Monday, September 5, 2011

Pembuka Surah Dalam Quran 2

Bahagian Pertama: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat pujian ke atas Allah. Terbahagi pula kepada dua bahagian. Iaitu dengan isbat pujian ke atas sifat Allah dan kedua dengan tanzih (mensucikan) sifat Allah dari segala kekurangan.

Pembuka surah dimulai ayat berupa isbat pujian ke atas sifat Allah ada dua iaitu dengan Alhamdulillah dan Tabaraka.

(a) Dibuka dengan Alhamdulillah (الحمد لله) yang bermaksud “Segala puji bagi Allah”. Ada 5 surah iaitu:

1. Surah al-Fatihah [سورة الفاتحة]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.۝

2. Surah al-An’am [سورة الأنعام]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَجَعَلَ الظُّلُمَاتِ وَالنُّورَ ثُمَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِرَبِّهِمْ يَعْدِلُونَ (١)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.۝

3. Surah al-Kahfi [سورة الكهف]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَى عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجَا (١)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong).۝

4. Surah Saba’ [سورة سباء]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِي الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (١)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah Yang Memiliki dan Menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dialah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.۝

5. Surah Fatir [سورة فاطر]:

الْحَمْدُ لِلَّهِ فَاطِرِ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ جَاعِلِ الْمَلائِكَةِ رُسُلا أُولِي أَجْنِحَةٍ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ يَزِيدُ فِي الْخَلْقِ مَا يَشَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١)

Ertinya: Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi, yang menjadikan malaikat utusan-utusan yang bersayap: Dua, tiga dan empat; Dia menambah pada bentuk kejadian makhluk yang diciptakanNya apa jua yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.۝

(b) Dibuka dengan Tabaraka (تبارك) yang bermaksud “Maha Suci Allah, Maha Tinggi”. Ada 2 surah iaitu:

1. Surah al-Furqan [سورة الفرقان]:

تَبَارَكَ الَّذِي نَزَّلَ الْفُرْقَانَ عَلَى عَبْدِهِ لِيَكُونَ لِلْعَالَمِينَ نَذِيرًا (١)

Ertinya: Maha berkat Tuhan yang menurunkan Al-Furqan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.۝

2. Surah al-Mulk [سورة الملك]:

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (١)

Ertinya: Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.۝

Semuanya berjumlah 7 surah dalam bentuk isbat pujian ke atas Allah Taala.

No comments:

Post a Comment