Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Friday, February 1, 2013

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH

4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/551919_425941557443411_722499853_n.jpg
4 TAHAP MENDIDIK ANAK IKUT SUNNAH RASULULLAH
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. :
PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita utk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.
KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.
KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.
KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.
Dalam kehidupan kita sebagai muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.
Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.
Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yg mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

RESPON

  1. Assalamualaikum..
    kenapa dalam hadis ni suruh solat dulu?
    bukan ke dah jadi islam suruh beriman dulu baru buat ibadah lain?
    atau hadis sekarang banyak yang sudah diselewengkan sejak 500tahun lalu?
    ———
    Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.
    ———
    Sebabnya kanak2 masih belum baligh lagi yang tiada dosa lagi,dirotannya?
    betul ka mengajar anak kerjakan solat dulu? di dalam alquran surah pertama turun
    allah perintah iqraq bismirabbikal lazi kholak.. allah tak perintah iqraq. “maksudnya sebutlah nama allah yang menjadikan”.. bukan baca, atau sebut. disuruh sebut nama allah?
    dalam 2kalimah syahadah..pada amalan syahadah..
    • W.Salam.
      Hikmah disuruh solat dan sebagai yang berbentuk perbuatan lahiriah adalah pembentukan Aqidah secara tidak langsung atau dakwah dengan Hal.
      Apabila mereka telah melazimi solat secara fizikal, insya Allah SWT memudahkan mereka berdakwah secara Rohani atau pengisian dalaman.
      Lihatlah masa kini, ramai umat Islam yang sempurna solat mereka secara fizikal tetapi kebanyakkan umat Islam juga adalah juara dalam segenap segi keruntuhan moral atau Akhlak disebabkan mereka hanya beriman secara luaran sahaja. Oleh yang demikian, sebagai kanak-kanak yang belum matang pemikiran mereka maka solat secara fizikal adalah benteng utama kepada kesempurnaan Islam dan Iman.
      Hikmah Allah SWT menyuruh umat Islam menyebut nama-nama Allah SWT selain daripada Lafaz Jalalah ( Allah ) yang terkandung serbagai khasiat dan Hikmah mengikut keperluan hajat manusia yang berbagai. Maha Kaya Allah SWT dan Maha Sempurna Allah SWT daripada segala cacat dan cela-SubhanAllah.
      Wallahu A’lamu Bissowab. Dari hamba Allah SWT yang hina kejadiannya.

Monday, April 16, 2012

Doa Agar Dikaruniakan Anak Shalih

Sabtu, 14 April 2012

Doa Agar Dikaruniakan Anak Shalih


Kehadiran anak pasti sangat dinantikan oleh pasangan suami istri. Terlebih bagi mereka yang usia pernikahannya sudah berlalu beberapa tahun. Untuk mendapatkan keturunan, apapun akan diusahakan.
Usaha memang harus diupayakan, namun berdoa juga tidak boleh ditinggalkan. Bahkan orang yang hanya mengedepankan usaha tanpa berdoa terkategori orang sombong. Seolah-olah usahanya lah yang bisa merealisasikan kemauannya tanpa peran Allah Subhanahu Wa Ta'ala sebagai pencipta.
Usaha memang harus diupayakan, namun berdoa juga tidak boleh ditinggalkan.
Dalam Al-Qur'an ada beberapa doa yang dipanjatkan oleh hamba-hamba Allah yang shalih agar dikaruniakan dzurriyah tayyibah yang menjadi qurrata a'yun. Dari doa mereka tersebut, Allah berkenan mengabulkan dan mengaruniakan keturunan yang shalih. Apalah artinya seorang anak, jika akhirnya ia menjadi musuh Allah. Memang di masa kecilnya ia menjadi permata, namun ketika sudah besar ia menjadi bencana.

1. Doa Nabi Ibrahim 'alaihis salam
"Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang shaleh," (QS. Ash-Shafat: 100).

Anak shalih yang dimohon Ibrahim dalam doanya adalah anak yang taat kepada Allah sebagai ganti dari kaumnya yang dia tinggalkan karena sudah tak bisa lagi diharapkan akan beriman. Kemudian Allah karuniakan seorang ghulaam haliim (seorang anak yang amat sabar), yaitu Ismail 'alaihis salam. Dialah anak pertama Nabi Ibrahim berdasarkan kesepakan kaum muslimin, bahkan disepakati juga oleh Ahlul kitab.
Anak shalih yang dimohon Ibrahim dalam doanya adalah anak yang taat kepada Allah sebagai ganti dari kaumnya yang dia tinggalkan karena sudah tak bisa lagi diharapkan akan beriman.
2. Doa Nabi Zakaria 'alaihis salam

"Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa," (QS. Ali Imran: 38).

Doa ini dipanjatkan oleh Nabi Zakaria setelah melihat kondisi Maryam yang mengabdikan dirinya di Mihrab hanya untuk Ibadah kepada Allah. "Setiap Zakaria masuk untuk menemui Maryam di mihrab, ia dapati makanan di sisinya. Zakaria berkata: 'Hai Maryam dari mana kamu memperoleh (makanan) ini?' Maryam menjawab: 'Makanan itu dari sisi Allah'. Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang dikehendaki-Nya tanpa hisab." (QS. Ali Imran: 37)

Setelah Nabi Zakaria melihat karunia Allah atas Maryam berupa makanan dan buah-buahan musim dingin pada musim panas dan buah-buahan musim panas pada musim dingin tanpa usaha dan bekerja, maka dia pun berharap, bermunajat, dan berdoa kepada Allah agar dikaruniakan anak, walaupun usianya sudah tua sementara istrinya sudah tua dan mandul. Namun demikian dia tidak berputus asa dan berdoa dengan doa di atas.

Dzurriyah Thayyibah maknanya adalah anak yang shalih, berakhlak, dan beradab agar sempurna nikmat dien dan dunianya.
Kemudian Allah mengabulkan doanya dengan kelahiran Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang shaleh.

3. Doa 'ibadur rahman (hamba-hamba Allah yang shalih)

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa," (QS. Al-Furqan: 74).

Istri dan keturunan yang menjadi qurrata a'yun (penyenang hati), adalah yang senantiasa taat kepada Allah dan beribadah kepada-Nya semata, Dzat yang tiada sekutu bagi-Nya.

Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah memaknakan "Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)," adalah yang taat kepada Allah, karena tiada sesuatu yang lebih membuat senang pandangan seorang mukmin dari pada melihat orang yang dicintainya dalam ketaatan.

Friday, April 13, 2012

Anak lewat cakap


Sabtu, April 07, 2012

Anak lewat cakap




Tiada kaitan jantina, mungkin petanda anak alami masalah pendengaran, autisme

SEAKAN wujud satu persepsi dalam kalangan masyarakat yang mengaitkan jantina sebagai alasan bagi kanak-kanak yang lewat bercakap. Tidak hairanlah, kita sering mendengar dialog seperti “kalau dibandingkan dengan budak perempuan, budak lelaki memang lambat bercakap’. Namun, adakah tanggapan ini benar?

Mengajukan persoalan itu kepada Terapis Pertuturan Bahasa Pusat Pengajian Sains Rehabilitasi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Basyariatul (Basha) Fathi Othman, sebaliknya menyifatkan pandangan itu hanyalah mitos.

“Kanak-kanak yang lambat bercakap tidak boleh dibezakan dengan jantina. Cepat atau lambat kebolehan bercakap itu, sebenarnya banyak dipengaruhi persekitaran, termasuk pemilihan permainan. Budak perempuan dikaitkan dengan cepat pandai bercakap kerana jenis permainan mereka seperti ‘main masak-masak atau main pondok-pondok’ itu boleh menjadi satu proses pembinaan pertuturan,” ” katanya.

Menurutnya, sambil bermain masak-masak itu, mereka akan mengajuk cara ibunya memotong sayur, menjaga adik dan menukarkan pakaian. Perbuatan itu akan bersulam dengan pengeluaran ayat. Sekiranya dilakukan secara berulang-ulang kebolehan bercakap akan menjadi semakin lancar.

“Ini berbeza dengan budak lelaki. Kebanyakannya suka bermain kereta mainan, atau ‘pencuri-polis’. Tidak banyak perkataan dapat dikeluarkan menerusi permainan berkenaan melainkan bunyi ‘vroom’ enjin kereta atau perkataan ‘lari’ dan ‘tangkap’ dari mulutnya. Secara langsung faktor permainan amat mempengaruhi kebolehan mereka bercakap. Justeru saya fikir ada baiknya kalau budak lelaki turut sama bermain permainan budak perempuan kerana nyata bentuk permainan itu membina kebolehannya bercakap dan kognitif lain termasuk penggunaan motor tangan serta kaki. Penggunaan otak dan pergerakan badan menerusi perbuatan akan mempercepatkan mereka belajar perkataan baru, seterusnya membina ayat dengan baik,” katanya.

Namun, bilakah masanya atau tahap usia kanak-kanak itu dikenal pasti sebagai lewat bercakap dan perlu mendapatkan bantuan?

“Kanak-kanak yang normal boleh mengeluarkan perkataan seawal usia lapan bulan ke setahun setengah. Kalau lewat daripada itu, ibu bapa boleh membawa kanak-kanak bertemu dengan terapi pertuturan bahasa untuk menentukan sama ada anak mereka mengalami masalah. Masalah bercakap hanya boleh ditentukan oleh Terapi Pertuturan-Bahasa kerana dalam setiap kes dirujuk. Kanak-kanak itu akan diperiksa secara terperinci termasuk menyelidiki persekitaran yang mempengaruhi kebolehannya bercakap. Ibu bapa yang mengesyaki anaknya berhadapan masalah bercakap, perlu segera merujuk kepada Terapi Pertuturan Bahasa kerana lambat bercakap boleh menjadi ‘petanda’ kepada masalah lain termasuk masalah pendengaran, autisme atau masalah masalah lain. Lebih cepat dikenal pasti, lebih cepat kanak-kanak itu dapat dibantu,” katanya.

Apakah bezanya antara masalah bercakap dengan pertuturan? Katanya masalah lambat cakap dikaitkan pelbagai faktor komunikasi termasuk kurang rangsangan untuk bercakap.

Bagi masalah pertuturan pula, adalah biasa untuk kanak-kanak kecil yang mula belajar bertutur untuk mengeluarkan bunyi-bunyi yang ‘pelat’ kerana ini adalah proses normal. Pelat atau ‘proses-proses fonologi’ ini berlaku sehinggalah sekitar lima hingga enam tahun di mana bunyi-bunyi pertuturan kanak-kanak akan terus bertambah baik dan akan menyamai bunyi-bunyi pertuturan orang dewasa. Apabila kanak-kanak tidak berjaya mengatasi ‘pelat’ ini pada tahap umur berkenaan, maka masalah pertuturan perlu dibantu oleh patologis pertuturan-bahasa.

Jelasnya seseorang bayi itu bersuara mengeluarkan kata - kata membebel atau ‘baby talk’ seperti aa , aa , ahggege , bababa , dededed , mamamam , nanana dan seterusnya sebelum dapat mengeluarkan perkataan yang bermakna. Dalam usaha merangsang kanak-kanak cepat bercakap, ibu bapa digalakkan bercakap dengan mereka walaupun ketika itu mungkin si kecil pada usia bayi.

Mengenai kemungkinan kanak-kanak lambat bercakap akibat penggunaan pelbagai bahasa di rumah menyebabkan kanak-kanak mungkin keliru, Dr Basha berkata, ia tidak semestinya berlaku kerana kanak-kanak menyerap bahasa bagaikan span dan tahu membezakan bahasa bila sampai masanya.

Pada peringkat awal, sesetengah kanak-kanak yang bertutur pelbagai bahasa mungkin ada menunjukkan sedikit kelambatan dalam menguasai kesemua bahasa yang dituturkan. Bagaimanapun, ini akan diatasi secara semula jadi. Dalam sesetengah kes, ibu bapa mungkin dapati anak-anaknya lebih bijak bercakap bila tahu banyak bahasa.

Tidak dinafikan unsur genetik adalah satu lagi sebab mengapa kanak-kanak lambat bercakap.

“Untuk mengelakkan berlakunya masalah bercakap bagi kanak-kanak, ibu bapa perlu memastikan supaya tahap pertuturan yang mereka gunakan adalah sepadan dengan umur anak mereka. Peluang untuk kanak -kanak mereka mendengar bahasa dan menggunakannya mestilah mencukupi di dalam persekitaran mereka.”

“Jika ibu bapa atau penjaga selalu bercakap cepat, menggunakan perkataan yang tidak sepadan dengan kebolehan kanak -kanak mereka memahamimya sudah tentulah akan memberi kesan yang negatif kepada perkembangan pertuturan kanak -kanak mereka. Penggunaan bahasa adalah perlu untuk perkembangan intelek seseorang kanak -kanak. Perkembangan intelek pula dipengaruhi oleh tahap penggunaan bahasa. Jika kanak -kanak lambat bercakap pembelajaran mereka di masa hadapan akan terjejas.”

“Sebetulnya selain daripada kesihatan tubuh badan , tahap pemakanan yang baik, keadaan fizikal dan mental yang baik , persekitaran yang penuh dengan stimulasi adalah perlu diberikan kepada kanak-kanak untuk menggalakkan perkembangan bahasa optimum,” katanya.

Jelasnya masalah bercakap selalunya menjadi petanda kepada masalah lain yang lebih besar, termasuk masalah pendengaran, atau autisme.

“Segeralah merujuk kepada pakar dapat membantu mengesan masalah dihadapi kanak-kanak. Selain Hospital Kuala Lumpur dan hospital besar di setiap negeri, ibu bapa boleh ke Klinik Audiologi & Sains Pertuturan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur yang khusus mengendalikan mengenai masalah berkaitan.

FAKTA: Klinik Audiologi & Sains Pertuturan Universiti Kebangsaan Malaysia, Jalan Temerloh, Kuala Lumpur

* Ia adalah klinik pengajaran bagi mahasiswa UKM yang diselia oleh audiologis dan terapi patologis pertuturan-bahasa yang bertauliah

* Menyediakan kepakaran dalam menilai, mencegah serta mengendalikan masalah pendengaran dan komunikasi

* Menyediakan kelengkapan peralatan klinik yang canggih

* Antara klinik pendengaran dan pertuturan terawal ditubuhkan dan masih menjadi pusat rujukan utama dalam negara.

Tel : 03-92895040/92895041.


Thursday, April 12, 2012

Mari persiapkan dana pendidikan anak kita sejak dini


Mari persiapkan dana pendidikan anak kita sejak dini

Menyiapkan anak sholeh dan sholehah perlu persiapan sejak dini, bermula dari membina diri menjadi pribadi yang Islami lalu membentuk rumah tangga yang penuh dengan nilai-nilai Islami. Menanamkan nilai-nilai keimanan menjadi prioritas utama, memberikan makanan yang halal dan baik agar tumbuh menjadi sehat, selain itu juga bekal pendidikan untuk membentuk anak yang memiliki kecerdasan intelektual, kecerdasan emosianal dan kecerdasan spiritual. Lalu bagaimana untuk mempersiapkannya?

Berikut contoh gambaran mempersiapkan dana penddikan anak:


Ilustrasi Dana Pendidikan Syariah Plus
Tabungan 1 Juta per bulan selama 10 tahun

Kontribusi setiap bulan Rp. 1.000.000,-

Lama kontribusi 10 tahun

Usia anak 2 tahun

Usia orang tua 30 tahun

Asusmsi pertumbuhan rata-rata pertahun 15 %

Belum pernah melakukan penarikan sebelumnya


Ilustrasi Manfaat Nilai Tunai

---> Pada saat usia anak 12 tahun (memasuki SMP) tersedia dana sekitar Rp. 204.000.000,-

---> Pada saat usia anak 15 tahun (memasuki SMA) tersedia dana sekitar Rp. 300.000.000,-

---> Pada saat usia anak 18 tahun (memasuki PT) tersedia dana sekitar Rp. 444.000.000,-


Ilustrasi Manfaat tambahan tanpa mengurangi nilai investasi

Apabila Ayah dan/atau ibu peserta memenuhi salah satu kriteria berikut :

---> Memenuhi salah satu dari 33 kondisi kritis (misal sakit jantung, stroke, kanker, dll)

---> Kecelakaan yang menyebabkan cacat tetap/total

---> Meninggal

Setelah terdaftar 90 hari atau lebih

Maka kontribusi bulanan STOP, selanjutnya kami akan meneruskan kontribusi bulanan Rp. 1.000.000,- setiap bulan hingga anak berusia 18 tahun

Maka Ilustrasi Manfaat Nilai Tunai menjadi :

---> Pada saat usia anak 12 tahun (memasuki SMP) tersedia dana sekitar Rp. 217.000.000,-

---> Pada saat usia anak 15 tahun (memasuki SMA) tersedia dana sekitar Rp. 366.000.000,-

---> Pada saat usia anak 18 tahun (memasuki PT) tersedia dana sekitar Rp. 589.000.000,-



Apabila peserta meninggal, cacat tetap dan total selama asuransi sebelum usia 99 tahun, akan diberikan manfaat asuransi sebesara Rp 150.000.000,- dan nilai tunai investasi apabila ada.


jika menginginkan ilustrasi lebih rinci investasi dana pendidikan syariah silahkan download form permohonan ilustrasi disini


Solusi Cerdas Mengelola Keuangan Keluarga



Ilustrasi Dana Pendidikan Syariah Plus
Investasi di Awal sebesar Rp. 120.000.000


Usia anak 2 tahun

Usia orang tua 30 tahun

Asusmsi pertumbuhan rata-rata pertahun 15 %

Belum pernah melakukan penarikan sebelumnya


Ilustrasi Manfaat Nilai Tunai

---> Pada saat usia anak 12 tahun (memasuki SMP) tersedia dana sekitar Rp. 383.000.000,-

---> Pada saat usia anak 15 tahun (memasuki SMA) tersedia dana sekitar Rp. 566.000.000,-

---> Pada saat usia anak 18 tahun (memasuki PT) tersedia dana sekitar Rp. 841.000.000,-



Ilustrasi Manfaat tambahan tanpa mengurangi nilai investasi

Apabila Ayah dan/atau ibu peserta memenuhi salah satu kriteria berikut :

---> Memenuhi salah satu dari 33 kondisi kritis (misal sakit jantung, stroke, kanker, dll)

---> Kecelakaan yang menyebabkan cacat tetap/total

---> Meninggal

Setelah terdaftar 90 hari atau lebih

Maka kontribusi bulanan STOP, selanjutnya kami akan meneruskan kontribusi bulanan Rp. 1.000.000,- setiap bulan hingga anak berusia 18 tahun

Maka Ilustrasi Manfaat Nilai Tunai menjadi :

---> Pada saat usia anak 12 tahun (memasuki SMP) tersedia dana sekitar Rp. 405.000.000,-

---> Pada saat usia anak 15 tahun (memasuki SMA) tersedia dana sekitar Rp. 677.000.000,-

---> Pada saat usia anak 18 tahun (memasuki PT) tersedia dana sekitar Rp. 1.085.000.000,-


Apabila peserta meninggal, cacat tetap dan total selama asuransi sebelum usia 99 tahun, akan diberikan manfaat asuransi sebesara Rp 150.000.000,- dan nilai tunai investasi apabila ada.


jika menginginkan ilustrasi lebih rinci investasi dana pendidikan syariah silahkan download form permohonan ilustrasi disini


Solusi Cerdas Mengelola Keuangan Keluarga

DEPOSITO SEDEKAH VS UTANG - Ust Yusuf Mansyur

Kebiasaan Hutang dimasyarakat kita dewasa
ini mungkin sudah menjadi kebiasaan....bahkan untuk memiliki sesuatu
kita terpaksa untuk hutang..namun pernahkah kita mencoba jalan lain
dengan berniaga dengan Allah...tahukah kalian semua apa itu pernigaan di
jalan Allah...perniagaan di jalan Allah adalah lebih suka membelanjakan
hartanya untuk kepentingan umat dan islam diatas kepentingan
pribadi....seperti halnya sedekah....

nah dalam menyikapi
sedekah....berikut video mengenai hutang ini...judulnya
deposit sedekah vs hutang...di persembahkan oleh ustad yusuf
mansur.....nah selamat menyaksikan