Wednesday, October 17, 2012

HIMPUNAN IKHTIAR MASALAH JASMANI 1

HIMPUNAN IKHTIAR MASALAH JASMANI 1


Ikhtiar mengelakkan masalah Janda Manis (Jantung, darah tinggi, kencing manis)

Penyakitan ini jika dibiarkan akan mengundang kepada permasalahan kerosakan buah pinggang. Maka, disarankan diamalkan sebaik-baiknya.

1) Telan minyak zaitun + Madu + Habbatus sawda, setiap pagi sebelum sarapan.


2) Minum Cuka Epal setiap kali selepas makan tengahhari (Jika mengidap masalah gastrik, disarankan campur dengan madu lebah)

3) Minum cuka kurma/ epal setiap kali sebelum tidur. Boleh juga digantikan dengan pati delima.

Kaedah ini amat sesuai kepada mereka yang ingin menguruskan badan, juga amat berkesan mengelakkan masalah PJK (perut jalan ke depan) bagi kaum lelaki.

InsyaALLAH diselamatkan ALLAH dari penyakitan sedemikian dan sewaktu dengannya

IKHTIAR KAEDAH MEMPEROLEH ZURIAT

Sediakan 49 biji kurma (sebaiknya ruthob) seorang (suami dan isteri wajib ambil) bermaksud 49 X 2, Madu lebah asli dan air zam-zam.

1) 7 butir Kurma dibuang bijinya, kisar atau kacau sehinga hancur di dalam sebuah mangkuk.
 

2) Kemudian dicampur dengan madu lebah, secukupnya, sehingga ramuan tersebut seakan-akan jem atau pes.

3) Ramuan ini adalah untuk satu hari, iaitu ditelan atau makan sebelum sarapan, diambil selama 7 pagi berturut-turut, tanpa putus.
 

4) Selang 5-10 min setelah makan, minum air zam-zam dengan doa.
 

Adapun ramuan tersebut terlebih baiknya didoakan dengan:
 

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x, At Tariq:7 3x, Al An'am 98 3x, Selawat 11x.
 

InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan ikhtiar kalian.
 
 
IKHTIAR MASALAH RESDUNG

Bagi yang mempunyai masalah resdung, sama ada beralahan statik atau berkala. Semoga dengan perkongsian ini serba sedikit memberi panduan cara menghindar dan merawat resdung / sinus.

1) Lazimkan berbekam sebulan 1x, terutama pada titik Yafukh, Ummul Maghits dan Bainul Katifain
 

2) Biasakan diri dengan istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar) setiap kali masuk rumah, selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Selain daripada berwudhuk.

3) Sebelum mandi, masukkan sedikit air ke dalam hidung, sedut sehingga keluar ke tekak, amal istiqomah 40 hari, insyaALLAH, anda pasti rasakan perubahannya.
 

4) Kurang kafein dan MSG.
 

5) Amalkan meminum khal setiap kali sebelum sarapan, selepas makan tengah hari dan sebelum tidur malam.
 

6) Sentiasa amalkan sebelum tidur, amalkan Taawudz 10x, Istighfar 21x, Selawat 11x, dibacakan pada air (dengan doa), dan air tersebut digunakan untuk mencuci mulut, hidung dan lubang telinga.
 

7) Kurangkan makanan laut.
 

8) Ambil segenggam cengkih, sebatang kulit kayu manis, 7-14 biji buah pelaga, sepotong gambir, kemudian direbus panas. Dalam keadaan masih berwap, serkupkan wajah ke dalam wap tersebut, biarkan (sambil berselawat dalam hati) wap dari air rebusan tadi ke muka sehingga keluar lendir jernih dari hidung, lapkan.
 
Setelah itu, mandi air suam.

InsyaALLAH anda dalam usaha melemahkan hama resdung.
 

InsyaALLAH tohour.
 
IKHTIAR MASALAH SAKIT URAT (PUNCA FIZIKAL DAN SPIRITUAL)

SOALAN:

Salam ustaz,
Saya ingin bertanya adakah amalan atau ayat2 yang boleh diamalkan sebagai usaha menangani sakit sakit atau salah urat yang mungkin disebabkan tersepak benda benda halus. Sekiranya ada, ustaz boleh mengongsikannya di wall ustaz. Terima kasih. Wassalam.

JAWAPAN :

W’Salam WMT, dari segi kaedah bagi mereka yang mempunyai salah urat atau sakit-sakit disebabkan tersepak makhluk halus atau orang johor panggil ‘denah’, ianya bersifat umum.

Umum dari segi perawatan.

Iaitu boleh saja, menggunakan minyak kelapa atau minyak zaitun sepiring, dicampur dengan sepotong sebesar ibu jari kunyit, sepotong sebesar ibu jari halia, secubit bunga cengkih dan sebatang kulit kayu manis. Semua bahan ini ditumbuk halus, dicampurkan dengan minyak tadi. Semasa tumbuk digalakkan membaca, Surah Asy-Syuara :130 (وإذا بطشتم بطشتم خبازين) , berulang kali, sehingga lumat semua ramuan, dengan niat lumatnya penyakit seperti mana lumatnya ramuan (dengan izin ALLAH).

Setelah campur, maka, dibacakan dengan :

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 7x, Al Isra: 81-82 3x, Al Ikhlas 3x, 2 Qul 1x, Selawat ke atas Junjungan Sayyiduna Muhammad S.A.W 11x.

Minyak tersebut disapu pada tempat sakit, ditutup, kalau eloknya dibalut dengan kain kapas (napkin bayi). 

Minyak ini, boleh digunakan untuk semua masalah sakit urat atau saraf dan masalah angin atau sakit-sakit badan, insyaALLAH Tohour.
 
IKHTIAR MASALAH BATU KARANG

SOALAN : 

Assalamualaikum ust....sy mahu pencerahan mengenai sakit batu karang,dan mcm mana mengubatinya selain klinikal biasa?....:)

JAWAPAN :

Wsalam WMT, rawatan bagi masalah batu karang selain klinikal.

Sediakan 7 batang serai wangi, 7 daun limau purut dan 7 biji kurma (biji sahaja) serta gula batu. Direbuskan dengan air, dinasihatkan elakkan dari air mengelegak (iaitu kena sentiasa dikacau).

Rebus sehingga jadi pati, patinya disimpan.

Patinya dibahagikan kepada 7 bahagian, setiap satu bahagian dicampur dengan air putih (kalau eloknya RO water).

Diminum selama 7 pagi berturut-turut.

Air elok dibacakan dengan Al Faatihah 3x, At Taubah 129 7x, Selawat 11x (dengan doa).

InsyaALLAH tohour.
 
Masalah Ulser 

Soalan :

Assalam tuan, nak tanyo ni, ado dok kaedah perubatan Islam atau tradisional dalam merawat penyakit ulser dlm perut,lepas jupo pakar homoepathy,dio kata punca disebabkan ubat-ubatan(pesakit adalah bapa mertuo saya yang menghidap darah tinggi). Kalu ada boleh bantu saya serba sedikit cara rawatan dia..jazakallahkk..

Jawapan :

W’Salam WMT, adapun masalah ulser dalam perut berpunca dari banyak faktor, salah satu faktor utama adalah masalah asid yang berlebihan, selain dari itu adalah masalah mukoid dalam usus sehingga menghasilkan gas di dalam gastrik (perut).

Maka untuk masalah tersebut adalah disarankan, mengamalkan memakan kurma paling kurang 7 biji setiap pagi, tidak kira ruthob atau tamar. Terlebih baik jika disertakan dengan susu kambing. Ramuan ini adalah yang bersesuaian dengan umurnya. 

Terlebih baik, waktu petang dinasihatkan meminum air rebusan barli, bagi membaik pulih gerak kerja buah pinggang, tidak mustahil, ayah ada mengalami masalah buah pinggang bekerja kuat, jika ada masalah ulser di dalam perut.

Selain dari itu, elakkan pengambilan pemakanan bersifat tajam dan berangin, contohnya sayur kubis dan lada.

Rehat juga memainkan peranan penting dalam permasalahan ini.
Lazimkan meminum air halia + madu, untuk menghindar dan membuang masalah angin di dalam badan yang juga penyumbang kepada masalah Ulsernya itu.

InsyaALLAH tohour. WALLAHu Alam.
 

 MASALAH ANGIN PASANG (HERNIA)
 Soalan :
Assalamualaikum ustaz. Maaf atas kejahilan saya. bagaimanakah caranya untuk mengubati penyakit angin pasang...terutama bagi kanak-kanak...wassalam.

Jawapan :

W'salam WMT. Kejahilan itu nisbah kepada sesiapa sahaja yang bersifat makhluk khasnya saya sendiri.

Baik, soalan tentang angin pasang (hernia) terutama bagi kanak-kanak. Angin pasang ada 3 jenis.

1) Jenis angin
2) Jenis lendir
3) Jenis saraf

Adapun yang sering terkenal pada kanak-kanak adalah jenis 1 dan 2.

Antara kaedahnya :

1) Elakkan dari memberi susu yang dikocak kepada kepada budak, kerana kocakan tersebut akan menghasilkan gas, seterusnya akan menambahkan lagi risiko hernianya.

2) Elakkan memberi makanan yang ada kandungan MSG kepadanya. Selalunya ada di dalam makanan segera.

3) Lazimkan mengurut dari pangkal ari-arinya sehingga ke pusat (jangan lebih dari pusat), sampai di pusat, pusing lawan jam di perut. Seterusnya diurut dibahagian labu betisnya sehingga ke tapak kakinya. Sebaiknya selepas kanak-kanak tersebut mandi dan sebelum tidur. Urut tidak digalakkan menggunakan minyak berangin. Urutan digalakkan sambil berselawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.

4) Antara minyak yang boleh diikhtiarkan adalah, minyak kelapa @ minyak zaitun + kulit kayu manis + Cengkih + lada hitam, (semua ramuan pepejal ditumbuk halus sebelum dicampur minyak). Dan disapu pada ari-arinya serta pada buah zakarnya.

5) Lazimkan kanak-kanak tersebut bersarapan dengan madu + Kurma (3 biji maksimum). Jika masih bayi (6bulan ke atas), cukup dengan diberi sapu calitan jari, dan biarkan dia hisap. 

InsyaALLAH Tohour.
 
 
Ikhtiar rawatan jantung dan kolestrol (sebaiknya pada yang masih belum buat bypass), juga amat sesuai bagi yang masih dalam keadaan walafiat.

1) Setiap kali selepas Solat, tarik nafas perlahan-lahan melalui hidung, tahan dan zikir Ya Nurr 33x (di dalam hati), lepas semula melalui mulut perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 3 pusingan.
2) Setiap kali selepas bangun tidur, sebelum mandi lakukan kaedah yang sama sebelum minum air putih. 

3) Setiap kali sebelum sarapan, telan 1-3 sudu minyak zaitun (EVOO) dan makan sekurang-kurangnya 3 biji kurma, sama ada ruthob atau tamar.

4) Setiap kali sebelum mandi, minum secawan air putih. 

5) Setiap kali sebelum tidur 
- Sebelum berwudhuk, telan atau minum cuka epal / jika mengalami masalah gastrik, boleh digantikan dengan pati delima.

- Selepas berwudhuk, lakukan seperti kaedah pertama sebanyak 1 pusingan. 

No comments:

Post a Comment