Showing posts with label 2012. Show all posts
Showing posts with label 2012. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Pasaran Saham Naik Pada 2012?

Pasaran Saham Naik Pada 2012?

Walaupun 30 saham utama naik, indeks yang lebih luas turun 

Headline dan ulasan mengenai pasaran saham pada tahun baru ini akan melaporkan bahawa pasaran saham telah naik sebanyak 10% dan mencatatkan prestasi yang memberangsangkan.  Ini kerana ukuran dibuat berasaskan kedudukan indeks FBM KLCI, yang hanya diwakili 30 saham dengan modal terbesar di BSKL

Tetapi jika kita meninjau pasaran secara keseluruhan, gambaran berbeza diperolehi.  Kita lihat prestasi FBM KLCI pada tahun 2012.


Bursastation

Kita dapati indeks ini meningkat lebih 10%. Mungkin ini disebabkan oleh minat terhadap saham-saham bermodal besar oleh pelabur institusi dan juga prestasi memuaskan syarikat tersebut.  Tetapi saya syak ada aktiviti window dressing di mana saham ini ditolak naik setelah jatuh pada bulan November.  

Pergerakan hari dagangan terakhir 2012  memberikan sedikit intaian tentang perkara yang berlaku.  Pada saat-saat terakhir, daripada nilai negatif, indeks telah naik secara mendadak sebanyak 7 mata membolehkan FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi dalam sejarah.

Sebaliknya jika kita lihat FBM Mid 70, iaitu indeks saham yang mewakili 70 saham bermodal terbesar yang seterusnya selepas FBM KLCI, kita dapati gambaran yang sedikit berbeza.


Bursastation

Jelas bahawa saham dalam indeks ini juga mendapat perhatian pelabur institusi tetapi kenaikannya tidak sebesar FBM KLCI.  Mungkin indeks ini memberikan gambaran lebih adil tentang paras saham di BSKL.

Akhir sekali kita tinjau FBM Small Cap, yang meliputi hampir semua saham lain selain dariada 100 saham bermodal terbesar.


Bursastation

Anda mungkin terkejut bahawa nilai indeks sebenarnya turun sebanyak lebih 2%.  Perlu diingat indeks ini mewakili jauh lebih banyak saham berbanding FBM KLCI dan FBM 70.

Akhir sekali kita lihat gambaran pergerakan dua indeks, iaitu FBM KLCI dan FBM Small Cap dalam satu carta.  Perbezaannya sungguh ketara sekali.


 
Bursastation

Menurut Ken Fisher, tidak kira saham bermodal besar atau bermodal kecil, akhirnya dalam jangka panjang pulangan yang diberikan adalah sama. Ada masanya saham bermodal besar naik dengan ketara dan ada kalanya saham bermodal kecil yang naik.

Justeru pelabur harus mengambil kira hakikat ini dalam keputusan pelaburan mereka pada 2013.  Selain itu, pilihanraya yang pasti diadakan pada tahun ini juga menimbulkan ketidakpastian yang menyebabkan sukar meramalkan pasaran dalam jangka pendek.


Tuesday, January 1, 2013

Pelaburan Yang Lebih Untung Dari ASB Pada 2012

Pelaburan Yang Lebih Untung Dari ASB Pada 2012

by SUZARDI MAULAN

Menurut Warren Buffett, seorang pelabur biasa-biasa (yang tidak mempunyai masa & kemahiran untuk membuat analisis saham sendiri) adalah lebih baik membeli indeks fund sahaja.



Manakala di Malaysia, pelabur biasa mempunyai peluang lebih baik kerana kita mempunyai pilihan untuk meletakkan duit kita dalam Amanah Saham Bumiputera mahupun Tabung Haji. Kalau tiada ilmu pelaburan sekalipun, ASB misalnya memberikan dividen & bonus sebanyak 8.9% untuk tahun 2012.



Untuk 2012, pelaburan yang berkaitan syarikat saham indeks dapat memberikan pulangan yang lebih baik dari ASB.



i) FBM KLCI – 10.34% (capital gain sahaja)



ii) FBM Shariah Index – 12.43% (capital gain sahaja)



iii) MAAKL Shariah Index – 14.83% (belum tolak kos jual beli)



iv) MYETF Dow Jones Islamic Index – 13.13% + 2.72 % (dividen).



Jika tuan puan berminat untuk mempelajari strategi indeks ini dengan lebih lanjut, sila ke www.bengkelsaham.com

Wednesday, July 11, 2012

Prestasi Dana Ekuiti Islam Terbaik S12012

Prestasi Dana Ekuiti Islam Terbaik S12012
Kenanga Syariah Growth masih terus mendahului
Pulangan 8 - 12% sasaran realistik dalam jangka panjang

Berikut adalah prestasi Dana Unit Amanah Ekuiti Islam untuk beberapa selang masa sehingga tanggal 30 Jun 2012.


http://my.morningstar.com/ap/quickrank/default.aspx
Hak cipta Morningstar


Berasaskan jadual prestasi dana unit amanah di atas, Kenanga Syariah Growth terus mendahului untuk tempoh tiga tahun dan lima tahun. Sejak saya mula membuat tinjauan dari masa ke masa dalam blog, dana ini sentiasa berada di tempat teratas.

Saya tidak perlulah mengulas tentang kedudukan semua Dana kerana anda boleh membaca sendiri tetapi perkara yang menarik ialah pulangan yang diberikan oleh dan-dana ini. dalam jangka panjang, iaitu antara tempoh 5 hingga 10 tahun.

Kita dapati bahawa walaupun dalam jangka pendek pulangan terkompaun tahunan lebih 10% boleh dicatatkan dengan mudah jika keadaan pasaran positif, dalam jangka panjang, iaitu antara 5 hingga 10 tahun, pulangan 11% adalah yang tertinggi. Ini adalah sesuatu yang tidak menghairankan dan normal.

Masalahnya ialah saya ada mendengar dan membaca pakar perancangan kewangan yang menetapkan pulangan 12% sebagai sesuatu yang 'patut' diharapkan daripada unit amanah secara umumnya. Ini tidak logik kerana kita dana yang terbaik pun sukar melakukannya. Ini bermakna pemilihan yang betul amat penting.

Sebenarnya pulangan lebih daripada itu, kadang kala sehingga 40%, boleh dicapai tetapi hanya dalam jangka pendek, iaitu untuk tempoh masa tertentu sahaja dan tidak berpanjangan.

Anda juga boleh meraih pulangan lebih tinggi jika timing anda betul, iaitu anda melabur semasa gawat dan menjual apabila unit amanah mencapai tahap tertinggi. Tetapi hasil kajian penyelidikan mendapati bahawa pakar pelaburan tersohor sekali pun sukar melakukan timing dengan betul.

Justeru, apabila kita membuat ramalan pulangan yang boleh diperolehi dalam jangka panjang untuk dana pelaburan kita, ada baiknya kita menggunakan pulangan antara 8 - 12% sebagai asas untuk membuat pengiraan.

Jadual di atas membuktikan bahawa apabila melabur dalam unit amanah, anda perlu membuat jangkaan yang lebih realistik, melainkan anda sanggup melakukan market timing, yang berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi, tetapi juga mendedahkan anda kepada risiko dan kos jual beli yang lebih tinggi.

Menurut John Boggle, seorang tokoh terkenal dalam industri dana amanah, ramai pelabur menerima pulangan kurang memuaskan kerana terlalu kerap menjual beli dana, kerana berpendapat mereka pandai melakukan timing.

Kesimpulannya ialah adalah lebih baik mengurangkan risiko dan membuat jangkaan yang lebih realistik apabila melabur dalam unit amanah.


http://laburniaga.blogspot.com/2012/07/prestasi-unit-amanah-islam-terbaik.html