Wednesday, May 29, 2013

Ayat Untuk Menghilang Kepanasan Badan

Ayat Untuk Menghilang Kepanasan Badan

Nuffnang Ads

Ayat ini dibaca bagi orang yang panas badannya samada sebab demam atau hawa panas atau sebabgangguan makhluk halus.

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ وَلُعِنُوا بِمَا قَالُوا بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوطَتَانِ يُنْفِقُ كَيْفَ يَشَاءُ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِنْهُمْ مَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا وَأَلْقَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ كُلَّمَا أَوْقَدُوا نَارًا لِلْحَرْبِ أَطْفَأَهَا اللَّهُ وَيَسْعَوْنَ فِي الأرْضِ فَسَادًا وَاللَّهُ لا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ (٦٤) سورة المائدة

Ertinya: Dan orang-orang Yahudi itu berkata: “Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir)”, tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.۝

قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي بَرْدًا وَسَلامًا عَلَى إِبْرَاهِيمَ (٦٩) سورة الأنبياء

Ertinya: Kami berfirman: Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!۝

بِسْمِ اللهِ الْكَبِيْرِ، أَعُوذُ بِاللهِ العَظِيْمِ مِنْ شَرِّ كُلِّ عَرْقِ نَعَّارٍ وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّارِ

Ertinya: Dengan nama Allah yang Maha Besar, kami berlindung dengan Allah dari kejahatan peluh yang mendidihkan darah dan dari kejahatan kepanasan neraka.

Rahsia Labur Duit




Tiada rahsia.

Dapatkan pekerjaan yang baik, simpan sekurang-kurangnya 10% pendapatan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau Tabung Haji dan beli indeks melalui MyETF DJIM di Bursa Malaysia (khususnya ketika harga jatuh).

Amalkan selama 30 tahun.

Kita akan mempunyai lebih banyak harta dari 70% penduduk di Malaysia.



in
Share



Baca Artikel Ini Juga:
Dividen Bonus ASB 2011
Dividen & Bonus ASB 2012
Apa Kata Ustaz Azhar Idrus Mengenai Hukum Melabur Dalam ASB?
Kenapa Strategi Index Alternatif Yang Baik untuk ASB bagi Pelabur Patuh Shariah ?
Pelaburan Yang Lebih Untung Dari ASB Pada 2012
Updates via email, FB & Twitter

Penjelasan Tentang Pendapatan Sesaham, Dividen dan Nisbah P/E

Penjelasan Tentang Pendapatan Sesaham, Dividen dan Nisbah P/E
Adakah P/E bersangkut paut dengan dividen? Jika saya melabur dalam saham yang mempunyai nilai P/E 10 adakah saya akan membuat keuntungan sekali ganda dalam masa 10 tahun?

Mengenai Nisbah P/E

Nisbah P/E bermakna nisbah antara harga dan pendapatan dan diperolehi dengan membahagikan harga saham dengan pendapatan sesaham. Pendapatan sesaham dikenali sebagai Earnings Per Share (EPS) dalam bahasa Inggeris.

Nisbah P/E = Harga / Pendapatan Sesaham.

P?E ini tidak mempunyai maksud apa-apa berkaitan dengan pulangan yang anda terima sebagai pemegang saham. Sebaliknya ia merupakan ukuran untuk membandingkan nilai sesebuah syarikat berbanding dengan syarikat lain.

Kita semua tahu bahawa semua syarikat mempunyai harga berbeza dan tahap pendapatan sesaham yang berbeza. Justeru, adalah sukar untuk membandingkan satu syarikat dengan syarikat yang lain. Dengan adanya nisbah P/E, kita boleh membandingkan segala jenis syarikat, tidak kira saiznya.

Jika nilai P/E adalah 10, ini bermakna pada harga semasa dan pendapatan sesaham semasa, pelabur diandaikan akan pulang modal dalam masa 10 tahun. Jika P/E adalah 5, pelabur akan pulang modal dalam 5 tahun. Ini andaian sahaja dan merupakan kayu pengukur untuk membuat penilaian. Pulangan sebenar yang anda terima akan bergantung kepada nilai saham pada masa depan dan juga dividen yang dibayar kepada syarikat.

Mengenai Dividen

Dividen pula ialah pulangan sebenar yang diterima oleh pelabur, yang dibayar daripada pendapatan sesebuah syarikat. Kebanyakan syarikat membayar dividen manakala ada syarikat yang tiada dividen. Pulangan yang diterima pelabur ialah kenaikan harga saham serta dividen yang diterima (jika ada)..

Pulangan dividen yang anda terima bukan peratus dividen yang diumumkan oleh syarikat, kerana nilai ini adalah berasaskan nilai par saham, tetapi dividen, dalam sen, dibahagikan dengan harga belian saham anda. Inilah yang dinamakan dividen yield atau pulangan dividen anda.

Merujuk kembali kepada soalan di atas, untung yang anda terima dalam masa sepuluh tahun ialah jumlah keseluruhan dividen yang anda terima dalam tempoh tersebut, ditambah kenaikan harga saham (jika harga naik). Kita tidak akan tahu nilainya sehinggalah masa tersebut tiba dan hanya boleh membuat anggaran.

Kaitan Antara Pendapatan Sesaham dan Dividen

Pendapatan sesaham ialah untung yang diperolehi syarikat dibahagikan dengan jumlah saham syarikat. Syarikat boleh melakukan dua perkara dengan pendapatan ini. Pertama ialah menyimpannya untung mengembangkan syarikat dan kedua ialah dengan membayar dividen.

Sebagai contoh, jika EPS ialah 20 sen dan dividen ialah 10 sen, maka pendapatan yang dikekalkan oleh syarikat di dalam operasinya ialah 10 sen. Lazimnya, 10 sen ini akan dapat dilihat daripada kenaikan Nilai Aset Bersih sesaham atau Net Tangible Assets (NTA).

Sebuah syarikat yang membayar dividen dan juga meningkatkan NTA tahun demi tahun ialah syarikat yang amat kukuh.

Kesimpulannya ialah kita menggunakan P/E untuk membuat perbandingan antara syarikat. Ia merupakan salah satu daripada kaedah penilaian saham dan bukannya ukuran untuk menentukan pulangan. Manakala pulangan yang kita perolehi pula meliputi dividen yang diterima dan juga kenaikan harga saham.

Posted by Razali Razman at 11:08 PTG

Friday, May 24, 2013

Apa itu Prospektus?


Apa itu Prospektus?

“Kalau nak beli IPO, baca prospektus dulu.”

Mungkin kalian pernah mendengar nasihat sebegini.

Tapi apakah itu prospektus?

Prospektus merupakan suatu dokumen yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat yang ingin menyenaraikan syarikat tersebut di Bursa Malaysia, daripada syarikat berstatus sendirian berhad (sdn bhd) kepada syarikat berstatus berhad/awam.

Ia merupakan dokumen yang dikeluarkan bertujuan untuk mempelawa orang ramai untuk melabur di dalam syarikat tersebut dengan membeli sekuriti syarikat itu. Prospektus ini perlu dilengkapi dengan maklumat yang lengkap dan relevan mengenai syarikat tersebut. Dalam erti kata lain, dokumen ‘marketing’




Prospektus penting kepada para pelabur untuk menilai kualiti sesebuah syarikat. Melabur tanpa membaca terlebih dahulu prospektus ini dapat menyebabkan anda mengalami kerugian.

Walaupun IPO dijual pada harga yang rendah berbanding harga saham yang lain, namun risiko itu tetap wujud dan tiada jaminan harga IPO tersebut akan naik mendadak seperti yang diharapkan.

Apa yang terkandung di dalam prospektus?
Latar belakang syarikat
Ringkasan mengenai perniagaan yang dijalankan
Maklumat kewangan
Pemegang saham, pengarah dan pengurusan syarikat
Prospek dan Hala tuju syarikat
Ringkasan modal saham, perangkaan terbitan dan tawaran

Jadi, sebelum melabur di dalam mana-mana IPO, pastikan anda telah pun membaca prospektus yang telah dikeluarkan. Kalau tak baca sampai habis pun, baca ringkasan sahaja sudah memadai.

Kalau tak mahu baca prospektus, boleh pilih cara pelabur hensem ;) 

Fungsi nouns dalam bahasa Inggeris

Fungsi nouns dalam bahasa Inggeris

Image
Aspek yang perlu anda tahu dalam mempelajari dalam aspek Nouns ini ialah:-

1. Proper and Common Nouns – Kata nama am dan kata nama khas.

i. Proper nouns – Kata nama khas yang spesifik untuk orang,haiwan, benda dan tempat dan mesti digunakan dengan huruf besar.

iii. Common nouns – Kata nama am yang menamakan orang,haiwan, benda dan tempat dan benda secara am dan dieja dengan huruf kecil.

2. Gender in nouns – Jantina dalam nouns.

i. Nama-nama yang khas untuk lelaki/jantan

Orang – boy, man, father

Haiwan – tomcat, bull, peacock

ii. Nama-nama yang khas untuk perempuan/betina.

Orang – girl, woman, mother

Haiwan – queen, cow, peahen

iii. Nama-nama yang boleh digunakan untuk kedua-dua jantina.

Orang – child, parent

Haiwan – cat, cattle, peafowl

iv. Nama-nama untuk benda-benda yang tidak ada jantina.

table, chair, cow

3. Count in nouns – Countable and uncountable nouns.

i. Nouns yang boleh dikira

car, house, book

ii. Nouns yang tidak boleh dikira.

water, flour, English, smoke

4. Quantity in nouns

i. Qty =1 —–> Singular Nouns – Kata nama tunggal

ii. Qty > 1 —–Plural nouns – Kata nama majmuk

5. Subject Verb Agreement – Penggunaan verbs yang sesuai dengan:-

i. Uncountable nouns
ii. Countable singular nouns
iii. Countable plural nouns

6. Collective nouns – Penjodoh bilangan berkelumpuk untuk:-

i. Sekumpulan orang – A class of students, a faculty of lecturers

ii. Sekumpulan haiwan – A herd of cattle, a flock of chickens

iii. Sekumpulan benda – A loaf of bread

7. Possessive nouns – Kata Nama pemilikan

i. Penggunaan apostrophe ‘s’ – Ali’s car

ii. Penggunaan apostrophe sahaja – The boys’ mother

8. Matching with other words

i. Singular with singular and plural with plural

e.g. The man is a teacher.

The men are teachers.

ii. Usage with articles

Ali is a teacher.

Ali and Abu are teachers.

iii. Usage with demonstrative pronouns

That man is a teacher.

This man is a teacher.

These men are teachers.

Those men are teachers.

iv. Replacing them with pronouns

Singular noun must be replaced with a Singular pronoun

I met Ali yesterday. He gave me a book.

I met Ali and Abu yesterday. They gave me a book
Kursus Asas-Asas Komunikasi bahasa Inggeris intensif akan dibuat pada 15 dan 16hb Jun nanti di Sunway.Yuran biasa RM350 tapi cuma RM290 untuk mereka yang mendaftar awal! Terhad kepada 20 tempat tapi tinggal 10 kekosongan sahaja lagi.

Masa Yang Paling Baik Untuk Melabur

Masa Yang Paling Baik Untuk Melabur


Sekiranya kita mahu melabur menggunakan strategi indeks sila buat pemerhatian sebegini.

Pertama, sila tengok pusat-pusat percutian keluarga yang popular & berkadar premium semasa cuti sekolah. Legoland Malaysia di Nusajaya. Sunway Lagoon. Genting Higlands.

Kedua, sila tengok trend percutian ke luar negara. Pergi tengok bagaimana keadaan waktu pagi di LCCT khususnya penerbangan AirAsia ke lokasi percutian yang popular seperti Bandung, Vietnam, Australia.

Seterusnya, sila tengok pusat membeli belah yang bersifat premium. KLCC, Pavillion & Johor Premium Outlet.

Sekiranya tempat-tempat sebegini masih dipenuhi orang itu tandanya pasaran dalam keadaan baik. Keuntungan pelaburan kita agak terhad.

Apa yang kita perlu tunggu adalah tempat-tempat sebegini kosong tidak ramai pengunjung seperti biasa.

Thursday, May 16, 2013

DIY: Grounding Contact Cleaning

DIY: Grounding Contact Cleaning

By 10 hours ago
2013-suzuki-swift
Does your car sometimes experience dimming of lights? Does it occasionally need a few cranks before the engine fires up? Or does it show signs of a depleted

DIY: Grounding Contact Cleaning

By 10 hours ago
2013-suzuki-swift
Does your car sometimes experience dimming of lights? Does it occasionally need a few cranks before the engine fires up? Or does it show signs of a depleted battery even if your mechanic has confirmed both battery and alternator are perfectly fine?
If you answered yes to all above questions, it is possible that your car is suffering from poor electrical grounding especially when it’s close to a decade old or more.
Unlike electricity in our house, most vehicle electrical appliances use the chassis as its grounding point. As a result it is unsurprising if these grounding points degrade due to rust, corrosion and exposure to the elements. Fortunately though, most common ‘problematic’ grounding points are located under the hood where they can be cleaned without much hassle. Here’s how
Tools
  • Sand paper/copper brush
  • Antirust spray and lithium grease (optional)
  • Screw driver or spanners
  • Rags or old newspaper for cleanup
Steps
Chassis3
  1. Locate the ground cables of the car in the engine bay. One would usually be connecting the battery’s negative terminal to the chassis or engine/transmission; another would connect the engine block to the chassis
  2. using a screw driver or spanner, unscrew the screw or bolt that holds the connect point
  3. remove any signs of rust on both the connector ring and thread of the screw/bolt with the sand paper or copper brush
  4. Spray some antirust onto the screw hole and thread
  5. Refit the components and make sure the screw is tight. Spraying an additional layer of antirust would help protect the unpainted areas although coating with some lithium grease would last longer