Syeikh Abdul
Samad al-Falimbani (الشيخ عبد الصمد الفلباني)
adalah salah seorang contoh ulama yang keluar berperang jihad. Bukan melalui
pena sahaja tapi kata-katanya dibuktikan dengan tingkah laku. Beliau sama-sama
mengangkat senjata, pedang sabil bersama para pendekar melayu. Jadi selayaknya
beliau juga dipanggil pendekar, sekaligus ulama sufi. Jasadnya tidak dapat
ditemui selepas perang dengan askar Siam. Ada yang kata sudah ditawan dan
dibawa ke Siam dan ada kata sudah syahid. WaLlahua’lam.
Beliau pernah
menulis sebuah kitab bernama “Suatu Perhubungan Pada Menyatakan Akan Beberapa Faedah
Di Dalam Perang SabiliLlah” (ملحق في بيان الفوائد النافعة في الجهاد في سبيل
الله). Kitab ini terbahagi 4 bab iaitu:
1.
Faedah Yang Pertama pada menyatakan ayat Quran yang jadi azimat yang manfaat di
dalam perang sabilillah dan peliharaan yang menegahkan daripada kejahatan orang
kafir.
2. Faedah
Yang Kedua pada menyatakan doa yang manfaat di dalam perang sabilillah dan
lainnya.
3. Faedah
Yang Ketiga pada menyatakan doa yang membinasakan bagi segala seteru dan bagi
sejahtera daripada kejahatan seteru.
4. Faedah
Yang Keempat pada menyatakan doa membinasakan seteru dan segala kafir dan bagi
sejahtera daripada kejahatan mereka itu.
Telah berkata
Syeikh Abdul Samad al-Falimbani dari Wali Allah yang Quthub pada zaman ini (pada
zaman beliau), lagi menolong bagi orang yang dapat kesusahan, iaitu Saiyidi
Syeikh Muhammad as-Samman:
من دام على قراءة: لَقَدْ جَاءَكُمْ
رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ
رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ
عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩) دبر كل صلاة عشر
مرات لا يقدر أحد يعاديه ويطول عمره.
Ertinya:
Barangsiapa mengekalkan atas membaca Laqod Jā‘akum
hingga akhir ayat, dibelakang tiap-tiap sembahyang lima waktu, 10X. Nescaya
tiada kuasa seseorang menyeteru akan dia dan jadi lanjut umurnya.
Sumber:
Ustaz
Wan Mohd Saghir Abdullah. Kertas Kerja Peranan Ulama Dalam Silat: Kepentingan
Dan Keselariannya Suatu Persamaan Dari Aspek Budaya Dan Agama. 2003.
No comments:
Post a Comment