Thursday, November 17, 2011

Pembuka Surah Dalam Quran 4

Bahagian Kedua: Ada surah-surah dalam al-Quran dibuka dengan ayat berupa huruf potong (المقطعة) atau disebut huruf tahajji (حروف التهجي).

(a) Alif Lam Mim (الم) ada 6 surah iaitu:

1. Surah al-Baqarah [سورة البقرة]:

الم (١) ذَلِكَ الْكِتَابُ لا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.۝

2. Surah Ali-Imran [سورة آل عمران]:

الم (١) اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.۝

3. Surah al-Ankabut [سورة العنكبوت]:

الم (١) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?۝

4. Surah al-Rum [سورة الروم]:

الم (١) غُلِبَتِ الرُّومُ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Orang-orang Rom telah dikalahkan.۝

5. Surah Luqman [سورة لقمان]:

الم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.۝

6. Surah al-Sajdah [سورة السجدة]:

الم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ لا رَيْبَ فِيهِ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim. ۝ Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.۝

(b) Alif Lam Mim Sad (المص) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Al-A’raf [سورة الأعراف]:

المص (١) كِتَابٌ أُنْزِلَ إِلَيْكَ فَلا يَكُنْ فِي صَدْرِكَ حَرَجٌ مِنْهُ لِتُنْذِرَ بِهِ وَذِكْرَى لِلْمُؤْمِنِينَ (٢)

Ertinya: Alif, Laam, Miim, Saad. ۝ (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad dari Tuhanmu). Oleh itu, janganlah ada perasaan bimbang dalam dadamu mengenainya, supaya engkau memberi amaran dengan Al-Quran itu (kepada orang-orang yang ingkar) dan supaya menjadi peringatan bagi orang-orang yang beriman.۝

(c) Alif Lam Ra (الر) ada 5 surah iaitu:

1. Surah Yunus [سورة يونس]:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْحَكِيمِ (١)

Ertinya: Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.۝

2. Surah Hud [سورة هود]:

الر كِتَابٌ أُحْكِمَتْ آيَاتُهُ ثُمَّ فُصِّلَتْ مِنْ لَدُنْ حَكِيمٍ خَبِيرٍ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.۝

3. Surah Yusuf [سورة يوسف]:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.۝

4. Surah Ibrahim [سورة إبراهيم]:

الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Raa’. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan ia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.۝

5. Surah Al-Hijr [سورة الحجر]:

الر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَقُرْآنٍ مُبِينٍ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan.۝

(d) Alif Lam Mim Ra (المر) ada 1 surah iaitu:

1. Surah al-Ra’d [سورة الرعد]:

المر تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ وَالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْكَ مِنْ رَبِّكَ الْحَقُّ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يُؤْمِنُونَ (١)

Ertinya: Alif, Laam, Miim, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) dan apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu adalah benar; tetapi kebanyakan manusia tidak (mahu) beriman.۝

(e) Kaf Ha Ya Ain Sod (كهيعص) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Maryam [سورة مريم]:

كهيعص (١) ذِكْرُ رَحْمَةِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا (٢)

Ertinya: Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad. ۝ (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.۝

(f) Taha (طه) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Taha [سورة طه]:

طه (١) مَا أَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لِتَشْقَى (٢)

Ertinya: Taa Haa. ۝ Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.۝

(g) To Sin Mim (طسم) ada 2 surah iaitu:

1. Surah al-Syu’ara’ [سورة الشعراء]:

طسم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) لَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ أَلا يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ (٣)

Ertinya: Taa, Siin, Miim. ۝ Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata. ۝ Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.۝

2. Surah al-Qasas [سورة القصص]:

طسم (١) تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) نَتْلُوا عَلَيْكَ مِنْ نَبَإِ مُوسَى وَفِرْعَوْنَ بِالْحَقِّ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (٣)

Ertinya: Taa, Siin, Miim. ۝ Inilah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang memberi penjelasan. ۝ Kami bacakan kepadamu (wahai Muhammad) sebahagian dari kisah Nabi Musa dan Firaun dengan keterangan yang benar bagi orang-orang yang beriman.۝

(h) To Sin (طس) ada 1 surah iaitu:

1. Surah al-Naml [سورة النمل]:

طس تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُبِينٍ (١)

Ertinya: Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata (kandungannya dan kebenarannya).۝

(i) Yasin (يس) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Yasin [سورة يس]:

يس (١) وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ (٢)

Ertinya: Yaa Siin. ۝ Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh.۝

(j) Sod (ص) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Sod [سورة ص]:

ص وَالْقُرْآنِ ذِي الذِّكْرِ (١)

Ertinya: Saad; demi Al-Quran yang mempunyai kemuliaan serta mengandungi peringatan dan pengajaran.۝

(k) Ha Mim (حم) ada 7 surah iaitu:

1. Surah Ghafir [سورة غافر]:

حم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ (٢)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Turunnya Al-Quran ini dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.۝

2. Surah Fussilat [سورة فصلت]:

حم (١) تَنْزِيلٌ مِنَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٢)

Ertinya: Haa, Miim ۝ Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.۝

3. Surah al-Zukhruf [سورة الزخرف]:

حم (١) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. ۝ Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Al-Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.۝

4. Surah al-Dukhan [سورة الدخان]:

حم (١) وَالْكِتَابِ الْمُبِينِ (٢) إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran. ۝ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).۝

5. Surah al-Jathiah [سورة الجاثية]:

حم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (٢) إِنَّ فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ لآيَاتٍ لِلْمُؤْمِنِينَ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Turunnya Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ۝ Sesungguhnya pada langit dan bumi terdapat tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.۝

6. Surah al-Ahqaf [سورة الأحقاف]:

حم (١) تَنْزِيلُ الْكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الْعَزِيزِ الْحَكِيمِ (٢) مَا خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا إِلا بِالْحَقِّ وَأَجَلٍ مُسَمًّى وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Diturunkan Al-Quran ini, dari Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ۝ (Ingatlah), tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu (yang padanya dijalankan pembalasan) dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.۝

(l) Ha Mim Ain Sin Qaf (حم عسق) ada 1 surah iaitu:

1. Surah al-Syura [سورة الشورى]:

حم (١) عسق (٢) كَذَلِكَ يُوحِي إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ اللَّهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٣)

Ertinya: Haa, Miim. ۝ Ain, Siin, Qaaf. ۝ Sebagaimana yang terkandung dalam surah ini dan surah-surah yang lain diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadamu, oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.۝

(m) Qaf (ق) ada 1 surah iaitu:

1. Surah Qaf [سورة ق]:

ق وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ (١)

Ertinya: Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).۝

(n) Nun (ن) ada 1 surah iaitu:

1. Surah al-Qalam [سورة القلم]:

ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ (١)

Ertinya: Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis.۝

Semuanya berjumlah 29 surah. Adapun makna huruf-huruf ini sebaiknya hendaklah kita serahkan maknanya kepada Allah. Walaupun disana ada terjemahan maksud oleh para mufasirin namun ianya hanyalah takwilan mereka bukan dengan makna yang konkrit. Anehnya orang kita memegang pendapat yang berupa takwilan sebagai perkara yang wajib sedangkan perkara yang benar-benar wajib tidak mahu dipegang pula.

قال أبو بكر الصديق رضي الله عنه: في كل كتاب سر وسره في القرآن أوائل السور.

Ertinya: Kata Abu Bakar al-Siddiq r.a: Pada setiap kitab (kitab samawi) ada rahsia yang tersembunyi. Dan rahsia al-Quran terletak pada awal surah.

No comments:

Post a Comment