Tuesday, August 2, 2011

Pendengaran Lebih Utama Daripada Penglihatan

Dalam al-Quran disebut pada Surah al-Nahl (سورة النحل) ayat 78:

وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (٧٨)

Ertinya: Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.۝

Dan pada Surah al-Ahqaf (سورة الأحقاف) ayat 26:

وَجَعَلْنَا لَهُمْ سَمْعًا وَأَبْصَارًا وَأَفْئِدَةً

Ertinya: Dan Kami telah jadikan bagi mereka pendengaran dan penglihatan serta hati.

Berdasar ayat tersebut al-Quran mendahului perkataan pendengaran daripada penglihatan kerana pada hakikatnya pendengaran lebih banyak fungsi dan lebih besar penggunaannya daripada penglihatan. Ini dibuktikan ketika kita tidur, mata kita tertutup tapi telinga tetap jaga. Orang mudah jaga bila mendengar bising tapi orang tidur jarang terjaga bila kita mengendap mukanya. Bayi yang baru lahir tertutup matanya tapi tidak pada telinganya. Itulah kebesaran Ilmu Allah.

Lagi pada ayat 11 dalam Surah al-Kahfi (سورة الكهف) disebut ditutup telinga [فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ] tidak ditutup mata. Dan pada ayat ini adanya I’jaz Sains.

فَضَرَبْنَا عَلَى آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا (١١)

Ertinya: Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.۝

Dan ingatlah firman Allah Taala dalam Surah al-Jatsiyah (سورة الجاثية) ayat 13:

إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١٣)

Ertinya: Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti.۝

Firman Allah Taala lagi dalam Surah al-Baqarah (سورة البقرة) ayat 23:

وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ (٢٣)

Ertinya: Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding Dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.۝

No comments:

Post a Comment