Saturday, July 9, 2011

Huruf Syin Di Akhir Ayat

Huruf Syin Di Akhir Ayat

Kemudian Imam Kisa’i (الكسائي) ditanya pula berapa ayat dalam al-Quran yang diakhiri dengan huruf Syin (ش)? Jawab beliau; “Ada 2 tempat.” Ayat itu ialah:

1. Surah al-Qari’ah (سورة القارعة) ayat 5:

وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ (٥)

Ertinya: Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu Yang dibusar berterbangan.۝

2. Surah Quraisy (سورة قريش) ayat 1:

لإيلافِ قُرَيْشٍ (١)

Ertinya: Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah).۝

Dan ingatlah firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.۝

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.۝

No comments:

Post a Comment