Showing posts with label Apa Itu. Show all posts
Showing posts with label Apa Itu. Show all posts

Thursday, February 28, 2013

Apa Itu Liquidity Dalam Pasaran Saham?

Apa Itu Liquidity Dalam Pasaran Saham?

by EDITOR on FEBRUARY 28, 2013 · 0 COMMENTS
Dalam pelaburan, game plan adalah berbeza dengan bisnes yang biasa.
Dalam bisnes, semakin ramai orang yang buka perniagaan yang sama dengan perniagaan kita, persaingan akan wujud dan secara spontannya kita akan menjadi tidak selesa. Ada yang berasa takut dan bimbang yang jualan mereka akan merudum dek ada kedai lain yang baru buka di sebelah.  Itu normal dalam perniagaan. Persaingan akan tetap ada.
Tetapi berbeza dengan pelaburan dalam pasaran modal. Semakin ramai pelabur baru yang masuk dalam pasaran, semakin meriah dan semakin ‘liquid‘ pasaran tersebut. Para pelabur lain tidak sedikit pun berasa bimbang dengan bertambahnya bilangan pelabur di pasaran. Malah, mereka mengalu-alukan lebih ramai pelabur masuk dalam pasaran tersebut.

Apa itu liquidity?

Liquidity bermaksud kecairan atau dalam bahasa mudahnya aset yang kita ada iaitu saham ditukarkan (dicairkan) kepada bentuk tunai. Apabila kita menyebut liquidity yang tinggi bermaksud aset yang kita mudah dijual beli. Liquidity yang rendah bermaksud aset yang kita ada susah dan sukar untuk berlakunya jual beli.
Contoh :
Harun Aziz mempunyai 10 lot saham syarikat ABCD dengan harga RM1 seunit. Setelah 3 bulan, harga naik menjadi RM1.50 seunit dan beliau ingin menjual kesemua pegangan tersebut. Harun Aziz meletakkan RM1.50 sebagai harga jualan. Disebabkan pasaran mempunyai liquidity yang rendah, tidak ada “price-matching” diantara buyer dan seller. Tidak ada yang ingin membeli saham tersebut dengan harga tersebut. Current offer dari buyer cuma RM1.30. Setelah menunggu 2 minggu, masih tidak ada buyer yang sanggup membeli dengan harga RM1.50. Disebabkan Harun Aziz sudah menunggu lama dan kebetulan beliau memerlukan cash segera, beliau akhirnya bersetuju untuk menjual saham tersebut dengan harga RM1.30 sahaja.
Di dalam situasi di atas, pasaran yang tidak liquid menyebabkan kita sukar untuk menjual saham pada harga yang kita mahu. Ini disebabkan tidak ramai pelabur dalam pasaran tersebut. Sekiranya ada seorang buyer dan seorang seller, memang susah nak capai kata persetujuan (price-matching). Tetapi kalau ada seorang seller dan 50 orang buyer, kebarangkalian untuk kita jual pada harga kita nak adalah lebih tinggi.
Jadi jika kita lihat ramai yang terlibat dalam pasaran saham sekarang, maka ia adalah sesuatu yang baik.

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belum Ba

- See more at: http://www.pakdi.net/apa-itu-liquidity-dalam-pasaran-saham/#sthash.0dXZ9Nj9.dpuf

Monday, February 25, 2013

Apa itu Exchange Traded Fund (ETF)?

Apa itu Exchange Traded Fund (ETF)?

by EDITOR on FEBRUARY 25, 2013 · 0 COMMENTS
“ETF?”
“Apa tu? Macam cerita ET pula.”
ETF adalah singkatan kepada Exchange Traded Fund yang diperkenalkan oleh Bursa Malaysia pada tahun 2005.  Dana ETF yang pertama diperkenalkan di Malaysia adalah ABF Malaysia Bond Index Fund.
Bahasa mudahnya, ETF ini macam unit trust atau saham amanah yang didagangkan di Bursa Malaysia sama seperti saham-saham lain. Ianya merupakan open-ended investment fund iaitu dana terbuka yang tidak ada tarikh luput.
Objektif utama ETF adalah untuk mendapatkan pulangan yang dapat menyamai atau menghampiri pulangan indeks penanda aras (benchmark market porfolio seperti KLCI). ETF ini diuruskan oleh fund manager yang akan kumpulkan duit daripada para pelabur dan gunakan duit tersebut untuk membeli dan menjual beberapa kaunter saham yang telah ditetapkan.  Maksudnya para  pelabur ETF memegang unit dana yang melabur dalam beberapa sekuriti.
Dana-dana ETF ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu equity ETF, fixed income ETF dan commodity ETF. Di dalam sesuatu dana ETF, terdapat kombinasi saham, bond atau komoditi di dalamnya. Kombinasi ini bertujuan untuk diversify aset-aset ini sekaligus mengurangkan risiko yang wujud.
Dengan melabur di dalam ETF, seperti pembelian MyETF DJIM pelabur seolah-olah membeli 25 kaunter sekaligus dengan hanya satu transaksi. Lebih murah kos yang terlibat berbanding beli 25 kaunter saham tersebut secara individu. Tidak seperti saham amanah yang lain di mana kos yang terlibat adalah jauh lebih tinggi.
Sehingga artikel ini ditulis, terdapat 5 dana ETF di Malaysia dan satu dana sahaja yang patuh Shariah iaitu MyETF- Dow Jones Islamic Market Malaysia Titans 25 (MyETF-DJIM25) yang juga merupakan dana ETF patuh Shariah pertama di Asia. Dana ini adalah di dalam kategori dana equity ETF. Dana ini mengandungi 25 kaunter saham syarikat patuh Shariah yang besar dan terkemuka di Malaysia. Antaranya ialah Sime Darby, IOI, Digi, KL Kepong, SP Setia, UMW Holdings, Petronas Gas dan lain-lain. Boleh lihat senarai lengkap 25 syarikat yang terlibat di sini.

Apakah kelebihan melabur dalam ETF ini?

1. Tak perlu pening kepala

Kaunter yang dipilih merupakan syarikat yang besar dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik. Business moat  mereka juga kuat dan kukuh (susah untuk orang lain tiru). Malah, dana ini diuruskan oleh mereka yang profesional.

2. Kos pengurusan yang rendah

ETF sama sahaja konsepnya dengan saham amanah yang lain. Diuruskan oleh fund manager dan dikenakan yuran pengurusan bawah dari 1%. Berbanding dengan saham amanah lain yang dijual melalui ejen-ejen, kos yang dikenakan adalah 5-7 %.

3. Mudah berjual beli

Urusan jual beli ETF ini adalah sama sahaja prosesnya dengan jual beli saham yang lain. Sekarang dah ada online platform, anda boleh terus key-in order dari komputer anda. Tak perlu nak berjumpa ejen untuk beli saham amanah ini.

4. Diversify

Boleh mengurangkan risiko berbanding beli 25 kaunter saham yang terbabit secara individu.
Untuk bacaan lanjut mengenai ETF boleh klik di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai MyETF Dow Jones Islamic, boleh klik di sini.
Strategi melabur di dalam ETF ini ada diterangkan secara detail di bengkel saham.

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belum Baca eB

Thursday, February 14, 2013

Apa Itu Syarikat PN17 dan GN3?

Apa Itu Syarikat PN17 & GN3?

by EDITOR on FEBRUARY 13, 2013 · 2 COMMENTS
 ”Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari”
Di Bursa Malaysia terdapat ratusan syarikat berhad yang menjalankan perniagaan di dalam bidang masing-masing dan dikawal selia oleh Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti. Namun, tak semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia adalah syarikat yang menguntungkan walaupun pada awal penyenaraian syarikat ini di bursa, syarikat ini kelihatan baik-baik sahaja dan macam memberikan pulangan yang lumayan kepada para pelabur.
Syarikat awam di Bursa Malaysia yang berstatus PN17 dan GN3 merupakan syarikat yang bermasalah. Bermasalah dari sudut kewangannya, laporan kewangan yang tidak tepat, pihak pengurusan yang bermasalah, dan indikator yang paling penting adalah syarikat tersebut mengalami kerugian yang teruk.
PN17 adalah singkatan kepada Practice Note 17/2005 yang merujuk kepada syarikat yang sedang mengalami masalah kewangan atau financial distress dan syarikat tersebut tidak memenuhi syarat minimum dari segi sudut modal atau equity yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Syarikat yang telah diumumkan berstatus PN17 ini perlu mengemukakan pelan perancangan penstrukturan semula syarikat kepada Bursa Malaysia. Pelan ini bertujuan untuk membetulkan semula operasi syarikat dan mengembalikan syarikat pada kedudukan asal syarikat tersebut. Selepas pelan tersebut dilaksanakan, syarikat terbabit boleh mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia untuk menarik kembali status PN17 tersebut. Sekiranya syarikat berkenaan gagal berbuat demikian, Bursa Malaysia boleh menggantung urusniaga saham syarikat tersebut dan berkemungkinan akan de-listed dari Bursa Malaysia. Sekiranya anda masih memegang saham syarikat tersebut dan tidak sempat jual, maka duit anda juga akan hilang begitu sahaja.
GN3 pula adalah singkatan kepada Guidance Note 3. Definisinya lebih kurang sama dengan PN17. Yang berbeza adalah syarikat GN3 ini adalah syarikat dari ACE Market manakala PN17 daripada Main Market.
PN17 = Main Market Listing Requirements
GN3   = Ace Market Listing Requirements
Bahasa mudahnya, syarikat PN17 adalah syarikat yang tidak memenuhi kriteria dan syarat-syarat penyenaraian ke Main Market manakala GN3 adalah syarikat yang tidak memenuhi kriteria dan syarat-syarat penyenaraian ke ACE Market.
Contoh pengumuman dari Bursa Malaysia mengenai Adventa Berhad pada 4 Februari 2013 yang berstatus PN17.
adventa berhad
Apa yang perlu buat bila dah tahu apa itu PN17 dan GN3 ini?
Tak payah beli saham syarikat tersebut.
Kalau dah beli?
Berdoa supaya syarikat tersebut pulih semula.