Showing posts with label Sukuk. Show all posts
Showing posts with label Sukuk. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Sukuk DanaInfra: Pertama Untuk Pelabur Kecil

Sukuk DanaInfra: Pertama Untuk Pelabur Kecil

Instrumen bernama Exchange Traded Bonds & Sukuks Diperkenalkan

Setelah sekian lama, pelabur kecil di Malaysia kini boleh melabur dalam bon dan sukuk. Pelaburan ini boleh dibuat di Bursa Malaysia menerusi Exchange Traded Bonds & Sukuks atau Bon & Sukuk Dagangan Bursa, sama seperti membeli saham menerusi broker mereka.

Sukuk pertama yang diperkenalkan ialah DanaInfra Retail Sukuk. Sukuk DanaInfra bertujuan membiayai projek infrastruktur kebangsaan, terutamanya MRT. Pulangan Dana ini dijamin oleh kerajaan. Berikut adalah data penting tentang Sukuk Dana Infra:

Nilai muka: RM100 seunit.
Tarikh matang: Ulangtahun ke sepuluh selepas tarikh terbitan
Bayaran untung: 2 x setahun
Kadar untung: 4% (dinaikkan daripada cadangan asal 3.7%)
Status cukai: Bebas cukai
Langganan/Dagangan Minimum: RM1,000

Apabila disenaraikan di Bursa, dagangan minimum ialah satu lot, yang bersamaan 10 unit. Jika harga sukuk ialah RM100, maka nilai dagangan minimum ialah RM1,000. Perlu diingat bahawa, apabila disenaraikan, harga sukuk akan turun naik berasaskan bekalan dan permintaan semasa.
 
Baca Risalah Ini

Pelabur yang membeli sukuk boleh menyimpannya sehingga matang, atau menjualnya kepada pelabur lain melalui Bursa Malaysia. 

Jika kita membeli pada harga lebih murah daripada nilai muka RM100, pulangan yang kita terima adalah lebih tinggi. Contohnya jika kita membeli pada harga RM90, bayaran kupon seunit yang kita terima ialah RM2 setiap enam bulan. Ini bermakna RM4 setahun. Pulangan sebenar yang kita terima ialah 4/90 = 4.44%

Sebaliknya jika kita membeli pada harga RM110, pulangan yang kita terima adalah lebih rendah.  Hasil pulangan yang kita perolehi pada harga RM110 ialah 4/110 =  3.6%.

Walaupun kadar yang ditetapkan ialah 4%, tetapi pulangan sebenar yang diterima bergantung kepada harga sukuk tersebut dibeli di pasaran. Menurut istilah bon dan sukuk, kadar 4% dinamakan kadar kupon (coupon rate) manakala manakala nilai sebenar yang diterima dinamakan hasil pulangan (yield).

Tidak dinafikan bahawa pilihan pelaburan ini sudah lama dinanti-nantikan, tetapi bagi pelabur Islam ia masih kurang menarik kerana lebih rendah daripada pulangan tahunan kira-kira 5% yang diberikan oleh Tabung Haji. Kadar pulangan Tabung Haji tidak dijamin tetapi ia kelihatan sangat stabil.

Antara manfaat yang dinyatakan dalam Pek Maklumat DanaInfra termasuk:
  • Peluang bagi pelabur mempelbagaikan pelaburan
  • Bayaran untung dijamin kerajaan
  • Bayaran wang pokok atau nilai muka dijamin kerajaan
  • Bayaran keuntungan dua kali setahun
  • Disenaraikan dan dijual beli di Bursa Malaysia
  • Keuntungan dikecualikan cukai
  • Pelaburan patuh Syariah

Buat masa ini, pelaburan ETBS ini masih kurang berbaloi bagi pelabur kecil Islam tetapi mungkin terdapat situasi di mana harganya turun lantas meningkatkan hasil pulangan atau mungkin terdapat produk lain yang menawarkan pulangan lebih tinggi pada masa depan.

Justeru, pelabur konservatif patut memerhatikan perkembangan terkini berkenaan produk ETBS. DanaInfra ialah satu permulaan yang baik dan kita tunggu dan lihat produk lain sepertinya pada masa depan.

Nota:  Patuh Syariah ialah berasaskan kriteria di Malaysia. Saya akan cuba selidik kontrak yang digunakan dan sama ada ia diterima pakai di negara-negara Timur Tengah.

Thursday, January 10, 2013

Akhirnya Sukuk Untuk Pelabur Runcit Pertama di Malaysia

Akhirnya Sukuk Untuk Pelabur Runcit Pertama di Malaysia

by SUZARDI MAULAN on JANUARY 9, 2013 · 1 COMMENT
Pasaran Bon Runcit
Hari ini kebanyakan orang tidak tahu mengenai bon kerana ia tidak dijual kepada kita seperti saham. Dalam kewangan Islam, bon dikenali sebagai sukuk. Peluang utama untuk pelabur runcit untuk terlibat dalam bon hari ini adalah melalui saham amanah.
Sepatutnya bon menjadi pilihan pelabur yang tidak selesa beli saham dan pada masa yang sama tidak mahu mendapat pulangan serendah akaun pelaburan mudharabah / fixed deposit. Namun ini belum wujud di Malaysia.
Masalah utama dalam perkara ini adalah tidak banyak syarikat yang mengeluarkan bon. Pelabur institusi pun merungut tentang hal ini, justeru barangkali sukar pelabur runcit dapat terlibat secara langsung dalam pasaran ini dalam masa terdekat.
Pada Selasa, 9 Januari 2013 Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan bon / sukuk yang pertama di negara yang dapat dibeli oleh pelabur runcit melalui Bursa Malaysia iaitu bon / sukuk yang dikeluarkan oleh Danainfra Nasional Berhad untuk projek MRT Kajang – Sg Buloh. Penerbitan yang pertama ini berjumlah RM 300 juta.
“Today the first tranche is open to retail investors under the new scheme will be issued. And I am pleased to say the funds raised will support the KL MRT project,” Najib said in his speech. (The Star)
Seperti mana yang kita maklum, pasaran kewangan terbahagi kepada tiga:
  1. Perbankan
  2. Takaful / insurans
  3. Pasaran modal
Exchange Traded Bonds & Sukuk (ETBS) ini termasuk dalam pasaran modal ‘hutang’ – debt capital market. Pasaran modal itu pula terbahagi kepada 3:
  1. Equity capital market (pasaran saham)
  2. Debt capital market (pasaran hutang)
  3. Derivatives seperti futures, options & warrant.

Bagaimana Nak Beli?

Caranya sama nak beli saham. Perlu ada CDS & trading account. Penyelesaian T+3. Berbeza dengan saham, pembelian satu lot bersamaan 10 unit.
Setakat hari ini kita baru cuma ada satu pilihan, iaitu DanaInfra Retail Sukuk. Pada masa depan, barangkali kita dapat lihat lebih banyak syarikat yang menawarkan untuk pelabur runcit.

DanaInfra Retail Sukuk

Ia merupakan produk Shariah compliant. Penasihat Shariahnya adalah CIMB Islamic Bank. Maklumat lain seperti berikut.
Issuer: DanaInfra Nasional Berhad
Guarantor: Government of Malaysia
Offer Size: Up to RM300 million in nominal value
Use of Proceeds: To finance the capital expenditure and operating expenses in relation to the development of the MRT Project
Face Value:  RM100 per unit of DanaInfra Retail Sukuk
Maturity Date: Tenth (10th) anniversary of the Issue Date (1o tahun)
Profit Payment Frequency: Semi-annual
First coupon / profit date payment : 6 months from the Issue Date
Coupon / Profit Rate: The Coupon / Profit Rate is the coupon amount divided by the Face Value of  Retail Sukuk (par value), which is to be confirmed on Issue Date
Listing:  Bursa Malaysia under the ‘Loans and Bonds’ Board
Tax Incentive: Tax exemption under Section 127(3A) Income Tax Act 1967
Minimum Amount: Minimum subscription of 10 units or RM1,000
Maximum Amount: No limit
How to Buy: Via application forms or Internet Banking or Automated Teller Machine (“ATM”) of the Participating Financial Institutions ( AmInvestment Bank Berhad, CIMB Investment Bank Berhad, Maybank Investment Bank Berhad or RHB Investment Bank Bhd)
Permohonan dibuka pada 8 Januari dan ditutup pada 18 Januari. Tarikh pengundian 22 Januari. Berada di pasaran pada 8 Februari 2013.
Tuan puan boleh membaca maklumat lanjut mengenai sukuk ini di sini.