Friday, June 3, 2011

Ayat Hari Ini Lagi

Surah al-Asr (سورة العصر) hanya ada 3 ayat tapi mempunyai 10 huruf wau [و]. Maha Suci Allah, TabarakaLlah, itulah kehebatan al-Quran:

وَالْعَصْرِ (١) إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢) إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)

Ertinya: Demi Masa! ۝ Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian. ۝ Kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.۝

Firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.

Ayat Hari Ini

Ayat Hari Ini

Ada satu ayat al-Quran yang mengandungi 33 huruf Mim (م). Tiada duanya hanya satu sahaja dalam al-Quran. Iaitu ayat 282 Surah al-Baqarah (سورة البقرة), juga dikenali Ayat Hutang dan ayat terpanjang dalam al-Quran.

Firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.

Thursday, June 2, 2011

Wasiat Nabi Untuk Ali - 19


وصية المصطفى صلى الله عليه وسلم للإمام علي أبي طالب كرم الله وجهه
تأليف: الشيخ عبد الوهاب الشعراني رحمه الله تعالى

فصل في علامات الخير

قال عليه الصلاة والسلام:
يا علي! علامات الصبر حسن السريرة عند الله وحسن الخدمة.

Wahai Ali! Alamat orang sabar itu bagus batinnya kepada Allah dan bagus khidmatnya.

يا علي! للمؤمن ثلاث علامات: بُغْضُ المال وبغض النساء وبغض الكلام في أعراض الناس.
Wahai Ali! Alamat orang beriman itu ada 3 tanda:

1. Benci akan harta yang tidak menolong untuk akhirat.
2. Benci akan perempuan yang menjadi fitnah dalam agama.
3. Benci berbicara keaiban manusia.

يا علي! للعاقل ثلاث علامات: الإستعانة بالدنيا على الآخرة وإحتمال الجفي والصبر علي الشدائد.

Wahai Ali! Alamat orang berakal itu ada 3 tanda:

1. Menggunakan dunia untuk manfaat akhirat.
2. Menanggung kekerasan.
3. Sabar atas segala kesusahan.

يا علي! وللعالم ثلاث علامات: صدق الكلام وإجتناب الحرام والتواضع.

Wahai Ali! Alamat orang alim itu ada 3 tanda:

1. Berkata benar.
2. Menjauhi perkara haram.
3. Tawaduk.

وللتقي ثلاث علامات: يتقي الكذب والخبث وجليس الشر ويدع شطر الحلال مخافة أن يقع في الحرام.

Alamat orang yang bertaqwa itu ada 3 tanda:

1. Memelihara diri dari berdusta.
2. Memelihara diri dari berbuat perkara buruk.
3. Menjauhi kawan yang jahat.
4. Meninggalkan perkara yang separuh halal (syubhah) kerana takut jatuh haram.

يا علي! للصدق ثلاث علامات: كِتْمان العبادة وكتمان الصدقة وكتمان المصيبة.

Wahai Ali! Alamat orang yang benar itu ada 3 tanda:

1. Sembunyikan ibadat.
2. Sembunyikan sedekah.
3. Sembunyikan musibah.

CARA LOCK FOLDER

Langkah 1
Copy dan paste kod (warna hijau) di bawah ke dalam notepad.


cls

@ECHO OFF

title Folder Locker

if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK

if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER

:CONFIRM

echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)

set/p "cho=>"

if %cho%==Y goto LOCK

if %cho%==y goto LOCK

if %cho%==n goto END

if %cho%==N goto END

echo Invalid choice.

goto CONFIRM

:LOCK

ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"

attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"

echo Folder locked

goto End

:UNLOCK

echo Enter password to Unlock folder

set/p "pass=>"

if NOT %pass%==
PASSWORD ANDA goto FAIL

attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"

ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker

echo Folder Unlocked successfully

goto End

:FAIL

echo Invalid password

goto end

:MDLOCKER

md Locker

echo Locker created successfully

goto End

:End
Gantikan PASSWORD ANDA dengan kata kunci anda sendiri.


Langkah 2


Save notepad anda tadi dan beri nama File name sebagai Locker.bat atau apa sahaja nama folder yang anda mahu asalkan extensionnya mesti .bat
Save as type sebagai All Files
contoh : MySecret.bat


Langkah 3


Jika anda save locker folder tadi di Document, sila pergi ke Document dan anda akan nampak icon locker seperti di atas. Klik icon locker tersebut.


Langkah 4
Lepas anda tekan icon locker tersebut, sila masukkan password anda dan tekan enter. Selepas itu satu folder dengan nama anda sendiri tadi (Contoh : MySecret) akan keluar di Document. Sila masukkan sebarang file/video rahsia ke dalam folder MySecret tadi.


Langkah 5
Untuk menutup folder rahsia tadi, sila klik icon locker tersebut dan satu paparan seperti gambar di bawah akan muncul. Sila tekan Y untuk kunci/lock folder anda tadi.






Kini folder rahsia anda tadi sudah selamat dikunci dan sesiapa boleh buka melainkan anda mendedahkan kata kunci kepada orang ramai.

Tasbih Nabi Yunus 1

Tasbih Nabi Yunus 1

Untuk Hajatan

1. Hendaklah berwirid ditempat yang sunyi dan waktu berwirid selepas Solat Subuh.

2. Selama 7 hari bermula Hari Sabtu.

3. Wiridnya sebanyak 313X:

لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ (٨٧) سورة الأنبياء

Ertinya: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

- المنقول -

Contoh Nisab Zakat Simpanan - 85 g emas

Nisab dikira dengan nilai semasa 85g emas. Jika nilai semasa 1g emas adalah RM 150, maka nisabnya adalah RM 12750. Jadi kita kena ada simpanan minima sebanyak ini kekal untuk tempoh satu tahun. Kalau turun naik turun naik melintasi paras ini maka nisabnya tidak cukup.

Hadis Hari Ini

Saad Bin Abu Waqqas berkata: Telah datang Rasulullah SAW untuk melihatku sedang aku berada di Makkah. Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah aku harus mewasiatkan semua hartaku.

Baginda menjawab: Tidak.

Aku berkata: Sebahagiannya.

Baginda menjawab: Tidak.

Aku berkata: Sepertiga.

Baginda menjawab: Ya, sepertiga dan sepertiga itu banyak. Sesungguhnya apabila engkau meninggalkan ahli waris kaya itu lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka miskin, meminta-minta kepada manusia dengan tangan mereka.

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)