Tuesday, December 14, 2010

Adakah ini satu konspirasi atau kebetulan?

Barrack Obama menjadi satu sejarah dalam dunia kerana pertama kali menjadi presiden Amerika daripada kalangan yang berkulit hitam atau African-Amerika.

Daripada penganalisis politik, mengatakan ini sudah dirancang untuk menjatuhkan kembali Amerika oleh seorang Presiden yang berkulit hitam. Ini bertujuan untuk memberi laluan kepada satu lagi THE NEXT BIG THING, satu negara yang lain menjadi satu kuasa dunia bagi menggantikan Amerika.

Ini diperjelaskan lagi dengan mana, dalam mana-mana filem di Hollywood, dinaikkan pelakon-pelakon yang berkulit hitam seperti Morgan Freeman yang memegang watak ketua yang penting sehingga menjadi Presiden Amerika. Ini adalah satu peperangan saraf bagi membolehkan rakyat Amerika yang ramai berkulit putih boleh menerima kehadiran seorang presiden Amerika daripada yang berkulit hitam.

Apabila Amerika jatuh daripada menjadi kuasa dunia di tangan seorang presiden berkulit hitam, maka orang-orang berkulit hitam akan dipersalahkan dengan kejatuhan itu. Ini membuatkan orang-orang berkulit hitam akan kembali merasa rendah diri dan sebagainya.

Adakah ini satu kebetulan atau satu perancangan?

Mereka merancang tetapi Allah juga merancang dan Allah Maha Hebat perancangan-Nya.

Semoga doa nenek Obama supaya Obama kembali kepada Islam menjadi kenyataan.

Semoga Allah merahmati kita semua dunia akhirat. Amin.

No comments:

Post a Comment