Wednesday, July 11, 2012

Jadual Wirid al-Hikmah 2

يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِنْ نَارٍ <

Ertinya: Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar).
Surah al-Rahman: 35.
2019X Terbebas dari rasukan.
12 وَإِنَّ اللهَ بِكُمْ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (٩)

Ertinya: Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Belas, lagi Maha Mengasihani, terhadap kamu.
Surah al-Hadid: 9.
760X Pengasehan.
13 تَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ الرَّحِيمِ (٢١٧)<

Ertinya: Berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.
Surah al-Syu’ara’: 217.
980X Hindar wabak taun.
14 إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ (٥)

Ertinya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.
Surah al-Fatihah: 5.
836X Terlepas dari tahanan.
15 أَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ (٦٢)<

Ertinya: Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Surah al-Hajj: 62.
532X Kehebatan dan kemegahan.




16 يَسْتَبْشِرُونَ بِنِعْمَةٍ مِنَ اللهِ

Ertinya: Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah.
Surah Ali Imran: 171.
1746X Barokah dalam hidup.
17 لا يَحْزُنُهُمُ الْفَزَعُ الأكْبَرُ <

Ertinya: Huru-hara besar yang amat mengerikan (pada hari kiamat) itu tidak merunsingkan mereka.
Surah al-Anbiya’: 103.
593X Hilang masalah, bubar rusuhan.
18 فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لا يُبْصِرُونَ (٩) <

Ertinya: Lalu Kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu, mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).
Surah Yasin: 9.
2001X Penglimun, ghaib pada pandangan musuh.
19 وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى (٥)

Ertinya: Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
Surah al-Dhuha: 5.
2013X Terlepas dari masalah, diangkat bala atasnya.
20 إِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا (٣٠)

Ertinya: Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
Surah al-Insan: 30.
418X Menuntut ilmu.



Caranya diwiridkan dengan bilangan tersebut pada air untuk dijadikan Air Penawar, minyak atar untuk dijadikan sebagai Atar Syifa’, madu atau habbatussauda’ dan sebaganya. Bahan-bahan ini boleh dibuat minum, makan, mandi atau disembur sekeliling tempat berkaitan.

- المنقول -

http://www.antalhaq.com/2012/07/jadual-wirid-al-hikmah-2.html

No comments:

Post a Comment