DOA PELEMBUT HATI
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud ayat:-
200 . Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya
kamu berjaya.
Bacaan dalam huruf rumi:-
1. Yaaaa Ayyuhalladziina aamanuszbiruu waszaabiruu waraabithuu wattaqullaha la’a'llakum tuflihuuuun.
(Ayat 200 Surah Al Imran)
Ayat terakhir daripada surah Al Imran ini hendaklah dibaca ketika
memasak/menyediakan makanan dan dihembus ke dalam makanan tersebut
bertujuan untuk melembutkan hati anak-anak.
إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
Maksud Ayat :-
Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya :
‘Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah
kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri”.
Bacaan dalam huruf rumi:-
2. Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta’luu a’layya wa’tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)
Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang
dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah
anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan
sebagainya.
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Showing posts with label perasaan. Show all posts
Friday, June 15, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)