1. Surah al-Saffat [سورة الصافات]:
وَالصَّافَّاتِ صَفًّا (١)
Ertinya: Demi (hamba-hambaKu) yang berbaris dengan berderet-deret.
2. Surah al-Zariyat [سورة الذاريات]:
وَالذَّارِيَاتِ ذَرْوًا (١)
Ertinya: Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya.
3. Surah al-Tur [سورة الطور]:
وَالطُّورِ (١)
Ertinya: Demi Gunung Tursina.
4. Surah al-Najm [سورة النجم]:
وَالنَّجْمِ إِذَا هَوَى (١)
Ertinya: Demi bintang semasa ia menjunam.
5. Surah al-Mursalat [سورة المرسلات]:
وَالْمُرْسَلاتِ عُرْفًا (١)
Ertinya: Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya).
6. Surah al-Nazi’at [سورة النازعات]:
وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا (١)
Ertinya: Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya.
7. Surah al-Buruj [سورة البروج]:
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ (١)
Ertinya: Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang.
8. Surah al-Tariq [سورة الطارق]:
وَالسَّمَاءِ وَالطَّارِقِ (١)
Ertinya: Demi langit dan yang datang pada malam hari.
9. Surah al-Fajr [سورة الفجر]:
وَالْفَجْرِ (١)
Ertinya: Demi waktu fajar.
10. Surah al-Syams [سورة الشمس]:
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا (١)
Ertinya: Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang.
11. Surah al-Lail [سورة الليل]:
وَاللَّيْلِ إِذَا يَغْشَى (١)
Ertinya: Demi malam apabila ia menyelubungi segala-galanya (dengan gelap-gelitanya).
12. Surah al-Dhuha [سورة الضحى]:
وَالضُّحَى (١)
Ertinya: Demi waktu Duha.
13. Surah al-Tin [سورة التين]:
وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ (١)
Ertinya: Demi buah tiin dan zaitun.
14. Surah al-‘Adiyat [سورة العاديات]:
وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا (١)
Ertinya: Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya.
15. Surah al-‘Asr [سورة العصر]:
وَالْعَصْرِ (١)
Ertinya: Demi Masa!
Semuanya berjumlah 15 surah.
No comments:
Post a Comment