Wednesday, October 5, 2011

Ayat Pengharapan Bagi Ibnu Amru

Suatu hari Ibnu Abbas (ابن عباس) berjumpa dengan Ibnu Amru al-As (عبد الله بن عمرو بن العاص) dan beliau bertanya kepada Ibnu Amru. “Apakah ayat dari Kitab Allah yang kau kira paling penuh pengharapan?”

Maka jawab Ibnu Amru; “Ayat itu ialah ayat 53 dalam Surah al-Zumar (سورة الزمر).”

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ (٥٣)

Ertinya: Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu Yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Sesungguhnya Allah mengampunkan Segala dosa; Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.۝

Perhatikan maknanya agar lebih memahami apa itu pengharapan yang dimaksudkan oleh Ibnu Amru.

Dan ingatlah firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.۝

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.۝

No comments:

Post a Comment