Kata-kata Hassan Al-Basri :
1-Kambing itu lebih sedar dari manusia kerana menurut kata gembalanya. Tetapi manusia itu tidak taat kepada perintah Tuhannya dan menurut sahaja kehendak iblis.
2-Kawam-kawan yang jahat merosakkan orang yang berjalan menuju Allah SWT.
3- Mengumpul harta benda lebih buruk daripada minum arak yang mana adalah dilarang oleh Al-Quran.
4-Sesiapa yang memecilkan dirinya akan selamat, sesiapa yang memisahkan daripada dirinya dan nafsunya akan merasakan kebebasan.
5-Orang yang menggali asas dasar dunia ini dan di situ dia membina Bangunan Akhirat adalah orang yang bijak.
6-Sesiapa yang mengenal Allah SWT akan mengaggap dunia sebagai musuhnya dan sesiapa yang cintakan dunia akan memusuhi Allah SWT.
7- Orang yang membuang amalan Rohaniah dan menggantikannya dengan amalan bermurah hati kepada dunia adalah orang yang rosak dan jahat.
8- Sesiapa yang cintakan emas dan perak akan dihina oleh Allah SWT dan sesiapa menganggap dirinya pemimpin masyarakat adalah orang yang sesat dan hina.
9- Allah SWT telah berfirman ” Aku akan ampunkan bagimu segala dosa kamu jika kamu tidak memandang yang lain kecuali Aku ” Imam Hassaan ditanya, Bagaimanakah kamu ?
Imam Hassan menjawab ” Saya adalah ibarat orang di tengah laut yang kehilangan perahu dan terapung di dalam air “.
Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya’ . m/s : 17 & 18.
Dikirim dalam Kitab Tazkirah Wali-wali Allah SWT, Taman Syurga
No comments:
Post a Comment