Wednesday, April 6, 2011

Berani Kerana Allah S.W.T 1

Saidina Umar R.A merupakan seorang yang sangat berani dan ditakuti musuh Islam. Dikatakan sekiranya ia berjalan di satu jalan, iblis dan syaitan akan bertempiaran lari takut kepadanya. Itulah sebab ia digelar Al-Farok iaitu yang tahu membezakan dengan jelas mana yang hak dan mana yang batil.

Suatu hari, beliau berjalan di satu jalan dan di jalan tersebut terdapat ramai kanak-kanak yang sedang bermain di situ. Apabila kanak-kanak tersebut mengetahui bahawa beliau akan melalui jalan tersebut bertempiaranlah kanak-kanak tersebut pulang ke rumah kecuali seorang kanak-kanak.

Saidina Umar bukanlan seorang yang garang kepada kanak-kanak hatta beliau sangat suka akan kanak-kanak. Namun begitu dengan sifatnya yang tegas dan berani menjadikan kanak-kanak tersebut berasa gerun.

Saidina Umar R.A bertanya kepada seorang anak lelaki tersebut kenapa dia tidak lari seperti kanak-kanak yang lain. Anak lelaki kecil ini menjawab bahawa dia tidak membuat apa-apa kesalahan kepada Saidina Umar. Jadi, mengapa ia perlu takut.

Maha suci Allah. Inilah sifat seorang kanak-kanak yang dididik pada zaman Rasulullah S.AW. Kanak-kanak tersebut juga merupakan sahabat Nabi iaitu Ibnu Zubair iaitu anak kepada sahabat Rasulullah, Zubair Al-Awwam yang di antara 10 orang yang dijamin Nabi masuk syurga.


No comments:

Post a Comment