Monday, May 28, 2012
Wirid Pertahanan Diri Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani (AKHIR)
Gambar dipetik dari dangerofpatani.blogspot.com |
Selain
itu berikut ialah wirid Syeikh Abdul Samad al-Falimbani yang juga menjadi
amalan Mat Kilau, pahlawan Melayu yang terkenal itu tapi sayang matinya
ditinggal-tinggalkan oleh pembesar negara.
Disebut
dalam kitab Mat Kilau pada halam 23 dengan tajuk ‘Doa Faqir’. “Siapa yang
mengamalkan doa ini nescaya tidak mengenai padanya pedang atau panah atau
segala rupa kejahatan dari seteru. Tiada ia akan mati selama ia membaca doa
ini. Dan apabila ditakdirkan ia hendak meninggal dunia ia tidak akan dapat lagi
membaca doa ini. Inilah bacaannya ...” Lalu dimulai ayat Laqod ja akum.
بسم الله الرحمن
الرحيم، وصلى الله على سيدنا محمد ومولانا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تَسْلِيْمًا دَائِمًا،
حَرَسْتُ نَفْسِي وَأَهْلِي
وَمَالِي وَمَنْ حَضَرَنِي أَوْ غَابَ عَنِّي بِالْحَيِّ الْقَيُّوْمِ الَّذِي لاَ
يَمُوْتُ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي فِي حِفْظِ ذَلِكَ لِلْحَيِّ الْقَيُّوْمِ الَّذِي
لاَ يَمُوْتُ، وَأَصْبَحْتُ وَأَمْسَيْتُ فِي جِوَارِ اللهِ الَّذِي لاَ يُرَامُ وَلاَ
يُضَامُ وَلاَ يُسْتَبَاحُ وَفِي ذِمَّتِهِ وَضَمَانِهِ الَّذِي لاَ يَخْفِرُ ضَمَانَ
عَبْدِهِ.
Ertinya:
BismilLlah ..., Selawat ... Sentiasa aku peliharakan diriku, keluargaku,
hartaku, orang yang hadir akan daku, orang ghaib daripadaku dengan Tuhan yang
hidup tiada mati. Dan aku sandarkan akan belakangku didalam peliharaan yang
demikian itu bagi Tuhan yang hidup yang berdiri dengan sendiriNya. Dan adalah
aku pada pagi-pagi dan pada petang-petang didalam peliharaan Tuhan yang tiada
putus peliharaanNya dan tiada diharuskan akan putusnya itu. Dan adalah aku
didalam tanggungan Allah dan didalam akuanNya yang tiada membatalkan Ia akan akuanNya
bagi hambaNya.
وَاسْتَمْسَكْتُ بِعُرْوَةِ
اللهِ الْوُثْقَى، رَبِّي كُلِّ شَيْءٍ، وَرَبَّ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ، لاَ إِلَهَ
إِلاَّ هُوَ فَاتَّخِذْهُ وَكِيْلاً، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ وَاعْتَصَمْتُ بِاللهِ
وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَى اللهِ، نِعْمَ الْقَادِرُ اللهِ، فَاللهُ خَيْرٌ
حَافِظًا وَهُوَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
Ertinya:
Dan aku berpegang dengan perpegangan Allah Taala yang amat teguh iaitu Tuhanku
dan Tuhan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Tiada Tuhan yang mempunyai
sembah dengan sebenarnya hanya Allah. Maka jadikan olehmu akan dia tempat
berpegang dan tempah berserah. Dan aku berpegang atas Allah Taala dan aku
meminta peliharakan dengan Allah Taala. Dan aku serahkan pekerjaanku sekalian
kepada Allah Taala. Sebaik-baik yang kuasa itu iaitu Allah Taala. Sebaik-baik
yang memeliharakan segala hambaNya dan iaitu yang terlebih kasih sayang
daripada segala orang kasih sayang.
وصلى الله على سيدنا
محمد وآله وصحبه وسلم تسليما عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَاءَ نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ
وَدَوَامَ مُلْكِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ.
Ertinya:
Dan rahmat Allah atas penghulu kita Nabi Muhammad dan atas keluarganya sebilang
makhlukNya dan sebilang redha diriNya dan sebilang timbangan Arasy dan sebilang
suratan dakwat kasih Allah Taala itu.
لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ
مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ
رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨) فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ
عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (١٢٩)
Dikatakan
juga wirid yang diamalkan Syeikh Abdul Samad al-Falimbani ada persamaan
dengan
wirid dalam Silat al-Mu’azat. Iaitu gerak silat yang datang sendirinya
dan
dikembangkan oleh Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad di Johor sekitar tahun
1970an. Al-Fatihah untuk Syeikh Abdul Samad Palembang, Mat Kilau serta
seluruh pejuang negara. Terimalah amalan mereka Ya Allah!
Sumber:
Ustaz
Wan Mohd Saghir Abdullah. Kertas Kerja Peranan Ulama Dalam Silat:
Kepentingan Dan Keselariannya Suatu Persamaan Dari Aspek Budaya Dan Agama.
2003.
2 comments:
Post a Comment
Links to this post