Showing posts with label Buat Duit. Show all posts
Showing posts with label Buat Duit. Show all posts

Monday, February 18, 2013

SAH JADI – 3 Teknik Buat Duit Kencang Dengan Menulis

SAH JADI – 3 Teknik Buat Duit Kencang Dengan Menulis

leaderboard2 denaihati Banner

Bersepah sudah maklumat-maklumat tentang cara buat duit dengan menulis. Namun tidak semua maklumat itu boleh dihadam serta merta oleh pembaca. Khususnya apabila maklumat itu bukan ditulis berdasarkan pengalaman tuan empunya badan.
Terdapat 3 teknik mudah yang memang sudah disahkan jadi, untuk kita menjana pendapatan dengan penulisan. 3 teknik itu adalah:
  1. Aku bayar, engkau cerita.
  2. Aku bayar, engkau tolong tulis di tempat aku.
  3. Aku bayar, engkau bagi aku ruang.
Teknik 1 – Aku Bayar, Engkau Cerita
Pemilik-pemilik bisnes sentiasa mencari peluang untuk menghebahkan bisnes mereka kepada khalayak ramai. Antara alternatif yang ada adalah ruangan maya milik golongan manusia yang digelar sebagai blogger.
Biasanya blogger menerima bayaran dalam amaun tertentu untuk menceritakan produk atau perkhidmatan di blog mereka. Dalam bahasa Inggeris, pendekatan ini lebih sinonim dengan sebutan review.
Kita tulis ulasan berdasarkan pendapat peribadi atau skrip yang sudah disediakan, kemudian pemilik bisnes akan lakukan bayaran.
POTENSI: Mampu cecah RM10 hingga RM10,000 untuk satu jenis ulasan produk atau perkhidmatan.
Teknik 2 – Aku Bayar, Engkau Tolong Tulis Di Tempat Aku
Cara ini agak mudah. Kerana kita dibayar berdasarkan skil penulisan sedia ada. Terdapat beberapa golongan yang suka bayar penulis lain, untuk menulis di blog mereka. Antaranya adalah:
  • Pemilik blog yang sibuk.
  • Pemilik blog yang mahu mencari lebih ramai kolumnis.
  • Pemilik blog yang juga pemilik bisnes. Tetapi tidak punya ruang dan peluang untuk letakkan komitmen.
Untuk olahan lebih lanjut (langkah demi langkah untuk bermula), sumber rujukan dalam Bahasa Melayu adalah buku Buat Duit Dengan Freelance Blogging.
POTENSI: RM7 hingga RM500 untuk satu artikel blog. Ia bergantung pada portfolio dan jenama si penulis. Semakin besar nama si penulis, semakin besar wang yang bakal diterima.
Teknik 3 – Aku Bayar, Engkau Bagi Aku Ruang
Iklan. Iklan. Iklan.
Ini adalah teknik popular sedut duit dari blog. Namun teknik ini agak kompetitif. Terlalu banyak blog yang tawarkan ruang iklan. Terdapat dua cara untuk buat duit dengan iklan:
  1. Guna pihak ketiga.
  2. Ikat kontrak dengan peniaga.
Guna Pihak Ketiga
Nuffnang, Innity dan pelbagai lagi. Mereka adalah pihak ketiga yang tolong uruskan iklan kita. Apa yang kita perlu buat adalah meletakkan satu kod khas. Kemudian iklan itu akan muncul mengikut kesesuaian.
Dari sudut harga iklan, kita tidak mempunyai sebarang hak untuk buat penetapan. Ia 100% bergantung pada selera pihak ketiga.
Ikat Kontrak Dengan Peniaga
Lebih lumayan. Namun cabarannya juga selaras dengan taraf lumayannya. Kita boleh berurusan terus dengan pihak peniaga untuk tawarkan ruangan iklan kepada mereka.
Biasanya menerusi kontrak premium, iaitu pengiklanan di ruangan tertentu sepertisidebar, header, content post dan pelbagai lagi berdasarkan jangka masa yang dipersetujui (sekitar 3 hingga 6 bulan).
POTENSI: Serendah RM10 dan setinggi-tinggi RM100,000. Malah potensinya lebih ghairah di pasaran antarabangsa. Kadar iklan biasanya bergantung pada kuantiti pelawat setiap hari atau bulan.
Mana Satu Pilihan Kalbu
Ketiga-tiga teknik ini berkesan. Pilih dan komited mengikut selera masing-masing. Lain orang, lain cara. Apa yang penting di sini adalah menjadikan blog kita sebagai satu aset.
Aset yang menjadi telaga duit. Sambil-sambil tulis, sambil-sambil seru duit.
Aqif Azizan Mahu Bantu Anda Buat Duit Menulis
Berminat untuk jadikan jari jemari dan papan kekunci laptop sebagai satu sumber pendapatan lumayan? Maka dapatkan 100% tip dan teknik penulisan PERCUMA di sini.
Aqif Azizan tulis khas untuk anda.


Thursday, June 7, 2012

Buat Duit Dengan Penulisan – Ini Resepi Kekayaan

Buat Duit Dengan Penulisan – Ini Resepi Kekayaan

Aku amat berbesar hati bila mana seorang penulis yang aku kagumi yang bakal mewarnai dunia penulisan buku sedikit masa lagi, Tuan Aqif Azizan telah sudi menjadi penulis jemputan untuk blog aku ini. Beliau yang mempunyai kepakaran di dalam membantu para usahawan untuk memikat lebih ramai pelanggan menerusi penulisan magnetik beliau turut menerbitkan ebook-ebook berbentuk ilmiah dan antara e-book yang pada aku berbaloi untuk dimiliki adalah ’7 Hari Siapkan E-book’ yang mana bisa menyelesaikan masalah para pembaca untuk menyiap dan menjual e-book mereka dalam masa kurang dari 7 hari. Malah untuk entri pengenalan beliau di blog aku, sengaja aku minta beliau menulis tentang satu topik yang aku rasakan mampu menarik perhatian dan memberi manafaat kepada pembaca blog ini.
BUAT DUIT DENGAN PENULISAN – INI RESEPI KEKAYAAN
Pembaca semakin bijak membuat keputusan.
Dari membaca blog orang lain, sekarang mereka teruja untuk menulis. Masalah yang berlaku sekarang adalah menulis tanpa hala tuju. Bagi yang selesa berbuat demikian, teruskan.
Bagi yang berminat untuk mencari alternatif untuk buat duit dengan penulisan, berikan perhatian.
Kerana cara buat duit dengan penulisan adalah mudah. Lebih-lebih lagi apabila wujudnya medium teknologi seperti Internet. Pada zaman kegemilangan Alleycats, antara cara buat duit dengan penulisan adalah:
  • Menulis buku.
  • Menulis artikel di majalah.
  • Menulis skrip drama.
Di mana tidak semua berkemampuan dan mempunyai pendedahan terhadap cara buat duit dengan menulis seperti yang disebutkan di atas.
Berbeza apabila wujudnya Internet. Sumber pendapatan dari penulisan kini terbuka luas.
Cara Mudah Buat Duit Dengan Penulisan
Tulis e-book.
Abang Ensem (dot) com sendiri menggunakan cara ini untuk mencipta satu lagi sumber pendapatan dari penulisan. Mulakan dengan apa yang kita minat.
Untuk mengenal pasti sama ada e-book itu boleh dijual atau sebaliknya, pastikan e-book itu dapat menyelesaikan masalah orang ramai.
Sebagai contoh, Abang Ensem berpengalaman dan minat dalam bidang pelaburan hartanah. Ramai orang mencari maklumat untuk pelaburan hartanah, supaya mereka tidak tersilap langkah dan rugi besar.
Di sini jelas orang ramai memerlukan maklumat ini. Maka Abang Ensem bertindak untuk menerbitkan e-book berkaitan dengan pelaburan hartanah.
Saya Tidak Ada Idea Menulis E-book
Ini adalah mitos dan kegagalan yang dicipta sendiri.
Jika dilihat dari kajian kes e-book Abang Ensem. Beliau mempraktikkan strategi blook. Yakni mengumpulkan artikel-artikel di blog beliau mengenai pelaburan hartanah, kemudian dipakejkan menjadi sebuah e-book.
Selesai masalah. Duit pun dapat.
Justeru itu, khususnya bagi para pembaca yang mempunyai blog, gunakan teknik blook ini sebagai strategi pertama untuk kita buat duit dengan penulisan.
Pakejkan artikel kita supaya para pembaca mudah untuk membaca artikel yang khusus, tanpa perlu membazir masa melakukan carian artikel di ruangan arkib blog.
Nuffnang Ads