Antara kaifiat solat hajat yang
masyhur mujarrobahnya oleh ahli hikmat. Dilakukan selama 3 hari dengan 2 rakaat
setiap malam. Selepas al-Fatihah baca:
اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ
وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ (١٩) سورة الشورى
Ertinya: Allah Maha Lembut
tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada
hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut
peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
Selepas salam wirid Ya Latif (يا لطيف) sebanyak 129X iaitu sebanyak bilangan hurufnya. Selesai,
sujudlah dan berdoalah. Jikalau dalam masa 3 hari hajat tak terkabul maka
hendaklah diulangi pada hari ke-4 tapi wirid Ya Latif sebanyak 903X.
No comments:
Post a Comment