Showing posts with label Lailatul Qadr. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012
Doa ketika bertemu Lailatul Qadr
Posted by pakcikli00 di 21 Julai 2012
Doa ketika bertemu Lailatul Qadr
Antara doa yang dianjurkan oleh Nabi SAW ketika berjumpa tanda Lailatul Qadar
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها أنها سألت النبي صلى الله عليه وسلم : يا رسول الله أرأيتَ إن علمتُ أي ليلةٍ ليلة القدر ما أقول فيها ؟ قال قولي : اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
رواه الترمذي وقال هذا حديث حسن صحيح.
Diberitahu bahawa Sayyidatina Aisyah rha pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w bahawa seandainya dia memperoleh (tanda-tanda) Lailatul Qadar maka apakah suatu ucapan yang patut dibacakan maka baginda menjawab dengan suatu doa yang menyeluruh.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya : Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia sangat suka kepada kemaafan maka maafkanlah daripada kesalahanku
Lailatul Qadr menurut Imam al Ghazali ra

Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 11:03 am
Kita berada dalam bulan mulia dan penuh berkat. Selain diwajibkan berpuasa selama sebulan, kita juga dituntut melaksanakan pelbagai ibadah sunat sebagai iringan ibadah utama itu.
Berbicara mengenai Ramadan sudah tentu topik al-Quran menjadi perkara biasa yang diperkatakan. Ini kerana dalam bulan inilah Allah menurunkan al-Quran sebagai petunjuk yang benar untuk umat manusia.
Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud, “Ramadan bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil).”
Dalam surah al-Qadr ayat pertama Allah berfirman bermaksud, “Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.”
Jelaslah melalui kedua-dua ayat berkenaan malam lailatul qadar itu pada Ramadan yang menjadikan bulan mulia ini ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman untuk bertaqarrub kepada Allah demi menemui malam itu. Melalui surah al-Qadr ayat 2-5 Allah menyatakan, “Dan tahukah kamu, apa malam qadar itu? Malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhan untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai fajar terbit.”
Demikian mulianya malam qadar itu. Sesiapa menemuinya dianggap insan yang beroleh keuntungan kerana segala amal ibadah sepanjang malam berkenaan akan diberikan ganjaran pahala melebihi malam lain.
Oleh itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh mencari malam qadar secara konsisten sepanjang Ramadan. Tidak perlu menunggu sepuluh malam terakhir baru hendak bersungguh-sungguh beribadah sedangkan malam sebelumnya kita sambil lewa saja.
Jika hal itu terjadi, kesungguhan kita tidak ditemukan Allah kepada lailatul qadar. Ini kerana lailatul qadar untuk orang beriman, bertakwa dan beramal ibadah secara konsisten sepanjang Ramadan dan bulan sebelumnya.
Oleh itu, sebagai memenuhi hasrat dan keinginan untuk menemui malam lailatul qadar itu, kita mesti sentiasa melaksanakan amal ibadah dengan kekuatan hati tanpa mengira sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhir Ramadan. Yang penting kita berazam dan terus menunaikan semua ibadah fardu dan sunat dengan keyakinan padu demi mengharapkan keredaan Allah.
Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada malam al-Qadar, Jibril a.s turun diiringi malaikat lain sambil memohon rahmat dan menyampaikan salam kesejahteraan bagi setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk sambil berzikir.”
Dalam mencari malam al-Qadar, kita perlu meneladani apa yang ditunjukkan Rasulullah kepada kita.
Menjelang sepuluh terakhir Ramadan, Rasulullah berjaga sepanjang malam untuk beribadah dan membangunkan semua anggota keluarganya. Baginda membangunkan keluarganya untuk bersolat pada malam sepuluh terakhir sedangkan baginda tidak berbuat demikian pada malam sebelumnya.
Dalam sebuah hadis diriwayatkan Abu Dzar r.a sabda Nabi, “Bahawasanya Rasulullah melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25) dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya baginda mengajak (solat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja.”
Inilah bukti Rasulullah sangat mengambil berat mengenai solat pada malam sepuluh terakhir Ramadan. Sebagai umatnya kita wajar mencontohi Rasulullah dalam menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan aktiviti ibadah.
Ibu bapa sepatutnya memberi contoh terbaik kepada anak bagaimana cara terbaik memanfaatkan peluang keemasan sepuluh malam terakhir Ramadan untuk menemui lailatul qadar.
Dengan ibadah berterusan tanpa jemu dan penuh tawaduk kepada Allah kita pasti menemuinya. Mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh mencari malam al-Qadar itu? Malam lailatul qadar adalah malam pintu langit dibuka, doa dikabulkan dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.
Sabda Nabi yang bermaksud, “Barang siapa mendirikan solat pada lailatul qadar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah nescaya diampunkan dosanya yang lalu.’ (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaih).
Langkah terbaik untuk memenuhi malam sepuluh terakhir Ramadan ialah dengan menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, beristighfar dan bertaubat dengan tulus ikhlas.
Dalam mencari malam lailatur qadar, Imam al-Ghazali meninggalkan formula yang boleh kita ikuti demi mencari malam penuh berkat itu.
Katanya, jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan. Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21.
Seterusnya kata Imam al-Ghazali lagi, jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.
Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.
Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh.
Sebagai mukmin mengharapkan keredaan Allah, seharusnya kita mempergunakan sebaik mungkin Ramadan lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir.
Daripada Jabir r.a Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam terakhir Ramadan, menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad. Seorang bertanya, Ya Rasulullah, musibah apakah itu? Rasulullah menjawab, Perginya Ramadan kerana sesungguhnya doa di waktu itu dikabulkan, sedekah diterima, kebaikan dilipatgandakan dan azab ditahan.”
Oleh itu, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh pada malam sepuluh terakhir Ramadan mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam penuh berkat itu. Insya-Allah.

Bilakah Lailatul Qadr itu
Bilakah Lailatul Qadr itu
Filed under: Uncategorized — jalanakhirat @ 10:58 am
Lailatul Qadar adalah satu malam yang amat istimewa. Pada malam tersebut Allah s.w.t. telah menurunkan al-Qur’an dan para malaikat membawa ketetapan Qadha’ dan Qadar untuk setahun berikutnya. Selain itu malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain.
Bilakah Lailatul Qadar? Lailatul Qadar jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. menerangkan: “Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan.” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017]
Ada pandangan yang berkata Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 bulan Ramadhan. Pandangan ini sebenarnya kurang tepat kerana tidak berasal dari al-Qur’an atau al-Sunnah yang sahih. Beberapa sahabat Rasulullah ada mengatakan mereka menemui Lailatul Qadar pada malam 27, akan tetapi ia hanya berlaku pada tahun tersebut. Pada tahun-tahun yang lain, ia jatuh pada malam yang lain. Ini kerana malam Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Yang diketahui adalah ia akan jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam yang terakhir. Kenapakah Allah dan Rasul-Nya tidak menetapkan satu tarikh yang pasti?
Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan hikmahnya: “Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja.
Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipat gandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah. Hal ini sebagaimana Allah s.w.t. merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan.” [Fiqh al-Siyam, ms. 176-177]
Beberapa alamat Lailatul Qadar di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk. [Shahih al-Jami' al-Shagheir, hadis no: 5475]
Kemudian pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik. [Shahih Muslim, hadis no: 762]
رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّـهِ مِن شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!
(Surah Ibrahim 14: Ayat ke 38)

Wednesday, July 11, 2012
Lailatul Qadr dan kemuliaan bulan Ramadhah
Lailatul Qadr atau Malam Al-Qadr merupakan suatu malam yang dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Sebahagian ulama’ menyebut bahawa ia adalah malam yang berlaku sekali pada setiap Ramadhan sehingga hari kiamat, bukannya hanya sekali ketika zaman wahyu diturunkan.
Diriwayatkan oleh Atha’ daripada Ibnu Abbas r.a. bahawa beliau menceritakan kepada Nabi S.A.W. tentang seorang lelaki Bani Israel yang berjuang di jalan Allah S.W.T. selama seribu bulan. Nabi S.A.W. sangat kagum mendengar khabar tersebut dan baginda berharap agar umatnya diberikan beberapa kelebihan, baginda bersabda : (Wahai Tuhan, Engkau telah menjadikan umatku pendek umurnya, dan sedikit amalnya. Maka Allah S.W.T. mengurniakan Lailatul Qadr yang lebih baik daripada seribu bulan iaitu tempoh lelaki Bani Israel tersebut yang berjuang di jalan Allah kepadamu dan umatmu sehingga hari kiamat).
Sebahagian sejarawan Islam menyebutkan bahawa seorang lelaki pada zaman dahulu tidak dinamakan sebagai ‘abid (orang yang melakukan ibadah) melainkan jika dia beribadah kepada Allah S.W.T. selama seribu bulan. Maka Allah S.W.T. mengurniakan kepada umat Nabi S.A.W. Lailatul Qadr, apabila mereka menghidupkannya adalah lebih layak digelar sebagai ‘abid berbanding ‘abid pada zaman dahulu.
Pendapat yang paling tepat ialah malam ini dikurniakan kepada umat nabi Muhammad S.A.W. sehingga hari kiamat, bukannya sekali sahaja ketika zaman Nabi S.A.W. kerana hadith-hadith shohih menerangkan ia berlaku pada beberapa malam yang berlainan dan ini tidak akan berlaku melainkan tempohnya berterusan sehingga ke hari kiamat.
Kenapa dinamakan malam Al-Qadr?
Maksud Al-Qadr dapat diterjemahkan kepada dua makna :
1. Kedudukan yang tinggi seperti apabila kita menyebutkan di dalam bahasa Arab – فلان ذو قدر iaitu “dia seorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi”.
2. Penentuan hukum dan pemberian hak manusia. Hal ini kerana pada malam ini Allah S.W.T. menurunkan Al-Quran dari Luh Mahfuz ke langit dunia yang di dalamnya terkandung pelbagai hukum dan panduan kehidupan manusia.
Waktu berlakunya malam Al-Qadr
Perselisihan para ulama’ kemudiannya tertumpu kepada beberapa perkara :
1. Adakah ia hanya berlaku dalam bulan Ramadhan?
• Kebanyakan mereka mengatakan ia hanya khusus pada bulan Ramadhan berdasarkan firman Allah S.W.T. :
شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان
Ertinya : Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya Al-Quran.
Firman Allah S.W.T. lagi :
إنا أنزلنه في ليلة القدر
Ertinya : sesungguhnya kami menurunkannya (Al-Quran) pada malam Al-Qadr.
Maka berdasarkan dua ayat ini, malam Al-Qadr adalah malam yang diturunkan padanya Al-Quran.
• Sebahagian mereka mengatakan ia berlaku bukan sahaja dalam bulan Ramadhan malah turut berlaku dalam bulan-bulan yang lain.
2. Perselisihan seterusnya pada pendapat pertama yang mengatakan ia berlaku dalam bulan Ramadhan : Adakah ia berada pada malam-malam dalam bulan ini atau hanya di 10 malam yang terakhir?
• Sebahagian ulama’ mengatakan ia berlaku pada malam-malam dalam bulan Ramadhan.
• Kebanyakan mereka menyebut ia berlegar sekitar sepuluh malam terakhir khususnya pada malam-malam yang ganjil.
Hikmah malam ini disembunyikan
1. Ia bertujuan untuk mengagungkan bulan Ramadhan keseluruhannya supaya manusia beribadah kepada Allah S.W.T. bukan memilih kepada malam-malam tertentu. Samalah keadannya apabila Allah S.W.T. menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan hamba kepadaNya agar hamba tersebut melakukan semua ketaatan demi mendapatkan redha tuhannya.
2. Mengajar manusia supaya bersungguh dalam mengerjakan ibadah kepada Allah S.W.T. dalam malam-malam yang ditempuhi di bulan Ramadhan. Hal ini kerana mereka tidak mengetahui Lailatul Qadr yang sebenar, yang seterusnya akan meningkatkan semangat mereka dalam melaksanakan ibadah dalam bulan ini pada setiap malam.
3. Menambah ganjaran disebabkan sikap bersungguh yang ada dalam mendapatkan malam tersebut selain ganjaran ibadah yang dilakukan. Hal ini berbeza dengan ibadah yang dikerjakan tanpa kesungguhan disebabkan telah mengetahui malam manakah berlakunya Lailatul Qadr.
Kelebihannya : Hadis Nabi S.A.W. :
من قام ليلة القدر إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه
(Barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan dosanya yang telah lalu).
Amalan yang digalakkan di dalamnya :
1. Berdoa :
اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني
Ertinya : Ya Allah, Engkau yang Maha Pengampun dan Maha Mulia. Engkau sememangnya suka mengampunkan (kesalahan) maka ampunilah aku.
2. I’tikaf pada 10 malam yang terakhir, moga-moga ia akan diperolehi pada salah satu daripadanya.
3. Memperbanyakkan ibadah seperti solat-solat sunat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
Antara petandanya : Malamnya tenang, tidak panas atau sejuk dan lautan tidak bergelora. Juga suara anjing menyalak tidak kedengaran dan apabila tiba keesokan harinya sinaran matahari kurang memancarkan cahayanya seolah-olah keadaan pagi tersebut seperti berkabus.
Digalakkan apabila seseorang melihat petanda ini pada pagi keesokan harinya untuk memperbanyakkan doa dan ibadah sepertimana pada malam harinya.
(Dinukilkan daripada kitab Hikmah At-Tasyri’ Wa Falsafatuh oleh Syeikh Ali Ahmad Al-Jarjawi – salah seorang ulama’ Al-Azhar)
http://jalanakhirat.wordpress.com/2012/07/09/lailatul-qadr-dan-kemuliaan-bulan-ramadhah/

Labels:
kemuliaan bulan Ramadhah,
Lailatul Qadr
Subscribe to:
Posts (Atom)