemudian diturunkan kepada para sahabat, tabi’in dan tabiut tabi’in hingga kepada kita semua. Karena sesungguhnya kalimat لاإله إلاالله menyimpan berbibu hikmah bahkan juga dunia seisinya.

Dalam salah satu hadits riwayat sahabat Anas disebutkan:

مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَمَدَّهَا هُدِمَتْ لَهُ أَرْبَعَةُ آلافِ ذَنْبٍ مِنَ الْكَبَائِرِ

“Sesungguhnya barang siapa membaca kalimat Tauhid لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ dan memanjangkannya, maka baginya akan dihapus empat ribu macam dosa besar”.


Pada saat itu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, lalu bagaimana apabila satupun dia tidak memiliki dosa besar?”, Rasulullah menjawab; “Maka yang dihapuskan empat ribu macam dosa besar adalah keluarga dan para tetangganya”.

Diantara ajaran para ulama ketika membaca panjang kalimat Tauhid, adalah memanjangkan kata LA sambil kepala berpaling ke sebelah kanan dan hati menghayati artinya yaitu “tidak ada”. Dan ketika melafazkanILAHA sambil kepala bergerak ke bagian tengah dan hati menghayati artinya yaitu “Tuhan yang wajib disembah”. Kemudian ktika melafazkan ILLALLAH sambil kepala berpaling ke sebelah kiri dan hati menghayati artinya yaitu “melainkan Allah”.

Dan yang penting diperhatikan juga adalah menyambung kalimat tauhid tersebut dengan kalimat  مُحَمَّدُ رَسُوْلُ اللهِ  di dalam hati serta menghayati artinya yaitu “Muhammad adalah utusan Allah”. Hal ini untuk membedakan cara membaca kalimat Tauhid umat Rasulullah Muhammad SAW dengan umat terdahulu.

Sebenarnya berdzikir dengan kalimat tauhid ini tidak hanya dianjurkan kepada umat Muhammad SAW saja, tetapi juga umat para nabi terdahulu. Sebuah cerita menggambarkan hal ini diriwayatkan dari Wahab bin Manbah.

 عن وهب بن منبه رضي الله عنه قال قرأت في آخر زبور داود عليه الصلاة والسلام ثلاثين سطرا يا داود هل تدرى أي المؤمنين أحب إلى أن أطيل حياته الذي إذا قال لا إله إلا الله اقشعر جلده وإني أكره لذلك الموت كما تكره الوالدة لولدها ولابد له منه انى أريد ان أسره في دار سوى هذه الدار فان نعيمها بلاء ورخاءها شدة فيها عدولا يألوهم خبالا يجرى منهم مجرى الدم من أجل ذلك عجلت أوليائي إلى الجنة لولا ذلك لما مات أدم عليه السلام وولده حتى ينفخ

Diriwayatkan dari Wahab bin Manbah bahwa dia pernah berkata, “Aku telah membaca tiga puluh baris terakhir dari kitab zaburnya Nabi Daud as. (di dalamnya diterangkan) Allah berfirman kepada Nabi Daud: “Apakah kau tahu orang mukmin yang paling aku inginkan untuk ku panjangkan umurnya?” Nabi Daud menjawab: “Tidak tahu”.

Kemudian Allah menjelaskan “yaitu orang mu’min yang jika membaca kalimat tauhid akan merinding bulu-bulanya. Dan aku sangat membenci (tidak ingnkan) orang mu’min seperti itu lekas mati, seperti orang tua yang tidak rela anaknya mati. Sesungguhnya aku ingin sekali menyenangkannya di rumah yang bukan rumah ini (fana = dunia). Karena kenikmatan di dunia ini merupakan cobaan, dan kemewahan-kemewahan itu hanyalah kesengsaraan. Di samping itu di dunia banyak musuh yang mondar-mandir terus mengalir menyelebunginya seperti aliran darah yang mengajak pada kerusakan.

Oleh karena itu aku segerakan mereka para kekasihku (mati lalu) masuk ke surgaku. Andaikata tidak demikian, niscaya tidak akan mati Nabi Adam dan anak cucunya hingga ditiupnya  sangka kala.        

Demikianlah posisi pentingnya kalimat tauhid لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ  bagi seorang mu’min, ia tidak sekedar sebagai kalimat pengakuan keesaan Allah SWT, akan tetapi juga sebagai kunci menuju kesuksesan hidup di akhirat nanti. Sebagaimana janji Allah yang dijelaskan kepada Nabi Daud as. Karena itulah dikatakan   مفتاح الجنة لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ bahwa pintu surga adalah LA ILAHA ILLALLAH.


Hikmah Dan Cara Zikir Kalimah Tauhid

Hikmah Dan Cara Zikir Kalimah Tauhid

Nuffnang Ads

Salah satu dzikir yang paling utama adalah kalimat La ilaha Illallah/ لاإله إلاالله yang artinya tiada Tuhan yang pantas disembah kecuali Allah SWT. Begitulah pesan Rasulullah SAW kepada Sayyidina Ali khw, ketika beliau secara pribadi memohon agar diberikan dzikir khusus yang lebih berat dari dunia seisinya, dan lebih mudah mendekatkan diri kepada Allah swt.

Maka Rasulullah SAW pun menjawab, “Jangan begitu Saudaraku Ali, bahwa ucapan yang paling utama yang aku ucapkan dan juga diucapkan nabi-nabi sebelumku adalah La ilaha Illallah”.

أفضل ماقلت أنا والنبيون من قبلي لاإله إلاالله

Demikianlah Rasulullah SAW memberikan ijazah dzikir لاإله إلاالله kepada sayyidina Ali yang kemudian diturunkan kepada para sahabat, tabi’in dan tabiut tabi’in hingga kepada kita semua. Karena sesungguhnya kalimat لاإله إلاالله menyimpan berbibu hikmah bahkan juga dunia seisinya.

Dalam salah satu hadits riwayat sahabat Anas disebutkan:

مَنْ قَالَ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَمَدَّهَا هُدِمَتْ لَهُ أَرْبَعَةُ آلافِ ذَنْبٍ مِنَ الْكَبَائِرِ

“Sesungguhnya barang siapa membaca kalimat Tauhid لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ dan memanjangkannya, maka baginya akan dihapus empat ribu macam dosa besar”.


Pada saat itu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, lalu bagaimana apabila satupun dia tidak memiliki dosa besar?”, Rasulullah menjawab; “Maka yang dihapuskan empat ribu macam dosa besar adalah keluarga dan para tetangganya”.

Diantara ajaran para ulama ketika membaca panjang kalimat Tauhid, adalah memanjangkan kata LA sambil kepala berpaling ke sebelah kanan dan hati menghayati artinya yaitu “tidak ada”. Dan ketika melafazkanILAHA sambil kepala bergerak ke bagian tengah dan hati menghayati artinya yaitu “Tuhan yang wajib disembah”. Kemudian ktika melafazkan ILLALLAH sambil kepala berpaling ke sebelah kiri dan hati menghayati artinya yaitu “melainkan Allah”.

Dan yang penting diperhatikan juga adalah menyambung kalimat tauhid tersebut dengan kalimat  مُحَمَّدُ رَسُوْلُ اللهِ  di dalam hati serta menghayati artinya yaitu “Muhammad adalah utusan Allah”. Hal ini untuk membedakan cara membaca kalimat Tauhid umat Rasulullah Muhammad SAW dengan umat terdahulu.

Sebenarnya berdzikir dengan kalimat tauhid ini tidak hanya dianjurkan kepada umat Muhammad SAW saja, tetapi juga umat para nabi terdahulu. Sebuah cerita menggambarkan hal ini diriwayatkan dari Wahab bin Manbah.

 عن وهب بن منبه رضي الله عنه قال قرأت في آخر زبور داود عليه الصلاة والسلام ثلاثين سطرا يا داود هل تدرى أي المؤمنين أحب إلى أن أطيل حياته الذي إذا قال لا إله إلا الله اقشعر جلده وإني أكره لذلك الموت كما تكره الوالدة لولدها ولابد له منه انى أريد ان أسره في دار سوى هذه الدار فان نعيمها بلاء ورخاءها شدة فيها عدولا يألوهم خبالا يجرى منهم مجرى الدم من أجل ذلك عجلت أوليائي إلى الجنة لولا ذلك لما مات أدم عليه السلام وولده حتى ينفخ

Diriwayatkan dari Wahab bin Manbah bahwa dia pernah berkata, “Aku telah membaca tiga puluh baris terakhir dari kitab zaburnya Nabi Daud as. (di dalamnya diterangkan) Allah berfirman kepada Nabi Daud: “Apakah kau tahu orang mukmin yang paling aku inginkan untuk ku panjangkan umurnya?” Nabi Daud menjawab: “Tidak tahu”.

Kemudian Allah menjelaskan “yaitu orang mu’min yang jika membaca kalimat tauhid akan merinding bulu-bulanya. Dan aku sangat membenci (tidak ingnkan) orang mu’min seperti itu lekas mati, seperti orang tua yang tidak rela anaknya mati. Sesungguhnya aku ingin sekali menyenangkannya di rumah yang bukan rumah ini (fana = dunia). Karena kenikmatan di dunia ini merupakan cobaan, dan kemewahan-kemewahan itu hanyalah kesengsaraan. Di samping itu di dunia banyak musuh yang mondar-mandir terus mengalir menyelebunginya seperti aliran darah yang mengajak pada kerusakan.

Oleh karena itu aku segerakan mereka para kekasihku (mati lalu) masuk ke surgaku. Andaikata tidak demikian, niscaya tidak akan mati Nabi Adam dan anak cucunya hingga ditiupnya  sangka kala.        

Demikianlah posisi pentingnya kalimat tauhid لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ  bagi seorang mu’min, ia tidak sekedar sebagai kalimat pengakuan keesaan Allah SWT, akan tetapi juga sebagai kunci menuju kesuksesan hidup di akhirat nanti. Sebagaimana janji Allah yang dijelaskan kepada Nabi Daud as. Karena itulah dikatakan   مفتاح الجنة لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ bahwa pintu surga adalah LA ILAHA ILLALLAH.