nik semakan 3 W’s
Kalau anda agak kurang pasti apakah yang perlu anda semak dalam tatabahasa bahasa Inggeris ini MUDAH sahaja sebenarnya.
Gunakan Teknik Semakan 3W’s yang telah saya cipta untuk pelajar-pelajar saya. Dalam bahasa Inggeris apa yang penting untuk anda semak ialah WHEN atau TIME bila sesuatu itu BERLAKU.Cuma 3 ZON MASA yang anda perlu jaga iaitu Present (sekarang), Past (dah lepas) dan Future (masa akan datang)
Setelah anda kenal pasti aspek WHEN dalam ayat anda itu, SEMAK pula dua lagi W iaitu Who/What atau SIAPA atau APA yang anda ingin ceritakan dalam ayat anda.
Sebagai contoh, jika anda ingin gunakan Verb TO BE in Simple present tense anda ada tiga pilihan iaitu anda perlu GUNA samaada am,is dan are. Tetapi anda perlu gunakan yang mana satu?
Ianya bergantung pula kepada Who/What atau SIAPA atau APA yang anda ingin ceritakan dalam ayat anda itu dan saya telah pecahkan Who/What itu kepada:-
1. I – gunakan ‘am’ dengan ‘I’ – I am tired today.
2. You – gunakan ‘are’ dengan ‘You’ – You are tired today.
3. Singular – gunakan ‘is’ dengan ‘singular nouns iaitu bila jumlah noun itu sama dengan satu – Ali is tired today.
4. Plural – gunakan ‘are’ dengan ‘plural nouns’ iaitu bila jumlah noun itu lebih daripada satu. – Ali and Abu are tired today.
5. Uncountable – gunakan ‘is’ dengan ‘uncountable nouns’ iaitu bila noun itu tidak boleh dikira seperti water,sugar,smoke dsbnya. – The water is hot.
These two criteria are the two most important aspects of the English grammar that you need to check everytime you construct a sentence in English.
Kedua-dua kriteria ini ialah dua aspek terpenting dalam tatabahasa bahasa Inggeris yang perlu kita semak setiap kali kita membuat ayat dalam bahasa Inggeris.
Check the TIME or WHEN first.Be aware of the TIME.Pause first everytime you want to construct a sentence.Once you are aware of the TIME, check the second aspect,WHO/WHAT.
With these two levels of checking,InsyaAllah you can communicate in English properly and correctly.
Semak MASA atau BILA terlebih dahulu. Berhenti sejenak setiap kali anda ingin membuat ayat-ayat dalam bahasa Inggeris. Anda perlu sedar tentang MASA dan keduanya semak pula SIAPA/APA yang anda ingin ceritakan dalam ayat anda itu. Dengan dua peringkat semakan ini,InsyaAllah anda boleh buat ayat dalam bahasa Inggeris dengan tepat dan betul tatabahasanya.
Kursus Intermediate English akan bermula pada 16hb Jun ini di Precint 16.Kursus 3jam seminggu selama 4 minggu dan yuran RM290.
Kursus Intensif Asas-Asas Perbualan akan bermula pada 1hb Julai ni di Precint 16.Kursus 3jam seminggu selama 3 minggu dan yuran RM220.
Hubungi saya, Cikgu Yusoff di 019-3090711 atau di cikgutuition@yahoo.com
No comments:
Post a Comment