Tuesday, April 16, 2013

10 Fakta Menarik Mengenai Subway

10 Fakta Menarik Mengenai Subway

Subway, sebuah syarikat makanan segera berkonsepkan sandwich, dinobatkan sebagai the fastest growing franchise dan merupakan restoran makanan segera terbesar di dunia dengan 37,881 buah restoran di 98 buah negara di seluruh dunia.
subway

10 Fakta Menarik Mengenai Subway

1. Diasaskan pada tahun 1965 oleh 2 orang anak muda yang berusia 17 tahun ketika itu iaitu Fred DeLuca dan Peter Buck. Diasaskan bertujuan untuk mencari duit lebih bagi membayar yuran pengajian mereka di kolej.
2. Syarikat yang ditubuhkan diberi nama Doctor’s Associates, Inc. Nama ini merujuk kepada Fred DeLuca dan Peter Buck yang ketika itu sedang belajar di dalam bidang perubatan dan fizik.
3. Fred DeLuca juga merupakan seorang yang dropout. Beliau mengambil keputusan untuk tidak menyambung pelajarannya di dalam bidang perubatan ketika itu kerana ingin menguruskan perniagaan Subway yang sedang berkembang dengan pesat.
4. Subway juga mempromosikan menu yang bersifat healthy dan menu jenis ini mendapat respon yang menggalakan daripada orang ramai. Hanya roti dan sayur sahaja. Golongan vegetarian juga amat menyukai menu jenis ini.
5. Memulakan perniagaan ini dengan hanya bermodalkan USD $1,000.
6. Subway tidak menjual sesuatu yang baru. Mereka hanya “memanjangkan” saiz sandwich yang sedia ada dan menjualnya dengan menu pelbagai pilihan.
7. Mendaftarkan perkataan “footlong” sebagai trademark Subway.
8. Ketika krisis ekonomi pada tahun 2008, Subway memperkenalkan “$5 Footlong” dan promosi tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai di US. Hanya $5 dah dapat satu sandwich yang panjang dan sedap. Disebabkan idea ini, jualan Subway pada tahun 2009 mencatatkan nilai USD $3.5 billion. Konsep $5 ini kemudiannya diguna pakai oleh syarikat makanan segera yang lain.
9. Subway kini merupakan rangkaian restoran makanan segera terbesar di dunia, mengambil alih gelaran tersebut daripada McDonalds.
10. Pada tahun 2011, Subway telah dinobatkan sebagai the most loved fast food chain in the US. Sedap, murah, sihat, unik, cepat ; antara faktor kejayaan Subway yang kini mencatatkan jumlah jualan USD $16.2 billion setahun.
Nyum nyum nyum… Lapar tak? ;)

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT

38 KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri. 

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

BAB: KESILAPAN-KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
1. SOLAT TANPA ILMU
Orang yang mengerjakan solat tanpa ilmu tergolong dalam golongan orang yang tidak dapat dimaafkan kerana “kebodohan beragamanya”. 

2. TIDAK MEMERHATIKAN KESEMPURNAAN WUDHUK
Ramai di kalangan kita tidak memerhatikan kesempurnaan wudhuk. Mereka berwudhuk ala kadarnya sahaja. 

3. LARANGAN ISBAL - KAIN ATAU SELUAR YANG LABUH MENUTUPI MATA KAKI
Ramai di kalangan muslimin langsung tidak ambil berat, malah ada yang langsung tidak tahu menahu tentang larangan isbal. Mereka solat dengan kain atau seluar labuh menutup mata kaki. 

4 . MELAFAZKAN NIAT
Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat.
Tidak ada nas sama sekali yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan. 

5. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM
"Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya" @ mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis...

6. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?
Sunnah Rasulullah SAW ialah meletakkan posisi tangan di dada.

7. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD
Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.

8. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT!
Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat. Seolah-olah ada pertandingan ‘siapa cepat dia menang’! Hal ini langsung bukan dari petunjuk dan ajaran Rasulullah SAW.

9. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM
Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

10. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’
"Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang." 

11. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA
Sabda Rasulullah SAW: “Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri (dalam) solatnya.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana mungkin ia mencuri (dalam) solatnya? Rasulullah SAW menjawab: “Yaitu mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud.” 

12. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD
Rasulullah SAW bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." 

13. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD
Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat. Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda:"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

14. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD
Rasulullah SAW bersabda. “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”. Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.

15. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT
Cara duduk antara dua sujud, duduk iftirasy (duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan). Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke Kiblat.

16. MENYINGSING LENGAN BAJU DAN MENYELAK RAMBUT
Larangan menyelak atau menyingsing lengan baju dan menyelak rambut (ketika sujud) agar
tidak terjurai bukan sahaja ketika solat tetapi sebelum solat lalu ia melaksanakan solat. Dan
menurut jumhur ulama’ ia termasuk dalam larangan dan dikuatkan oleh hadis Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa orang yang solat tidak boleh menyelak rambutnya ketika sujud.

17. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT
Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."Kemudian Rasulullah SAW bertompang (dengan tangannya) pada lantai ketika bangkit ke raka'at kedua.

18. DUDUK TAHYAT PERTAMA DENGAN TAHYAT AKHIR TIADA BEZANYA
Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat
akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk
di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.

19. BERDO’A SESUDAH BACAAN TAHYAT AKHIR
Ramai di kalangan kita, apabila selesai membaca tahiyyat akhir, terus beri salam. Memang tidak salah. Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu: berkata Rasulullah SAW: "Apabila kamu telah selesai tahyat akhir maka hendaklah berdo’a berlindung kepada Allah dari empat perkara: Ertinya: "Ya Allah! Aku berlindung kepada-Mu dari siksa neraka jahannam, siksa kubur, fitnah kehidupan dan kematian serta fitnahnya Al-Masiihid Dajjaal."

20. MENYAPU MUKA SESUDAH SALAM
Ada orang kata, sesudah salam, disunatkan menyapu muka. Saya tercari-cari hadis yang menyatakan sunnah menyapu muka. Malah yang saya temui adalah seperti berikut: Ath-Thabarani meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu katanya: “Rasulullah SAW apabila selesai solatnya, baginda menyapu dahinya dengan telapak tangan kanannya” Hadis ini sangat dha'if.

21. MAKMUM BERALIH RUKUN SERENTAK DENGAN IMAM
Hal ini cukup lumrah. Imam takbir…..bergerak ke rukun rukuk. Makmum juga ikut takbir dan bergerak ke rukun rukuk. Kalau imamnya bergerak lambat, kadangkala kita perhatikan makmum dulu yang rukuk sebelum imam. Dari Al Barra’ Radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: “Setelah Rasulullah SAW mengucapkan, kami tetap tegak berdiri hingga kami melihat Rasulullah SAW meletakkan benar-benar dahi baginda di tempat sujud, barulah kami bergerak sujud.”

22. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT
Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Padahal Rasulullah SAW menegaskan: “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40……. daripada harus melintas di hadapannya. 

23. MAKMUM TIDAK MEMENTINGKAN SAF PERTAMA
Rasulullah SAW: “Kalaulah orang-orang tahu keutamaan yang ada dalam azan (maksudnya memenuhi seruan azan dengan berjema’ah di masjid) dan berada di saf pertama, kemudian mereka tidak mendapatkannya, kecuali dengan cara mengundi, pasti mereka akan mengadakan undian.”).

24. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT: MAKMUM TAK KISAH
Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat. Sebahagian sahabat berkata, “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu” 

25. MEREMEHKAN SOLAT FARDHU BERJEMAAH DI MASJID
Ada sebuah hadis yang mengatakan bahawa sesiapa yang tinggal berdekatan dengan masjid atau surau, yang apabila dikumandangkan azan untuk solat berjemaah, tetapi dia lebih suka solat sendirian di rumah, maka hukum solatnya itu dianggap tidak sah. Sebahagian ulama’ mentafsirkan “tidak sah” ini sebagai “tidak sempurna”.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW, “Tidak sah solat bagi tetangga masjid kecuali di masjid.” (Hadis riwayat Imam Daruquthni dan Hakim) Dari Ibnu Abas Radhiyallahu 'anhu, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendengar azan, sedang tidak ada uzur yang menghalanginya mengikuti solat berjema’ah, maka tidak sah sembahyang yang dilakukan sendirian.” Mereka (para sahabat) bertanya: “Apa itu uzur?” Rasulullah SAW menjawab: “Rasa takut (tidak aman) atau sakit.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud)

26. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR/MULUT
Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.

27. SOLAT DENGAN HANYA MEMAKAI KAIN PELIKAT TANPA MEMAKAI BAJU.
Dari hukum feqah, ia memang sah. Rasulullah SAW menegur orang solat yang tidak menutupi bahunya. Bertemu sesama manusiapun, kita tidak sanggup kalau tidak berbaju, apalagi mengadap Allah Ta’ala. 

28. BACAAN IMAM TIDAK BETUL
Rasulullah SAW bersabda: “Biarkanlah imam memimpin kalian solat. Jika mereka (yakni imam) berlaku benar, maka pahalanya bagi mereka dan bagi kalian (para makmum). Jika imam salah, maka pahala tetap bagi kalian dan dosa bagi mereka (yakni imam).” 

29. IMAM SOLAT EKSPRES!
Imam Ahmad mengingatkan para imam: Suruhlah setiap yang menjadi imam, agar ia berhati-hati sekali dengan solat agar ia mengerjakan solatnya itu dengan baik dan sempurna, agar para makmumnya menjadi baik pula solatnya.

30. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN!
Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya).

31. RAGU-RAGU TENTANG KEBERSIHAN
Adapun mengenai kedudukan solat seseorang yang ragu atau syak tentang kebersihan, sekalipun ragu atau syak tentang najis, maka keraguan atau syak itu tidak menjejaskan hukum yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah, kerana berdasarkan kaedah fiqh bahawa: "Sesuatu yang sudah diyakini tidak dihilangkan oleh sebab adanya keraguan."

32. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam. Bayangkan seumur hidup solat, tidak satupun makna bacaan yang difahaminya. Inilah kebodohan yang nyata dan tidak boleh dimaafkan dalam beragama. Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari. Sabda Rasulullah SAW: “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat


33. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT
Sabda Rasulullah SAW: “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani) Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ramai orang yang sedang mengerjakan solat tapi sambil memikirkan program
keduniaan. Fikiran mereka melayang dan menerawang kepada urusan dunia. Mereka
membuat rencana ke sana atau ke sini sesudah solat nanti. Itu dikerjakan di tengah-tengah
melaksanakan solat. Sebahagian ulama memaksudkan: Itulah di antara yang disebut mabuk.

34 . MENYAMBUNGKAN SOLAT FARDHU DENGAN SOLAT SUNAT
Seringkali kita melihat ada orang sesudah solat fardhu, lantas bangun dan mengerjakan solat sunat tanpa berzikir terlebih dahulu. Ini banyak sekali berlaku sesudah solat Jumaat. Sesudah mengerjakan solat fardhu, hendaklah kita sebaik-baiknya berzikir terlebih dahulu (sebahagian ulama’ berpendapat ‘memutuskannya dengan berbicara’ ditafsirkan dengan Walau bagaimanapun, solat sunat paling afdhal dan digalakkan dilakukan di rumah. 

35. MENANGGUHKAN SOLAT QADHA YANG TERTINGGAL
Dari Anas bin Malik Radhiyallahu 'Anhu, dia berkata. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa lupa solat, hendaklah dia mengerjakannya ketika mengingatnya, tiada denda baginya kecuali yang demikian itu”. Lalu Rasulullah SAW membaca firman Allah. 'Dan, dirikanlah solat untuk mengingatiKu”. (Hadis riwayat Bukhari).

KESIMPULAN HADIS INI DAN HUKUM-HUKUMNYA
[1] Kewajipan qadha sembahyang bagi orang yang lupa dan tertidur, yang dilaksanakan ketika mengingatnya.
[2] Kewajipan segera melaksanakannya, kerana penundaannya setelah mengingatkannya sama dengan meremehkannya.
[3] Tidak ada dosa bagi orang yang menunda solat bagi orang yang mempunyai alasan, seperti lupa dan tertidur, selagi dia tidak mengabaikannya.

36. TIDAK BERJEMAAH DI TEMPAT AWAM
Hal ini sering berlaku di mana ramai di kalangan kita tidak solat berjemaah di surau atau musolla ketika musafir, atau di shopping-shopping kompleks. Bukankah solat berjemaah itu 27 kali lipat pahalanya daripada solat bersendirian? Siapa yang bagus dan baik bacaan Al-Qur’annya, majulah ke depan untuk menjadi imam. Jangan sampai orang yang buruk bacaan Al-Qur’annya yang maju ke depan dan bertindak menjadi imam!.

37. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT
Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja. Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar. Sabda Rasulullah SAW: “Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”

“Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ الُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لُلُُ 33 kali, takbir الُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan bacaan: Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad) Dari Abi Umamah,Nabi s.a.w bersabda: “Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah/fardu/wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” (Hadis riwayat Imam An-Nasa'i dan lain-lain. –
sahih)

38. MENGERASKAN ZIKIR SESUDAH SOLAT BERJEMAAH
Mengeraskan zikir secara jemaah sesudah solat sudah menjadi satu budaya di kalangan kita. Banyak riwayat menunjukkan Rasulullah SAW ada berzikir dan berdoa’ selepas solat tetapi ia TIDAK dilakukan dengan cara beramai-ramai (berjemaah) secara berkekalan dan ianya dilakukan mengikut adab yang betul. 

BAB: PENUTUP:
Demikianlah sedikit sebanyak kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika kita mengerjakan
solat, sama ada kita sedari atau tidak, telah menyebabkan solat kita ‘cacat’ dan tidak
sempurna. Malah lebih ‘menakutkan’ lagi, ia buat solat kita jadi tidak sah atau terbatal garagara kebodohan kita tidak mahu mendalami ilmu solat yang sebenarnya.

Ditulis & disusun Oleh:
Ruslan Mamat

Teks penuh setebal 61 mukasurat boleh di download dari 
www.E-KEDAI.com.my/info/38kesilapanumumdisekitarsolat.pdf

Gaya Rumah Eropah: Selamat dan jimat tanpa gril


16 APRIL 2013

Hari ini saya ingin sambung kisah Gaya Rumah Eropah, Gaya Wang Mengalir ke Poket yang saya tulis semalam.

Kali ini saya ingin menyentuh mengenai privasi dan keselamatan penginap rumah-rumah di sana.

Di Eropah, pemandangan seperti di bawah adalah biasa.
Satu barisan bangunan sepanjang jalan tapi sebenarnya terdiri dari beberapa unit bangunan yang bercantum.

Itu sebabnya warna dan reka bentuk setiap unit bangunan dalam barisan itu berbeza-beza.


Bagi setiap unit bangunan, ada beberapa unit kedai (aras bawah) dan rumah (aras bawah dan tingkat atas) di dalamnya.
Ia seperti apartment yang setiap aras mungkin mempunyai satu atau dua unit lagi.

Kemudian, untuk masuk ke dalamnya, ada satu pintu pintu utama.
Kalau dalam kes gambar rumah di atas, bangunan berwarna krim paling kiri mempunyai pintu utama ia sendiri.
begitu juga dengan bangunan berwarna kelabu di sebelahnya, yang berwarna krim, peach dan seterusnya.


Kalau perhatikan rumah-rumah di Eropah  ni, tingkapnya besar-besar.
Tapi tak pakai gril pun.
Katanya, tak dengar sangat kes orang pecah masuk melalui tingkap pun.

Wah... kalau di Malaysia, dah pasang gril penuh pun kena kopek lagi.

Bagaimana boleh ini berlaku?

Pertama sekali, saya dapati orang Eropah yang sebenarnya sangat bagus disiplin, sikap dan budi pekertinya.
Negara mereka memang jauh lebih selamat.
Ramai orang naik basikal, cuma letak handbag di bakul belakang begitu sahaja.
Tak ada pun kena ragut.

Kemudian, budaya berkongsi kereta sangat bagus di sini.
Kalau ada yang nak memandu jauh dan masih ada beberapa kekosongan tempat duduk, ada website khas untuk mereka iklankan mencari penumpang.
Kemudian siapa yang nak menumpang boleh daftar dan cari di laman web tersebut, siapa yang mencari penumpang yang melalui destinasi mereka.
Kemudian penumpang tu akan bayar lah amaun tertentu sebagai tambang atau kos tong-tong minyak.
Ini bermakna, orang di sana memang boleh dipercayai.

Kalau di Malaysia buat begitu, haaa.. rasanya ada banyak la kes rompakan, penculikan atau rogol berlaku.

Jadi, sikap rakyat memainkan peranan penting.

Kemudian, pintu utama yang saya katakan tadi biasanya akan automatik terkunci selepas pintu dibuka.
Pintu ini memang sentiasa tertutup.
Hanya mereka yang duduk di unit-unit di bangunan itu sahaja yang mempunyai kuncinya.
Ini bermakna, setiap orang yang duduk di unit rumah akan mempunyai dua kunci.
Satu kunci pintu utama dan satu lagi kunci rumah mereka sendiri.

Kemudian di sebelah pintu utama, pasti akan ada loceng siap dan peti pos dengan nama orang yang duduk di situ lagi.
Maka, untuk pelawat, mereka perlu menekan loceng rumah yang mereka nak pergi tu.
loceng akan berbunyi di rumah tersebut dan kemudian pelawat boleh memperkenalkan diri melalui alat konferens yang disediakan.

Bila mereka berpuas hati dengan identiti pelawat, barulah mereka akan tekan satu butang yang akan membuka kunci pintu utama.
Kemudian, pintu utama akan dikunci semula secara automatik.



Pintu utama di sebuah bangunan di Rome.
Juga menggunakan kaedah yang sama.



Selain itu, nak buat duplikasi kunci pun bukan semudah di Malaysia.
Kat Malaysia, bawa je kunci ke kedai tukang kunci, bagitau nak berapa salinan dan wallah!
siap!

Di Jerman, kalau nak buat salinan kunci, kita kena buktikan kita pemilik atau penyewa yang sah dahulu.
Kita perlu dapatkan kebenaran dari Pengurus Bangunan untuk buat salinan di kedai kunci tertentu yang telah ditetapkan.
Jika tidak, memang tak boleh nak buat salinan lah.

Ini bermakna, siapa yang ada kunci utama dan kunci rumah tadi pun terkawal.
Jadi, tahap keselamatan lebih baik.

Maka itulah agaknya, rumah-rumah di sana tak perlukan pemasangan gril seperti di Malaysia.

Hmm.. saya suka tengok gambar di bawah ni.
Diambil di Duisburg, Jerman.
Di tengah-tengah sederet bangunan 4 dan 5 tingkat, ada satu je unit bangunan 2 tingkat yang comel.



teringat pula pada rumah keluarga Stuart Little
:)

Friday, April 12, 2013

Isu Bayaran Cukai: Puaka 30 April?


Ditulis oleh 
30 April..
Tarikh itu merupakan satu tarikh keramat yang amat digeruni oleh sebilangan rakyat Malaysia pada setiap tahun.
isu bayaran cukai
Ini kerana tarikh tersebut merupakan tarikh akhir untuk mengisi dan menghantar borang cukai pendapatan bagi para pekerja yang tidak mempunyai punca pendapatan. Maka,  pengisian borang dan pentaksiran seharusnya sudah pun bermula.
Bagi pelabur hartanah, selain daripada gaji bulanan dan lain-lain pendapatan, pendapatan pasif yang diperolehi dari pelaburan juga perlu diisytiharkan.  Ini termasuklah semua pendapatan dari wang sewa rumah yang dimiliki.
Pendapatan sewa perlu disytiharkan sekiranya hartanah berkenaan berada di dalam Malaysia, tanpa perlu mengira sama ada pemiliknya menetap di Malaysia atau tidak. Manakala pendapatan sewa daripada hartanah-hartanah di luar Malaysia pula tidak tertakluk kepada taksiran cukai biarpun ia diterima atau dibayar di dalam Malaysia.
bayaran cukai tanah
Taksiran pendapatan sewa pula adalah berdasarkan kepada tarikh bayaran sewa tersebut dibuat. Namun begitu, pengiraan dan pentaksirannya hanya perlu dilakukan apabila wang sewa itu benar-benar diterima.
Sebagai contoh, katakan penyewa tersebut gagal membayar sewa pada bulan Oktober 2012 hingga Disember 2012 tepat pada masanya. Pemilik hanya menerima bayaran sewa dari penyewa tersebut pada bulan Mei 2013.
Ini bermakna, untuk taksiran pada tahun 2012, pemilik hanya perlu mengisytiharkan pendapatan sewa yang diterima sehingga September 2012 sahaja. Kemudian, untuk tahun 2013, beliau perlu mengisytiharkan pendapatan sewa Oktober hingga  Disember 2012 yang lewat diterima itu di ruangan Pendapatan Sewa Tahun Sebelumnya yang disediakan.

Perbelanjaan yang boleh ditolak

Walaupun pendapatan sewa ini tertakluk kepada taksiran cukai, namun ia bukanlah dicukai 100% atas amaun yang diterima. Terdapat beberapa perbelanjaan dan pembayaran yang boleh ditolak dari pendapatan sewa.

# 1 Faedah yang dikenakan di dalam pinjaman

Sekiranya pemilik memperoleh hartanah tersebut melalui pinjaman, maka jumlah faedah yang dikenakan oleh bank ke atas pinjaman tersebut bagi tahun taksiran tersebut  boleh ditolak dari pendapatan sewa.
Sebagai contoh, katakan sebuah rumah berharga RM 150,000 telah disewa pada harga RM 900 sebulan bersamaan RM 10,800 setahun.  Pada tahun tersebut, bank mengenakan faedah sebanyak RM 5687. Maka, amaun RM 5687 ini boleh ditolak dari pendapatan sewa setahun tadi iaitu RM 10,800, menjadikan bakinya RM 5113 sahaja.
Perlu diambil perhatian, hanya faedah untuk pinjaman membiayai pembelian hartanah sahaja yang boleh ditolak. Sekiranya pemilik menggunakan pinjaman peribadi, maka faedah pinjaman peribadi ini tidak boleh ditolak dari pendapatan sewaan.

#2 Kos penyenggaraan dan pengurusan hartanah

Kos-kos yang diperlukan untuk menyenggara dan mengurus hartanah tersebut boleh ditolak dari pendapatan sewa.
Sebagai contoh, kos pengiklanan untuk mencari penyewa, caj agent hartanah, cukai pintu dan cukai tanah, insurans, kos untuk mengutip sewa, yuran penyenggaraan, kos kawalan serangga dan kos pembaikan kerosakan hartanah.
Sekiranya hartanah tersebut tidak disewakan sementara iaitu dalam tempoh pertukaran penyewa seterusnya, kos penyenggaraan hartanah di dalam tempoh tidak disewa itu boleh ditolak dari pendapatan sewaan.

Perbelanjaan yang tidak layak ditolak

Hanya kos pembaikan serta penyenggaraan sahaja yang boleh ditolak. Sebaliknya, kos menaiktaraf hartanah dan pembinaan semula bangunan adalah tidak layak ditolak dari pendapatan sewaan.
bayaran cukai tanah online
Terdapat perbezaan antara kos pembaikan dan kos naiktaraf. Sebagai contoh, katakan pili air dan sinki di dapur rosak. Lantas pemilik membaiki pili air dan menggantikan sinki yang pecah dan kos ini boleh ditolak.  Namun jika pemilik membuat kabinet dapur yang baru, ini adalah kos naiktaraf dan tidak boleh ditolak dari pendapatan sewa.
Begitu juga dengan  kos pengiklanan dan pembelian perabot untuk penyewaan kali pertama, ia juga tidak boleh ditolak dari pendapatan sewaan. Ini kerana, ia telah dikira sebagai perbelanjaan modal hartanah dan bukannya kos penyenggaraan.
Apa yang paling penting di dalam penyewaan hartanah dan pengisytiharan cukai ini adalah dokumentasi. Semua dokumen sokongan seperti perjanjian sewaan, resit, penyata bank dan invois yang berkaitan mestilah disimpan dan sedia untuk dikemukakan apabila diminta.

Kesimpulan

Kesimpulannya, Borang Cukai Pendapatan perlulah dihantar dan pembayaran cukai perlu dilakukan sebelum tarikh tutup yang ditetapkan. Kelewatan membayar cukai akan menyebabkan individu itu boleh didenda mengikut kadar yang telah ditentukan oleh Akta Cukai Pendapatan 1967.
Selain itu, dengan mengisytiharkan pendapatan sewaan, ini akan menjadi bukti bahawa seseorang pelabur telah memperoleh pendapatan yang lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya sekiranya beliau bergantung pada gaji bulanan sahaja. Kesannya, beliau akan layak membuat lebih pinjaman lagi untuk hartanah pelaburan seterusnya.

Mengenal diri dan Allah

Mengenal diri dan Allah
~~Soalan : Ke manakah tertaklunya makrifat, mengenal diri dan mengenal Allah?

~~Jawapan :
 Makrifat tertakluk kepada mengenal diri, sementara mengenal diri pula tertakluk kepada mengenal Allah manakala mengenal Allah pula tertakluk kepada memfana’kan (membinasakan) wujud dirinya. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh sabda Nabi (S.A.W) :
~~ertinya :”Sesiapa yang mengenal dirinya, tentu dia akan mengenal Tuhannya dan sesiapa yang mengenal Tuhannya, maka binasalah dirinya.”
~~Soalan : Ketika itu siapa yang mengenal dan siapa pula yang dikenal?
~~Jawapan : Yang mengenal itulah yang dikenal dan yang dikenal itulah yang mengenal. Sebagaimana isyarat sabda Nabi (S.A.W) :
~~Ertinya:” Aku mengenal Tuhanku dengan Tuhanku.”

~~Soalan :
 Dengan apakah kita mengenal Tuhan itu kerana Tuhan itu tidak ada ‘ain bagi-Nya (iaitu tidak boleh nampak dengan mata kasar)?
~~Jawapan : Kita boleh mengenal Tuhan dengan sifat-sifatNya iaitu bekas sifat-sifatNya. Sebagaimana firman Allah Taala (Hadis Qudsi):
Ertinya:” Aku menjadikan tiap-tiap sesuatu supaya mengenal Aku yang ada pada tia-tiap suatu.”

~~Soalan :
 Yang manakah dinamakan sifat

~~Jawapan :
 Yang dinamakan sifat itu ialah sesuatu yang menunjukkan sesuatu yang bertambah ke atas zat iaitu sifat namanya.

DOA PENDINDING & PENGGERAK SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI

DOA PENDINDING & PENGGERAK SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI

October 12th, 2011 | 3:28 pm | Ibadah, Tazkirah | 13 responses
WP Greet Box icon
X
Assalamualaikum! Kami menyediakan perkhidmatan menghantar setiap artikel terus ke email anda secara PERCUMA! KLIK di sini untuk perkhidmatan tersebut!
Print Friendly
Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;
Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;
Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;
  1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi
  2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal
  3. Berbahaya
  4. Melarat, Bertambah Payah
Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;
  1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
  2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
  3. Selamat dari bahaya.
  4. Tidak melarat, Menjadi Senang.
Keberuntungan beramal dengan doa ini
1. Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
  • Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
  • Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
2. Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
3. Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
3. Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya’Allah.