Bahagian Keempat: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat berupa ta’lil (بالتعليل). Hanya ada satu iaitu:
Surah Quraisy [سورة قريش]:
لإيلافِ قُرَيْشٍ (١)
Ertinya: Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Mekah).
Maka cukuplah kesemua surah sebanyak 114 surah dalam bab Pembuka Surah. Dan perbahasan ini disunting dari artikel Syeikh Rejab bin Abdullah kemudiannya saya ringkaskan. Semoga bermanfaat dan segala silap datangnya dari saya.
Showing posts with label Pembuka Surah. Show all posts
Showing posts with label Pembuka Surah. Show all posts
Wednesday, July 11, 2012
Friday, May 4, 2012
Pembuka Surah Dalam Quran 10
Bahagian Kelapan: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat berupa ayat soal (الإستفهام).
1. Surah al-Insan [سورة الإنسان]:
هَلْ أَتَى عَلَى الإنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا (١)
Ertinya: Bukankah telah berlalu kepada
manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang dia (masih belum
wujud lagi dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka
mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?
2. Surah al-Naba’ [سورة النبإ]:
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ (١)
Ertinya: Tentang apakah mereka bertanya-tanya?
3. Surah al-Ghasyiah [سورة الغاشية]:
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ (١)
Ertinya: Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
4. Surah al-Syarh [سورة الشرح]:
أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (١)
Ertinya: Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
5. Surah al-Fil [سورة الفيل]:
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (١)
Ertinya: Tidakkah engkau mengetahui
bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin
oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
6. Surah al-Maun [سورة الماعون]:
أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ (١)
Ertinya: Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
Semuanya berjumlah 6 surah.
Tuesday, April 3, 2012
Pembuka Surah Dalam Quran 9
Bahagian Ketujuh: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat berupa ayat perintah (الأمر).
1. Surah al-Jin [سورة الجن]:
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (١)
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!
2. Surah al-Alaq [سورة العلق]:
اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (١)
Ertinya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
3. Surah al-Kafirun [سورة الكافرون]:
قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (١)
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
4. Surah al-Ikhlas [سورة الإخلاص]:
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (١)
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.
5. Surah al-Falaq [سورة الفلق]:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ (١)
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk.
6. Surah al-Nas [سورة الناس]:
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١)
Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
Semuanya berjumlah 6 surah.
Subscribe to:
Posts (Atom)