Monday, September 5, 2011

Surah al-Zalzalah 3

Memulangkan Sihir

Baca Surah al-Zalzalah 3 kali. Pada setiap satu kali surah dibaca hendaklah diulang-ulang ayat Asytata [أشتاتا] sebanyak 33X dan kemudian berdoa agar sihir dipulangkan kembali ke tempat asalnya. Setelah itu baru teruskan bacaan sampai habis satu surah. Lalu diulang lagi kaedah tadi sampai 3 kali surah ini dibaca.

إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا (١) وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا (٢) وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا (٣) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (٤) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (٥) يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (٦) فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (٧) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (٨)

Ertinya: Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, ۝ Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, ۝ Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? ۝ Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: ۝ Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). ۝ Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. ۝ Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! ۝ Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya). ۝

No comments:

Post a Comment