Showing posts with label Hutang. Show all posts
Showing posts with label Hutang. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Bagaimana Nak Selesaikan Hutang ?

Bagaimana Nak Selesaikan Hutang ?

by SUZARDI MAULAN
#SetelHutang
Hutang kad kredit.
Hutang rumah.
Hutang pelajaran.
Macam-macam hutang keliling pinggang.
Untuk selesaikan hutang, ada 5 langkah utama yang perlu kita lalui:

1. Akui masalah

Kita ada hutang. Kita kena catat semua hutang. Kita kena tengok jumlah-jumlah hutang yang kita telah kumpul dengan sedar atau tidak sedar selama ini.
Kita kena hadapi kenyataan. Jangan lari dari masalah. Hadapinya. Tulis semua hutang dan akui kesilapan lepas dan bersedia untuk memulakan hidup baru.
Ini adalah langkah paling penting dalam proses untuk keluar dari masalah belenggu hutang.
Benar, kita akan rasa teruk. Rasa down. Rasa hidup dah tidak berguna. Tapi itulah prosesnya.

2. Berhenti berhutang

Jangan tambah hutang. Cukuplah dengan hutang yang ada.
Macam Lagu Salleh Yaacob, “Gali lubang tutup lubang.”
Jika kita tak dapat uruskan hutang sedia ada, apakah ada jaminan kita dapat uruskan hutang yang baru pula?

3a. Kawal perbelanjaan

Semak semua aktiviti perbelanjaan.
Jika kita tidak mempunyai catatan, maka sekarang adalah masa untuk mencatat. Kumpul resit, bawa buku catatan kecil dalam poket atau beg tangan dan mula berjimat cermat.
Kita kena tahu tabiat perbelanjaan kita. Tanpa catatan, kita tak tahu di mana kita dapat baiki.
Setiap sen yang keluar mesti dicatat. Beli air mineral, coklat, surat khabar. Semua. Tiada pengecualian. Selepas sebulan, jumlah & perkara yang paling mengejutkan kita itu adalah perkara utama yang perlu kita potong dan kawal.

3b. Tambah pendapatan

Hanya jika kita tahu cara buat bisnes dengan apa yang ada di tangan.
Jika kita perlu buat bisnes / pelaburan yang perlu kita tambah hutang. Lupakan. Tekanan hutang keliling pinggan yang sedia ada itu sudah cukup besar. Mampukah kita menghadapi tekanan hutang bisnes baru pula?
Sila buat bisnes yang modalnya sangat rendah sahaja. Kalau tidak tahu, jangan buat langsung. Tumpukan proses #3a sahaja.

4a. Do-it-yourself (DIY)

Jika kita jenis yang dapat menguruskan sendiri, maka sila dapatkan buku-buku berkaitan pengurusan hutang yang ada di pasaran. Ada made in Malaysia. Ada dari negara lain. Prinsip yang mereka kongsi adalah sama. Aplikasi sahaja berbeza.
Jangan cari cara paling perfect. Jangan cari cara paling mudah. Jangan cari jalan yang menjanjikan 100% berjaya. Tidak wujud benda macam tu. Cari cara yang kita paling selesa dengan diri sendiri.
Kalian juga dapat membeli ebook Panduan CashFlow.

4b. Dapatkan bantuan pakar

Jika kita tak dapat urus sendiri, maka sila berhubung dengan organisasi yang ada menawarkan khidmat kaunseling hutang. Yang paling popular di Malaysia adalah Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).
InsyaAllah, sepanjang tahun 2013 ini saya juga akan menawarkan khidmat ini secara percuma kepada mereka yang terpilih.

5. Sila ikut sepenuhnya plan #SetelHutang

Disiplin. Tiada alasan.
Macam orang sakit. Mana boleh terus sihat lepas jumpa doktor. Ada jadualnya. Ada ubatnya. Banyak pengorbanannya macam kena jaga makan, kena bersenam dan amalkan gaya hidup sihat.
Itulah pentingnya lalui proses #1 di atas.
Pengorbanan.
No pain, no gain.

Thursday, June 7, 2012

Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah

Dari Hutang Kad Kredit Kepada Memiliki 6 Buah Rumah

Saya mendapat kisah ini dari website KCLau.com, bertajuk, ‘From Credit Card Debt to Owning 6 Houses‘.
Kisah anak tempatan. Orang Malaysia. Berdasarkan catatan blog tersebut, kisah ini diceritakan pada Nov 2009. Ditulis sendiri oleh individu yang pernah berhutang kad kredit yang banyak, menyelesaikan hutang tersebut dan memiliki 6 buah rumah. (Sudah tentu saya yakin jumlahnya bertambah pada 2012).
Secara prinsipnya tidak berbeza dengan pemegang MBA Harvard Business School yang menyelesaikan hutang pendidikan sebanyak $90,717 dalam tempoh 7 bulan.

Secara ringkasnya tuan Sayeed:

1. Mengakui kesilapan dalam urus wang, banyak berhutang untuk berkahwin dan membuat renovation rumah.
2. Tiada sistem menguruskan pendapatan, perbelanjaan, harta dan hutang.
3. Terlibat dalam bisnes yang tidak sesuai dengan dirinya.

Cara-cara mengatasi

1. Berhenti guna kad kredit, guna tunai sahaja.
2. Pindah rumah yang lebih kecil.
3. Micro budgeting.
4. Fokus kepada kerjaya dan bukan bisnes yang tidak sesuai untuk dirinya (dalam kes beliau MLM)
5. Bisnes part-time seperti penterjemahan dan tuisyen.
6. Duduk rumah dan makan di rumah.
7. Menyimpan walau pun sedikit sehingga mampu mencecah 10% dari pendapatan.
8. Menambah pengetahuan dengan pelbagai bahan bacaan.
9. Fokus, konsisten.
10. Mempunyai sistem pengurusan kewangan yang sistematik.

Hasilnya

Pada 2009…
1. Naik pangkat dalam kerjaya.
2. Memiliki 6 rumah dan salah satunya yang mereka duduk.
3. Simpanan mencecah 6 angka
4. Nilai aset bersih (net worth RM 890,000)
5. Dapat menyimpan 15% dari pendapatan.
Walaupun saya terlambat membaca kisah ini, saya ucapkan tahniah kepada Tuan Sayeed kerana berjaya keluar dari hutang kad kredit dan juga Tuan KCLau kerana berkongi kisah ini. (Ini adalah link ke artikel asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris)
Ya, strategi kombo digunakan.
Kurangkan perbelanjaan + tambah pendapatan = Hutang selesai
Adakah kisah ini memberi inspirasi kepada kalian?
Kongsikan kepada rakan-rakan yang lain ya!