Tuesday, July 26, 2011

13 Wasiat khusus Rasulullah SAW kepada Siti Fatimah

http://img522.imageshack.us/img522/8515/f342f2576ezs5.jpg

Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata: “Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku”
    • Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia akan mendapat laknat.
    • Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
    • Hai Ali, seunggughnya Allah mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; : Rabighfirli fainahu layaghfirul-zunuba illa Anta; (Tuhanku ampuni aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman, “Hai malaikatku, jadilah saksi bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku telah mengampunkan dia.”
    • Wahai Ali, takutilah engkau daripada berusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta), dan bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai Siddiq (benar) itu Berkat dan Kazzab itu Celaka.
    • Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan keatasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu Syurga.
    • Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat dan jangan dijadikan Allah sebagai permainan dalam sumpah engkau, sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya.
    • Wahai Ali, janganlan engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah SWT mendatangkan rezeki kepada engkau setiap hari.
    • Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya membawa penyesalan.
    • Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (membersihkan ) gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai Allah. Manakala mencolek (membersihkan) gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan dicelah gigi tidak dicolek selepas makan.
    • Wahai Ali, janganlah engkau melayani perasaan marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan Allah keatas hambaNya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
    • Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah SWT yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau memperolehi peruntukkan daripada Allah SWT.
    • Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
  • Wahai Ali, perbaikilah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya. Nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. ” Wahai Ali, peliharalah pesananku (wasiat). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan.

Rujukan:

http://puteri-azie.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment