Wednesday, October 17, 2012

HIMPUNAN IKHTIAR MASALAH ROHANI 1



IKHTIAR MASALAH GANGGUAN

SOALAN:

Assalamualaikum, Ustaz. Saya sakit sekarang ni ustaz. Saya rasa macam ada jarum/duri atas belakang saya. sakit sangat ni ustaz..

Jawapan:

Semoga ALLAH merahmati dan menyembuhkan Tuan.

قال الله تعالى: لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا

Firman ALLAH S.W.T : ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Al Baqarah: 286).

Adapun yang sedang melanda Tuan adalah ujian dari ALLAH tanda kasih sayang dariNYA. Bahawa ujian itu dalam pelbagai rupa dan bentuk, ada dalam bentuk kesenangan, ada juga dalam bentuk kesusahan.

Cuma hakikat ujian tersebut, ALLAH letakkan kita dalam situasi, adakah dengan sakit ini bertambahnya iman kita kepadaNYA atau semakin berkurangan iman kita kepadaNYA.

Perkara itulah perlunya kita cari akan jawapannya agar kita lebih tenang.
Berkenaan tentang sakit itu, sama ada Tuan bertemu atau cari insan yang boleh mengikhtiarkan akannya atau ikhtiarkan sendiri. Antaranya adalah :

1) Dalam sehari, lazimkan solat sunat taubat, setiap kali sebelum tidur.
2) Lazimkan diri sentiasa dalam keadaan berwudhuk.
3) Selepas bangun dari tidur, lazimkan membaca doa tidur, atau paling kurang mengucap kalimah Hamdalah.
4) Mandi dengan kain basahan, dielakkan pakai kulit semata-mata. Selesai mandi, kain tersebut, disebat-sebat perlahan ke tubuh, dalam hati mengucapkan Taawudz, sambil berdoa, Ya ALLAH, gugurkanlah segala anasir-anasir yang menghalang ibadah aku kepadaMU. (Dalam hati)
5) Sebelum minum pagi (iaitu air pertama yang akan kita teguk), perhatikan bayang wajah di dalam air, sudah jelas akan bayang tersebut. Bersama dengan ucapan BasmALLAH, lafazkan LaailahaillALLAH, kemudian minum air tersebut.
6) Sebelum tidur, buat perkara yang sama seperti sebelum minum pagi tersebut.

InsyaALLAH, tohour.

IKHTIAR MEMOHON PETUNJUK DARI ALLAH (mimpi)

Adapun kaedah ini, perlunya pada rujukan guru semula, agar tidak berlaku permasalahan 'SS'.

Sebelum tidur, bebaskan diri dari hadas besar dan kecil. Dalam keadaan berwudhuk.

Sebaiknya dirikan Solat taubat dan solat hajat, 2 rakaat. Mohon kepada ALLAH petunjuk yang diinginkan. Sama ada jodoh, rezeki, atau masalah-masalah yang sedang dihadapi.

Selepas melakukan adab-adab tidur sedia ada, maka lakukan kaedah di bawah:

1) Selepas solat, dizikirkan يا خبير يا بصير sebanyak 118x

2) Di tempat pembaringan (katil, bukan liang lahad ya), dibacakan Al Faatihah 1x, dengan ulangan ayat 4 sebanyak 11 x (إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ) dengan bersertakan doa, di dalam hati.

3) Dibacakan Al Mulk : 14, 13x (ألا يعلم من خلق وهو اللطيف الخبير)

4) Baring dirusuk kanan.

5) Sebelum lelap, dizikirkan يا خبير يا بصير sehingga lelap. 

6) Dilakukan sebaiknya 7 malam berturut-turut.

InsyaALLAH, akan diperlihatkan ALLAH, barang yang diizinkan perlihat akanNYA. Sebaiknya, setelah peroleh isyarat, dirujuk semula dengan guru-guru yang lebih arif sebelum membuat keputusan akan benar atau salahnya.

BarakALLAHu fikum.

IKHTIAR MASALAH GANGGUAN GEMURUH, Al Hawatif.

Soalan:

Assalamualaikum ustaz. Moga ustaz dalam sihat walafiat.

Guru mengaji Quran saya yg juga imam utama sebuah surau telah mengalami gangguan..yang mana setiap kali beliau naik menjadi imam utk sembahyang fardu..beliau akan gelisah..berpeluh dan terketar2 sehingga bacaan surah2nya tidak lancar. Pernah sampai mic pin kat baju jatuh sendiri. Gangguan ini terjadi ketika beliau naik jadi imam shj..sebelum dan selesai shj solat kembali normal.

Mohon pencerahan dan bantuan dari ustaz..insyaAllah.

Jawapan :

Wsalam WMT, masalah yang berlaku itu adalah dipanggil masalah gangguan gemuruh.
Untuk permasalahan tersebut, dibacakan: 

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x, Al Fil 7x, pada beras atau gula.

Setiap satu genggam dibacakan setiap satu ayat, kemudian dimasukkan semula ke dalam bekasnya digaul, kemudian, diambil genggam baru, baca ayat seterusnya.
Beras atau gula tadi dijadikan makanannya, selama seminggu.
Lebih eloknya, Imam tersebut mandi Ais setiap waktu dhuha.

InsyaALLAH Tohour.

IKHTIAR MENGESAN GANGGUAN MAKHLUK GHAIB PADA DIRI 
Pastikan dalam keadaan bebas dari hadas besar dan kecil. Berwudhuk. Letakkan sebotol atau sejag air (yang boleh diminum, sebaiknya air putih, sirap bandung adalah tidak digalakkan) di hadapan.

1) Lakukan solat taubat 2 rakaat, seterusnya solat hajat 2 rakaat.
2) Pada air yang disediakan itu, usai solat hajat, istighfar 100x
3) Seterusnya berzikir يافتاح ياعليم sebanyak 170x
4) Selesai zikir, dibacakan Surah Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 7x, Al Baqarah 285-286 3x, Surah Al Kautsar sebanyak 7x.
5) Air yang telah dibacakan, diminum dan diambil sedikit, disapu pada kepala, wajah, leher serta tangan. 

Jika ada petanda tidak selesa dan merasa panas pijar, itu tandanya ada anasir ghaib yang tidak diingini bersama anda.
Jangan risau bak kata sinetron, usah kaget. Teruskan amalan tersebut, air terus dijadikan minuman. 
InsyaALLAH, semoga dijauhkan ALLAH dari sekalian masalah yang membelenggu.

IKHTIAR PENGELAK DARI ANASIR BATHIL DI DALAM MAKANAN & MINUMAN ( Majlis Kedai Makan )

Lazimkan diri dalam keadaan berwudhuk setiap kali keluar rumah. Bebas dari hadas besar dan kecil.

1) Sebelum melangkah keluar rumah, pejam mata, dan bayangkan diri dari kepala hingga ke kaki dengan jelas, jika belum jelas, duduk barang seminit, dan lakukan semula.

2) Semasa dipintu rumah, Beristighfar sebanyak 7x. 

3) Kemudian membaca بِسْمِ الله تَوَكَّلْتُ عَلَى الله ,لا حَوْلَ وَلا قُوَّةَ الا بِالله

4) Sampai di destinasi baca Tasbih Yunus 3x senafas di dalam hati, sambil tangan mengenggam . لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Dan terus masuk ke majlis / kedai.

InsyaALLAH, jika ada anasir yang tidak baik, sama ada kita diberatkan ataupun akan ditunjukkan petanda-petanda yang tidak baik bagi kita mengelak akannya.

BarakALLAHu Fikum.

IKHTIAR 'PAGAR' RUMAH DARI ANASIR ZAHIR DAN BATIN.

Dalam keadaan berwudhuk dan bebas dari hadas besar serta kecil. Sebaiknya setelah selesai solat hajat dan taubat.

1) Sediakan air kolah masjid, kalau dapat 7 kolah air masjid yang disatukan ke dalam satu baldi, kalau agak susah, air kolah rumah pun jadilah.

2) Dibacakan dengan 70x BasmALLAH.
3) Dibacakan dengan 7x Al Faatihah.
5) Dibacakan Ayatul Kursi 7x
6) Dibacakan dengan Surah Al Insyirah sebanyak 7x
7) Dibacakan dengan 7x setiap satu 3Qul.
8) Dibacakan Selawat sebanyak 41x.

Air tersebut disiramkan (dispray) sekeliling dalam rumah, dengan bahu kanan ke arah dinding, sambil membaca Al Ikhlas, tidak putus.

Buat selama 3 malam berturut-turut.

InsyaALLAH, rumah anda dibebaskan ALLAH dari segala anasir zahir dan bathin.

IKHTIAR BAGI YANG MENGALAMI GANGGUAN TIDUR

Selepas membaca 3 Qul seperti yang menjadi amalan Rasulullah S.A.W.

1) Baca BasmALLAH sebanyak 21x
2) Baca :
اللَّهُمَّ أنْتَ السَّلاَمُ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الجَلالِ والإكْرَامِ.

3) Semasa duduk membaca سبحان الله

4) Semasa hendak baring membaca الحمد لله

5) Semasa baring membaca الله أكبر

InsyaALLAH, anda akan diamankan ALLAH dari segala anasir luar dan dalam.

BarakALLAHu fikum.

IKHTIAR MASALAH KERASUKAN.

وَرَبُّكَ يَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ

Dan Tuhanmu mengetahui akan apa Yang terpendam Dalam hati mereka dan apa Yang mereka zahirkan. (Al Qashash : 69)

Dibacakan pada air, diberi minum kepada mereka yang kerasukan, insyaALLAH akan cepat sedarnya

IKHTIAR BENTENG DIRI

Ikhtiar benteng diri dari segala yang bathil jasmani dan rohani.

Malam sebelum tidur sediakan sebekas air bersih berhampiran dengan tempat tidur. Tutup (agar tidak dimasukki dek najis cicak dan sayap lipas)

1) Usai bangun dari tidur, selepas celikkan mata, sekurang-kurangnya ucapkan walau sepatah AlhamduLILLAH, tanda kesyukuran dihidupkan semula selepas mati yang sementara, juga paling utama dihidupkan semula masih dalam keadaan beriman kepada ALLAH.

2) Bangun dari pembaringan, sebelum meminum air putih @ jarang @ masak atau sebelum melangkah masuk ke bilik air. Pandang wajah ke dalam bekas air tadi, sehingga menampakkan susuk bayang wajah kita yang penuh.

3) Setelah nampak penuh, maka celupkan jari telunjuk ke dalam bekas yang berbayangkan wajah kita, sambil menahan nafas dan sepanjang menahan nafas, di dalam hati, ucapkan kalimah toyyibah LaailahaillALLAH.

4) Habis nafas, hembuskan Huu (dengan doa) perlahan-lahan melalui mulut ke dalam air tadi, dan air tersebut disapukan pada wajah kita, sebanyak bilangan yang ganjil (sebaiknya 3x), sambil berselawat ke atas Rasulullah S.A.W.

InsyaALLAH, anda sedang menjalankan ikhtiar untuk menghindar serta membuang segala perkara yang bathil di dalam diri.

Adapun ini adalah salah satu Amalan Al Alim Al ALamah Syeikh Abdus Somad AL Falimbani. Tokoh Ulama, mujahidin pembebas Negeri Fathoni Darussalam dan sahabat kepada Al Alim Al ALamah Syeikh Muhammad Arshad Al Banjari serta Al Alim Al ALamah Syeikh Daud Abdullah Al Fathoni.

Semoga bermanafaat.

IKHTIAR MASALAH GANGGUAN

1) Pastikan diri dalam keadaan berwudhuk, berada di tempat yang bersih dan tenang (tidak dikhalayak)
2) Sebaiknya dirikan solat sunat taubat 2 rakaat.

3) Selesai solat, jari telunjuk kanan diletakkan (tunjuk) ke dada kiri, mata dipejamkan dan hadirkan kalimah الله di depan wajah.

4) Tarik nafas melalui hidung, dalam hati, ucap Ismuzzat, الله , tahan nafas, (dalam hati) ucapkan kalimah Toyyibah لا إله إلا الله, sebanyak mungkin.

5) Lepaskan nafas perlahan-lahan, dengan Kalimah Huu. Dengan doa, semoga ALLAH keluarkan segala yang bathil.

6) Ulang langkah dalam bilangan ganjil. Sepanjang amalan, jangan dialihkan 'pandangan' daripada kalimah الله di depan mata.

7) Jika selepas dilepaskan nafas, ada berbau terbakar atau hangit, adalah lebih baik, membuat mandian. (Pastikan periksa rumah dahulu, bimbang dapur yang terbakar :) )

InsyaALLAH, jika ada berbau hangit atau terbakar, itu bermaksud, anda telah dibebaskan oleh ALLAH dari gangguan tersebut.

BarakALLAHu fikum.

FAKTOR YANG MENGUNDANG GANGGUAN BERULANG.


1) PENGURUSAN BULU KETIAK DAN BULU KEMALUAN YANG TIDAK TERURUS.

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ: الاِخْتِتَانُ وَالاِسْتِحْدَادُ وَقَصُّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمُ الأَظْفَارِ وَنَتْفُ الإِبْط
“Fitroh itu ada lima: khitan, istihdad (cukur bulu kemaluan), menipiskan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (HR. Al-Bukhori dan Muslim) (1).

-Andai bulu yang perlu d
icukur dan dicabut itu dibela, seperti itulah kita membela makhluk tersebut pada tubuh kita, biarpun membuat rawatan beribu-ribu kali.

وَقَّتَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ فِي قَصِّ الشَّارِبِ وَتَقْلِيمِ الْأَظْفَارِ وَحَلْقِ الْعَانَةِ وَنَتْفِ الإِبْطِ أَنْ لاَ نَتْرُكَ أَكْثَرَ مِنْ أَرْبَعِينَ يَوْمًا
“Rasulullah SAW memberikan waktu kepada kami untuk menipiskan misai, memotong kuku, mencukur bulu kemaluan, dan mencabut bulu ketiak, agar tidak membiarkannya lebih dari empat puluh hari.” (HR. Muslim no. 258 dan An-Nasa’i no. 14).

2) PENGURUSAN PAD PERIOD ATAU HAID YANG TIDAK SEMPURNA
- Pad atau kain haid dibuang merata, serta tempat keluar darah haid tidak dibasuh bersih sebelum menukarkannya dengan pad yang lain. Pesankan pada anak-anak dara juga ibu-ibu anak dara.

3) MANDI WAJIB YANG TIDAK SEMPURNA
-Ini yang rata-rata orang ambil ringan. Belajar, belajar, belajar...

Maka, hal inilah yang perlu diambil kira baik bagi perawat atau pesakit dalam menangani masalah gangguan tegar.
Adalah tugas perawat hanya mendoakan sahaja, sebaik-baik merawat adalah pesakit itu sendiri, iaitu kebersihan zahir juga kebersihan bathin.





La Hayyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Qodirun, La Muridun, La Mutakallimun ... La maujudun bihaqqi illALLAH.

No comments:

Post a Comment