Showing posts with label Untuk. Show all posts
Showing posts with label Untuk. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

7 Idea Bisnes Untuk Mahasiswa

7 Idea Bisnes Untuk Mahasiswa

by EDITOR on MARCH 6, 2013 · 1 COMMENT
Berniagalah seawal mungkin.
Nabi Muhammad saw berniaga seawal usia 9 tahun.
Bilionair dunia ramai berniaga sejak mereka masih belasan tahun di universiti.
Tak salah buat bisnes, asalkan jangan mengabaikan pelajaran. Jadi apabila kita telah berniaga seawal mungkin, kita dah membina satu cabang pendapatan walaupun barangkali hanya part-time sahaja.

7 Idea Bisnes Simple Untuk Siswa

1. Jual topup

Boleh dikatakan bisnes “confirm” tak rugi. Semua orang pakai handphone. Majoritinya adalah prepaid. Walaupun ada kedai runcit dalam universiti tersebut yang jual topup, tapi masih laku kalau kita jual benda yang sama. Sebab apa? Sebabnya kita jadi “kedai bergerak”. Pukul 1 pagi pun orang boleh ketuk pintu bilik nak beli topup. Walaupun untung kecil, tapi permintaan (volume) ada.

2. Nasi Lemak atau Burger

Bisnes untuk orang lapar.
Sila jual dari bilik ke bilik. Dalam masa setengah jam sahaja, antara waktu Maghrib dan Isya’, boleh jual dalam 100 bungkus. Tapi kena ada pembekal untuk supply nasi lemak dan burger tersebut. Tak tahu nak cari supplier? Ajak lecturer yang tinggal dalam kampus ajak JV, he he he, pastikan dia business minded juga. Ataupun JV dengan makcik cafe pun boleh. Kadang-kadang student ni malas nak keluar cari makan, beli je apa yang ada. Ataupun memang tengah tak de duit, memang nasi lemak RM1 tu benda yang dia cari.

3. Jual T-shirt

Di dalam universiti, banyak persatuan pelajar. Setiap persatuan pelajar ini wajib  buat program masing-masing sebab pihak universiti sudah beri peruntukan khas untuk mereka. Selalunya mereka akan buat t-shirt berdasarkan program yang akan mereka anjurkan. Kita boleh jadi ejen printing t-shirt tersebut. Ambil tempahan, design, kutip payment, semua kita buat. Kira servis juga. Tempahan selalunya di dalam kuantiti yang banyak. Memang seronok sebab banyak komisyen yang dapat.

4. Printing

Tak semua orang ada printer sendiri. Ada sesetengah fakulti tak banyak sangat benda kena print. Dalam satu semester, mungkin dalam 20-50 helai sahaja yang kena print. Jadi, tak berbaloi nak beli printer sendiri. Kita boleh tawarkan servis printing ini dengan kadar caj sekitar RM0.10-RM0.30 sen sehelai. Pastikan kita beli printer yang berkualiti dan jimat kos.

5. Makanan ringan

Barangkali anda pernah lihat situasi ini di universiti anda. Di satu sudut, ada orang letak makanan ringan seperti keropok, air kotak, roti, biskut, gula-gula, air mineral dan kemudiannya meletak tabung kosong di sebelah makanan tersebut. Untuk mengelakkan orang tak bayar, penjual akan letak “Sila bayar, Allah maha melihat setiap perbuatan hambaNya”. He he he.
Sampai sekarang masih ada yang buat. Maksudnya memang orang ambil dan bayar walaupun tak ada orang yang jaga. Kalau tak bayar, confirm penjual tu dah tutup sebab rugi. Boleh diamalkan di dalam universiti sahaja, di luar tak sesuai.

6. Video Montaj & Design

Sudah menjadi kebiasaan para pelajar membuat video montaj di awal majlis untuk memeriahkan lagi suasana program yang sedang berlangsung. Tak ramai yang pandai buat video montaj yang gempak. Kalau kita ada kemahiran, boleh tawarkan servis ini kepada mereka. Pakejkan sekali servis design buat nametag. Kalau hasil kerja kita memang gempak, selepas tu persatuan lain pula akan cari kita.

7. Servis fotostat

Bukan buka kedai fotostat, tapi volunteer diri sendiri untuk jadi “kuli” dalam kelas kita. Selalu lecturer malas nak fotostat nota-nota yang tebal, dia akan minta seorang pelajar untuk bantu dia. Kalau jumlah pelajar ramai, memang pensyarah selalunya tak sponsor, suruh bayar sendiri. Kita tawar diri untuk tolong dia fotostat dan kutip duit dari pelajar lain. Kita mark-up sendiri dari harga sebenar. Kalau harga kos RM0.80 sen, kita letak RM1, jadi untung RM0.20 sen. Pensyarah pun tak kisah kita nak berniaga, janji kerja dia siap.
Jangan jual rokok sudah, tak pasal kena buang kolej nanti. Jual yang dibenarkan sahaja ok.
Selamat berniaga.

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belum Baca eBook Pandua


Monday, February 25, 2013

Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia.

Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia.

22 FEBRUARI 2013

Dah lama saya tak buat ulasan buku.
Jadi hari ini saya memilih buku ini

Tip-Tip Kewangan untuk Rakyat Malaysia.



Buku ini tulisan KC Lau, seorang blogger perancangan kewangan peribadi yang hebat.
Ia merupakan versi Bahasa Melayu kepada buku Top Money Tips for Malaysians.

Keistimewaan buku ini, ia membongkar tips-tips mudah dan senang dilakukan tapi memberi impak pada pengurusan wang yang lebih baik, pengurangan cukai atau peningkatan pendapatan.

Kandungannya terdiri dari 5 Bahagian.

Bahagian 1: Tip Kewangan Bijak
Bahagian 2: Tip Menjana Wang
Bahagian 3: Tip Menjimat Wang
Bahagian 4: Tip Melindungi Wang
Bahagian 5: Tip Bonus

Dalam Bahagian 1, antara tip yang dikongsi oleh KC Lau adalah bagaimana mengira nilai bersih serta beza sikap si bodoh kewangan,  dan si bijak kewangan.

Saya paling suka formula nilai masa yang dikongsinya.
Melalui nilai masa, kita akan dapat kenalpasti berapa gaji sejam kita.
Kemudian, mudahlah kita membuat keputusan sama ada sesuatu tugas itu adakah patut kita lakukan sendiri atau mendapatkan perkhidmatan orang lain supaya lebih produktif dan menikmati kehidupan yang lebih baik.

Beliau juga berkongsi perisian-perisaan yang boleh digunakan untuk merancng kewangan, siap dengan ulasannya sekali.

Di dalam Bahagian 2: antara tips yang dikongsi adalah bagaimana menjadikan kad kredit sebagai kawan anda.
Beliau juga berkongsi mentaliti nilai bersih berbanding mentaliti gaji yang orang biasa-biasa ada serta 38 prinsip-prinsip asas pelaburan yang lain.

Bahagian ke3 pula, beliau kongsikan, antaranya,
-bagaimana memiliki kereta pertama secara percuma
- pelepasan cukai untuk pendidikan
- bagaimana mengurangkan caj perkhidmatan pendahuluan dalam pelaburan unit amanah
- bagaimana menjimatkan faedah dalam pinjaman perumahan
- 5 perbelanjaan yang boleh dipotong dari belanjawan harian setiap individu.

Untuk yang blur atau keliru mengenai insurans, Bahagian ke 4 sangat membantu.
Ia menerangkan perbezaan polisi insurans dan jenis perlindungan yang perlu atau tidak perlu diambil oleh individu.

Bahagian ke 5: Tips bonus di mana beliau berkongsi pendapat dan kecenderungan pelaburan beberapa ahli korporat terkemuka yang boleh memberi inspirasi kepada pembaca.

Sebenarnya buku ini dihadiahkan oleh Haruki kepada saya.
Terima kasih... :)

Buku ini memang sebuah buku yang ringkas, dan boleh saya habiskan membacanya dalam tempoh satu hari sahaja.
Walaupun ada beberapa teknik advance yang saya kurang faham, tapi secara keseluruhannya ia merupakan buku yang bagus.
Saya cadangkan kawan-kawan memiliki dan membacanya.

Monday, February 18, 2013

10 Cara Efektif Mendapatkan Modal Untuk Bisnes Anda

10 Cara Efektif Mendapatkan Modal Untuk Bisnes Anda

by EDITOR on FEBRUARY 15, 2013 · 2 COMMENTS
Modal.
Orang jawa kata capital.
Modal antara benda yang orang fikirkan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Kata orang, kalau tak ada modal, macam mana nak berniaga. Modal sebenarnya bukanlah faktor utama penentu kejayaan sesuatu bisnes tersebut. Modal yang besar belum tentu untungnya juga besar.
Berikut 10 cara mendapatkan modal bisnes anda:
cara kumpul modal

10 Cara Kumpul Modal

1. Pinjam bank

Benda yang paling ramai orang fikirkan. Kalau anda hendak buat pinjaman atas nama syarikat, pastikan anda mempunyai current account dan mempunyai transaksi yang baik sekurang-kurannya untuk tempoh 6 bulan. Bank susah beri pinjaman bagi perniagaan yang baru ditubuhkan. Bagi tujuan untuk memperbesarkan perniagaan, pinjaman adalah lebih mudah kerana perniagaan kita sudah ada track-record nya tersendiri.

2. Simpanan

Simpan sebahagian duit gaji kita setiap bulan untuk tujuan membuka perniagaan atau pelaburan. Paling kurang 10% daripada gaji. Lebih banyak lebih bagus.

3. Main Kutu

Sudah sinonim dengan masyarakat kita. Tujuannya adalah untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan dan saling bantu membantu. Untungnya main kutu ini kalau giliran kita antara yang awal, cepat kita dapat modal. Tapi kalau giliran kita yang terakhir, sama sahaja kita menyimpan sendiri. Ho ho ho.

4. Partnership

Cari rakan, adik-beradik atau saudara-mara yang ada modal untuk bekerjasama dengan kita. Joint venture. Pastikan semuanya jelas dari awal dari segi pembahagian untung, pembahagian tugas, jawatan, dan sebagainya untuk mengelakkan salah faham di kemudian hari. Yang paling penting adalah semua yang terlibat mempunyai matlamat yang sama.

5. Cari pelabur

Juga boleh dipanggil sebagai venture capitalist atau angel investor. Mereka ini tidak terlibat di dalam operasi syarikat dan hanya bertindak sebagai pelabur. Mereka akan memegang sebahagian kepentingan di dalam syarikat. Ada yang akan memegang saham dalam syarikat tersebut untuk suatu tempoh yang lama dan ada yang hanya pegang sehingga syarikat tersebut disenaraikan sebagai syarikat awam di pasaran saham. Mereka untung selepas unit saham yang dipegang oleh mereka dijual di pasaran saham.

6. Initial Public Offering

Senaraikan syarikat anda di Bursa Malaysia sekiranya anda tidak memilih untuk membuat pinjaman bank. Kaedah ini hanya sesuai untuk syarikat yang sudah lama berniaga dan mempunyai kedudukan kewangan yang baik.

7. Tawarkan Servis

Buat bisnes jenis perkhidmatan atau servis yang tidak memerlukan modal yang besar. Oleh kerana margin untung servis besar, maka modal yang kita perlukan dapat dikumpul dengan lebih cepat.

8. Jadi Ejen

Anda boleh jadi ejen insurans, ejen produk fizikal, affiliate dan sebagainya. Jadi ejen sebegini kos sangat rendah. Hanya perlu promote sahaja dan sekiranya ada jualan, anda akan dapat komisyen. Modal yang perlu pun mungkin dari segi modal untuk pengiklanan sahaja. Anda juga boleh sertai syarikat direct selling atau MLM. Syarikat MLM yang bagus kebiasaannya mempunyai produk yang kita gunakan setiap hari. Jual produk tersebut dan simpan keuntungan yang diperolehi di dalam satu tabung. Cukup modal yang diperlukan anda boleh mulakan bisnes yang anda sendiri atau kembangkan bisnes yang sedia ada dengan merekrutdownline atau ejen lain pula di bawah anda.

9.  Buat Bisnes Dropship

Bisnes dropship. Tidak ada modal yang besar diperlukan untuk bermula. Anda boleh jual di pasaran online mahupun offline. Pilih produk yang mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran. Hanya promosikan sahaja dan selebihnya syarikat dropshipper akan uruskan.

10. Kerja Part-Time

Antara pilihan yang mudah untuk dilaksanakan. Cari kerja part-time yang bayar mengikut jam. Boleh buat selepas waktu bekerja di pejabat atau pada hujung minggu. Contohnya anda bekerja di kedai makan Pak Ali yang bayar Rm5 sejam. Sehari anda kerja bermula jam 6 petang sehingga 10 malam. Sehari anda dapat RM20, sebulan dapat RM600, setahun dapat RM7,200. Selepas setahun dah boleh fikirkan untuk mulakan perniagaan sendiri. Tapi jangan guna pula duit tu. Kalau guna, selepas setahun pun masih tak dapat kumpul modal yang diperlukan. Kerja untuk suatu tempoh tertentu sahaja.
Banyak lagi cara yang boleh anda lakukan untuk mengumpul modal ini. Pilihlah cara yang sesuai dengan anda. Membuat pinjaman dengan bank atau menggunakan kredit kad adalah pilihan yang terakhir sekiranya anda baru hendak mulakan perniagaan. Elakkan berhutang sekiranya perniagaan anda masih baru beroperasi.
Mulakan dengan apa yang ada di tangan.

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belu


Thursday, January 31, 2013

5 Waktu Yang Sesuai Untuk Copycat Bisnes Orang Lain

5 Waktu Yang Sesuai Untuk Copycat Bisnes Orang Lain

by EDITOR on JANUARY 30, 2013 · 3 COMMENTS
Di dalam dunia perniagaan, persaingan itu adalah normal.
Malah, menjadi copycat adalah biasa.
Namun, jangan tiru bulat-bulat bisnes model orang lain kerana takut-takut keuntungan yang kita buat tidak dapat mencapai status supernormal profit (untung yang betul-betul untung ). Jadi perlu ada inovasi. Bezakan sedikit bisnes kita lain dari yang lain. Kita adaniche kita sendiri. Kita ada target prospect kita sendiri.
Mari kita lihat 5 waktu yang sesuai kalau nak jadi copycat dengan sedikit inovasi :

1. Bila tauke kedai tidak mesra pelanggan & sombong

Bila bayar duit, tak tengok langsung muka kita. Senyum pun tidak. Apatah lagi untuk menawarkan bantuan. Kedengaran agak pelik. Takkan la tauke tu tak tahu yang pelanggan ni penting. Memang ada tauke sebegini. Sebabnya kedai dia dah maju dan pelanggan yang datang tak putus-putus. Kita yang datang pun terpaksa sebab dah tak ada kedai lain. Kalau ada tauke kedai macam ni, ada peluang untuk kita buka bisnes yang sama dengan dia dengan menawarkan servis yang lebih baik.

2. Kalau kedai tu dah terlalu sesak dengan pelanggan yang datang

Pernahkah anda lihat di sesuatu kawasan perumahan ada 8-10 buah kedai makan tetapi setiap malam kesemua enam kedai tersebut penuh dengan orang ? Ini bermaksud supplymasih kurang dan demand masih lagi tinggi. Walaupun kawasan disitu sudah ada 10 kedai makan, tetapi masih tidak mampu menampung permintaan yang ada. Jadi, sekiranya anda terlihat situasi sebegini, maka ada peluang untuk anda buka bisnes yang lebih kurang sama.

3. Bila harga barang dijual above market price

“Mahalnyer harga dia jual. Benda ni kat tempat lain lagi murah. Orang lain jual RM5, dia jual sampai RM20.”
Pernah dengar dialog sebegini? Jika pernah, disitu terdapat peluang untuk anda jual benda yang lebih kurang sama pada harga pasaran semasa.

4. Bila ada satu kedai sahaja yang ada di kawasan berdekatan

Apabila perkataan sebegini terkeluar dari mulut orang, maka di situ ada peluang menanti anda.
“Punyalah besar Shah Alam ni, ada satu kedai je yang jual produk ni.”

5. Produk tersebut tidak ada di kawasan kita

Sebagai contoh di kawasan anda memang senang mendapatkan Produk A ini. Produk ni memang dah dikenali ramai dan mempunyai permintaan yang tinggi. Suatu hari anda telah berpindah ke daerah lain dan anda dapati Produk A tadi amat susah untuk didapati. Tak ramai yang jual. Jadi, ada peluang untuk anda membuka kedai atau menjadi ejen menjual produk berkenaan di kawasan anda.
Contoh I
Nasi Kukus Ayam Dara atau jus air jambu. Dua jenis makanan ni agak terkenal di kawasan Selangor & Kuala Lumpur. Senang nak dapat. Tetapi dua makanan ini tak ramai yang jual di Alor Setar. Cuba jual dan tengok sambutan bagaimana.
Contoh II
Laksa Kedah. Di sekitar Alor Setar, ramai peniaga jual Laksa Kedah. Beza laksa ini dengan laksa biasa ialah Laksa Kedah agak pedas rasanya. Cuba lihat di KL & Selangor, tak ramai yang berniaga Laksa Kedah ini. Sama juga seperti Char Kuey Teow Penang. Pergi ke Jawi dan anda akan lihat kiri dan kanan jalan semua kedai menjual char kuey teow. Tetapi di tempat kita? Nak cari punya lah susah. Kalau ada sedap belum tentu. Pergi belajar buat char kuey teow sampai betul-betul sedap dan buka di kawasan yang belum ada lagi orang jual.

Tiruvasi

Tiru + Inovasi. He he he.

Jangan Berhutang Dengan Bank Jika Belum Baca eBook Panduan CashFlow

eBook Panduan CashFlow dapat membantu kita menyelesaikan hutang dengan cepat & menambah duit setiap bulan secara step-by-step dengan mudah. Sila baca bab-bab percuma menerusi borang berikut:

Wednesday, January 30, 2013

Sukuk DanaInfra: Pertama Untuk Pelabur Kecil

Sukuk DanaInfra: Pertama Untuk Pelabur Kecil

Instrumen bernama Exchange Traded Bonds & Sukuks Diperkenalkan

Setelah sekian lama, pelabur kecil di Malaysia kini boleh melabur dalam bon dan sukuk. Pelaburan ini boleh dibuat di Bursa Malaysia menerusi Exchange Traded Bonds & Sukuks atau Bon & Sukuk Dagangan Bursa, sama seperti membeli saham menerusi broker mereka.

Sukuk pertama yang diperkenalkan ialah DanaInfra Retail Sukuk. Sukuk DanaInfra bertujuan membiayai projek infrastruktur kebangsaan, terutamanya MRT. Pulangan Dana ini dijamin oleh kerajaan. Berikut adalah data penting tentang Sukuk Dana Infra:

Nilai muka: RM100 seunit.
Tarikh matang: Ulangtahun ke sepuluh selepas tarikh terbitan
Bayaran untung: 2 x setahun
Kadar untung: 4% (dinaikkan daripada cadangan asal 3.7%)
Status cukai: Bebas cukai
Langganan/Dagangan Minimum: RM1,000

Apabila disenaraikan di Bursa, dagangan minimum ialah satu lot, yang bersamaan 10 unit. Jika harga sukuk ialah RM100, maka nilai dagangan minimum ialah RM1,000. Perlu diingat bahawa, apabila disenaraikan, harga sukuk akan turun naik berasaskan bekalan dan permintaan semasa.
 
Baca Risalah Ini

Pelabur yang membeli sukuk boleh menyimpannya sehingga matang, atau menjualnya kepada pelabur lain melalui Bursa Malaysia. 

Jika kita membeli pada harga lebih murah daripada nilai muka RM100, pulangan yang kita terima adalah lebih tinggi. Contohnya jika kita membeli pada harga RM90, bayaran kupon seunit yang kita terima ialah RM2 setiap enam bulan. Ini bermakna RM4 setahun. Pulangan sebenar yang kita terima ialah 4/90 = 4.44%

Sebaliknya jika kita membeli pada harga RM110, pulangan yang kita terima adalah lebih rendah.  Hasil pulangan yang kita perolehi pada harga RM110 ialah 4/110 =  3.6%.

Walaupun kadar yang ditetapkan ialah 4%, tetapi pulangan sebenar yang diterima bergantung kepada harga sukuk tersebut dibeli di pasaran. Menurut istilah bon dan sukuk, kadar 4% dinamakan kadar kupon (coupon rate) manakala manakala nilai sebenar yang diterima dinamakan hasil pulangan (yield).

Tidak dinafikan bahawa pilihan pelaburan ini sudah lama dinanti-nantikan, tetapi bagi pelabur Islam ia masih kurang menarik kerana lebih rendah daripada pulangan tahunan kira-kira 5% yang diberikan oleh Tabung Haji. Kadar pulangan Tabung Haji tidak dijamin tetapi ia kelihatan sangat stabil.

Antara manfaat yang dinyatakan dalam Pek Maklumat DanaInfra termasuk:
  • Peluang bagi pelabur mempelbagaikan pelaburan
  • Bayaran untung dijamin kerajaan
  • Bayaran wang pokok atau nilai muka dijamin kerajaan
  • Bayaran keuntungan dua kali setahun
  • Disenaraikan dan dijual beli di Bursa Malaysia
  • Keuntungan dikecualikan cukai
  • Pelaburan patuh Syariah

Buat masa ini, pelaburan ETBS ini masih kurang berbaloi bagi pelabur kecil Islam tetapi mungkin terdapat situasi di mana harganya turun lantas meningkatkan hasil pulangan atau mungkin terdapat produk lain yang menawarkan pulangan lebih tinggi pada masa depan.

Justeru, pelabur konservatif patut memerhatikan perkembangan terkini berkenaan produk ETBS. DanaInfra ialah satu permulaan yang baik dan kita tunggu dan lihat produk lain sepertinya pada masa depan.

Nota:  Patuh Syariah ialah berasaskan kriteria di Malaysia. Saya akan cuba selidik kontrak yang digunakan dan sama ada ia diterima pakai di negara-negara Timur Tengah.