Tuesday, October 18, 2011

Satu Ayat Terkumpul Kebaikan Dan Kejahatan

Kata Ibnu Mas’ud (ابن مسعود) tiada ayat lain melainkan ayat ini mengumpulkan keseluruhan maksud kebaikan dan kejahatan iaitu ayat 90 Surah al-Nahl (سورة النحل):

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ (٩٠)

Ertinya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.۝

3 Suruhan
1. Berlaku adil
2. Buat baik
3. Memberi bantuan kepada kaum kerabat

3 Larangan
4. Jauhi perbuatan keji
5. Jauhi perbuatan mungkar
6. Jangan berbuat zalim

Dan ingatlah firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.۝

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.۝

No comments:

Post a Comment