Showing posts with label 10 Cara. Show all posts
Showing posts with label 10 Cara. Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

10 Cara Ajar Bayi Cepat Belajar

10 Cara Ajar Bayi Cepat Belajar



Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.
1.Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.
http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_28319.gif?783414691
2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3.Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4.Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5.Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6.Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7.Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8.Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9.Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10.Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

kredit: pa&ma

Monday, February 18, 2013

10 Cara Efektif Mendapatkan Modal Untuk Bisnes Anda

10 Cara Efektif Mendapatkan Modal Untuk Bisnes Anda

by EDITOR on FEBRUARY 15, 2013 · 2 COMMENTS
Modal.
Orang jawa kata capital.
Modal antara benda yang orang fikirkan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Kata orang, kalau tak ada modal, macam mana nak berniaga. Modal sebenarnya bukanlah faktor utama penentu kejayaan sesuatu bisnes tersebut. Modal yang besar belum tentu untungnya juga besar.
Berikut 10 cara mendapatkan modal bisnes anda:
cara kumpul modal

10 Cara Kumpul Modal

1. Pinjam bank

Benda yang paling ramai orang fikirkan. Kalau anda hendak buat pinjaman atas nama syarikat, pastikan anda mempunyai current account dan mempunyai transaksi yang baik sekurang-kurannya untuk tempoh 6 bulan. Bank susah beri pinjaman bagi perniagaan yang baru ditubuhkan. Bagi tujuan untuk memperbesarkan perniagaan, pinjaman adalah lebih mudah kerana perniagaan kita sudah ada track-record nya tersendiri.

2. Simpanan

Simpan sebahagian duit gaji kita setiap bulan untuk tujuan membuka perniagaan atau pelaburan. Paling kurang 10% daripada gaji. Lebih banyak lebih bagus.

3. Main Kutu

Sudah sinonim dengan masyarakat kita. Tujuannya adalah untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan dan saling bantu membantu. Untungnya main kutu ini kalau giliran kita antara yang awal, cepat kita dapat modal. Tapi kalau giliran kita yang terakhir, sama sahaja kita menyimpan sendiri. Ho ho ho.

4. Partnership

Cari rakan, adik-beradik atau saudara-mara yang ada modal untuk bekerjasama dengan kita. Joint venture. Pastikan semuanya jelas dari awal dari segi pembahagian untung, pembahagian tugas, jawatan, dan sebagainya untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari. Yang paling penting adalah semua yang terlibat mempunyai matlamat yang sama.

5. Cari pelabur

Juga boleh dipanggil sebagai venture capitalist atau angel investor. Mereka ini tidak terlibat di dalam operasi syarikat dan hanya bertindak sebagai pelabur. Mereka akan memegang sebahagian kepentingan di dalam syarikat. Ada yang akan memegang saham dalam syarikat tersebut untuk suatu tempoh yang lama dan ada yang hanya pegang sehingga syarikat tersebut disenaraikan sebagai syarikat awam di pasaran saham. Mereka untung selepas unit saham yang dipegang oleh mereka dijual di pasaran saham.

6. Initial Public Offering

Senaraikan syarikat anda di Bursa Malaysia sekiranya anda tidak memilih untuk membuat pinjaman bank. Kaedah ini hanya sesuai untuk syarikat yang sudah lama berniaga dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

7. Tawarkan Servis

Buat bisnes jenis perkhidmatan atau servis yang tidak memerlukan modal yang besar. Oleh kerana margin untung servis besar, maka modal yang kita perlukan dapat dikumpul dengan lebih cepat.

8. Jadi Ejen

Anda boleh jadi ejen insurans, ejen produk fizikal, affiliate dan sebagainya. Jadi ejen sebegini kos sangat rendah. Hanya perlu promote sahaja dan sekiranya ada jualan, anda akan dapat komisyen. Modal yang perlu pun mungkin dari segi modal untuk pengiklanan sahaja. Anda juga boleh sertai syarikat direct selling atau MLM. Syarikat MLM yang bagus kebiasaannya mempunyai produk yang kita gunakan setiap hari. Jual produk tersebut dan simpan keuntungan yang diperolehi di dalam satu tabung. Cukup modal yang diperlukan anda boleh mulakan bisnes yang anda sendiri atau kembangkan bisnes yang sedia ada dengan merekrutdownline atau ejen lain pula di bawah anda.

9.  Buat Bisnes Dropship

Bisnes dropship. Tidak ada modal yang besar diperlukan untuk bermula. Anda boleh jual di pasaran online mahupun offline. Pilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Hanya promosikan sahaja dan selebihnya syarikat dropshipper akan uruskan.

10. Kerja Part-Time

Antara pilihan yang mudah untuk dilaksanakan. Cari kerja part-time yang bayar mengikut jam. Boleh buat selepas waktu bekerja di pejabat atau pada hujung minggu. Contohnya anda bekerja di kedai makan Pak Ali yang bayar Rm5 sejam. Sehari anda kerja bermula jam 6 petang sehingga 10 malam. Sehari anda dapat RM20, sebulan dapat RM600, setahun dapat RM7,200. Selepas setahun dah boleh fikirkan untuk mulakan perniagaan sendiri. Tapi jangan guna pula duit tu. Kalau guna, selepas setahun pun masih tak dapat kumpul modal yang diperlukan. Kerja untuk suatu tempoh tertentu sahaja.
Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk mengumpul modal ini. Pilihlah cara yang sesuai dengan anda. Membuat pinjaman dengan bank atau menggunakan kredit kad adalah pilihan yang terakhir sekiranya anda baru hendak mulakan perniagaan. Elakkan berhutang sekiranya perniagaan anda masih baru beroperasi.
Mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belu