Wednesday, March 2, 2011

Satu Kisah Para Sahabat Di Zaman Bani Umayyah - Masalah Darah Nyamuk .

Ketika di zaman pemerintahan Islam Bani Umayyah, terdapat satu masalahat umat yang menjadi begitu hangat diperkatakan ramai iaitu masalah darah nyamuk.


Pelbagai pendapat mengatakan berkenaan hukum ke atas wudhuk dan solat sekiranya terkena akan darah nyamuk ini.

Si khalifah yang sangat prihatin ini juga gusar dengan pelbagai pendapat dan tanggapan umum berkenaan masalah rakyat ini.

Lalu baginda membawa utusan untuk menjemput seorang sahabat nabi yang di antara sahabat yang sangat arif akan hukum hakam agama ketika pada zaman itu.

Si sahabat nabi ini pun lalu mengikut para utusan khalifah ini menuju ke istana.

Ketika sampai di istana, si sahabat ini bertanya apakah sebab beliau dipanggil ke istana.

Lalu si khalifah ini pun memberitahu sahabat ini berkenaan dengan maslahat orang ramai dan baginda bertanya, apakah pendapat sahabat berkenaan dengan perkara tersebut iaitu berkenaan sama ada darah nyamuk tersebut membatalkan wudhuk atau solat seseorang.

Dengan tenang beliau menjawab dengan mengatakan bahawa apalah sangat darah nyamuk yang sekelumit itu nak dibahaskan berbanding dengan darah umat Islam yang ramai dan cucu nabi yang tercedera ketika berlaku perang saudara di Padang Karbala.

Lalu si sahabat tersebut terus meninggalkan khalifah tersebut dalam keadaan yang terpinga-pinga.

No comments:

Post a Comment