اللهم صلي على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال والآفات وتقضي لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا بها من جميع السيئات وترفعنا بها
عندك أعلى الدرجات وتبلغنا بها أقصى الغايات من جميع الخيرات في الحياة وبعد الممات
وعلى آله وصحبه وسلم تسليماً كثيراً
Ertinya: Ya Allah limpahkanlah rahmat kepada junjungan kami
Nabi Muhammad SAW, yang dengan rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kami dari
semua keadaan yang mendebarkan,
dan dari semua cobaan yang dengan rahmat itu Engkau akan mendatangkan
kepada kami hajat,
yang dengan rahmat itu Engkau akan membersihkan kami dari
semua keburukan dan kesalahan,
yang dengan rahmat itu Engkau akan mengangkat kami kepada
setinggi-tinggi derajat.
yang dengan rahmat itu pula Engkau akan menyampaikan kami
kepada sesempurna semua maksud dari semua kebaikan pada waktu hidup dan setelah
mati.
Semoga Allah limpahkan rahmat dan keselamatan kepada Nabi
Muhammad, keluarganya, Sahabatnya serta seluruhnya.
Khasiatnya:
1. Wirid 11X selepas solat fardhu dan berdoa insya’ Allah
kabul.
2. Wirid 500X atau 1000X sehari semalam nescaya
dilapangkan Allah akan segala kesulitan hidupnya.
3. Kata Imam Samhudi (السمهودي) diwirid
banyak kali bagi mengelak wabak taun.
4. Kata Syeikh Musa al-Darir (الشيخ
موسى الضرير)
dalam kitab Fajrulmunir oleh Fakihani, “Suatu hari kami belayar di lautan,
tiba-tiba datang angin kencang hingga kelam kabut anak kapal. Tiba-tiba mari
rasa mengantuk sehingga tertidur dan saya telah bermimpi berjumpa Rasulullah
SAW. Rasulullah SAW berpesan padaku agar penumpang kapal membaca selawat ini
1000X.
No comments:
Post a Comment