Showing posts with label ?. Show all posts
Showing posts with label ?. Show all posts

Tuesday, March 12, 2013

SPNB v PR1MA? Rumah mana lebih popular?

SPNB v PR1MA? Rumah mana lebih popular?

11 MAC 2013

Akhir-akhir ini ada banyak pengumuman rumah mampu milik untuk rakyat di Lembah Klang.

SPNB

Dua minggu lepas, SPNB telah mengumumkan pelancaran Skim Rumah Pertama Rakyat.
Lokasinya sangat bagus, di Sungai Buloh dan di Shah Alam.

Permohonan ini terbuka untuk pemohon yang memenuhi syarat ini:
- warganegara Malaysia
- belum pernah beli rumah. Jadi, ini akan jadi rumah pertama Rohaniah Noor lah.
- Umur Rohaniah Noor tak lebih 35 tahun
- Pendapatan pemohon seorang mestilah tak lebih dari RM 5,000
- Pendapatan pemohon dan pasangan pula mestilah tak lebih RM 10,000
- telah disahkan dalam jawatan kerja sekarang sekurang-kurangnya 6 bulan

Setakat ini, belum ada pengumuman mengenai berapa harganya yang sebenarnya lagi.
Untuk memohon rumah ini, layari URL INI.




PR1MA

Manakala semalam pula, heboh di berita-berita media masa perdana.

Perdana Menteri mengumumkan 2078 unit rumah mampu milik di bawah PR1MA telah dilancarkan di Alam Damai, Cheras..
Harga bagi rumah ini juga belum diumumkan tetapi ia dikatakan akan 20% lebih rendah dari harga pasaran di sana.

Syarat permohonan untuk program ini adalah:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.

- Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
- Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
- Menepati syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.


Terdapat syarat tambahan untuk rumah PR1MA ini iaitu
- rumah PR1MA   tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA.
- Pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.

Untuk memohon rumah PR1MA ini, boleh klik URL INI.


Untuk memilih siapa yang layak menerima rumah ini, proses pengundian terbuka akan diadakan.


YANG MANA LEBIH POPULAR?

Dari segi lokasi, rumah SPNB atau rumah PR1MA kedua-duanya menawarkan lokasi yang bagus.
Cuma mana satu yang lebih dekat dengan tempat kerja anda?
atau lokasi mana yang anda lebih selesa?

Dari segi kelayakan, rumah SPNB hanya untuk mereka yang belum beli rumah.
Hanya untuk dara hartanah atau property virgin sahaja.
Tapi rumah PR1MA masih memberi peluang kepada mereka yang sudah ada satu unit rumah sebelum ini.

Julat gaji dalam rumah SPNB juga lebih besar berbanding julat gaji rumah PR1MA.
untuk rumah SPNB, kalau gaji suami isteri berjumlah RM 9,000 masih layak memohon tapi kalau untuk PR1MA, gaji RM 9,000 tu dah tak layak dah.


Saya beli tak? Nak follow ni...

Jangan follow saya sebab saya tak tak beli.
Bukan tak mahu tapi tak layak. Rumah dah lebih dari 2... hehehe...

Thursday, February 14, 2013

Apa Itu Syarikat PN17 dan GN3?

Apa Itu Syarikat PN17 & GN3?

by EDITOR on FEBRUARY 13, 2013 · 2 COMMENTS
 ”Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”
Di Bursa Malaysia terdapat ratusan syarikat berhad yang menjalankan perniagaan di dalam bidang masing-masing dan dikawal selia oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Namun, tak semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah syarikat yang menguntungkan walaupun pada awal penyenaraian syarikat ini di bursa, syarikat ini kelihatan baik-baik sahaja dan macam memberikan pulangan yang lumayan kepada para pelabur.
Syarikat awam di Bursa Malaysia yang berstatus PN17 dan GN3 merupakan syarikat yang bermasalah. Bermasalah dari sudut kewangannya, laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah, dan indikator yang paling penting adalah syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk.
PN17 adalah singkatan kepada Practice Note 17/2005 yang merujuk kepada syarikat yang sedang mengalami masalah kewangan atau financial distress dan syarikat tersebut tidak memenuhi syarat minimum dari segi sudut modal atau equity yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Syarikat yang telah diumumkan berstatus PN17 ini perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia. Pelan ini bertujuan untuk membetulkan semula operasi syarikat dan mengembalikan syarikat pada kedudukan asal syarikat tersebut. Selepas pelan tersebut dilaksanakan, syarikat terbabit boleh mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia untuk menarik kembali status PN17 tersebut. Sekiranya syarikat berkenaan gagal berbuat demikian, Bursa Malaysia boleh menggantung urusniaga saham syarikat tersebut dan berkemungkinan akan de-listed dari Bursa Malaysia. Sekiranya anda masih memegang saham syarikat tersebut dan tidak sempat jual, maka duit anda juga akan hilang begitu sahaja.
GN3 pula adalah singkatan kepada Guidance Note 3. Definisinya lebih kurang sama dengan PN17. Yang berbeza adalah syarikat GN3 ini adalah syarikat dari ACE Market manakala PN17 daripada Main Market.
PN17 = Main Market Listing Requirements
GN3   = Ace Market Listing Requirements
Bahasa mudahnya, syarikat PN17 adalah syarikat yang tidak memenuhi kriteria dan syarat-syarat penyenaraian ke Main Market manakala GN3 adalah syarikat yang tidak memenuhi kriteria dan syarat-syarat penyenaraian ke ACE Market.
Contoh pengumuman dari Bursa Malaysia mengenai Adventa Berhad pada 4 Februari 2013 yang berstatus PN17.
adventa berhad
Apa yang perlu buat bila dah tahu apa itu PN17 dan GN3 ini?
Tak payah beli saham syarikat tersebut.
Kalau dah beli?
Berdoa supaya syarikat tersebut pulih semula.