1. Selama
10 hari wiridkan Surah al-Fatihah dan 2 ayat dibawah beserta doanya sebanyak
11X:
ثُمَّ أَنْزَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ
بَعْدِ الْغَمِّ أَمَنَةً نُعَاسًا يَغْشَى طَائِفَةً مِنْكُمْ وَطَائِفَةٌ قَدْ أَهَمَّتْهُمْ
أَنْفُسُهُمْ يَظُنُّونَ بِاللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ يَقُولُونَ
هَلْ لَنَا مِنَ الأمْرِ مِنْ شَيْءٍ قُلْ إِنَّ الأمْرَ كُلَّهُ لِلَّهِ يُخْفُونَ
فِي أَنْفُسِهِمْ مَا لا يُبْدُونَ لَكَ يَقُولُونَ لَوْ كَانَ لَنَا مِنَ الأمْرِ
شَيْءٌ مَا قُتِلْنَا هَا هُنَا قُلْ لَوْ كُنْتُمْ فِي بُيُوتِكُمْ لَبَرَزَ الَّذِينَ
كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقَتْلُ إِلَى مَضَاجِعِهِمْ وَلِيَبْتَلِيَ اللَّهُ مَا فِي صُدُورِكُمْ
وَلِيُمَحِّصَ مَا فِي قُلُوبِكُمْ وَاللَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (١٥٤) سورة
آل عمران
Ertinya: Kemudian sesudah (kamu mengalami kejadian) yang
mendukacitakan itu Allah menurunkan kepada kamu perasaan aman tenteram, iaitu
rasa mengantuk yang meliputi segolongan dari kamu (yang teguh imannya lagi
ikhlas), sedang segolongan yang lain yang hanya mementingkan diri sendiri,
menyangka terhadap Allah dengan sangkaan yang tidak benar, seperti sangkaan
orang-orang jahiliah. Mereka berkata: Adakah bagi kita sesuatu bahagian dari
pertolongan kemenangan yang dijanjikan itu? Katakanlah (wahai Muhammad):
Sesungguhnya perkara (yang telah dijanjikan) itu semuanya tertentu bagi Allah,
(Dialah sahaja yang berkuasa melakukannya menurut peraturan yang
ditetapkanNya). Mereka sembunyikan dalam hati mereka apa yang mereka tidak
nyatakan kepadamu. Mereka berkata (sesama sendiri): Kalaulah ada sedikit
bahagian kita dari pertolongan yang dijanjikan itu tentulah (orang-orang) kita
tidak terbunuh di tempat ini? Katakanlah (wahai Muhammad): Kalau kamu berada di
rumah kamu sekalipun nescaya keluarlah juga orang-orang yang telah ditakdirkan
(oleh Allah) akan terbunuh itu ke tempat mati masing-masing dan (apa yang
berlaku di medan perang Uhud itu) dijadikan oleh Allah untuk menguji apa yang
ada dalam dada kamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hati kamu dan
(ingatlah), Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam
dada.
مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ
مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا
يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ
السُّجُودِ ذَلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَمَثَلُهُمْ فِي الإنْجِيلِ كَزَرْعٍ
أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ
لِيَغِيظَ بِهِمُ الْكُفَّارَ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
مِنْهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا (٢٩) سورة
الفتح
Ertinya: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan
orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap
orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang
serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap
beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari
Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka
(sebagai orang-orang yang soleh) terdapat pada muka mereka dari kesan sujud
(dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di
dalam Kitab Taurat dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (Bahawa
mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya,
lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap
berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan
orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW
dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana
Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad
dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah
menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan
dan pahala yang besar.
2. Doa:
رَبِّ
سَهِّلْ وَلاَ تُعَسِّرْ عَلَيْنَا يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Ertinya:
Ya Allah, permudahkan urusan kami, jangan Engkau susahkan kami wahai Tuhan Sekalian
Alam.
3. Kemudian
pohonlah permohonan hajat kita.
No comments:
Post a Comment