Zanjabil atau halia disebut dalam al-Quran iaitu pada surah al-Insan ayat 17:
وَيُسْقَوْنَ فِيهَا كَأْسًا كَانَ مِزَاجُهَا زَنْجَبِيلا (١٧)
Ertinya: Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”.
Kalau saya minum air campuran halia seperti teh halia, madu halia eeee tak tertahan nak minum, tekak tak boleh terima. Itu air halia di dunia sedangkan di syurga semua sedap belaka, walau air halia. Usahkan air halia, duduk termenung saja pun nikmat di dalam syurga. Halia bagus untuk membuang angin dalam badan. Dulu-dulu saya bersama sahabat serumah selalu masak susu lembu segar dengan dicampur sepotong halia dan siram. Campur pula dengan masakan sup tulang kambing. Baru kaw!
No comments:
Post a Comment