Huruf Syin Di Akhir Ayat
Kemudian Imam Kisa’i (الكسائي) ditanya pula berapa ayat dalam al-Quran yang diakhiri dengan huruf Syin (ش)? Jawab beliau; “Ada 2 tempat.” Ayat itu ialah:1. Surah al-Qari’ah (سورة القارعة) ayat 5:
وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ (٥)
Ertinya: Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu Yang dibusar berterbangan.
2. Surah Quraisy (سورة قريش) ayat 1:
لإيلافِ قُرَيْشٍ (١)
Ertinya: Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah).
Dan ingatlah firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:
إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)
Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.
Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)
Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.
No comments:
Post a Comment