Tuesday, August 2, 2011

Zikir Pagi Dan Petang



Zikir ini saya susun yang ada perkataan asbahna atau amsaina sahaja. Untuk memudahkan hafalan dan amalan.

Zikir Pagi

1- أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ ِللهِ، وَالْحَمْدُ ِللهِ، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، رَبِّ أسألك خَيْرَ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وخيرَ مَا بَعَدَهُ، وأعوذ بك من شَرِّ ما في هذا اليومِ و شَرِّ ما بعده، رَبِّ أعوذ بك مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أعوذ بك من عذابٍ في النَّارِ وعذابٍ في الْقَبْرِ.
[مسلم وأبو داود والترمذي وأحمد]

Ertinya: Kami telah memasuki waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu. Hai Tuhan, aku mohon denganMu kebaikan di hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, aku berlindung dengan-Mu daripada kemalasan dan keburukan di hari tua. Wahai Tuhan! Aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan di neraka dan kubur.

2- اللهم بِكَ أَصْبَحْنَا، وبك أَمْسَيْنَا، وبك نَحْيَا، وبك نَمُوْتُ، وإليك النُّشُوْرُ.
[البخاري وأبو داود والترمذي وابن ماجه وابن حبان وأحمد والهيثمي والبغوي]

Ertinya: Ya Allah, dengan-Mu kami hayati waktu pagi kami dan dengan-Mu kami hayati waktu petang kami dan dengan-Mu kami hidup dan dengan-Mu kami mati dan kepada-Mu kami dibangkitkan.

3- اللهم إني أَصْبَحْتُ أُشْهِدُكَ، وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، ومَلاَئِكَتَكَ، وَجَمِيْعَ خَلْقِكَ، أنك أنت الله لا إله إلا أنت، وأنَّ محمدًا عَبْدُكَ ورَسُوْلُكَ. [4 kali]
[أبو داود]

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya aku di waktu pagi ini mempersaksikan Engkau dan malaikat yang memikul arasy-Mu, malaikat-malaikat dan seluruh makhluk-Mu, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.

4- اللهم مَا أَصْبَحَ بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، فَمِنْكَ وحدك لا شريك لك، لك الحمد وَلَكَ الشُّكْرُ.
[أبو داود وابن حبان]

Ertinya: Ya Allah! Nikmat yang ku terima atau diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di pagi ini adalah dari-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala puji dan dengan-Mu syukur.

5- أَصْبَحْنَا وأَصْبَحَ الْمُلْكُ ِلله رَبِّ العالمين، اللهم إني أسألك خَيْرَ هَذَا الْيَوْمِ فَتْحَهُ، وَنَصْرَهُ وَنُوْرَهُ وَبَرَكَتَهُ وَهُدَاهُ، وأعوذ بك مِنْ شَرِّ ما فيه و شَرِّ مَا بَعْدَهُ.
[أبو داود]

Ertinya: Kami masuk pagi, sedang kerajaan hanya milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar memperoleh kebaikan, pembuka (rahmat), pertolongan, cahaya, berkah dan petunjuk di hari ini. Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan apa yang ada di dalamnya dan kejahatan sesudahnya.

6- أَصْبَحْنَا على فِطْرَةِ الإسلامِ وكَلِمَةِ اْلإِخْلاَصِ، ودِيْنِ نبينا محمدٍ صلى الله عليه وسلم، ومِلَّةِ أَبِيْنَا إبراهيمَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وما كان من المشركين.
[النسائي وأحمد]

Ertinya: Di waktu pagi kami memegang agama Islam, kalimat ikhlas, agama Nabi kita Muhammad, dan agama ayah kami Ibrahim, yang berdiri di atas jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong orang-orang musyrik.

Zikir Petang

1- أَمْسَيْنَا وَأَمْسَى الْمُلْكُ ِللهِ، وَالْحَمْدُ ِللهِ، لا إله إلا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير، رَبِّ أسألك خَيْرَ مَا فِي هَذَهِ اللَّيْلَةِ وخيرَ مَا بَعَدَهَا، وأعوذ بك من شَرِّ ما في هذه اللَّيْلَةِ و شَرِّ ما بعده، رَبِّ أعوذ بك مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أعوذ بك من عذابٍ في النَّارِ وعذابٍ في الْقَبْرِ.
[مسلم وأبو داود والترمذي وأحمد]

Ertinya: Kami telah memasuki waktu petang dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia-lah Yang Mahakuasa atas segala sesuatu. Hai Tuhan, aku mohon denganMu kebaikan di malam ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan malam ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, aku berlindung dengan-Mu daripada kemalasan dan keburukan di hari tua. Wahai Tuhan! Aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan di neraka dan kubur.

2- اللهم بك أَمْسَيْنَا، و بك أَصْبَحْنَا، وبك نَحْيَا، وبك نَمُوْتُ، وإليك الْمَصِيْرُ.
[البخاري وأبو داود والترمذي وابن ماجه وابن حبان وأحمد والهيثمي والبغوي]

Ertinya: Ya Allah, dengan-Mu kami hayati waktu petang kami dan dengan-Mu kami hayati waktu pagi kami dan dengan-Mu kami hidup dan dengan-Mu kami mati dan kepada-Mu kami kembali.

3- اللهم إني أَمْسَيْتُ أُشْهِدُكَ، وَأُشْهِدُ حَمَلَةَ عَرْشِكَ، ومَلاَئِكَتَكَ، وَجَمِيْعَ خَلْقِكَ، أنك أنت الله لا إله إلا أنت، وأنَّ محمدًا عَبْدُكَ ورَسُوْلُكَ. [4 kali]
[أبو داود]

Ertinya: Ya Allah! Sesungguhnya aku di waktu petang ini mempersaksikan Engkau dan malaikat yang memikul arasy-Mu, malaikat-malaikat dan seluruh makhluk-Mu, bahawa sesungguhnya Engkau adalah Allah, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu dan sesungguhnya Muhammad adalah hamba dan utusan-Mu.

4- اللهم مَا أَمْسَى بِي مِنْ نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خلقك، فَمِنْكَ وحدك لا شريك لك، لك الحمد وَلَكَ الشُّكْرُ.
[أبو داود وابن حبان]

Ertinya: Ya Allah! Nikmat yang ku terima atau diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di petang ini adalah dari-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala puji dan dengan-Mu syukur.

5- أَمْسَيْنَا وأَمْسَى الْمُلْكُ ِلله رَبِّ العالمين، اللهم إني أسألك خَيْرَ هَذَهِ اللَّيْلَةِ فَتْحَهَا، وَنَصْرَهَا وَنُوْرَهَا وَبَرَكَتَهَا وَهُدَاهَا، وأعوذ بك مِنْ شَرِّ ما فيها و شَرِّ مَا بَعْدَها.
[أبو داود]

Ertinya: Kami masuk pagi, sedang kerajaan hanya milik Allah, Tuhan sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu agar memperoleh kebaikan, pembuka (rahmat), pertolongan, cahaya, berkah dan petunjuk di malam ini. Aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan apa yang ada di dalamnya dan kejahatan sesudahnya.

No comments:

Post a Comment