Friday, July 6, 2012

Jadual Wirid al-Hikmah 1


1 بسم الله الرحمن الرحيم
786X Peroleh keuntungan, pengasehan, keselamatan.
2 نَصْرٌ مِنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ

Ertinya: Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya).
Surah al-Saf: 13.
1023X Peroleh kemenangan dan keuntungan.
3 أَوَمَنْ كَانَ مَيْتًا فَأَحْيَيْنَاهُ <

Ertinya: Dan adakah orang yang mati (hatinya dengan kufur), kemudian Kami hidupkan dia semula (dengan hidayah petunjuk).
Surah al-An’am: 122.
784X Membangkitkan semangat, daya juang.
4 وَيَنْصُرَكَ اللهُ نَصْرًا عَزِيزًا (٣)

Ertinya: Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepunuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak ada bandingannya).
Surah al-Fath: 3.
778X Menang atas musuh.
5 وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ

Ertinya: Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan.
Surah Ghafir: 60.
1006X Mustajab doa.




6 فَإِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْغَالِبُونَ (٥٦)

Ertinya: Kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
Surah al-Maidah: 56
1379X Menang atas musuh.
7 نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ (٤٠)

Ertinya: Ia lah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong (yang menyelamatkan dan menjayakan kamu).
Surah al-Anfal: 40
824X Terpelihara dari tipu daya musuh.
8 وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى (٦٩) <

Ertinya: Sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja ia berada.
Surah Taha: 69.
1394X Membatalkan sihir.
9 تُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ

Ertinya: Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Surah Ali Imran: 26.
3197X Kerezkian.
10 وَتَرْزُقُ مَنْ تَشَاءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ (٢٧)

Ertinya: Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Surah Ali Imran: 27.
2788X Kerezkian.


Caranya diwiridkan dengan bilangan tersebut pada air untuk dijadikan Air Penawar, minyak atar untuk dijadikan sebagai Atar Syifa’, madu atau habbatussauda’ dan sebagainya. Bahan-bahan ini boleh dibuat minum, makan, mandi atau disembur sekeliling tempat berkaitan.

http://www.antalhaq.com/2012/06/jadual-wirid-al-hikmah-1.html

No comments:

Post a Comment