Wednesday, July 11, 2012

Saham Bukan Matawang

Saham Bukan Matawang

Pernah kita ke kedai dan berkata, “Saya ada 10 lot saham, boleh tak buat beli begi Prada?”

Oh my Gucci.

Saya rasa situasi tersebut agak mustahil untuk berlaku dalam keadaan biasa-biasa. Namun, kita dapat melihat situasi seperti itu dalam beberapa urusniaga korporat.

Justeru, situasi ini menunjukkan saham bukan sejenis matawang. Malah, ada institusi perbankan Islam juga menjadikan saham sebagai subjek jualan murabahah untuk tujuan pembiayaan.

Walau bagaimana pun di Malaysia, pusat-pusat zakat seperti menyamakan saham dan matawang. Ini menyebabkan zakat ke atas saham dikira 2.5% dari nilai saham tersebut.

Cuba lihat situasi lain.

A. RM 100,000 digunakan untuk membeli sebidang tanah untuk tanam padi.

B. RM 100,000 digunakan untuk membeli sejumlah saham di Bursa Malaysia.

Apa yang berlaku adalah, aset matawang (RM 100,000) ditukarkan kepada aset lain (tanah / saham). Malah, dalam balance sheet sekali pun tanah / saham tidak lagi dikelaskan menjadi duit tunai (cash & cash equivalent). Namun, perkiraan zakat saham yang popular di Malaysia masih disandarkan dengan pengiraan zakat emas / matawang.

Saya fikir zakat saham lebih baik jika dikira bersandarkan zakat pertanian atau zakat penternakan. 1 ekor kambing untuk setiap 40 – 120 ekor kambing. Zakat atas hasil pertanian dan bukan zakat atas tanah pertanian.

Sila semak penyata akaun dari Bursa Malaysia. Saham yang kita beli dinyatakan dalam unit atau nilai RM nya?

http://www.pakdi.net/saham-bukan-matawang/

No comments:

Post a Comment