Tuesday, April 2, 2013

Khuatir Tentang Hutang Kerajaan? Hutang Isi Rumah Lebih Kritikal

Khuatir Tentang Hutang Kerajaan? Hutang Isi Rumah Lebih Kritikal

Kadar Hutang Isi Rumah Malaysia Cecah 80.5% KDNK Pada 2012

Ramai yang bimbang tentang hutang Kerajaan yang kini dijadikan isu politik. Ada yang kata hutang Kerajaan terlalu tinggi disebabkan parti pemerintah, manakala pihak lain pula mendakwa hutang akan melambung jika parti lawan mengambil alih berasaskan program yang dirancang.

Sebenarnya hutang Kerajaan di Malaysia berada di sekitar 53% daripada KDNK, tahap tertinggi dalam sejarah tetapi bukan di paras kritikal, terutamanya kerana sebahagian besar daripadanya ialah hutang dalaman, bukan hutang luar.  

Selain itu, Malaysia mempunyai had hutang, iaitu 55% daripada KDNK.  Selagi hutang kita berada di bawah paras ini, situasi tidak membimbangkan. Paling penting ialah ahli Parlimen kita perlu memastikan bahawa tidak kira siapa yang memerintah, had hutang ini sentiasa dipatuhi.

Perkara lebih membimbangkan ialah Hutang Isi Rumah Malaysia yang mencecah paras lebih 80% KDNK pada tahun 2012, dengan pertumbuhan ketara berlaku dalam segmen pembiayaan peribadi, yang meningkat 30% tahun lepas.

Hutang Isi Rumah mempunyai empat komponen utama:

1.  Pinjaman/Pembiayaan Hartanah

Pinjaman ini mewakili bahagian paling besar daripada keseluruhan hutang tetapi bukan kebimbangan utama kerana disokong oleh aset. Malah, jika anda membeli hartanah kira-kira tiga tahun lepas atau lebih, nilai aset anda mungkin sudah meningkat sedangkan nilai hutang anda beransur-ansur berkurangan.

Mungkin ada risiko bagi mereka yang membeli hartanah pada harga tinggi baru-baru ini jika kadar pembiayaan dinaikkan oleh BNM pada masa depan. Peningkatan kadar akan menambah ansuran bulanan mereka. Walau apa pun, pada amnya pinjaman hartanah tidak menjadi masalah besar melainkan harga hartanah jatuh dengan ketara.

2.  Pinjaman/Pembiayaan Kereta

Pinjaman ini juga bersandarkan aset tetapi aset yang menyusut nilainya. Ada risiko dalam pembiayaan ini tetapi pada awal tahun lepas BNM telah mengetatkan syarat pinjaman. Walaupun ada sesetengah peminjam yang mungkinoverextended, tetapi ia belum lagi di tahap membimbangkan.

3.  Pinjaman/Pembiayaan Peribadi

Pada pendapat saya, dan juga berasaskan penilaian beberapa artikel yang saya baca, di sinilah wujudnya masalah paling besar. Sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkan pinjaman peribadi, terutamanya bagi pegawai Kerajaan. Malah, ada pihak baru-baru ini meminta supaya dilonggarkan lagi syarat pinjaman penjawat awam!

Pembiayaan peribadi boleh diambil oleh golongan berpendapatan lebih rendah menerusi institusi kewangan bukan bank. Bank lazimnya mengenakan syarat yang lebih ketat. Walaupun pembiayaan ini lebih baik daripada meminjam daripada Ah Long, keupayaan membayar balik harus menjadi pertimbangan utama. Kemudahan mendapat pinjaman juga merupakan satu faktor risiko.

4.  Kad Kredit

Kad kredit ialah masalah golongan yang lebih berada. Ada sesetengah orang yang gajinya lebih RM5,000 pun boleh menghadapi masalah kewangan.  Dalam rencana di Malaysian Insider, seorang pegawai AKPK berkata 25% darripada mereka yang meminta bantuan AKPK terdiri daripada golongan yang gagal merancang kewangan dengan baik akibat boros berbelanja.

Belum Serius Tetapi Berpotensi Membawa Masalah Besar

Menurut BNM, paras hutang tidak berbayar masih rendah, tetapi kita perlu ingat bahawa kadar pembiayaan amat rendah buat masa ini. Bagaimana jika kadar pembiayaan meningkat pada masa depan?

Walaupun BNM telah mengambil langkah untuk mengetatkan syarat pinjaman sejak dua tahun lepas, jumlah pembiayaan peribadi terus meningkat.

Kita patut meninjau sendiri kedudukan kewangan peribadi kita. Penyelesaian paling mudah ialah dengan hidup mengikut kemampuan. Elakkan sebarang bentuk pinjaman peribadi dan kalau boleh gunting kad kredit anda.

Selain itu, pastikan anda membayar wang pendahuluan yang mencukupi untuk aset yang anda beli, termasuk rumah dan kereta. Sebaik-baiknya janganlah ambil pembiayaan 100%. Anda mungkin belum mampu membeli aset tersebut jika anda perlu mendapatkan pembiayaan 100%. 

Sumber
1. http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/for-malaysians-a-monthly-juggle-to-escape-credit-card-debt-trap/
2,  http://www.theedgemalaysia.com/highlights/233907-rise-in-personal-financing.html
3. Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran BNM -http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/en/2012/fs2012_en.pdf

Five car accessories you must have in your car

Five car accessories you must have in your car

By  5 days ago
So, you think you’re all good to go with your recently installed super sound system and racing seats? Hang on just a second. While those may improve your driving pleasure, they won’t exactly save you from much at all. Here’s out list of REAL WORLD ‘must-have’ car accessories.
  1.  Jumper Cables
Jumper Cables
Even if you ensure the battery is replaced before its warranty period ends, there are still possibilities for leakage or the carelessness of not switching off your headlamps when you exit. Anyway, it also feels good to help someone jump-start their vehicle when it’s a 5 minute job without breaking a sweat. Just make sure the cables are of sufficient power rating.

  1. “Teh Tarik” hooks
Handy for preventing spill-overs
They cost no more than RM5 for a basic designed pair, but are a godsend when you need to hang stuff that might topple over or fall out. Installing them is as simple as removing the headrest (varies according to cars of course), slot through either rods before putting it back onto the seat. Some argue that the door lock is good enough, but a broken one resulted from overloading can be quite a headache.

  1. Torch light
Let there be light
“Emergencies can happen anytime anywhere”. Keeping that in mind, having a portable torch light is always better than groping in the dark.  While touch-screen handphones do emit quite some amount of light, many are insufficient to light up anything apart from itself. Of course some phones have an integrated flash/flash light which serves the same purpose as well.

  1. 1.5L of drinking water
Mainly for cleansing and emergency radiator top-up
OK, apart from health reasons for drinking aged drinking water, it is quite convenient for having clean water around during emergencies. Other than that, it might be sufficient for us to limp a few more kilometers in case of a leaked radiator.

  1. Curve mini-mirrors
To spot those blind spots
Many of us probably heard the term “blind-spot” during our driving school days. While some newer cars have their wing-mirrors’ outer edge curved slightly, the rest of us often depend on instincts and a little bit of luck when changing lanes. So how this interesting mirror helps is by reflecting quite a lot more view compared to a conventional flat mirror. Just do not use it to pin-point the object’s speed of approach.

Batu Terapung Ketika Isra’ Mikraj

Batu Terapung Ketika Isra’ Mikraj

by ADMIN on JULY 20, 2012
WP Greet Box icon
X
Assalamualaikum! Kami menyediakan perkhidmatan menghantar setiap artikel terus ke email anda secara PERCUMA! KLIK di sini untuk perkhidmatan tersebut!
Print Friendly
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa, Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): “Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi. Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung. Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa. Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid dengan Qubbatul Sakhrah ini.

Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini, batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ, di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya. Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.

Sumber: http://aki2004.wordpress.com/

Petua Perubatan Islam Untuk Penyakit Gatal Kulit atau Kurap

Petuanya seperti yang diperintahkanNya kepada Nabi Ayyub a.s. yang menderita kerana penyakit dalam Surah Sod ayat ke-42

ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

“Hentaklah (bumi) dengan kaki kamu”, (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): “Inilah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin)”

Kaedah Mandi:

1. Mandi dengan air daun bidara 7 helai setiap hari (diramas dan digosok daunnya) atau;


2. Mandi dengan limau purut setiap hari atau;

3. Mandi dengan larutan sesudu garam atau tawas atau;


4. Mandi dengan campuran segenggam tanah

5. Mandi dengan daun gelenggang (diramas dan digosok daunnya)(perubatan tradisional melayu)


Sebelum mandi, hentakkan kaki ke bumi (menghentak kaki ke bumi mungkin suatu bidaah, tetapi untuk rawatan kulit ini, kita mahu ambil keberkatan hentakan kaki sebagaimana perbuatan Nabi Ayyub dalam wahyu ilahi), lalu dijirus air ke seluruh tubuh sambil membaca doa sebelum mandi. Doanya ialah:

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ
ارْكُضْ بِرِجْلِكَ هَذَا مُغْتَسَلٌ بَارِدٌ وَشَرَابٌ

Kesemua air mandian dicampur ais kerana yang kita nak dapatkan ialah air sejuknya (بَارِدٌ)

Jangan lupa zikir 83 kali selepas solat, zikirnya dari doa nabi Ayyub iaitu:

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

“Wahai Tuhanku,sesunguhnya aku telah di timpa penyakit dan Engkau Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang”.(Surah Al-Anbiyaa’:83)

Monday, April 1, 2013

Kisah Ashabul Kahfi

ssalamualaikum dan Salam 1Dunia, pasti ramai sudah mendengar kisah pemuda-pemuda beriman tertidur di dalm gua selama 309 tahun kerana melarikan diri dari Raja Rom yang zalim Raja Diqyanus. Kisah Ashabul Kahfi ini diwahyukan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui firman-Nya dalam Surah Al Kahf setelah berlaku perselisihan faham.

Berikut petikan kisah Ashabul Kahfi dari surah Al Kahf ayat 9 – 26 yang maksudnya lebih kurang berikut :

9. Apakah engkau mengira bahawa orang yang mendiami gua, dan (yang mempunyai) raqim itu, termasuk tanda-tanda (kebesaran) Kami yang menakjubkan?

10. (Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami, Berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakan petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.”

11. Maka kami tutup telinga mereka di dalam gua itu selama beberapa tahun.

12. kemudian Kami bangunkan mereka, agar Kami mengetahui manakah di antara kedua golongan itu yang tepat dalam penghitungan berapa lamanya mereka tinggal (dalam gua itu).

13. Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.

14. dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat demikian tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran.”

15. Mereka itu kaum kami yang telah menjadikan tuhan-tuhan (untuk disembah) selain Dia. Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang jelas (tentang kepercayaan mereka)? Maka siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?

16. Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, niscaya Tuhammu akan melimpahkan sebahagian rahmat-Nya kepadamu dan menyediakan sesuatu yang berguna bagimu dalam urusanmu.

17. Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka sebelah kanak dan apabila matahari itu terbenam, menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas di dalam (gua) itu. Itulah sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah. Barang siapa diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yang mendapat petunjuk dan barang siapa disesatkan-Nya, maka engkau tidak akan mendapatkan seorang penolong yang dapat memberi petunjuk kepadanya.

18. Dan engkau mengira mereka itu tidak tidur padahal mereka tidur dan Kami bolak-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka membentangkan kedua lengannya di depan pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentu kamu akan berpaling melarikan (diri) dari mereka dan pasti kamu akan dipenuhi rasa takut terhadap mereka.

19. Dan demikianlah Kami bangunkan mereka agar di antara mereka saling bertanya. Salah seorang di antara mereka berkata, “Sudah berapa lama kamu berada (di sini)?” Mereka menjawab, “Kita berada (di sini) sehari atau setengah hari.” Berkata (yang lain lagi), “Tuhanmu lebih mengetahui berapa lama kamu berada (di sini). Maka suruhlah salah seorang di antara kamu pergi ke kota dengan membawa wang perakmu ini, dan hendaklah dia lihat manakah makanan yang lebih baik dan bawalah sebahagian makanan itu untukmu, dan hendaklah dia berlaku lemah lembut dan jangan sekali-kali menceritakan halmu kepada sesiapa pun.

20. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, niscaya mereka akan melempari kamu dengan batu atau memaksamu kembali kepada agama mereka dan jika demikian niscaya kamu tidak akan beruntung selam-lamanya.



21. Dan demikian (pula) Kami perlihatkan (manusia) dengan mereka agar mereka tahu bahawa janji Allah benar dan bahawa (kedatangan) hari Kiamat tidak ada keraguan padanya. Ketika mereka berselisih tentang urusan mereka maka mereka berkata, “Dirikan sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka.” Orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata, “Kami pasti akan mendirikan sebuah rumah ibadah di atasnya.”

22. Nanti (ada orang yang akan) mengatakan, (Jumlah mereka) tiga (orang), yangke empat adalah anjingnya,” dan (yang lain) mengatakan “(jumlah mereka) lima (orang) yang ke enam adalah anjingnya” sebagai tekaan terhadap yang ghaib dan (yang lain lagi) mengatakan, “(Jumlah mereka) tujuh (orang) yang ke lapan adalah anjingnya,” Katakanlah (Muhammad), “Tuhanku lebih mengetahui jumlah mereka tidak ada yang mengetahui (bilangan) mereka kecuali sedikit. Kerana itu janganlah engkau (Muhammad) berbantah tentang hal mereka kecuali perbantahan lahir saja dan jangan engkau menanyakan tentang mereka (pemuda-pemuda) kepada sesiapa.

23. Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, “Aku pasti melakukan itu besok pagi,”

24. kecuali (dengan mengatakan) “Inshaa Allah. Dan ingat kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenarannya) daripada ini,”

25. Dan mereka tinggal dalam gua selama tiga ratus tahun dan ditambah sembilan tahun.

26. Katakanlah, “Allah lebih mengetahui berapa lamanya mereka tinggal (di gua), milik-Nya semua yang tersembunyi di langit dan di bumi. Alangkah terang penglihatan-Nya dan alangkah tajam pendengaran-Nya tidak ada seorang pelindung pun bagi mereka selain Dia dan Dia tidak mengambil seorang pun menjadi sekutu-Nya dalam menetapkan keputusan.”

Kongsikan pengajaran yang anda dapat daripada kisah Ashabul Kahfi kerana setiap pembaca pasti akan memahami kisah ini daripada sudut yang berbeza berdasarkan latar belakang kehidupan yang berbeza. Aku azam suatu hari inshaa Allah akan mengembara menjejakkan kaki ke tapak sejarah pemuda-pemuda beriman yang membawa seribu makna dalam kehidupan umat Islam yang semakin bercelaru dengan perjuangan yang berbagai.
Nabi Muhammad SAW bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Disunnahkan membaca surah Al-Kahfi pada siang hari atau malam hari Jumaat sebagaimana pendapat Imam Syafi’i (Rujuk Al-Adzkar oleh Imam Nawawi).
Seorang muslim yang menghafal sepuluh atau tiga ayat pertama dari surah Al-Kahfi akan terlindung dari fitnah Dajjal, atau siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dan sepuluh ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal berdasarkan Dalilnya adalah hadith dari Abu Darda R.A dari Nabi berkata: “Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)

Banyak lagi kisah-kisah menarik yang terdapat dalam Al Quran yang difirmankan Allah SWT kepada Rasulullah untuk dijadikan panduan hidup kepada semua umat Islam dari dulu, sekarang dan hingga akhir zaman. Hanya mereka yang mendapat hidayah dari Allah SWY sahaja yang akan memahami setiap kisah untuk diteladani. Semuga KITA adalah salah seorang yang dipilih Allah SWT untuk mendapat hidayah tersebut.

Antara kelebihan / fadhilat Surah Al-Ikhlaash:

Antara kelebihan / fadhilat Surah Al-Ikhlaash:

1. Dibaca 1,000 kali sebagai penebus atau pelepas dari api neraka (Syafa'at Syurga).
2. Hadis riwayat Ubai Bin Ka'ab: "Barangsiapa membaca surah ini sekali, Allah SWT kurniakan padanya pahala 100 orang mati syahid."
3. Diamalkan secara istiqamah, InsyaAllah, mendapat Husnul Khatimah ketika sakaratulmaut; Terselamat dari kegelapan kubur; Mudah menjawab soalan-soalan Munkar & Nakir di dalam kubur; Terselamat dari huru-hara di hari kiamat.
4. Hadis riwayat Muaz Bin Jabal: "Barangsiapa membaca surah ini 11 kali, Allah SWT bina baginya istana dalam Syurga."
5. Hadis riwayat Sayyidina Ali Karamallaahuwajhah: "Barangsiapa membaca surah ini 11 kali selepas Shalat Sunat Fajar, tiada ditemui baginya dosa pada hari tersebut, walaupun syaitan berusaha baginya untuk melakukan dosa."
6. Setiap sesuatu mempunyai cahaya, dan surah ini merupakan cahaya Al-Quran.
7. Hadis riwayat Anas Bin Malik: "Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlassh 1 kali seolah-olah ia membaca satu per tiga Al-Quran, barangsiapa membacanya 2 kali seolah-olah dia membaca dua per tiga Al-Quran, barangsiapa membacanya 3 kali seolah-olah dia khatam Al-Quran keseluruhannya, dan barangsiapa membacanya 10 kali maka Allah SWT membina baginya sebuah rumah dari permata merah di dalam Syurga.
8. Dibaca 50 kali, maka diangkat baginya 50,000 darjat di sisi Allah SWT dan dihapuskan 50,000 kejahatan, dan barangsiapa yang melebihi bacaannya nescaya dilebihkan Allah SWT akan pahalanya.
9. Ketika Rasulullah SAW berada di Makkah, baginda nampak Madinah dalam keadaan mendung (bukan dari awan, tapi dari para Malaikat). Baginda SAW lalu bertanyakan Jibril akan hal itu, Jibril lalu menjawab seorang sahabat Baginda telah meninggal dunia, dan rohnya di-iringi oleh beribu-ribu Malaikat. Bila ditanya apa amalannya, jawabnya beliau suka mengamalkan membaca Surah Al-Ikhlaash..

Semoga 'ilmu ini menjadi 'amalan.
'Share' dan sebarkanlah 'ilmu Allah, agar hidup kalian penuh berkat, dan mendapat 'amal jariah bekalan di Akhirat kelak.

Kisah Nabi Musa Mencari Nabi Khidir

Kisah Nabi Musa Mencari Nabi Khidir

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, teringat semasa kecil dahulu selalu dengan kisah Nabi Khidir yang diceritakan oleh orang-orang tua. Ketika itu aku sangkakan kisah Nabi Khidir sama seperti cerita dogeng Hang Tuah atau cerita dogeng Puteri Gunung Ledang. Sangkaan aku salah sebenarnya kisah Nabi Khidir telah difirmankan Allah SWT kepada Nabi Muhamad SAW dalam Surah Al Kahf ayat 60 – 82 untuk dijadikan pengajaran kepada umat Islam akhir zaman.

Menarik sungguh kisah Nabi Khidir seorang Nabi yang misteri yang dikatakan masih hidup abadi hingga sekarang. Berdasarkan wikipedia Nabi Khidir adalah anak cucu Nabi Adam yang taat beribadah dan ditangguhkan kematiannya. Mengikut Imam An Nawawi mengatakan bahawa Nabi Khidhr adalah seorang putera raja. Tidak banyak yang diceritakan dalam Al Quran melainkan dalam Surah Al Kahf ayat 60 – 82 yang mengisah kan Nabi Musa a.s bertemu dengan Nabi Khidir a.s.

Kepada yang belum berkesempatan membaca terjemaahnya di sini dikongsikan untuk dijadikan pengajaran

60. Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya ; “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun”.

61. Maka tatkala mereka sampai ke pertemuan dua buah laut itu, mereka lalai akan ikannya lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke laut itu.

62. Maka tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada muridnya; “Bawalah ke mari makanan kita sesungguhnya kita telah merasa letih kerana perjalanan kita ini,”

63. Muridnya menjawab ; “Tahukah kamu ketika kita mencari tempat berlindung di batu tadi maka sesungguhnya aku terlupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali,”



64. Musa berkata; “Itulah (tempat) yang kita cari,” Lalu keduanya kembali mengikuti jejak mereka semula.

65 Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami.

66. Musa berkata kepada Khidir ; “Bolehkah aku mengikutmu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepada mu,”

67. Dia menjawab ; “Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sanggup sabar bersamaku.

68. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu,”

69. Musa berkata ; :inshaa Allah kamu akan mendapati aku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun,”

70. Dia berkata ; “Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apapun sampai aku sendiri menerangkan kepadamu,”

71. Maka berjalanlah kedua-duanya hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu Khidir melubanginya. Musa berkata ; “Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akbibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya?” Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar.

72. Dia (Khidir) berkata ; Bukankah aku telah berkata Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar bersama dengan aku,”

73. Musa berkata ; “Janganlah kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganglah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku,”

74. Maka berjalanlah kedua-duanya; hingga tatkala keduanya berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata; “Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih bukan kerana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar,”

75. Khidir berkata; “Bukankah sudah ku katakan kepadamu bahawa sesungguhnya kamu tidak akan dapat sabar bersamaku,”

76. Musa berkata; “Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur padaku,”

77. Maka keduanya berjalan hingga tatkala keduanya sampai kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri itu tetapi penduduk negeri itu tidak mahu menjamu mereka, kemudian keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh, maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata; “Jikalau kamu mau, niscaya kamu mengambil upah untuk itu,”

78. Khidir berkata; “Inilah perpisahan antara aku dengan kamu; Aku akan memberitahukan kepadamu tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya,”

79. Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.

80. Dan adapun anak itu maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir bahawa dia akan mendorong kedua orang tuanya itu kepada kesesatan dan kekafiran.

81. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengantikan bagi mereka dengan anak laim yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan lebih dalam kasih sayangnya (kepada ibubapanya).

82. Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya adalah seorang yang soleh maka Tuhan-mu menghendaki agar supaya mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu sebagai rahmat dari Tuhan-mu dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar terhadapnya,”

Banyak pengajaran yang kita boleh pelajari dari pada kisah Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir. Bukan mudah kita nak bersabar untuk mempelajari sesuatu ilmu daripada mereka yang lebih faham. Sifat tidak sabar dan ingin berjaya dengan cepat sudah menjadi sebati dalam kehidupan kita tak kiralah dalam bidang apa sahaja yang kita ceburi. Seorang usahawan Islam jarang-jarang dapat bersabar marangkak dari awal tanpa banyak soalan mengikut didikan usahawan yang sudah berjaya.

Kurang sabar adalah kunci segala kegagalan. Apa pandangan anda??

Amalan membaca surah Al Kahf memang banyak boleh di baca di SINI.